Selepas Dilaporkan Hidup Semula Kim Jong Un Serang Tanahair K Pop



Selepas beberapa minggu dilaporkan telah meninggal dunia oleh media massa Barat, Korea Selatan, Hong Kong dan China, presiden Korea Utara Kim Jong Un kembali memperlihatkan dirinya di depan khalayak ramai persis kisah kebangkitan semula Isa al-Masihi setelah mati disalib dalam kitab Injil Kristian. Dalam kemunculan terbaru diktator tersebut, media memaparkan imej Jong Un tersenyum lebar semasa menghadiri perasmian sebuah kilang baja

Sebelum ini terdapat khabar angin bahawa Jong Un menghidap sakit jantung dan sedang menjalani rawatan di wilayah Hyangshan. Jong Un juga tidak menghadiri sambutan hari kelahiran pengasas Korea Utara, Kim Il Sung (mendiang datuk kepada Kim Jong Un) pada 5 April dan hal ini sejurusnya membuat orang ramai tertanya-tanya tentang keadaan kesihatannya. 
"Laaa... hidup lagi budak ni rupanya."
Malah beberapa stesen berita Barat telah melaporkan Jong Un meninggal dunia pada usia 36 tahun akibat kesulitan dalam prosedur pembedahan jantung. Namun begitu Korea Utara tetap berdiam diri daripada mengulas tentang Kim Jong Un, menjadikan berita "kematian" diktator itu masih sebuah tanda tanya misteri sehingga kemunculan semulanya pada hari Jumaat, 1 Mei kelmarin

Walau bagaimanapun, pihak perisikan Amerika Syarikat dan Korea Selatan tidak mempercayai bahawa Jong Un sudah mati. Kedua-dua negara itu menafikan berita dengan mengatakan bahawa keretapi milik diktator tersebut dilihat berada di wilayah Wonsan

Imej keretapi milik Kim Jong Un yang dirakam oleh satelit perisikan Amerika Syarikat
Menurut stesen media Korea Selatan, Jong Un telah meluangkan masa di teratak singgahnya di wilayah Wonsan yang terletak kira-kira 200 km berhampiran Pyongyang dan dia dipercayai masih hidup kerana kesemua urusan pentadbiran kerajaan diktator itu berjalan dengan lancar sepanjang khabar angin tentang kematiannya. Agensi berita Korea Selatan juga menerima laporan bahawa Jong Un telah menyampaikan rasa "terima kasih" kepada pekerja-pekerja di kawasan sempadan kedua-dua negara tersebut tetapi tidak dapat dipastikan sebabnya

Namun begitu, seperti mana berita "kematian" Jong Un menjadi teka-teki sebelum ini, berita tentang "kehidupan semula" Jong Un juga tidak kurang unsur misterinya. Ada netizen yang membuat spekulasi bahawa Jong Un yang muncul semula 'Jong Un' palsu atau klon. Kebetulan pula pada 28 April, akhbar Hong Kong telah memaparkan foto seorang lelaki yang mirip Jong Un membuat persembahan lawak dengan aksi menunggang roket di hadapan barisan polis semasa perhimpunan protes di Pusat Kewangan Antarabangsa

'Kim Jong Un' dilihat sedang menaiki sebuah roket peluru berpandu di Hong Kong.
Netizen juga mempersoalkan tentang tanda misteri yang terdapat pada pergelangan tangan Jong Un dalam video penampilan semulanya

Tanda apakah itu?
Ini bukan kali pertama kehilangan Jong Un menjadi misteri. Pada tahun 2014, Jong Un pernah dilaporkan "ghaib" lebih daripada sebulan dan dilihat muncul semula di kaca televisyen dalam keadaan tempang

Tidak lama selepas sehari kemunculan semulanya, tentera Jong Un melepaskan tembakan ke arah Korea Selatan secara tiba-tiba di sempadan kedua-dua negara terbabit. Tentera Korea Selatan membalas semula serangan dengan tembakan serta amaran. Korea Selatan kemudiannya menghantar notis meminta penjelasan tentang serangan daripada Korea Utara namun masih belum menerima jawapan balas. 
Korea Utara melepaskan tembakan tanpa amaran ke arah Korea Selatan sehari selepas kemunculan semula Kim Jong Un.
Ini merupakan kali pertama sejak tahun 2017 Korea Utara pernah melepaskan tembakan ke arah Korea Selatan di sempadan. Kali terakhir tentera Korea Utara pernah melepaskan tembakan apabila salah seorang daripada anggota tentera cuba berpaling tadah daripada kerajaan Korea Utara dengan melarikan diri ke Korea Selatan

Menurut Markas Bangsa-Bangsa Bersatu (UNC), siasatan ke atas insiden tersebut akan dijalankan bermula Isnin dengan kerjasama bersama tentera Korea Selatan



