Selepas Melaka Adakah Johor Pula Akan Bertukar Mb



SELEPAS pertukaran Ketua Menteri Melaka, persoalan yang timbul sekarang adakah negeri-negeri lain di bawah kekuasaan Barisan Nasional (BN) dalam keadaan selamat, tanpa sebarang rombakan?
Sedikit ulang kaji, tentang negeri-negeri yang didominasi mahupun dikepalai oleh BN, pastinya, Perak, Pahang, Melaka dan Johor.
Untuk Perak dan Pahang sebarang perubahan terhadap pentadbiran agak tipis ketika ini, memandangkan kedua-dua negeri ini dikendalikan selepas PRU ke-14 masih mempunyai ikatan perjanjian dengan parti-parti gabungan Pakatan Harapan (PH). 
Kalau pun perubahan yang akan berlaku, pastinya perlu tercetus isu-isu besar di peringkat persekutuan, dan bagi saya ketika ini ia agak selamat buat kepimpinan sedia ada.
Perak walaupun bukan didominasi oleh BN namun atas prinsip kelangsungan pemerintahan, PH telah memberikan ruang mengetuai pentadbiran kepada UMNO, situasi ini berbeza dengan Pahang yang sememangnya BN lebih dominan dan tiada khilaf di situ.
Johor, seolah-olah pentadbiran Menteri Besar semasa seperti berada di hujung tanduk. 
Kenapa saya kata begitu, kalau dilihat pada analisis, sebelum kejatuhan Datuk Seri Sulaiman Md Ali, sebagai Ketua Menteri Melaka, terdapat beberapa petunjuk (lima secara jelasnya) yang membawa kepada perubahan tampuk kepimpinan ini.
1. Ketua Menteri tidak bertanding Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT). Ini amat berbeza dengan amalan-amalan terdahulu, kerana ia merupakan batu loncatan untuk seseorang itu terus ke hadapan.
2. Selepas pemilihan, menang atau kalah, kebiasaannya, ketua perhubungan negeri yang dilantik ialah Menteri Besar mahupun Ketua Menteri. Malangnya, selepas tamat MKT, yang dilantik di Melaka ialah Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, secara tidak langsung menunjukkan siapa yang lebih mesra di peringkat persekutuan.
3. Pada masa sama, Datuk Seri Sulaiman Md Ali juga tidak kelihatan menyokong tindakan pusat dalam mewujudkan Kerajaan Perpaduan, yang menggambarkan bahawa beliau tidak sehaluan dengan kepimpinan utama.
4. Beliau juga gagal mendapat sokongan padu dari ketua-ketua bahagian yang baru dipilih, malah tiada suara yang mempertahankan beliau ketika kemelut memuncak.
5. Beliau juga tidak kelihatan di majlis-majlis rasmi Presiden UMNO, yang merangkap Timbalan Perdana Menteri, pastinya menimbulkan banyak tanda tanya buat akar umbi.
Mari kita menyelusuri pula kayu ukur di atas dengan negeri Johor. Datuk Onn Hafiz Ghazi tidak bertanding MKT seperti menteri besar Perak dan Pahang, menunjukkan beliau tidak mempunyai kekuatan (atau tidak meyakini kekuatan) di peringkat akar umbi. 
Walaupun terdapat beberapa bahagian mendesak untuk beliau bertanding Ketua Pemuda namun beliau hanya menawarkan diri sebagai Ketua Bahagian Simpang Renggam sahaja.
Begitu juga indikator ke-2, beliau bukan dilantik sebagai Ketua Perhubungan UMNO Negeri, tetapi Menteri Pengajian Tinggi yang juga mantan menteri besar yang mengisi jawatan tersebut kini.
Indikator ke-3 paling ketara, kerana beliau antara yang paling lantang menentang Presiden dan keputusan parti menyertai Kerajaan Perpaduan dan pernah digelar “bad boy”, apatah lagi beliau kelihatan lebih mesra dengan golongan berhaluan kiri dalam UMNO itu sendiri.
Indikator ke-4 agak tidak memberi kesan kerana walaupun ada beberapa kenyataan menyokong beliau selepas krisis kepimpinan Melaka, ironinya sokongan ini tidak akan memberi kesan, apatah lagi, ramai mana dari penyokong UMNO ini akan bertindak “liar” atau sanggup sama-sama jatuh dengan beliau.
Indikator ke-5, juga agak ketara, kerana beliau kerap juga “MIA” di acara-acara besar UMNO.
Bagi saya, analisis saya mungkin tidak membawa apa-apa makna. Kerana keputusan ini merupakan hal prerogatif presiden, terserah kepada beliau siapa yang beliau rasa bersesuaian untuk memimpin negeri dan parti di peringkat negeri.
Akan tetapi, bagi saya, “chemistry” antara negeri dan pusat amat penting. Bagaimana nak bergerak ke hadapan, jika masih terdapat sekelumit zarah tidak kepercayaan di hati masing-masing.
Apa jua yang berlaku, rakyat perlu diutamakan, seni politik dalam politik ini perlu dihentikan kerana pangkat adalah amanah yang perlu dilunaskan. Jangan kerana ego, kerajaan gagal berfungsi sebaiknya, dan akhirnya kita akan sentiasa kebelakangan dari yang lain.
Teguran saya secara terbuka, jadilah ahli parti yang baik, bukan ahli politik mendabik dada


