Selepas Tun M Kata Jumlah Penjawat Awam Perlu Dikurangkan Ini Pula Respon Muhyiddin Yasin


Jumlah penjawat awam seramai 1.7 juta terlalu besar dan perlu dikurangkan, tegas Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurut Perdana Menteri, jumlah berkenaan meningkat dengan mendadak sejak beliau meninggalkan pentadbiran negara pada tahun 2003.
“Apabila saya letak jawatan jumlah anggota pentadbiran hanya satu juta sahaja sekarang sudah meningkat kepada 1.7 juta, peningkatan sebanyak 700,000 lagi.
“Saya berpendapat bahawa saiz pentadbiran kita itu terlalu besar, sebaliknya dengan menggunakan teknologi maklumat, komputer dan sebagainya kita boleh kurangkan saiz ini,” katanya dalam sesi soal jawab ketika mengadakan lawatan ke Kementerian Pertahanan, di sini pada Khamis.
Ini jawapan Muhyiddin Yassin
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bermaksud pengurangan bilangan penjawat awam perlu dilakukan dengan segera, kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menteri Dalam Negeri itu berkata, Dr Mahathir sebaliknya mahukan perkara itu dikaji dan dilaksanakan pada masa akan datang, dalam usaha mengecilkan jumlah bilangan penjawat awam yang kini mencecah 1.7 juta orang.
Muhyiddin berkata, beliau sendiri tidak akan bersetuju sekiranya perkara itu mahu dilakukan secara tergesa-gesa.
“ Saya fikir penjawat awam bijak. Saya kira elok kita semua baca (laporan media) itu secara teliti. Perdana Menteri tak kata kurangkan begitu, kerana dia ada jelaskan mungkin ada anjakan baru, perubahan, proses industrialisasi, kena baca dalam konteks yang lebih luas.
“ Saya sendiri tak setuju kalau dia nak kurangkan hari ini kerana pegawai kerajaan masih penting. Jadi fasa itu masih panjang,” katanya kepada sidang media di Bilik Gerakan Utama DUN Semenyih Pakatan Harapan di sini hari ini.
Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Dr Mahathir bahawa jumlah penjawat awam perlu dikurangkan.
Ditanya sama ada kenyataan itu akan mempengaruhi sentimen pengundi di DUN Semenyih, Muhyiddin berkata, beliau percaya mereka tidak akan terpengaruh dengan tindakan sesetengah pihak yang mempolitikkan perkara itu.
Cuepacs minta PM kekalkan, kerana…
Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya mengekalkan jumlah penjawat awam sedia ada.
Presidennya, Datuk Azih Muda berkata saiz itu bertambah berbanding 17 tahun lalu seiring jumlah rakyat Malaysia yang semakin meningkat.
” Kalau kita lihat selepas Dr Mahathir melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2003, dalam tempoh 17 tahun ini banyak hospital baharu dibina dan kakitangan baharu diambil. Banyak juga sekolah baharu dibina dan banyak guru-guru baharu diambil.
” Selain itu, terdapat juga pertambahan bagi polis dan tentera atau dalam kata lain peningkatan bagi semua empat cabang perkhidmatan yang kini mencecah 1.1 juta orang.
” Lain-lain kementerian, jabatan dan agensi dalam 500,000 lebih sahaja,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Mengulas lanjut katanya, angka 1.7 juta penjawat awam merentas pelbagai sektor itu adalah angka yang munasabah bagi sebuah kerajaan yang mementingkan rakyat.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber: astroawani & Newsviral
The post Selepas Tun M Kata Jumlah Penjawat Awam Perlu Dikurangkan, Ini Pula Respon Muhyiddin Yasin appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suaraviral.org/selepas-tun-m-kata-jumlah-penjawat-awam-perlu-dikurangkan-ini-pula-respon-muhyiddin-yasin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jumlah Penjawat Awam Perlu Dikurangkan

Jumlah Penjawat Awam Perlu Dikurangkan

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 403 hits
Jumlah penjawat awam seramai 1 7 juta terlalu besar dan perlu dikurangkan tegas Tun Dr Mahathir Mohamad Menurut Perdana Menteri jumlah berkenaan meningkat dengan mendadak sejak beliau meninggalkan pentadbiran negara pada tahun 2003 Apabila ...
Lambakan Penjawat Awam Selepas Tun M Lepas Jawatan Banyak Hospital Dan Sekolah Dibina Cuepacs

Lambakan Penjawat Awam Selepas Tun M Lepas Jawatan Banyak Hospital Dan Sekolah Dibina Cuepacs

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 452 hits
KUALA LUMPUR Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam meminta Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya mengekalkan jumlah penjawat awam sedia ada Presidennya Datuk Azih Muda berkata saiz itu bertambah berbanding 17 tahun lalu ...
Jangan Salah Tafsir Kenyataan Pm Muhyiddin Beritahu Penjawat Awam

Jangan Salah Tafsir Kenyataan Pm Muhyiddin Beritahu Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 243 hits
February 21 2019 7 16 PMMuhyiddin Yassin berkata perdana menteri merujuk kepada kemajuan teknologi yang membolehkan kerajaan mengambil jumlah tenaga kerja yang bersesuaian SEMENYIH Penjawat awam tidak perlu gusar dengan kenyataan Perdana Me...
Sebarang Pengurangan Khidmat Awam Akan Dibuat Berperingkat Kata Muhyiddin

Sebarang Pengurangan Khidmat Awam Akan Dibuat Berperingkat Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 454 hits
Sebarang pengurangan khidmat awam akan dibuat berperingkat kata Muhyiddin nbsp
Saiz Penjawat Awam Besar Perlu Dikurangkan Pm

Saiz Penjawat Awam Besar Perlu Dikurangkan Pm

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 399 hits
Tun Dr Mahathir berpendapat jumlah penjawat awam yang dimiliki kerajaan ketika ini adalah terlalu besar dan perlu dikurangkan Perdana Menteri memberitahu jumlah terkini penjawat awam adalah seramai 1 7 juta dan telah meningkat dengan mendad...
Saya Tak Perlukan Sokongan Pas Kata Tun M

Saya Tak Perlukan Sokongan Pas Kata Tun M

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 295 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan beliau tidak memerlukan sokongan dari parti pembangkang khususnya PAS Sebaliknya Mahathir menegaskan beliau hanya perlukan sokongan Pakatan Harapan Saya perlu sokongan wakil rakyat set...
Prk Semenyih Ialah Islam Dan Kafir Lawan Pakatan Harapan Kata Tun Dr Mahathir Mohamad

Prk Semenyih Ialah Islam Dan Kafir Lawan Pakatan Harapan Kata Tun Dr Mahathir Mohamad

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 398 hits
PRK Semenyih ialah Islam dan Kafir lawan Pakatan Harapan kata Tun Dr Mahathir Mohamad
Penjawat Awam Khianati Kerajaan Ph

Penjawat Awam Khianati Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 453 hits
Penjawat awam yang secara sengaja tidak melaksanakan arahan kerajaan baru wajar dikenakan tindakan disiplin kata Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan Mohamed Arshad Raji Mohamed yang merupakan sebahagian daripada Jawatankuasa Pembaharuan I...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Wee Barking Up The Wrong Tree

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


First Blog Post

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000

Insider Tricks Stylists Use To Make Clothes Fit Perfectly

Mobile Friendly Free Money The Community Has You Covered

Pelajar Lelaki 14 Tahun Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa

Umur 7 Tahun Sudah Bergelar Tunangan Orang