Melompat Dari Kerusi Desak Kes Bunuh Altantuya Dibuka Semula Ia Tidak Semudah Itu



Wartawan MalaysiaGazette

Mohamed Haniff Khatri  
KUALA LUMPUR – ‘Ramai yang melompat dari kerusi dan katil’ mendesak supaya kes pembunuhan Altantuya Shaarriibuu segera dibuka semula berikutan tularnya akuan berkanun Azilah Hadri yang mendakwa beliau telah diarahkan oleh Datuk Seri Najib Razak untuk membunuh model dari Mongolia itu.

Namun menurut peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla tidak semudah itu untuk membuka semula fail siasatan kes pembunuhan tersebut semata-mata bersandarkan kepada pengakuan Azilah menerusi akuan berkanun itu.

Katanya, perkara pertama yang perlu diputuskan oleh mahkamah dalam membuat keputusan untuk membuka semula sesuatu kes jenayah adalah dengan membatalkan sabitan kes terdahulu dan memastikan akuan berkanun itu adalah keterangan yang segar.

Bercakap dalam program Jom Channel malam tadi, Haniff berkata, apabila sesuatu kes jenayah itu telah diambil seluruh keterangan dan melengkapi semua prosedur sehingga diputuskan bersalah atau tidak bersalah, maka untuk membuka semula siasatan kes tersebut adalah sesuatu yang rumit melainkan ada keadaan khusus.

Katanya, untuk membolehkan kes dibuka semula juga menuntut mahkamah terlebih dahulu membatalkan sabitan kes terdahulu , justeru beliau melihat desakan-desakan supaya kes itu segera dibuka tanpa ada keputusan di pihak mahkamah adalah satu tindakan yang salah.

“Selagi sabitan terhadap Sirul Azhar Umar dan Azilah tidak diubah atau semak semula, maka untuk meminta fail siasatan dibuka pun sudah salah, kes tidak boleh dibuka semula berpandukan akuan bersumpah perlu ada pembatalah atau perubahan sabitan terdahulu sebab ianya sudah muktamad,” katanya yang melihat akuan berkanun Azilah bukanlah satu keterangan yang segar.

BACA: Azilah dakwa Najib arah bunuh Altantuya

Mengulas lanjut, Haniff berkata, antara perkara yang akan dibangkitkan oleh mahkamah yang bakal mendengar permohonan Azilah untuk menyemak semula sabitan hukuman mati yang dikenakan ke atasnya pada 20 April nanti adalah mengapa semua keterangan di dalam akuan berkanun itu tidak diberitahu semasa kes tersebut dibicarakan.

Sedangkan, katanya, kedua-duanya iaitu Azilah dan Sirul mempunyai segala ruang serta peluang untuk memberi keterangan sedemikian di kotak saksi ketika itu, juseru persoalan mengapa sekarang beliau mahu tampil dengan dakwaaan diarah membunuh pasti akan dibangkitkan di mahkamah.

Beliau berkata, mahkamah hanya akan melayan permohonan untuk membuat semakan semula sabitan hukuman mati itu jika ada keadaan khusus di mana Azilah boleh meyakinkan mahkamah bahawa beliau selayaknya diberi ruang seumpama itu.

BACA: Permohonan Azilah semak semula sabitan hukuman mati didengar 20 April 2020

Tanpa mahu mendahului mahkamah, Haniff berkata, pemerhatiannya terhadap akuan berkanun Azilah bertarikh 17 Oktober 2019 dan tular pada 16 Disember lalu mendapati Azilah tidak menyatakan sebarang sebab mengapa beliau tidak mendedahkan perkara tersebut sepanjang perbicaraan dan sehingga hukuman dijatuhkan.

“Mungkin ada afidavit lain yang mahkamah akan lihat, itu saya tidak tahu,” katanya.

Beliau turut menjelaskan kesulitan untuk membuka semula sesuatu kes jenayah yang telah dimuktamadkan apabila wujudnya keterangan yang tidak berkaitan dengan rentetan kes sehingga menimbulkan dua rentetan peristiwa yang bercanggah.

Dalam kes pembunuhan Altantuya, katanya, perlu dilihat sama ada wujud atau tidak rentetan peristiwa diarahkan membunuh atau pembabitan pihak lain oleh pendakwaan sepanjang perbicaraan.

Menjawab satu soalan mengapa Azilah hanya mengetengahkan dakwaan tersebut selepas 10 tahun kes itu, Haniff sekali lagi mengelak daripada mendahului mahkamah yang akan mendengar permohonan Azilah pada tarikh yang beliau sifatkan sebagai penting iaitu pada 20 April tahun depan.

“Sama ada ianya fikiran terkemudian atau rekaan biar mahkamah yang tanya,” katanya.

Beliau turut menarik perhatian mengenai persoalan sama ada motif itu penting dalam kes jenayah.

