Mahathir Akan Tubuh Bn 2 0 Anwar Ibrahim Kekal Bakal Pm Dulu Kini Dan Selamanya
Iklim politik Malaysia semakin susah nak di ramalkan...
Walau pun cuba di nafikan oleh Dr. Mahathir, tapi umum tahu, Dr. Mahathir di kawal sepenuhnya oleh DAP dalam menjalankan pentadbiran negara...
Satu keadaan yang langsung tak boleh di terima oleh Dr. Mahathir sendiri...
Tapi Dr. Mahathir terpaksa juga akur sebab menyedari, walau pun dia di angkat sebagai Perdana Menteri, namun PPBM cuma ada 13 kerusi dalam Pakatan Harapan...
Sedangkan DAP dan sekutu kuatnya PAN ada 53 kerusi dalam Pakatan Harapan...
Risiko di gulingkan sentiasa menghantui Dr. Mahathir...
MP UMNO Menjadi Talian Hayat Dr. Mahathir
Dr. Mahathir memulakan usaha untuk menarik MP UMNO ke PPBM seawal bulan Jun 2018...
Dr. Mahathir memanggil Datuk Seri Zahid Hamidi yang ketika itu memangku jawatan Presiden UMNO dan Pengerusi BN...
Mesej Dr. Mahathir pada Zahid mudah, bubarkan UMNO dan masuk PPBM...
Gagal kali pertama, Dr. Mahathir cuba kali kedua dengan pendekatan yang lebih keras...
Kalau kali pertama, Zahid rakam perbualan beliau dengan Dr. Mahathir, kali kedua, beliau membawa sekali Timbalan Presiden dan Naib2 Presiden UMNO sebagai saksi sekiranya Dr. Mahathir memutarbelitkan fakta pertemuan tersebut...
Akibatnya, serangan ke atas Zahid pun bermula dan beberapa hari selepas pertemuan kedua antara Zahid dan Dr. Mahathir, Zahid di dakwa dengan 45 pertuduhan di bawah AMLA...
Serangan dan tekanan ke atas Zahid di lakukan secara berterusan sama ada dari luar atau dari dalam UMNO sendiri...
Melihat Zahid sukar di tundukkan dari luar, maka Dr. Mahathir menggunakan tekanan dari dalam UMNO sendiri untuk menjatuhkan Zahid dengan harapan, apabila Zahid terpaksa bercuti atau melepaskan jawatan Presiden UMNO, maka UMNO akan lebih mudah di tawan...
Maka suara2 mendesak Zahid supaya berundur atau bercuti dengan alasan sedang menghadapi 45 pertuduhan bawah AMLA mula kedengaran dari dalam UMNO sendiri...
Bila di lihat tekanan 45 pertuduhan bawah AMLA gagal menundukkan Zahid, serangan siri kedua dari dalam UMNO di mulakan...
Bermula dari lawatan Dr. Mahathir ke Sabah sebab kononnya untuk merasmikan PPBM Sabah, sebenarnya lawatan tersebut adalah lawatan serampang 2 mata...
Beberapa hari selepas lawatan Dr. Mahathir ke Sabah, politik tanah air di kejutkan dengan berita MP dan ADUN UMNO Sabah secara berjemaah mengumumkan keluar parti dengan alasan skema, UMNO sudah hilang halatuju...
Belum pun reda dengan kejutan berita MP dan ADUN UMNO Sabah keluar parti, UMNO Semenanjung pula di kejutkan dengan pengakuan Hamzah yang beliau menjadi broker untuk membawa 36 orang MP UMNO dari Semenanjung untuk keluar parti...
Azmin Dan Kartel Dari PKR Menjadi 'Fixed Deposit' Mahathir
Ramai yang tak tahu bahawa sebenarnya, Dr. Mahathir mempunyai pengaruh yang cukup besar dalam parti PKR...
Sebaik saja kabinet di tubuhkan, Dr. Mahathir pantas melantik Azmin sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi (sampai sekarang masih menjadi tandatanya apa fungsinya) walau pun ketika itu Azmin sudah pun selesa sebagai Menteri Besar Selangor...
Dr. Mahathir sedar, Azmin Ali, anak didik dan juga anak angkatnya mempunyai pengaruh yang hampir sama besarnya dengan Anwar Ibrahim, seteru tradisi politik Dr. Mahathir dalam PKR...
Cubaan pertama Mahathir untuk 'hijacked' PKR di lakukan ketika Pemilihan PKR dengan menyuruh Azmin bertanding jawatan Presiden PKR dengan menentang Anwar, di lihat gagal bila Azmin sendiri mengambil jalan selamat dan merasakan masih belum bersedia untuk menumbangkan Anwar dan seterusnya cuma mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR...