Dr Ahmad Zaharuddin Sani Sabri Penganalisis Politik dan Kolumnis

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/04/selepas-melaka-adakah-johor-pula-akan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Touch N Go Monopoli Puspakom Pula Akan Dipecahkan

Selepas Touch N Go Monopoli Puspakom Pula Akan Dipecahkan

papar berkaitan - pada 24/3/2023 - jumlah : 215 hits
PUTRAJAYA Perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan motor yang diwajibkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan dibuka kepada pihak berkelayakan dan memenuhi syarat ditetapkan selepas konsesi semasa kepada Pusat Pemeriksaan Kenderaan ...
Hukum Makan Sahur Selepas Imsak Adakah Puasa Kita Terbatal

Hukum Makan Sahur Selepas Imsak Adakah Puasa Kita Terbatal

papar berkaitan - pada 3/4/2023 - jumlah : 225 hits
Mungkin ada antara kita masih tertanya tanya boleh kita makan atau minum ketika sahur dalam waktu Imsak yang kita tahu ianya adalah waktu tempoh 10 minit sebelum waktu Subuh Apa hukumnya Adakah puasa kita masih diterima atau ianya terbatal ...
Melaka Bakal Bertukar Ketua Menteri

Melaka Bakal Bertukar Ketua Menteri

papar berkaitan - pada 30/3/2023 - jumlah : 227 hits
NOR FARHANA YAACOBMELAKA Kerajaan Melaka didakwa bakal bertukar Ketua Menteri baharu pada Jumaat ini Malah difahamkan upacara mengangkat sumpah Ketua Menteri ke 14 itu akan diadakan di hadapan Yang di Pertua Negeri Tun Mohd Ali Rustam di Pe...
Selepas Manila Running Man Bakal Adakan Acara Pertemuan Peminat Di Malaysia Pula

Selepas Manila Running Man Bakal Adakan Acara Pertemuan Peminat Di Malaysia Pula

papar berkaitan - pada 6/4/2023 - jumlah : 195 hits
Adakah ahli Running Man akan menemui peminat di Malaysia tak lama lagi ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini ahli Running Man iaitu Yoo Jae suk Ji Suk jin Haha Kim Jong kook Song Ji hyo Yang Se chan dan Jeon So min telah mengadakan acara pertemua...
Demi Tuntut Pengeluaran Caruman Kwsp Noorazlan Berjalan Kaki Dari Johor Ke Istana Negara

Demi Tuntut Pengeluaran Caruman Kwsp Noorazlan Berjalan Kaki Dari Johor Ke Istana Negara

papar berkaitan - pada 31/3/2023 - jumlah : 360 hits
JOHOR BAHRU Seorang pemandu teksi nekad untuk menjayakan misi berjalan kaki dari Johor ke Istana Negara demi menuntut pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Memetik dari laporan Harian Metro Noorazlan Ismail 49 berkata Pengeluar...
Johor Veterinary Dept Probing Dog Set On Fire Incident

Johor Veterinary Dept Probing Dog Set On Fire Incident

papar berkaitan - pada 31/3/2023 - jumlah : 244 hits
Screenshots of the CCTV recording showing the man abusing the dogs living at the stairwell PETALING JAYA The Johor veterinary services department is investigating the abuse of several stray dogs by a man who was caught on CCTV throwing bric...
Berbuka 4 Puasa Di Gbw Hotel Johor Bahru Foto Bersama Rakan Media

Berbuka 4 Puasa Di Gbw Hotel Johor Bahru Foto Bersama Rakan Media

papar berkaitan - pada 28/3/2023 - jumlah : 301 hits
Assalamualaikum WBTNAMPAKNYA sepanjang bulan puasa ni kena hadaplah limpahan kenderaan atas jalanraya dua kali ganda berbanding bulan lain Semalam Sk keluar rumah 6 40 pagi dan sampai lewat tau entah kenapa tah jalan dah mula sesak sebelum ...
Pesanan Buat Sang Suami

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Masih Beraya

Continuous Learning

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


The Hardest Singing Show

Dato Azizul Khamis Feat Alyah Joget Celoteh Raya Chord

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta

Jpsm Mengesahkan Kegiatan Pembalakan Di Bukit Beserah Berlaku Dalam Kawasan Tanah Persendirian

2 Minute Microwave Onsen Tamago