Selepas Me Install Backtrack 5
Intro
Backtrack 5 atau name code name die "Revolution" dah lame dah kuar. Tak silap aku 10 Mei 2011 ari tu. Backtrack 5 ni adalah based on Ubuntu 10.04 LTS, Linux kernel 2.6.38.. So bila install tu boleh kate 60% rase cm ubuntu lah pakai. Backtrack 5 ni aku bagi rating 8/10 lah sbb boleh di katakan banyak wireless support tuk hack wireless (kaki curi line) compare ngn backtrack sebelum ni. and lagi senang..xder pening2 kepala sangat...Laju pn laju..mengunakan GRUB terbaru..and banyak lagi application yang telah di upgrade...emm selain itu..ada 2 jenis interface atau satu GNOME n KDE 4. Tak seperti Backtrack yang sebelum2 ni..hanya KDE je(sebenarnye korang boleh install sendiri kalu pandai)..So, sape yang suke pakai GNOME boleh download GNOME nye version kalu suka KDE boleh download KDE nye version.
Download: http://www.backtrack-linux.org/downloads/
Perkara yang perlu anda buat dan tahu selepas install Backtrack 5
1. Backtrack menggunakan satu sahaja userid ia itu root sahaja. dan password default die adalah toor.
Korang boleh tukar password toor tersebut kepada password yang lain mengunakan arahan ini di dalam terminal
#passwd
Contoh:
2. Untuk menjalankan backtrack dalam GUI. Korang hendak lah mengunakan command ini.
#startx
3. Connect Internet Mengunakan WICD
Membuang ERROR: Could not connect to wicd's D-bus interface. Check the wicd log for error messages
Benda kat atas ni takder paper pn sebenarnye...ko biar pun tak pe...tapi kalu nak jugak hilang boleh pakai command ni
#dpkg-reconfigure wicd
#update-rc.d wicd defaults
4. Membaiki splash screen. Bila korang install backtrack korang kedalam hardriver. Splash screen korang akan hilang. Untuk membetulkan splash screen korang. taip command ini.
#fix-splash
5. Install update dan upgrade Backtrack 5 korang, taip ni dalam terminal/konsole korang:
#apt-get update && upgrade
6. Mememasang dan membuang application
6.1 apt-get
#apt-get install NAMEAPPLICATION ------> untuk memasang application
#apt-get remove NAMEAPPLICATION -----> untuk membuang application
Contoh: #apt-get install chromium-browser
Selain itu korang boleh search application yang korang agak2 ada...tp lupe name die...just pakai
Command ni: aptitude search NAMEAPPLICATION
6.2 dpkg
#dpkg -i NAMEAPPLICATION.deb ------> untuk memasang application
#dpkg -r NAMEAPPLICATION.deb ------> untuk membuang application
6.3 tar
6.3.1 Extracting archives
#tar xf dir.tar
#tar xzf dir.tar.gz
#tar xjf dir.tar.bz2
6.3.2 make && make install
Note: terlalu banyak cara nk install application...aku rase 3 ni amat biase korang gunakan nanti
7. Install Driver Grafik Kad
7.1 Backtrack 5 boleh dikatakan banyak yang support grafik kad, sbb die mengunakan Linux kernel 2.6.38 ..So kalu rase2 PC atau laptop korang tu mmg biase org pakai. kebarangkalian driver grafik kad korang xyah install adalah tinggi. Kepada sape yang tak bernasib baik. korang boleh tgk kt cni
ATI : http://support.amd.com/us/gpudownload/Pages/index.aspx
NVDIA: http://www.nvidia.com/Download/index.aspx?lang=en-us
Untuk option Operating System sila pilih: Linux 32-bit/Linux 64-bit depent kepada achitecture ape Backtrack 5 yg korang download tu
8. Codec Dan Player
8.1 Codec
#apt-get install aptitude
#aptitude install gstreamer0.10-pitfdll gstreamer0.10-ffmpeg gstreamer0.10-gl gstreamer0.10-plugins-base gstreamer0.10-plugins-good gstreamer0.10-plugins-bad gstreamer0.10-plugins-bad-multiverse gstreamer0.10-plugins-ugly gstreamer0.10-plugins-ugly-multiverse libxine-extracodecs w32codecs
8.2 Player
Player yang best nk di install dalam backtrack bagi aku:
1. Banshee Media Player
2. gnome Mplayer
3. Mplayer
4. Audacity
#apt-get install mplayer totem gnome-mplayer
Player yang lain2 boleh korang tambah sendiri. VLC pn boleh..tp dalam backtrack root xboleh run VLC. Aku dah cuba run VLC kt root tp tak berjaya. Nanti aku dah berjaya aku post balek.
9. Compiz
Akan memjadi satu kebosanan atau kurang menarik bila korang install Linux xder compiz. Compiz ni yang memcantikkan Linux korang dengan efek2 yang menarik so korang boleh men"instal" compiz dengan command di bawah:
#apt-get install compiz compiz-fusion-plugins-extra emerald simple-ccsm fusion-icon
Note: sebelum install compiz, korang kena install driver grafik kad dl. Kalu install compiz dl nnt backtrack korang sekat2 cm xcukup makan. harap maklum
10. Take Screenshot and Shutter
Korang boleh install 2 benda alah ni. Amat2 berguna.
