Hukum Makan Sahur Selepas Imsak Adakah Puasa Kita Terbatal



Mungkin ada antara kita masih tertanya-tanya boleh kita makan atau minum ketika sahur dalam waktu Imsak yang kita tahu ianya adalah waktu tempoh 10 minit sebelum waktu Subuh. Apa hukumnya? Adakah puasa kita masih diterima atau ianya terbatal jika makan dalam waktu Imsak tersebut?
Perkara ini biasa berlaku tentang kekeliruan apabila waktu bulan Ramadan dimaan kita diwajibkan untuk berpuasa iaitu bermula dari waktu Subuh hingga tenggelam matahari iaitu ketika waktu Maghrib. Jadi dalam tempoh tersebut, tidak boleh makan dan minum serta lekkan perkara lain yang membatalkan puasa.
Ketika bersahur, kita akan bangun pagi dengan mengikut sunnah iaitu melambat-lambat bersahur. Jadi biasanya kita akan makan dalam 1 jam sebelum azan subuh yang menandakan waktu berpuasa sudahpun bermula.
Tapi kalau kita lihat takwim atau jadual Sahur akan ada waktu Imsak iaitu 10 minit sebelum waktu Subuh. Adakah dalam 10 minit terakhir tersebut, kita masih boleh makan dan minum? Atau adakah ianya sudah dikira bermula berpuasa kerana ianya ditulis dan dipaparkan.
Jadi persoalan biasanya timbul ketika bulan puasa. Apa hukum makan dalam waktu Imsak tersebut? Adakah terbatal puasa kita atau masih boleh diteruskan. Disebabkan itu, Mufi Wilayah Persekutuan ada mengeluarkan fatwa bagi menjawab persoalan tersebut seperti dibawah:
Hukum Makan Selepas Imsak. Adakah Puasa Kita Terbatal Atau Boleh Diteruskan Seperti Biasa?Diantara perkara-perkara sunat di dalam berpuasa adalah dengan mengakhirkan bersahur. Mengakhirkan di sini bermakna melewatkan proses bersahur tersebut. Seperti yang kita maklum, di Malaysia, masuknya waktu imsak adalah 10 minit sebelum masuknya waktu subuh. Terkadang timbulnya persoalan dan kekeliruan adakah waktu imsak itu waktu bermulanya puasa. Untuk membincangkan isu ini mari sama-sama kita renungi firman Allah SWT ini:
وَكُلُواْ وَٱشۡرَبُواْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ ٱلۡخَيۡطُ ٱلۡأَبۡيَضُ مِنَ ٱلۡخَيۡطِ ٱلۡأَسۡوَدِ مِنَ ٱلۡفَجۡرِۖ ثُمَّ أَتِمُّواْ ٱلصِّيَامَ إِلَى ٱلَّيۡلِۚ
Maksudnya: dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib) - (Al-Baqarah: 187)
Al-Imam Ibn Kathir Rahimahullah di dalam tafsirnya menyebutkan bahawa ayat di atas memberi kebenaran untuk makan dan minum sehingga ternampaknya cahaya subuh (fajar sadiq) dari kegelapan malam.[1]
Terdapat beberapa hadith yang lain menceritakan tentang sifat sahur Nabi ﷺ serta arahan Baginda ketika bersahur, antaranya:
تَسَحَّرْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، ثُمَّ قَامَ إِلَى الصَّلاَةِ، قُلْتُ: كَمْ كَانَ بَيْنَ الأَذَانِ وَالسَّحُورِ؟  قَالَ: قَدْرُ خَمْسِينَ آيَةً.
Maksudnya: Kami telah bersahur  bersama Nabi SAW kemudian kami mendirikan solat (solat sunat). Aku telah berkata (iaitu Anas bin Malik RA bertanyakan kepada Zaid bin Thabit RA): “Berapakah kiranya (masa) di antara azan dan sahur itu?”. Jawab Zaid bin Thabit RA: “Sekadar bacaan 50 ayat (al-Quran)”. - Riwayat Al-Bukhari (1921) & Al-Tirmizi (703)
Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani di mengatakan kadar bacaan 50 ayat tersebut adalah kadar bacaan sederhana. Tidak terlalu laju dan tidak pula terlalu lambat. Begitu juga dengan kadar panjang ayat yang sederhana. Tidaklah ayat yang penjang, tidak juga ayat yang  terlalu pendek.[2]
