Selepas Pkr Dipecahkan Apakah Ph Juga Bakal Berpecah Angkara Mahathir



Bermulanya PKR pecah ialah apabila Azmin Ali yang sudah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor selepas PRU14 pada 2018, tiba-tiba dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi oleh Tun Mahathir Mohamad.Dengan memegang jawatan sebuah kementerian baru yang kanan itu, Azmin mula dilihat sebagai anak emas baru kepada Tun Mahathir.Apa lagi, oleh kerana sudah memegang jawatan Menteri Besar Selangor, PKR tidak pernah menyenaraikan nama Azmin untuk dilantik sebagai menteri kabinet.Apabila dijadikan menteri, gambarannya ialah Azmin dilantik itu bukan oleh syor PKR, tetapi melalui kuasa mutlak Tun Mahathir.Selepas itu, Azmin bukan saja memperlihatkan mentor politik yang didewakannya ialah Tun Mahathir, malah mula bercakap dengan nada yang berbeza berkaitan peralihan kuasa Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim.Seterusnya, itulah yang mendorong Rafizi Ramli mengambil keputusan mencabar Azmin bagi jawatan Timbalan Presiden PKR atas alasan laluan Anwar mengambil alih jawatan Perdana Menteri akan menjadi sukar jika Azmin terus kekal di jawatan itu.Kemenangan Azmin mengekalkan jawatan Timbalan Presiden PKR, meskipun dengan undi tipis, bukan saja tambah meretakkan PKR dan menjauhkan lagi hubungannya dengan Anwar, malah Azmin mula secara terbuka mahukan Tun Mahathir kekal sehingga penggal, suatu hakikat benarnya jangkaan Rafizi.Sehinggalah mesyuarat terakhir Majlis Presiden PH pada 21 Februari lalu, itulah pendirian keras Azmin, sebelum pada 23 Februari beliau menganjurkan Langkah Sheraton yang membuatkan kerajaan PH tumbang jadinya.Harus difahami, gerakan Azmin bersama UMNO, Pas, GPS, Warisan, serpihan PKR dan kemudian disertai oleh Muhyiddin Yassin pada awal dan sepanjang masa perancangannya adalah untuk mewujudkan sebuah kerajaan baru yang mengenepikan PKR, DAP serta amanah.Kerajaan baru itu masih mengekalkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri dan oleh kerana Muhyiddin setuju menyertainya, beliau telah ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri, suatu jawatan yang sepatutnya diperuntukkan kepada Azmin sebelum itu.Itulah sebabnya pada petang 23 Februari itu mereka mengadakan pertemuan di rumah Tun Mahathir yang mana gambar pertemuan itu telah tersebar luas baru-baru ini.Hakikatnya, semua kecelaruan dalam PKR dan PH tidak akan berlaku jika Azmin tidak dijadikan menteri dan ketika ini beliau masih kekal sebagai Menteri Besar Selangor.Semuanya adalah agenda Tun Mahathir untuk memecah-belahkan PKR dan memperlihatkan Anwar hilang kawalan terhadap partinya sendiri – suatu alasan paling mudah untuk berhujah bahawa beliau tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri dan Tun Mahathir kekal selama-lamanya memegang kuasa.Di waktu yang sama, Tun Mahathir pula terus melengah-lengahkan peralihan kuasa, sambil mengukuhkan kedudukan dengan menjalin hubungan di belakang tabir dengan Pas dan juga UMNO.Hari ini, walaupun PH sudah tumbang dan Tun Mahathir turut jatuh daripada kerusi Perdana Menteri, perpecahan dalam PKR terus berlaku susulan racun yang ditaburnya melalui sikap memanja, memberi keselesaan serta memberi harapan masa depan kepada Azmin.Adalah difahami, semuanya berpunca daripada Tun Mahathir yang memang tidak mahu melihat Anwar menjadi Perdana Menteri.Hari ini juga, di sebalik sudah terjatuh, Tun Mahathir tetap berusaha menyekat kemaraan Anwar, walaupun beliau tiada apa-apa dan bukan sesiapa lagi dalam Bersatu dan juga PH.Hanya dengan kedudukannya sebagai bekas Perdana Menteri dan bekas Pengerusi PH, Tun Mahathir secara berterusan masih mengikat DAP dan Amanah bersama-samanya dengan selalu memanggil pemimpin kedua-dua parti itu bertemu serta bermesyuarat dengannya.Tidak tahulah apa yang dijanjikannya kepada mereka, tetapi pemimpin DAP dan Amanah seolah-olah begitu terpikat dengannya sekarang ini, walaupun sejarah masa lalu Tun Mahathir terhadap mereka tidaklah baik sangat sewaktu berkuasa di era BN dahulu.Sebab itu, baik apabila Tun Mahathir mahu mencalonkan dirinya sekali lagi atau menonjolkan Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri, kecenderungan DAP dan Amanah ialah menyokong beliau.Malah, pemimpin DAP dan Amanah juga, tanpa perasaan hormat, sudah berani menyanggah Anwar dan membela Tun Mahathir melalui kenyataan media, walhal mereka adalah anggota rasmi PH bersama PKR yang secara logiknya segala permasalahan sepatutnya diselesaikan melalui mesyuarat atau saluran parti.Malangnya, Tun Mahathir yang tiada apa-apa dan bukan sesiapa itu pula yang lebih mereka sanjungi.Sekali lagi, sama seperti beliau memecah-belahkan PKR sebelum ini, Tun Mahathir sekali lagi ternampak mahu memperlihatkan PH yang dipimpin oleh Anwar sebagai tidak stabil dan berpecah akhirnya.Kalau dulu Azmin adalah tempatnya menabur racun kepada PKR, kini DAP dan Amanah pula tapak semaian untuk memecah-belahkan PH.Kepada DAP dan Amanah, lihatlah sejarah dan bukalah mata sementara PH pada ketika ini masih lagi belum terlambat untuk diselamatkan. 
(Shahbudindotcom 30/06/2020)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/06/selepas-pkr-dipecahkanapakah-ph-juga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Yakin Menang Lebih 60 Kerusi Punca Pkr Tolak Tun Mahathir