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.yunfila.com/2020/05/selepas-dilaporkan-hidup-semula-kim.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penasihat Dakwa Kim Jong Un Masih Hidup Dan Sihat

Penasihat Dakwa Kim Jong Un Masih Hidup Dan Sihat

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 494 hits
SEOUL Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un masih hidup dan sihat kata penasihat keselamatan tertinggi kepada presiden Korea Utara Moon Jae In menafikan khabar angin mengenai kesihatan Kim berikutan tidak hadir pada sambutan ulang tahun penting ...
Kim Jong Un Dilaporkan Meninggal Dunia Pada Usia 36 Tahun

Kim Jong Un Dilaporkan Meninggal Dunia Pada Usia 36 Tahun

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 895 hits
Presiden Korea Utara Kim Jong Un dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 36 tahun akibat masalah pembedahan jantung menurut petikan berita oleh KETK TV yang bersiaran di Texas Amerika Syarikat Sebelum ini terdapat khabar angin bahawa Jon...
Kim Jong Un Hilang Selepas Pengawal Peribadi Hidap Covid 19

Kim Jong Un Hilang Selepas Pengawal Peribadi Hidap Covid 19

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 624 hits
Kim Jong Un Hilang Selepas Pengawal Peribadi Hidap Covid 19PELBAGAI spekulasi bertiup kencang mengenai keadaan semasa pemimpin Korea Utara Kim Jong Un
Kim Jong Un Tersenyum Buat Kemunculan Pertama Selepas 3 Minggu Hilang

Kim Jong Un Tersenyum Buat Kemunculan Pertama Selepas 3 Minggu Hilang

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 388 hits
Kemunculan semula Kim Jong un di sebuah majlis di Korea Utara akhirnya menamatkan spekulasi yang beliau sudah meninggal dunia Selepas 20 hari hilang beliau hadir ke sebuah majlis pembukaan sebuah kilang baja di Sunchon dan gambar beliau mem...
Pakar Semenanjung Korea Percaya Kim Jong Un Telah Meninggal Dunia

Pakar Semenanjung Korea Percaya Kim Jong Un Telah Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 465 hits
Media sosial mula heboh dengan berita kematian pemimpin Korea Utara Kim Jong Un yang belum disahkan lagi setelah Wakil Pengarah TV Satelit Hong King mendakwa bahawa pemimpin tertinggi Korea Utara telah mati Manakala bagi pakar Semenanjung K...
Wanita Mati Akibat Covid 19 Hidup Semula

Wanita Mati Akibat Covid 19 Hidup Semula

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 332 hits
GUAYAQUIL Wanita yang disahkan meninggal dunia akibat wabak koronavirus tiba tiba bangun selepas menerima rawatan di hospital di Guayaquil Ecuador Menurut AFP berita mengejutkan itu membuatkan ahli keluarga sangat gembira namun timbul perso...
Hajat Tun M Jadi Pm Semula Selepas Selesai Masalah Covid 19 Ditolak Oleh Speaker

Hajat Tun M Jadi Pm Semula Selepas Selesai Masalah Covid 19 Ditolak Oleh Speaker

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 385 hits
Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Mohd Yusof menolak langkah Anggota Parlimen Langkawi Dr Mahathir Mohamad untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin lapor akhbar tempatan berbahasa Cina China Pres...
Meet Kim Yo Jong North Korea S Most Powerful Woman

Meet Kim Yo Jong North Korea S Most Powerful Woman

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 615 hits
In an era when North Korea has begun to shift its focus away from its nuclear weapons capabilities to pursue a charm offensive aimed at transforming its global image one person stands out Kim Yo jong the younger sister of Kim Jong un This s...
Influencer Sounds Alarm After Paedophile Fb Group Uses Her School Pics

Wan Fayhsal Defends Pas Over Hate Speech Claim Blames Dap Instead

Mbi Debacle Why Did It Take So Long

Saya Tercampak Keluar Mayat Menimpa Saya Mangsa

Hiburan Penyanyi Lagu Basstamam Dedah Kini Bergelar Duda Setelah Setahun Bernikah

Lokomotif Pertama Beroperasi Di Tanah Melayu

Nasi Tomato Ayam Masak Merah Ketupat Rendang

Investor Partnering Benefits Risks


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hells Bells The Mysterious Bell Shaped Speleothems In Cenotes

Rahma Rahmi Rindu Tanpa Jeda Chord

Hisense Leads 2025 In Miniled And Laser Tvs

Ringgit Rebounds As Us Dollar Weakens Despite Progress In Trade Talks

Let Law Run Its Course Says Ean Yong After Teoh S Sister Calls Him Out

Trash Trouble In Sabah Waste Pests And Health Risks Plague Tourist Hotspots