Dalam sebuah hadith yang lain, Rasulullah ﷺ bersabda:
إِنَّ بِلاَلاً يُنَادِي بِلَيْلٍ، فَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يُنَادِيَ ابْنُ أُمِّ مَكْتُومٍ
Maksudnya: Sesungguhnya Bilal azan pada waktu malam, maka makan dan minumlah sehingga azannya Ibn Umm Maktum”. - Riwayat al-Bukhari (620)
Ketika zaman Rasulullah, azan subuh dilaungkan sebanyak dua kali. Sekali sebelum masuknya waktu subuh untuk memberikan peringatan manakala azan yang kedua bermaksud telah masuknya waktu subuh. Berdasarkan hadith di atas, Bilal RA azan pada waktu malam menunjukkan bahawa beliau melaungkan azan yang pertama iaitu sebelum masuknya waktu subuh (diiktibarkan pada waktu malam). Maka, Rasulullah memberikan keizinan untuk makan dan minum pada waktu tersebut (untuk bersahur). Sekiranya telah azan Ibn Umm Maktum RA untuk azan yang kedua, maka ia menunjukkan bahawa waktu subuh telah masuk dan telah bermulanya waktu berpuasa. Iktibarnya di sini adalah masuknya waktu iaitu terbitnya fajar al-sadiq dengan berkumandangnya azan.
Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah di dalam al-Majmu’ menyebutkan:
“Telah kami sebutkan sekiranya telah terbit fajar dan padanya (di dalam mulutnya) terdapat makanan, maka perlu dia mengeluarkan makanan tersebut dan kemudian sempurnakan puasanya. Sekiranya dia menelan apa yang ada di dalam mulutnya itu, setelah mengetahui terbitnya fajar al-sadiq, maka batallah puasanya.
Dalilnya adalah hadith daripada Ibn ‘Umar dan ‘Aisyah R.Anhum yang mana Rasulullah bersabda:
إِنَّ بِلاَلاً يُنَادِي بِلَيْلٍ، فَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يُنَادِيَ ابْنُ أُمِّ مَكْتُومٍ (hadith seperti di atas)…”.[3]
KesimpulanSetelah melihat kepada dalil serta nas yang terdapat di dalam perbahasan ini, kami katakan di sini bahawa waktu imsak (10 minit sebelum masuknya waktu subuh) bukanlah waktu bermulanya puasa. Maka pada tempoh tersebut dibolehkan lagi untuk makan dan minum. Namun, sekiranya telah kedengaran azan subuh, maka hendaklah berhenti serta merta dan kemudian sempurnakan puasa tersebut sehingga masuk waktu berbuka.
Kami melihat bahawa waktu imsak yang selama 10 minit itu ada asasnya sebagai waktu untuk ihtiyat (berjaga-jaga) agar tidak makan melebihi waktu yang telah ditetapkan yang mana boleh membatalkan puasa seseorang itu. Kami amat bersetuju dengan waktu imsak ini dan sekiranya seseorang yang bangun lewat untuk bersahur dan masa masih berbaki untuk beliau bersahur di dalam waktu imsak, maka ianya dibolehkan dan ianya tidak pula memudharatkan puasanya pada hari tersebut. Oleh itu, kami mencadangkan agar sahur itu diselesaikan sebelum masuknya waktu iaitu sebelum azan agar tidak timbul syubhah (keraguan).
Akhir kalam, suka untuk kami menyebutkan  antara hikmah mengapa disunatkan untuk melewatkan sahur itu, agar muslim khususnya lelaki dapat terus bersiap sedia untuk menunaikan solat subuh yang mana jika seseorang itu mengawalkan sahurnya, boleh jadi dia akan tidur sejurus selepas bersahur dan kebarangkalian untuk dia terlepas waktu subuh amat besar. Amat tidak patut bagi seseorang muslim itu mengejar yang sunat namun meninggalkan perkara yang wajib.
Sumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aimanabdullah.com/2023/04/hukum-makan-sahur-selepas-imsak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adab Berbuka Puasa Dan Makan Sahur Di Bulan Ramadhan