Katanya, dari sudut perundangan motif sebenarnya tidak relevan dalam mana-mana kes jenayah sebaliknya motif hanya dibangkitkan untuk memahamkan semua pihak tentang rentetan perisitwa yang membawa kepada terjadinya jenayah itu.  – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/12/melompat-dari-kerusi-desak-kes-bunuh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azilah Mahu Perbicaraan Semula Kes Bunuh Altantuya

Azilah Mahu Perbicaraan Semula Kes Bunuh Altantuya

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 608 hits
Mahkamah Persekutuan Putrajaya menetapkan April depan untuk mendengar permohonan bekas anggota Unit Tindak has Azilah Hadri untuk menyemak semula keputusan sabitkannya atas kesalahan membunuh Altantuya Shaariibuu Peguamnya J Kuldeep Kumar m...
Ramkarpal Gesa Siasatan Semula Kes Bunuh Altantuya

Ramkarpal Gesa Siasatan Semula Kes Bunuh Altantuya

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 1018 hits
Pada 17 Disember 2019 oleh portal berita Malaysiakini hari ini Menurut Ramkarpal pihak berkuasa boleh menggunakan SD berkenaan bagi membuka semula siasatan berhubung pembunuhan Altantuya Tidak perlu tunggu untuk laporan polis dibuat berhubu...
Azilah Mahu Kes Bunuh Altantuya Dibicara Semula Peguam

Azilah Mahu Kes Bunuh Altantuya Dibicara Semula Peguam

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 1082 hits
BEKAS anggota unit tindakan khas Azilah Hadri yang sebelum ini disabitkan bersalah kerana membunuh Altantuya seorang penterjemah warga Monggolia pada tahun 2006 mahu kes itu dibicarakan semula Peguamnya J Kuldeep Kumar hari ini dilapor memf...
Selepas Najib Bersumpah Laknat Keperluan Kini Jadi Lebih Tinggi Untuk Kes Altantuya Dibuka Semula

Selepas Najib Bersumpah Laknat Keperluan Kini Jadi Lebih Tinggi Untuk Kes Altantuya Dibuka Semula

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 491 hits
Semalam Najib Razak melakukan sumpah laknat Masjid Jamek Kampung Baru Kuala Lumpur bagi menafikan tuduhan yang terkandung dalam Akaun Bersumpah atau SD Azilah Hadri yang mengaitkannya dengan pembunuhan Altantuya Sharibuu Lafaz sumpah beliau...
Altantuya Peguam Negara Pertimbang Buka Semula Kes

Altantuya Peguam Negara Pertimbang Buka Semula Kes

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 281 hits
Peguam Negara Tommy Thomas akan mempertimbangkan untuk membuka semula kes pembunuhan wanita Mongolia yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Najib Razak susulan harapan yang disuarakan bapa mangsa supaya kerajaan baru dapat mencari kead...
Sd Azilah Kes Altantuya Peguam Anwar Mengaku Najib Razak Tidak Terlibat

Sd Azilah Kes Altantuya Peguam Anwar Mengaku Najib Razak Tidak Terlibat

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 600 hits
Rupa rupanya Akuan Bersumpah Azilah Hadri belum diketahui kesahihannya Pihak polis beritahu mereka perlu mengesahkan SD itu dahulu sebelum perlu tindakan selanjutnya Azilah dan Sirul didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi pada tahun 2009 da...
Pencerahan Kes Pembunuhan Altantuya Fakta

Pencerahan Kes Pembunuhan Altantuya Fakta

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 556 hits
Oleh JebatSiapa yang ikut kes ini korang akan ingat kronologi pembunuhan Al Tantuya karangan Pakatan DAP suatu ketika dahulu 1 Awal awal depa kata Razak Baginda Kawan Baik Najib Razak yang bunuh Altantuya 2 Lepas tu kita dengar Rosmah Manso...
Najib Yang Suruh Saya Bunuh Altantuya

Najib Yang Suruh Saya Bunuh Altantuya

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 1164 hits
Azilah Hadri yang ketika ini sedang menunggu hukuman gantung mandatori kerana didapati bersalah membunuh wanita warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu telah membuat dakwaan mengejutkan dari pejara Kajang Memetik laporan Malaysiakini dia ...
Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Happy Beday Sweetie

Crocodile Menace Intensifies As Sabah Rescue Team Battle Floods

Dapat Sample Free Pampers Dewasa

Ahli Parlimen Ditahan Selepas Didakwa Lakukan Serangan Seksual

Pelaburan Emas Bank Islam Biga I

Wanita Lari Dipercayai Ikut Tomboy


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod One Cent Thief Season 2 Astro Sooka

Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir


Influencers Can Boost Your Startup

Lirik Lagu Hanya Kamu Dato M Nasir Ft Azri Yunus

Sakit Tulang Punggung Punca Dan Rawatan

Best Value Small Trucks Affordable And Reliable Picks In 2025

Nama Lain Babi Dan Cara Semak Status Halal Online

Buli Di Tempat Kerja Contoh Tindakan Saluran Aduan