Selepas Pulihkan Proton Geely Mahu Lawan Honda Toyota




Li Chunrong dipilih oleh syarikat pembuatan kenderaan China, Geely bagi menghidupkan kembali jenama Proton di Malaysia, dan beliau mengambil masa 2 tahun untuk menenggelamkan gergasi Jepun, Honda dan Toyota. Sekarang beliau merancang untuk menawan pasaran Asia Tenggara dan negara lain.
Li, dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif Proton pada 2017 apabila Geely memperoleh 49.9% saham syarikat itu, memulihkan jenama kesayangan Malaysia yang sebelum ini bergantung pada bantuan kerajaan ekoran kerugian demi kerugian, dan membina kejayaannya menerusi kempen pengurangan kos yang agresif.
Sekarang Geely beritahu bos Proton itu supaya mengembangkan wilayahnya, dengan tumpuan pada Thailand, Indonesia, Singapura, dan Brunei, kata Li kepada Reuters – pertama kali butiran kukuh mengenai rancangan pengembangan jenama itu didedahkan.
Seperti Malaysia, negara-negara ini merupakan pasaran pandu kanan dan oleh itu hanya memerlukan pengubahsuaian yang kecil.
Proton juga mahu memasuki pasaran Timur Tengah dan meningkatkan jualan ke Mesir, kata warga China berusia 56 tahun itu.
Li tidak memberikan sebarang rangka masa khusus tentang pengembangan ke pasaran negara-negara berkenaan, tetapi Proton mahu meningkatkan jualan luar negara – sekitar 1,000 kereta tahun lalu, atau 1% daripada jumlah jualan keseluruhan – kepada sekurang-kurangnya 3 kali ganda tahun ini.
Syarikat pembuat kereta itu mahu 40% daripada jualannya daripada pasaran asing menjelang 2027, katanya kepada Reuters dalam 2 temubual, mengenalpasti Thailand dan Indonesia sebagai pasaran utama tetapi enggan menceritakan garis kasar strategi untuk menembusinya.
“Kita ada asas yang bagus,” katanya. “Kami menetapkan, setiap tahun, kami akan lancar model baru.”
Rantau Asean dengan 500 juta orang merupakan wilayah yang menguntungkan; jualan kereta diramalkan firma perunding IHS Markit bertumbuh pada kadar kompaun tahunan 3% pada 2016-2020, berbanding penurunan 1% serata dunia.
Tetapi IHS berkata Proton masih pemain yang kecil berbanding jenama Jepun, dan ia mungkin bergelut untuk bersaing.
Jualan Asean didahului Toyota yang menguasai 30% pasaran, Honda dengan 13% dan Mitsubishi dengan 10%, menurut firma perunding itu. Proton berada di kedudukan ke-11 dengan 3%, kebanyakannya di Malaysia.
Proton mempunyai matlamat yang bercita-cita tinggi dan ia mungkin tiada kapasiti pengeluaran yang menembusi pasaran serantau, kata Mayuree Chaiyuthanaporn, seorang penganalisis kanan IHS.
“Dari segi jualan, Proton mungkin tidak berjaya di luar Malaysia,” tambahnya.
Geely berkata Proton menunjukkan prestasi yang baik dalam 2 tahun lepas dan ia mahu melihat syarikat itu menjadi jenama terkemuka di Asia Tenggara.
Model eksport kos
Proton, majoritinya milik konglomerat tempatan DRB-Hicom, melancarkan produk demi produk di Malaysia.
Ia menggugurkan banyak model lama pada tahun pertama usahasama itu, dan kemudian melancarkan 6 model baru dalam tempoh 8 bulan, termasuk SUV X70 yang berdasarkan Boyue buatan Geely.
Ia menjadi penjual kereta ke-2 terbesar dengan penguasaan 16.7% pasaran tahun lepas – apabila ia mencatatkan keuntungan pertamanya dalam tempoh 9 tahun – mengatasi Honda dan Toyota dari kedudukan ke-4.