Yakin Menang Lebih 60 Kerusi Punca Pkr Tolak Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 410 hits
Menerusi sesi Facebook live Presiden PKR Anwar Ibrahim beberapa kali menolak cadangan Opsyen 2 menetapkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri selama 6 bulan dan Anwar menjawat Timbalan Perdana Menteri Sesi live ke udara hampir setiap hari ...
Rasmi Pkr Tolak Mahathir Sebagai Calon Pm

Rasmi Pkr Tolak Mahathir Sebagai Calon Pm

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 415 hits
Pemimpin pemimpin pusat dan anggota parlimen PKR menolak Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri sekali lagi Perkara itu disuarakan dalam kenyataan mereka sebentar tadi selepas mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat dan anggota parl...
Pkr Rela Jadi Pembangkang Dari Beri Mahathir Jadi Pm

Pkr Rela Jadi Pembangkang Dari Beri Mahathir Jadi Pm

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 318 hits
Baik PH terus jadi pembangkang dari sokong Dr M jadi PM lagi PKR telah menggariskan beberapa parameter dalam usaha untuk menukar sokongan ahli parlimen terhadap kerajaan Perikatan Nasional Menurut pemimpin parti memulakan sekali lagi tanpa ...
Reject Mahathir S Candidate For Pm9 Says Pkr

Reject Mahathir S Candidate For Pm9 Says Pkr

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 294 hits
Any decision on Pakatan Harapan s candidate for the prime minister s position must be decided by the coalition s Presidential Council said PKR today In a statement PKR secretary general Saifuddin Nasution Ismail said no one should make use ...
Pkr Mps Say It Again Yes To Anwar As Pm No To Dr Mahathir

Pkr Mps Say It Again Yes To Anwar As Pm No To Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 507 hits
PKR MPs are adamant that their president Datuk Seri Anwar Ibrahim must be the prime ministerial candidate as opposed to deposed Bersatu chairman Tun Dr Mahathir Mohamad This is in spite of other Pakatan Harapan coalition partners DAP and Am...
Mahathir Tiada Kuasa Tentukan Siapa Bakal Perdana Menteri Timbalan Perdana Menteri

Mahathir Tiada Kuasa Tentukan Siapa Bakal Perdana Menteri Timbalan Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 893 hits
June 29 2020KUCHING Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad tidak ada kuasa untuk memutuskan siapa yang layak menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Ini susulan cadangan terbaharu bekas Perdana Menteri itu yang mahukan ...
The Anwar Mahathir Impasse Chronology According To Pkr

The Anwar Mahathir Impasse Chronology According To Pkr

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 383 hits
PKR treasurer general Lee Chean Chung today gave a conflicting version of events concerning Pakatan Harapan s first meeting to hash out the impasse on who should become prime minister if the coalition regains power According to the Semambu ...
Mahathir Pm Anwar Dpm Dap Urges Pkr To State Stand

Mahathir Pm Anwar Dpm Dap Urges Pkr To State Stand

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 378 hits
EXCLUSIVE DAP has revealed the cards with regard to the impasse in Pakatan Harapan Plus over who should be named as the prime minister candidate Party organising secretary Anthony Loke said in recent weeks the coalition and its allies had e...
Anwar Bakal Sokong Muhyiddin Pkr Kemungkinan Rakan Baru Pn

Anwar Bakal Sokong Muhyiddin Pkr Kemungkinan Rakan Baru Pn

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 367 hits
Anwar Ibrahim PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin diramalkan bakal menerima sokongan tidak disangka daripada Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengukuhkan kedudukannya dalam mendepani usul undi penentuan kepe...
Antara Aktiviti Mingguan Kebun Bandar

Cara Dapatkan Bank Statement Cimb Bank Melalui Cimbclicks

Ufp 2 Fun 28 2024 5 Top 88 By Morgan

P2vvip P2vvips Com 9 2024 P2vvip 1 P2vvip Top 73 By Jermaine

Di Balik Layar Dakwah Yufid

13 Habit Lelaki Yang Boleh Bawa Dia Jauh Ke Depan Dalam Diam Diam

8 Senarai Pempers Terbaik Di Malaysia Pada Tahun 2025

Wanita Berstatus Isteri Disyaki Berkhalwat Dengan Lelaki Bujang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Peran Protein Dan Kalsium Dalam Susu Untuk Tumbuh Kembang Anak

11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati

Tingkatan Enam Masuk Kampus Kpm Mulakan Projek Rintis Di Usm Ukm

Rafizi Merajuk Dan Tidak Mahu Rasmi Kongres Wanita Dan Amk Pkr

The Cave Of Crystals Mexico S Hidden Underground Giant

Saifuddin Advises Rafizi To Stick To Party Elections Rather Than Speculations