#apt-get install shutter xscreensaver-data xscreensaver gnome-utils
11. Office
Dalam Backtrack aku..aku pakai LibreOffice. LibreOffice boleh bukak sume file MS-Office tak kira lah yang version baru tau yang lame. Tapi interface die tak xder lah cm MS-Office 2011 atau sebelum-sebelum 2..Cume macam MS-Office 2003.
Korang boleh down LibreOffice di sini
http://www.libreoffice.org/download/
Download Yang ni kalu kalu korang pakai 32 Bit
lepas dah siap download
Extract file tar.gz tu mengunakan command ni
Contoh:
#cd ~
#tar -xvf LibO_3.3.3_Linux_x86_install-deb_en-US.tar.gz
#tar -xvf LibO_3.3.3_Linux_x86_helppack-deb_en-US.tar.gz
pastu cd tempat yang korang extract tu (aku nye dekat /root )
#cd ~
#cd LibO_3.3.3_Linux_x86_install-deb_en-US\DEB
#dpkg -i *.deb
#cd desktop-integration
#dpkg -i *.deb
#cd ~
#cd LibO_3.3.3_Linux_x86_helppack-deb_en-US\DEB
#dpkg -i *.deb
Siap install :)
12. Adobe Reader
Adobe Reader tuk linux boleh download kt sini
http://get.adobe.com/reader/
Download File Tersebut. (save kt /root ...sbb contoh ni aku pakai /root )
#cd ~
#chmod +x AdbeRdr9.4.2-1_i486linux_enu.bin
#./AdbeRdr9.4.2-1_i486linux_enu.bin
Kemudian korang baca je arahan2 die...Siap XD
Masalah-masalah Berkaitan Dengan ROOT(super user)
Bila korang pakai backtrack. Sume application atau arahan di jalankan dalam mode super user aka root. Terdapat banyak sebab kenapa sesetengah application atau command/arahan tidak dibenarkan dijalankan dalam root begitu jugak sebaliknya
More info, read this: http://en.wikipedia.org/wiki/Superuser
Walaubagaimanapun korang masih boleh menjalankan ape-ape yang korang nk mengunakan command root. Contoh-contoh dibawah antara application yang berjaya di buat
Avant Windows Navigator
Bab AWN ni complicated skt. Tapi senang je kalu korang follow ape yang aku buat:
Install add-apt-repository
#apt-get install python-software-properties
REMOVE Avant Window Navigator(AWN)
#apt-get remove avant-window-navigator avant-window-navigator-data awn-settings awn-applets-c-core libawn1 vala-awn && apt-get autoremove
ADD THE PPA
#add-apt-repository ppa:awn-testing/ppa && sudo apt-get update
INSTALL Avant Window Navigator (AWN)
#apt-get install avant-window-navigator-trunk avant-window-navigator-data-trunk python-awn-trunk awn-settings-trunk awn-applets-python-core-trunk python-awn-extras-trunk awn-applets-python-extras-trunk awn-applets-c-core-trunk awn-applets-c-extras-trunk
Sekarang AWN dah siap install dalam komputer korang..Untuk membolehkan root mengunakan application ni. Just run terminal, taip ni:
#gedit /usr/bin/awn-settings
Pastu cari if os.geteuid() == 0:
tukar 0 kepada 1
SAVE.
Sekarang korang boleh run AWN korang seperti biasa
Note: korang boleh refer post sebelum ni...lebih kurang same je.
http://ceciputsystem.blogspot.com/2011/08/macam-mana-nak-install-webapplet-avant.html
Google Chrome Dan Chromium Browser
Install google chrome
Mula korang download installer Google Chrome kat cni
http://www.google.com/chrome/
Untuk "Please select your download package:"
Pilih antara DUA(2) ni je:
32 bit .deb (For Debian/Ubuntu)
64 bit .deb (For Debian/Ubuntu)
nak install die senang je. terminal
taip command ni
#cd "TEMPAT KORANG LETAK GOOGLE CHROME KORANG"
Contoh, installer google chrome aku ada dekat, /root/Desktop
so aku taip
#cd /root/Desktop
Command tuk install
#dpkg -i "NAMEINSTALLER"
Dalam gambar di atas name die google-chrome-stable_current_i386.deb
#dpkg -i google-chrome-stable_current_i386.deb
Siap install..
Install Chromium Browser
Ni paling kacang goreng sedap dimasak.
Just taip
#apt-get install chromium-browser
Bila korang dah install kedua-dua benda alah ni. die akan kuar cam ni
Arrhhh...ape ni dalam pikiran korang...benda ni senang je..
masuk terminal taip ni:
Google Chrome:
1. Taip ni
#hexedit /opt/google/chrome/chrome
Nanti die kuar macam ni
2. Tekan TAB sekali biar cursor korang duduk dekat cni
3. Tekan Ctrl + S
Cari ni geteuid
4. Tukar akan kepada getppid
5. Tekan Ctrl + X tuk SAVE
NOTE: Kalu korang Tersalah taip. Sila Tekan CTRL + C, kemudian ulang balek no 1 sampai 5
Chromium Browser
1. Ulang langkah Google Chrome, 1 - 5 cume tukar
#hexedit /opt/google/chrome/chrome
kepada
#hexedit /usr/lib/chromium-browser/chromium-browser
Siap
NOTE: KALU ADA PERTANYAAN BERKAITAN SILA LETAK KOMEN ANDA DI SINI. MUNGKIN KAMI BOLEH MEMBANTU
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ceciputsystem.mrdodgerx.my/2011/08/selepas-meinstall-backtrack-5.html