Li percaya Proton boleh mengalahkan penjual tertinggi, Perodua, yang disokong Daihatsu dari Jepun, menjelang 2022 – 5 tahun lebih awal daripada sasaran yang diumumkan selepas pelaburan Geely.
Proton memberitahu Reuters garis kasar langkah-langkah pengurangan kos yang mengukuhkan kewangannya – dan ia mungkin perkara penting dalam menjayakan kempen pengembangannya. Beberapa perubahan segera itu, bagaimanapun, mengejutkan sensitiviti tempatan, masalah yang mungkin juga dihadapi di negara lain.
Syarikat pembuatan kereta itu semakin beralih kepada penyumberan komponen lebih murah dari China, dan melepaskan banyak pengedar kecil tempatan, menyebabkan rasa geram. Ia juga cuba mendapatkan lebih banyak vendor tempatan untuk bekerjasama dengan pembekal China, dalam usaha mengurangkan kos sebanyak 30%.
Proton, yang menjimatkan kos sebanyak RM250 juta pada 2018, juga mengurangkan gudangnya daripada 16 kepada 4 dan menjual 1,000 daripada 1,500 kereta syarikat. Kempen pengurangan kos itu juga termasuk menghentikan langganan akhbar untuk semua eksekutif kecuali timbalan Li.
Proton X70 antara model baru yang menjana keuntungan untuk syarikat pembuatan kenderaan itu.
Berbalah dengan pengedar
Syarikat pembuatan kenderaan itu juga berdepan tuduhan daripada ahli politik dan kumpulan industri mendakwa ia condong kepada pengedar berketurunan Cina.
Semua 47 pengedar yang meninggalkan jenama itu sejak kemasukan Geely berketurunan Melayu, dan bilangan pengedar Melayu turun kepada 32% daripada 42% sebelum pelaburan China, kata menteri perdagangan dan industri kepada Parlimen bulan lepas.
Ramai meninggalkannya kerana tidak dapat memenuhi tuntutan Proton yang mahu pelaburan sebanyak RM4 juta bagi menaiktaraf pusat jualan mereka kepada pusat yang menawarkan perkhidmatan selepas jualan, kata Persatuan Pengimpot & Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia.
“Ia satu kejutan budaya,” kata Nik Izani Nik Ibrahim, timbalan presiden persatuan itu, dan menambah kebanyakan pengedar kerugian sebelum kemasukan Geely.
Li menafikan sebarang diskriminasi, mengatakan keputusan itu berdasarkan kepada logik perniagaan.
Beliau berkata hampir 12 menteri menimbulkan kebimbangan mengenai pendengar Melayu pada tahun pertamanya tetapi kebimbangan itu sudah reda.
Sejak itu syarikat pembuatan kenderaan itu menukar strategi pengedarannya, membenarkan beberapa pusat jualan diteruskan, kata pengedar dan pegawai syarikat.
Proton, dilancarkan pada 1983, mendahului pasaran Malaysia pada awal-awal tahunnya. Bagaimanapun, penguasaan pasarannya turun pada dekad lalu kerana pelanggan menolak standard kereta yang lebih rendah dan perkhidmatan selepas jualan yang terhad, kata pegawai syarikat.
Pemulihan bawah Li memaksa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, seorang peminat kereta, menarik balik bantahan awalnya kepada pelaburan Geely dalam Proton.
“Sekarang, ia menjual 100,000 kereta dan menghasilkan keuntungan,” kata Mahathir, yang kini memiliki sebuah X70 warna merah, kepada pemberita bulan ini.
“Kenapa? Kerana pengurusan, kerana teknologi yang bagus.”
FMT