Namun geng kartel Azmin, yang di katakan mempunyai sekurang2nya 20 orang MP PKR akan kekal sebagai 'fixed deposit' Dr. Mahathir bila sampai waktunya!!!
Maka Anwar Ibrahim akan mencipta sejarah dunia sebagai manusia yang akan kekal menjadi BAKAL PERDANA MENTERI dulu, kini dan selamanya...
MP India Dalam DAP Akan Menjadi MIC 2.0 Dalam Gabungan BN 2.0
Perasaan kurang senang beberapa pemimpin politik India DAP bermula sejak pemilihan calon PRU 14 lagi...
Ini berikutan kepimpinan tertinggi DAP bercadang untuk mengurangkan calon India dari DAP pada PRU 14...
Keadaan ini menjadi semakin membarah bila di dalam isu ICERD dan rusuhan di kuil Seri Maha Mariamman, kepimpinan tertinggi DAP bukan saja di lihat tak memberi sokongan malah mengeluarkan kenyataan2 yang lebih menekan mereka...
Dari sumber yang di percayai, di jangkakan sekurang2nya 7 orang MP dari DAP dan PKR, tidak termasuk seorang dari Hindraf akan menyertai BN 2.0 yang sedang di usahakan oleh Dr. Mahathir...
Gambaran BN 2.0 Dr. Mahathir
Infografik di atas menunjukkan kedudukan terkini Ahli Parlimen mengikut parti di dalam Dewan Rakyat...
Jelas menunjukkan setakat ini, PPBM cuma mempunyai 16 Ahli Parlimen...
Keadaan akan berubah bila projek BN 2.0 Dr. Mahathir berjalan sepenuhnya :
PPBM : 76 Ahli Parlimen
(PPBM 16 + UMNO=36 + PKR=20 + Dari Sabah=4)
Warisan : 9 Ahli Parlimen
Gabungan Ahli Parlimen India DAP : 7 Ahli Parlimen
Gabungan Parti Sarawak : 19 Ahli Parlimen
Bebas Yang Akan Menyertai BN 2.O : 13 Ahli Parlimen
Jumlah Ahli Parlimen BN 2.0 = 124 Ahli Parlimen
PPBM akan menjadi parti dominan dalam BN 2.O...
Manakala gabungan barisan pembangkang cuma ada 98 Ahli Parlimen...
Satu2nya cara yang boleh menggagalkan usaha Dr. Mahathir untuk merealitikan projek BN 2.0 ialah KESETIAAN ahli parlimen UMNO kepada parti UMNO...
Sebab itulah, Dr. Mahathir di lihat giat menjalankan usaha menyerang dan memecahbelahkan parti UMNO....
Pernahkah kita terfikir, mengapa Dr. Mahathir tidak menyerang PAS sebagaimana beliau menyerang UMNO?
Mengapakah serangan Dr. Mahathir terhadap UMNO masih berterusan walau pun beliau telah berjaya menjatuhkan DS Najib dan 'merehatkan' DS Zahid Hamidi?
Tidak lain dan tidak bukan kerana Dr. Mahathir tahu, UMNOlah yang akan menentukan sama ada projek (mungkin projek terakhir dalam hidup beliau) BN 2.0 beliau akan berjaya atau sebaliknya...
Kepada ahli parlimen UMNO, ingatlah, yang menjulang kamu ialah ahli2 UMNO, yang mengangkat dan berjuang serta berkorban siang dan malam untuk memastikan dan menjamin kedudukan kamu sekarang ialah ahli UMNO...
Lihatlah dalam2 wajah mereka, keringat mereka masih belum kering, lelah mereka mereka masih banyak tersisa, sekiranya kamu semua kecewa kerana kehilangan kuasa, apatah lagi kami yang berada di akar umbi ini, lagi terasa bebannya...
Kepada ahli2 UMNO, janganlah mudah terpedaya dengan janji2 manis ajen2 Dr. Mahathir, sedangkan janji Manifesto PRU 14 pun secara terang2 di mungkiri, apa lagi janji yang cuma di ucap tetapi tidak di bukukan...
Bersama2lah kita perkukuhkan kembali parti keramat orang Melayu yang selama ini telah banyak membantu kita...
Kepada semua yang masih mengalir keringat UMNO di tubuhnya, yang masih mengalir darah UMNO di setiap urat tubuhnya, janganlah kita tinggalkan bahtera UMNO kerana di dalamnya sarat dengan sejarah pengorbanan nenek moyang kita..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://theunspinners.blogspot.com/2018/12/mahathir-akan-tubuh-bn-20-anwar-ibrahim.html