Selepas Polis Sprm Bila Siasatan Akan Dibuat Mahu Tunggu Zainab Jadi Jho Low 2 0




 Kontroversi syarikat pembekalan bahan pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) yang didakwa melibatkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Latiff Ahmad dan 'isterinya' Zainab Mohd Salleh perlu diselesaikan segera oleh pihak berkuasa.

Sehubungan itu, anggota KEADILAN hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar satu siasatan dilakukan terhadap kedua dua individu yang disebut dalam laporan forensik LCS tersebut.

Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Akmal Nasir, oleh kerana pihak polis masih belum memulakan siasatan maka KEADILAN berharap pihak SPRM akan bertindak lebih pantas menangani skandal yang semakin dipertikaikan rakyat itu.

"Laporan SPRM yang dibuat hari ini bukan satu tindak balas kepada apa yang belaku pada hujung minngu lalu. Kita tahu bahawa Rafizi (Timbalan Presiden KEADILAN) telah dipanggil dan telefonnya telah dirampas

"Kita juga tahu skandal LCS ini melibatkan dana berbilion ringgit yang telah dinyatakan dalam laporan forensik, laporan PAC serta pendedahan yang dibuat oleh Rafizi dan sebagainya, berlaku ketirisan.

"Oleh sebab itu hari ini Aizuddin Arifin telah masuk (Ibu Pejabat SPRM) untuk memulakan laporan terlebih dahulu yang menjadi fokus pada hari ini," katanya.

Menurut Ahli Parlimen Johor Bahru itu lagi, terdapat 4 tumpuan utama dalam skandal yang membabitkan Latiff dan Zainab.

Katanya, kesemua perkara itu seharusnya dibongkar dalam satu siasatan yang telus terutama jejak kewangan dan bagaimana modus operandi melarikan wang keluar negara.

"Ada beberapa perkara kita kena fokus. Pertama, isu jejak kewangan. Kalau dilihat bagaimana wang kerajaan itu disalurkan keluar, bukan hanya melibatkan syarikat tidak sah tetapi syarikat itu berdaftar di luar negara.

"Berlaku aliran wang keluar secara haram yang masuk ke syarikat palsu berkaitan dengan Zainab. Itu yang kita ulang dan ulang tetapi sehingga hari ini belum ada siasatan dibuat," katanya.

Selain itu, Akmal juga tertanya tanya adakah kerajaan akan membiarkan Zainab menjadi Jho Low 2.0 kerana tidak mengarahkan pihak berkuasa segera menyiasat.

Katanya, Jho Low berjaya melarikan diri kerana pihak berkuasa Malaysia tidak bertindak pantas sejak skandal 1Malaysia Development Berhad terbongkar.

"Perkara kedua, kenapa dilihat menteri berkenaan bersungguh sungguh, sehingga ada laporan polis yang mendesak siasatan kepada Rafizi. Kalau kita lihat (pada sisi lain pula) Zainab ini berperanan seperti Jho Low kepada Dr Latif.

"Individu ini (Zainab) yang tidak kita kenali masih tidak muncul dan kenapa hendak melindungi identiti beliau?

"Ketiga, mengapa tidak berterus terang identiti beliau (Zainab)?

"Saya pasti Rafizi tidak pernah berjumpa Zainab ini. Juga kalau tengok di Suruhanjaya Syarikat Malaysia jelas terbukti Zainab dan Latif berada dalam syarikat yang sama. Latif memindahkan sahamnya kepada Zainab. Oleh itu identiti Zainab ini tidak boleh disembunyikan lagi

"Kalau betul Latif mahu menafikan (Zainab tiada kena mengena dengan beliau), bawa Zainab keluar dan tunjukkan kepada orang ramai. Jangan sampai masa macam Jho Low, dah terlepas tak tahu ke mana," katanya.

Perkara keempat yang ditekankan oleh Akmal adalah berkenaan perisytiharan harta oleh Dr Latiff sebelum menjadi menteri yang tidak dibuat secara menyeluruh.

Katanya, tiba masanya Dr Latiff bertindak mengisytiharkan kesemua hartanya demi ketelusan.

"Keempat, untuk Dr Latiff mengangkat sumpah sebagi menteri, sudah tentu beliau perlu membuat perisytiharan harta kepada pihak berkuasa. Saya dah semak semalam di laman web SPRM nama beliau ada sebagai salah seorang yang mengisytiharkan harta cuma tiada butiran

"Kalau betul mahu bersihkan keadaan kita mendesak hari ini supaya perisytiharan harta Dr Latif itu dibuat secara terbuka. Ini termasuk rekod dalam bisnes beliau, rekod perbelanjaan dan juga pendapatan selama ini kerana apa yang berlau saat ini belum ada penafian yang jelas mengenai penglibatan beliau dalam syarikat Mega P Asia Sdn Bhd (yang dikaitkan dengan pembekalan peralatan membina LCS)," katanya lagi.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/09/selepas-polis-sprm-bila-siasatan-akan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bila Nak Siasat Dr Latiff Tunggu Ada Jadi Jho Low Kedua

Bila Nak Siasat Dr Latiff Tunggu Ada Jadi Jho Low Kedua

papar berkaitan - pada 8/9/2022 - jumlah : 122 hits
BILA NAK SIASAT DR LATIFF TUNGGU ADA JADI JHO LOW KEDUA Bila nak siasat Dr Latiff tunggu ada jadi Jho Low kedua Posted By on September 08 2022Kontroversi syarikat pembekalan bahan pembinaan kapal tempur pesisir yang didakwa melibatkan Mente...
Kenapa Kerajaan Umno Tidak Mahu Membawa Pulang Jho Low

Kenapa Kerajaan Umno Tidak Mahu Membawa Pulang Jho Low

papar berkaitan - pada 9/9/2022 - jumlah : 99 hits
Apakah bimbang terbongkar banyak lagi pemimpin umno akan dikaitkan dengan pelbagai korup
Come Forward If You Have Information On Jho Low Says Hamzah

Come Forward If You Have Information On Jho Low Says Hamzah

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 162 hits
Fugitive businessman Low Taek Jho is wanted by the police to assist in the investigation into the 1MDB fund scandal PUTRAJAYA Home minister Hamzah Zainudin says those with information on the whereabouts of fugitive businessman Low Taek Jho ...
Mp Have Cops Quizzed Journalist Duo On Jho Low S Whereabouts

Mp Have Cops Quizzed Journalist Duo On Jho Low S Whereabouts

papar berkaitan - pada 10/9/2022 - jumlah : 189 hits
The police have been urged to state if it has contacted journalists Tom Wright and Bradley Hope on their reports on Jho Low s sightings In a statement today Kepong MP Lim Lip Eng said this was necessary as the duo had reported that Jho Low ...
Akhirnya Tempat Persembunyian Jho Low Terbongkar

Akhirnya Tempat Persembunyian Jho Low Terbongkar

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 199 hits
Akhirnya Tempat Persembunyian Jho Low Terbongkar Ahli perniagaan Jho Low yang kini dalam buruan berhubung kes penyelewengan dana 1MDB didakwa dilihat pada gambar yang dikatakan dirakam di Disneyland Shanghai pada malam Krismas 2019 Wartawan...
Skandal Lcs Siasatan Selesai Peguam Negara Tunggu Apa Lagi

Skandal Lcs Siasatan Selesai Peguam Negara Tunggu Apa Lagi

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 164 hits
Skandal LCS Siasatan selesai Peguam Negara tunggu apa lagi Posted By on August 30 2022Skandal pembinaan kapal tempur pesisir Tentera Laut Diraja Malaysia tidak sewajarnya dibiarkan berpanjangan tanpa ada pihak yang didakwa di mahkamah Menur...
Sprm Tunggu Lampu Hijau Kuwait Siasat Individu Berkait Penyelewengan 1mdb

Sprm Tunggu Lampu Hijau Kuwait Siasat Individu Berkait Penyelewengan 1mdb

papar berkaitan - pada 5/9/2022 - jumlah : 98 hits
freemalaysiatoday com September 4 2022 4 00 PMKetika ini SPRM masih menunggu keterangan daripada Kuwait yang dimohon menerusi Bantuan Perundangan Bersama PETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sedang menjalankan siasatan berhu...
2 Pegawai Amp 1 Anggota Polis Ditahan Sprm Kerana Minta Rasuah Rm180 000

2 Pegawai Amp 1 Anggota Polis Ditahan Sprm Kerana Minta Rasuah Rm180 000

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 133 hits
Seorang anggota bersama dua pegawai polis yang didakwa meminta rasuah sebanyak RM180 000 pada bulan lalu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Johor nbsp Ketiga tiga suspek yang terdiri daripada seorang ketua bahagian sebuah Ibu Pe...
Jho Low Allegedly Photographed In Shanghai Disneyland

Jho Low Allegedly Photographed In Shanghai Disneyland

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 138 hits
Fugitive businessperson Low Taek Jho or Jho Low was allegedly photographed in Disneyland Shanghai on Christmas eve 2019 This was according to journalists Tom Wright and Bradley Hope who launched a campaign to unravel more on Low right after...
Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Tips For Achieving Your Saving Goals



Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Adab Apabila Menghadiri Majlis Kenduri Kahwin

Menjadi Kesalahan Dan Teladan Buruk Jika Kerajaan Tidak Akur Dekree Ydpa

Bicara Profesional Pengarah Pendidikan Negeri Johor Bersama Pengetua Sekolah Negeri Johor 2024

Beyond The Pew The Bridal Heart Guides Your Daily Walk With Christ

Wanita Cedera Diragut Ketika Menunggang Motosikal

Kes Lelaki Israel 10 Ditahan Semula Bawah Sosma