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/01/29/selepas-pulihkan-proton-geely-mahu-lawan-honda-toyota/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Toyota Dan Honda Bakal Panggil Semula Jutaan Kereta Ekoran Masalah Beg Udara

Toyota Dan Honda Bakal Panggil Semula Jutaan Kereta Ekoran Masalah Beg Udara

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 264 hits
Dua pengeluar kenderaan terbesar Jepun Toyota dan Honda memanggil semula berjuta juta kereta keluaran mereka kerana dikhuatiri terdapat masalah pada bahagian beg udara Menurut Toyota pada Selasa mereka akan memanggil semula 3 4 juta kereta ...
Selepas Thailand Vietnam Pula Tahan Kuarantin Pelancong China Disyaki Dijangkiti Virus Corona Misteri

Selepas Thailand Vietnam Pula Tahan Kuarantin Pelancong China Disyaki Dijangkiti Virus Corona Misteri

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 482 hits
Dua pelancong China dari bandar Wuhan telah dikuarantinkan dan berada di bawah pemerhatian Kementerian Kesihatan Vietnam kerana disyaki dijangkiti coronavirus misteri selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Danang pada Selasa Keme...
Dina Nadzir Berjaya Turunkan Berat Badan Sebanyak 6kg Selepas Jalani Rawatan Pelangsingan Di Ssklinik

Dina Nadzir Berjaya Turunkan Berat Badan Sebanyak 6kg Selepas Jalani Rawatan Pelangsingan Di Ssklinik

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 877 hits
Dina Nadzir Hilang 6 kg Selepas Rawatan SSSlim Siapa yang tak kenal dengan Dina Nadzir merupakan seorang penyanyi penyampai radio di Era Fm dan juga pernah menjadi Juara Musim Pertama Malaysia Idol tahun 2004 Mama pun suka dengar suara dia ...
Penerbit Malaysia Teruja Selepas Pencalonan Oscar

Penerbit Malaysia Teruja Selepas Pencalonan Oscar

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 213 hits
KUALA LUMPUR 16 Jan Pencalonan bagi anugerah berprestij Anugerah Oscar yang diumumkan Isnin lepas ternyata memberi kejutan buat dua penerbit dari Malaysia apabila St Louis Superman turut tersenarai dalam lima terbaik untuk kategori Best Doc...
Wikipedia Kembali Boleh Diakses Di Turki Selepas Dihalang Hampir Tiga Tahun

Wikipedia Kembali Boleh Diakses Di Turki Selepas Dihalang Hampir Tiga Tahun

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 289 hits
Laman Wikipedia kini kembali boleh diakses di Turki selepas diharamkan sejak April 2017 Akses kepada laman ini dikembalikan selepas mahkamah perlembagaan Turki mendapati halangan yang dikenakan melanggar hak kebebasan bersuara rakyat negara...
Anak 8 Bulan Usap Wajah Ibu Kali Terakhir Selepas 52 Hari Bertarung Nyawa Akibat Diragut

Anak 8 Bulan Usap Wajah Ibu Kali Terakhir Selepas 52 Hari Bertarung Nyawa Akibat Diragut

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 394 hits
Hanya mampu merenung jenazah ibunya seolah olah faham ibu dah meninggal buatkan ramai yang menitiskan air mata melihat gelagat anak kecil berusia 8 bulan di sisi jenazah ibunya Nurfaradhila Zulkifli Amin 32 yang bertarung nyawa selama 52 ha...
Masihkah Ujud Blogger Dedak Selepas Era Najib

Masihkah Ujud Blogger Dedak Selepas Era Najib

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 223 hits
Setakat ini dikenalpasti ada tiga blogger berpaling tadah selepas tiada imbuhan atas kemenangan PH ditetajui Tun
Diy Cat Tandas Selepas 8 Bulan

Diy Cat Tandas Selepas 8 Bulan

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 317 hits
Assalamualaikum Video kali ni saya cuma nak share keadaan tandas yang dicat selepas lapan bulan Mungkin ada yang masih tertanya tanya jadi dengan video ini InshaAllah dapat menjawab semua persoalan Sekian
Proton Catat 8 506 Pendaftaran Baharu Pada Januari

Proton Catat 8 506 Pendaftaran Baharu Pada Januari

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 207 hits
KUALA LUMPUR 3 FEB Proton mencatatkan sejumlah 8 506 pendaftaran baharu pada Januari lepas meningkat 20 2 peratus dalam tempoh yang sama pada tahun lepas menjadikannya jualan pada Januari paling berjaya dalam tempoh empat tahun Pengeluar ke...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan


Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Apakah Semua Musik Itu Haram

Motivating Remote Teams

Mengenali Ciri Individu Toksik Tempat Kerja Toksik

Pertiwi Trending Boikot Bangkit Usahawan Bumiputera Tv Pertiwi 23 04 2024

Piala Presiden 2024 Senarai Pasukan Format