Bila Nak Siasat Dr Latiff Tunggu Ada Jadi Jho Low Kedua
BILA NAK SIASAT DR LATIFF, TUNGGU ADA JADI JHO LOW KEDUA?
Bila nak siasat Dr Latiff, tunggu ada jadi Jho Low kedua?Posted By: Redzuan RF8 Mediaon: September 08, 2022
ShareKontroversi syarikat pembekalan bahan pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) yang didakwa melibatkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Latiff Ahmad dan ‘isterinya’ Zainab Mohd Salleh perlu diselesaikan segera oleh pihak berkuasa.
Sehubungan itu, anggota KEADILAN hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar satu siasatan dilakukan terhadap kedua dua individu yang disebut dalam laporan forensik LCS tersebut.
Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Akmal Nasir, oleh kerana pihak polis masih belum memulakan siasatan maka KEADILAN berharap pihak SPRM akan bertindak lebih pantas menangani skandal yang semakin dipertikaikan rakyat itu.
“Laporan SPRM yang dibuat hari ini bukan satu tindak balas kepada apa yang belaku pada hujung minngu lalu. Kita tahu bahawa Rafizi (Timbalan Presiden KEADILAN) telah dipanggil dan telefonnya telah dirampas
“Kita juga tahu skandal LCS ini melibatkan dana berbilion ringgit yang telah dinyatakan dalam laporan forensik, laporan PAC serta pendedahan yang dibuat oleh Rafizi dan sebagainya, berlaku ketirisan.
“Oleh sebab itu hari ini Aizuddin Arifin telah masuk (Ibu Pejabat SPRM) untuk memulakan laporan terlebih dahulu yang menjadi fokus pada hari ini,” katanya.
Menurut Ahli Parlimen Johor Bahru itu lagi, terdapat 4 tumpuan utama dalam skandal yang membabitkan Latiff dan Zainab.
Katanya, kesemua perkara itu seharusnya dibongkar dalam satu siasatan yang telus terutama jejak kewangan dan bagaimana modus operandi melarikan wang keluar negara.
“Ada beberapa perkara kita kena fokus. Pertama, isu jejak kewangan. Kalau dilihat bagaimana wang kerajaan itu disalurkan keluar, bukan hanya melibatkan syarikat tidak sah tetapi syarikat itu berdaftar di luar negara.
“Berlaku aliran wang keluar secara haram yang masuk ke syarikat palsu berkaitan dengan Zainab. Itu yang kita ulang dan ulang tetapi sehingga hari ini belum ada siasatan dibuat,” katanya.
Selain itu, Akmal juga tertanya tanya adakah kerajaan akan membiarkan Zainab menjadi Jho Low 2.0 kerana tidak mengarahkan pihak berkuasa segera menyiasat.
Katanya, Jho Low berjaya melarikan diri kerana pihak berkuasa Malaysia tidak bertindak pantas sejak skandal 1Malaysia Development Berhad terbongkar.
“Perkara kedua, kenapa dilihat menteri berkenaan bersungguh sungguh, sehingga ada laporan polis yang mendesak siasatan kepada Rafizi. Kalau kita lihat (pada sisi lain pula) Zainab ini berperanan seperti Jho Low kepada Dr Latif.
“Individu ini (Zainab) yang tidak kita kenali masih tidak muncul dan kenapa hendak melindungi identiti beliau?
“Ketiga, mengapa tidak berterus terang identiti beliau (Zainab)?
“Saya pasti Rafizi tidak pernah berjumpa Zainab ini. Juga kalau tengok di Suruhanjaya Syarikat Malaysia jelas terbukti Zainab dan Latif berada dalam syarikat yang sama. Latif memindahkan sahamnya kepada Zainab. Oleh itu identiti Zainab ini tidak boleh disembunyikan lagi
“Kalau betul Latif mahu menafikan (Zainab tiada kena mengena dengan beliau), bawa Zainab keluar dan tunjukkan kepada orang ramai. Jangan sampai masa macam Jho Low, dah terlepas tak tahu ke mana,” katanya.
Perkara keempat yang ditekankan oleh Akmal adalah berkenaan perisytiharan harta oleh Dr Latiff sebelum menjadi menteri yang tidak dibuat secara menyeluruh.
Katanya, tiba masanya Dr Latiff bertindak mengisytiharkan kesemua hartanya demi ketelusan.
“Keempat, untuk Dr Latiff mengangkat sumpah sebagi menteri, sudah tentu beliau perlu membuat perisytiharan harta kepada pihak berkuasa. Saya dah semak semalam di laman web SPRM nama beliau ada sebagai salah seorang yang mengisytiharkan harta cuma tiada butiran
“Kalau betul mahu bersihkan keadaan kita mendesak hari ini supaya perisytiharan harta Dr Latif itu dibuat secara terbuka. Ini termasuk rekod dalam bisnes beliau, rekod perbelanjaan dan juga pendapatan selama ini kerana apa yang berlau saat ini belum ada penafian yang jelas mengenai penglibatan beliau dalam syarikat Mega P Asia Sdn Bhd (yang dikaitkan dengan pembekalan peralatan membina LCS),” katanya lagi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2022/09/bila-nak-siasat-dr-latiff-tunggu-ada.html