Adab Berbuka Puasa Dan Makan Sahur Di Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 25/3/2023 - jumlah : 305 hits
Adab Berbuka Puasa Dan Makan Sahur Di Bulan Ramadhan Ramadhan adalah bulan penuh keberkatan di mana segala apa amalan kebaikan yang kita buat dapat pahala dan digandakan pulak tu Terutamanya dalam amalan bersedekah solat membaca al Quran da...
Jemput Makan Di Maison Bistro Berbuka Puasa Bersama Keluarga

Jemput Makan Di Maison Bistro Berbuka Puasa Bersama Keluarga

papar berkaitan - pada 9/4/2023 - jumlah : 385 hits
JEMPUT MAKAN DI MAISON BISTRO BERBUKA PUASA BERSAMA KELUARGA Assalammualaikum semua Jom berbuka puasa di Maison Bistro Dalam banyak banyak buffet Ramadan yang Ruby dah cuba Maison Bistro paling banyak penjimatan Sebab harga untuk dewasa RM ...
Sahur 4 5 Puasa

Sahur 4 5 Puasa

papar berkaitan - pada 27/3/2023 - jumlah : 161 hits
Assalamualaikum WBTKONON hari tu tobat dah tak nak sahur kedai mamak tapi bila Pak Inche dok berzikir nak makan tosei kita layankan ajelah Kali ni kami ke Bismi Curry House pulak tak mahu pergi Dapat akhirnya Pak Inche makan tosei dengan ka...
Resipi Sup Ayam Berempah Sesuai Untuk Berbuka Puasa Ibu Lepas Bersalin Pun Elok Makan

Resipi Sup Ayam Berempah Sesuai Untuk Berbuka Puasa Ibu Lepas Bersalin Pun Elok Makan

papar berkaitan - pada 27/3/2023 - jumlah : 323 hits
Bila berpuasa ni ada masanya tak berselera nak makan menu yang berat Mahukan menu yang mudah tetapi sedap dan menyelerakan Sajian yang sering menjadi pilihan adalah sup Sup ada banyak versi dan resipinya juga macam macam jenis Ada yang tak ...
Nasi Goreng Sahur 7 Puasa

Nasi Goreng Sahur 7 Puasa

papar berkaitan - pada 30/3/2023 - jumlah : 391 hits
Assalamualaikum WBTJENUH ya nak kejar entry Ramadhan 1444H ni tapi SK cuba Hari yang ada game Malaysia vs Hong Kong tu Sk tersedar tengok jam lagi 10 minit pukul 2 pagi Nampak lampu bilik air menyala dari celah celah pintu jenguk keluar ten...
Menu Sahur Buka Puasa 2 Ramadan

Menu Sahur Buka Puasa 2 Ramadan

papar berkaitan - pada 26/3/2023 - jumlah : 416 hits
Menu Sahur Buka Puasa 2 Ramadan Alhamdulillah tahniah Abang Ilham Abang Syamil berjaya menghabiskan puasa 1 Ramadan tanpa drama Nak drama apanya The post appeared first on
Warga Emas Maut Suami Di Icu Selepas Makan Ikan Buntal

Warga Emas Maut Suami Di Icu Selepas Makan Ikan Buntal

papar berkaitan - pada 29/3/2023 - jumlah : 274 hits
Exco Kesihatan dan Perpaduan Johor Ling Tian Soon berkata pasangan itu mendapatkan bekalan daripada penjual secara pra tempahan menerusi laman Facebook JOHOR BAHRU Seorang wanita warga emas meninggal dunia pada Sabtu lepas manakala suaminya...
Sahur 1 Makan Roti Telur Di Restoran Thoufeeq

Sahur 1 Makan Roti Telur Di Restoran Thoufeeq

papar berkaitan - pada 23/3/2023 - jumlah : 210 hits
Assalamualaikum WBTSALAM Ramadhan dan di kesempatan ini Sk mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa dan semoga pembaca diberi keafiaatan oleh Allah swt sepanjang bulan Ramadhan ini Alhamdulillah doa agar bertemu Ramadhan kali ini dimakbul...
Sedihnya Kehilangan Terbesar 4 Beradik Maut Dalam Kebakaran Selepas Waktu Berbuka Puasa

Sedihnya Kehilangan Terbesar 4 Beradik Maut Dalam Kebakaran Selepas Waktu Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 30/3/2023 - jumlah : 258 hits
Siapa sangka tidak lama selepas berbuka puasa terjadi kebakaran di rumah keluarga ini sehingga mengorbankan empat orang kanak kanak Sedihnya kerana kesemua mereka masih kecil tambahan pula kejadian berlaku dalam bulan Ramadan dan tak lama l...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran