Selepas Mahkamah Rayuan Tolak Rayuan Dr Mahathir Dalam Kes Forex Rm31 5 Bilion Beranikah Tommy Thomas Dakwa Dr Mahathir



Mahkamah Rayuan telah menolak rayuan Perdana Menteri, Dr. Mahathir, untuk mengembalikan semula saman beliau yang memihin perisytiharan untuk membatalkan Lapuran Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) bagi menyiasat kerugian urus niaga matawang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun 1990'an...

Hakim Ahmadi yang bersidang bersama Hakim Datuk Lau Bee Lan dan Hakim Datuk Has Zanah Mehat berkata, "Seksyen 22 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 memperuntukkan budi bicara yang meluas kepada RCI untuk mengawal selia urusannya dan prosedurnya sendiri, termasuk mengumpul laporan serta peraturan peraturan untuk laporan itu dipersembahkan kepada SPB YDP Agong"...

"Kami juga berpendapat bahawa bukanlah peranan mahkamah ini untuk memberitahu RCI bagaimana untuk mengendalikan urusannya" (BACA DI SINI)...

Kes Skandal FOREX Berjumlah RM31.5 Bilion


Menurut Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) yang menyiasat perkara itu, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengalami kerugian sebanyak RM31.5 bilion dalam urusniaga matawang asing (FOREX) yang dijalankan antara tahun 1992 hingga 1994...

Nor Mohamed Yackop menguruskan potfolio BNM dari 1986 hingga 1993, termasuk menguruskan rezab luar dan peraturan untuk pasaran kewangan dalaman...

Dapatan siasatan RCI juga mengesahkan terdapat unsur pecah amanah yang boleh didakwa di bawah Seksyen 406 dan Seksyen 409 Kanun Keseksaan...

Pada 30 November 2017, portal Malaysiakini melaporkan bahawa :


》RCI juga memutuskan, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, yang menjadi sebahagian dari pengurusan BNM ketika itu, sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap urusniaga itu...

》Suruhanjaya telah meneliti juga liabiliti bersama individu-individu lain di bawah Seksyen 34 atau Seksyen 107 Kanun Keseksaan yang boleh dikaitkan sebagai mempunyai niat yang sama atau bersubahat...

》Menurut RCI, individu-individu itu, adalah Gabenor BNM ketika itu, Jaafar Hussrin, Timbalan Gabenor BNM ketika itu, Lin See Yan, Lembaga Pengarah BNM, Menteri Kewangan ketika itu, Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri ketika itu, Dr. Mahathir (BACA SI SINI)...

Walau bagaimanapun kerajaan BN ketika itu tidak boleh mengambil tindakan kerana Dr. Mahathir telah memfailkan permohonan mahkamah untuk membatalkan laporan RCI tersebut...

Alasan Dr. Mahathir Memohon Pembatalan Laporan RCI Skandal FOREX


19 Disember 2017, portal Free Malaysia Today melaporkan bahawa :

Dr. Mahathir memfailkan saman bagi mengisytiharkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) mengenai kerugian ditanggung Bank Negara Malaysia dalam urusniaga Mata Wang Asing (FOREX) sekitar 1990'an, tidak sah dan terbatal kerana tidak memasukkan dokumen Undang-Undang yang dikemukakan saksi dan nota prosiding (BACA DI SINI)...

Ini susulan Hakim Azizah Nawawi membenarkan bantahan awal bahawa penemuan dalam RCI tidak boleh dicabar di mahkamah kerana mahkamah terikat dengan keputusan dalam kes rakaman video VK Lingam (BACA DI SINI)...

Isu Kandungan Yang Dr. Mahathir Dakwa Hilang


Pada 1 Disember 2017, portal The Malaysian Insight telah memetik kenyataan peguam Dr. Mahathir, Haniff Khatri Abdulla yang berkata :

"Kami bercadang menulis kepada sekrrtariat RCI pada Isnin ini untuk menuntut mereka menghentikan pengedaran atau menerbitkan laporan semasa, sehungga mereka memasukkan kesemua 495 muka surat dokumen penyerahan bertulus Dr. Mahathir ke dalam laporan tersebut" (BACA DI SINI)...

Alasan Dr. Mahathir bahawa dokumen penyerahan bertulis setebal 495 mukasurat tidak dimasukkan dalam laporan RCI adalah terlalu lemah dan langsung TIDAK BERASAS kerana :

》Kalau dokumen tersebut ditulis sebelum Dr. Mahathir disoal siasat panel RCI, maka mengapa Dr. Mahathir menjawab 'TIDAK TAHU' semasa panel tersebut menyoal siasat beliau...

Bukankah Dr. Mahathir boleh merujuk kepada dokumen penyerahan bertulis tersebut semasa dia menjawab soalan panel itu...

》Kalau dokumen penyerahan bertulis tersebut ditulis selepas panel RCI melakukan soal siasat, maka dokumen tersebut TIDAK MEMPUNYAI MERIT...

Walau bagaimanapun, Dr. Mahathir masih boleh melampirkan dokumen penyerahan bertulis tersebut sebagai eksibit semasa dia memfailkan afidavit pembelaannya di mahkamah...

Ada kemungkinan dokumen penyerahan bertulis Dr. Mahatnir itu HANYA berdasarkan pada persepsi Dr. Mahathir dan tanpa ada sebarang dokumen-dokumen bagi menyokong hujah beliau...

Kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri


1 Julai 2019, portal Malaysiakini telah mengkritik kenyataan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong :

》Laporan polis berdasarkan dapatan RCI mengenai skandal tukaran matawang asing pada tahun 1990'an dulu, diklasifikasikan sebagai 'Tiada Tindakan Lanjut"...

》Penelitian daripada daripada dapatan itu mendapati ada kekurangan keterangan dokumentasi bagi membuktikan dakwaan tersebut...

》Hal itu kerana katanya kejadian berlaku 25 tahun yang lalu dan dokumen asal mengenainya gagal diperolehi (BACA DI SINI)...

》Dalam pada itu, pengadu juga telah menarik balik lapuran polis yang telah dilakukan...

Kenyataan Liew Vui Keong itu telah menimbulkan 3 persoalan :


》Yang membuat laporan polis ialah Datuk Yusof Ismail iaitu Setiausaha RCI dan juga merangkap Setiausaha Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan...

Memandangkan Datuk Yusof Ismail adalah seorang kakitangan di bawah Lim Guan Eng, maka wujud kemungkinan Yusof berada dalam keadaan 'under duress' (tertekan) semasandia menarik balik laporan polis tersebut...

》Dewan Rakyat mendapati ada asas Dr. Mahathir sebagai mantan Perdana Menteri ketika itu terlibat di dalam skandal tersebut...

30 November 2017, portal Utusan memerik kenyataan Setiausaha RCI, merangkap Setiausaha Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Yusof Ismail sebagai berkata :

"Laporan polis dibuat oleh Setiausaha RCI"...

"Laporan dibuat supaya pihak polis dapat melakukan siasatan terhadap segala hasil rumusan RCI"...

"Laporan polis adalah berdasarkan apa yang terkandung dalam laporan RCI"...

Laporan setebal 400 mukasurat yang diedarkan ke Dewan Rakyat hari ini mendapati ada asas bagi mengesyorkan pihak polis menyiasat kemungkinan berlakunya pecah amanah dan penipuan oleh Perdana Menteri ketika itu, Dr. Mahathir, dalam skandal berkenaan...

RCI itu turut nenyatakan adalah TIDAK DAPAT DITERIMA kemungkinan Perdana Menteri ketika itu, Dr. Mahathir, tidak mempeduli masalah yang dihadapi oleh Bank Negara Malaysis berdasarkan kenyataan pelbagai saksi (BACA DI SINI)...

Jumlah duit yang DIROMPAK dari Bank Negara Malaysia berjumlah RM31.5 bilion ketika itu dan mengikut nilai terkini ianya melebihi RM100 bilion...

Nilainya lebih 50 kali ganda dari RM2.6 bilion yang Dr. Mahathir fitnahkan kepada Dato' Seri Najib Razak...

Duit yang dirompak itu adalah duit rakyat dan duit negara...

Sekiranya Dr. Mahathir benar-benar 'suci' sebagaimana yang sering beliau sendiri laungkan 'TIDAK PERNAH MENCURI ATAU MEROMPAK DUIT RAKYAT DAN NEGARA', maka Dr. Mahathir MESTI menjelaskan :

》Mengapa Dr. Mahathir cuba menghalang laporan RCI digunakan sebagai bahan bukti untuk mendakwa beliau?

》Atas asas apa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong mengisytiharkan laporan RCI itu diklasifiasikan sebagai 'No Further Action' (NFA) atau tiada tindakan lanjut sedangkan Dewan Rakyat mendapati laporan RCI setebal 400 mukasurat mempunyai asas bagi mengesyorkan pihak polis menyiasat kemungkinan berlakunya pecah amanah dalam skandal berkenaan!!!

》Atas kapasiti apa yang Liew Vui Keong isytiharkan laporan RCI sebagai NFA sedangkan pihak mahkamah sendiri pun menjelaskan TIDAK MEMPUNYAI KUASA untuk membatalkan laporan RCI!!! (BACA DI SINI)...

Dr. Mahathir PASTI akan mengambil sikap membisu...

Sama-samalah kita saksikan nanti, apakah di Mahkamah Rabbul Jalil, Dr. Mahathir masih mampu memberikan jawapan 'TIDAK TAHU' di hadapan Allah SWT...

Sementara di dunia ini, muga pendedahan dan penerangan ini dapat membuka mata dan hati rakyat Malaysia bagi membezakan yang mana satu kaca dan yang mana satu permata...



Kredit :

Ariff Ahmad

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2019/09/selepas-mahkamah-rayuan-tolak-rayuan-dr.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Tolak Rayuan Dr M Kembalikan Saman Terhadap Laporan Rci Forex

Mahkamah Tolak Rayuan Dr M Kembalikan Saman Terhadap Laporan Rci Forex

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 191 hits
Dr Mahathir Mohamad PUTRAJAYA Mahkamah Rayuan menolak rayuan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk mengembalikan semula saman beliau yang memohon perisytiharan untuk membatalkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kerugia...
Hanya Menunggu Saat Dihukum Gantung Banduan Kes Bunuh Ini Bikin Kecoh Rakam Video Dakwa Tak Bersalah

Hanya Menunggu Saat Dihukum Gantung Banduan Kes Bunuh Ini Bikin Kecoh Rakam Video Dakwa Tak Bersalah

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 423 hits
KECOH mengenai video yang kini tular menunjukkan seorang lelaki mendakwa dirinya banduan yang dijatuhi hukuman gantung kerana membunuh dia bagaimanapun mendakwa dirinya tidak bersalah di atas dalam kes tersebut Lelaki berusia 37 tahun itu m...
Court Throws Out Dr Mahathir S Appeal Over Forex Losses Suit

Court Throws Out Dr Mahathir S Appeal Over Forex Losses Suit

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 197 hits
The Court of Appeal today dismissed Prime Minister Dr Mahathir Mohamad s appeal to reinstate his suit to invalidate a royal commission of inquiry report into foreign exchange losses suffered by Bank Negara Malaysia in the 1990s Justice Ahma...
Ahli Politik Tak Termasuk Senarai Tommy Thomas Kini Tan Sri

Ahli Politik Tak Termasuk Senarai Tommy Thomas Kini Tan Sri

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 536 hits
Sempena Hari Keputeraan rasmi Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah baginda perkenan untuk menganugerahkan kepada 795 individu Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Persekutuan 2019 Daripada jumlah itu 42 individu akan mener...
Mahkamah Putuskan Rayuan Isteri Subahat Bunuh Suami Jumaat Ini

Mahkamah Putuskan Rayuan Isteri Subahat Bunuh Suami Jumaat Ini

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 252 hits
Mahkamah Rayuan di Kuching menetapkan Jumaat ini untuk keputusan rayuan seorang isteri yang dihukum mati kerana bersubahat membunuh suaminya seorang pengurus bank di Sibu tujuh tahun lalu Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof yang mengetuai panel...
Najib S Last Hope Today To Stave Off Jail A Fumble By Tommy Thomas The Src Prosecution Team

Najib S Last Hope Today To Stave Off Jail A Fumble By Tommy Thomas The Src Prosecution Team

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 409 hits
At the start of the SRC trial against Dato Najib this blog repeatedly wrote the SRC allegation does not hold up under Penal Code 403 for misappropriation of property It was the original charge planned and leaked by Sarawak Report Last week ...
The Indian Goat Case For The Attention Of The Ag Mr Tommy Thomas

The Indian Goat Case For The Attention Of The Ag Mr Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 302 hits
Well here is something interesting Legal eagles talk says 1 that the Police have completed their investigations into the Indian Goat making those hate speeches against the Indians and Chinese Talk is the Police investigations have found evi...
Kes 1mdb Pendakwaan Dakwa Najib Cuba Lindungi Perlakuan Jenayah

Kes 1mdb Pendakwaan Dakwa Najib Cuba Lindungi Perlakuan Jenayah

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 241 hits
Pihak pendakwaan dalam kes 1Malaysia Development Berhad akan membuktikan Datuk Seri Najib Tun Razak dan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low mengambil langkah untuk menutup jejaknya selepas skandal 1MDB terbongkar pada awal Julai 2015 ...
Kes Src Najib Pendakwaan Tutup Kes Mahkamah Dengar Hujah 22 Okt

Kes Src Najib Pendakwaan Tutup Kes Mahkamah Dengar Hujah 22 Okt

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 192 hits
Pendakwaan dalam perbicaraan kes Najib Razak yang berdepan tujuh pertuduhan berkaitan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta menutup kesnya hari ini selepas mengemukakan 57 saksi sepanjang 58 hari perbicaraan bermu...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


M U S M

Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools