Selepas Belanjawan Gagal Ditolak Ph Kucar Kacir Penganalisis
“Buat masa ini, PH masih buntu dan gagal mematikan spekulasi perbezaan pandangan antara tiga parti. Blok PN kelihatan makin merapatkan jurang perbezaan tetapi PH makin hari makin melebar perbezaan antara mereka,” kata Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisommudin Baka.
Dan.. Shamsul Amri Baharuddin dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, PKR tidak mempunyai agenda khusus yang ingin dipacu secara bersama melalui PH kecuali mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri....
Hmmmm...
Pakatan Harapan (PH) berada dalam keadaan berpecah belah berhubung hala tuju gabungan itu ketika Perikatan Nasional (PN) semakin bersatu selepas Belanjawan 2021 berjaya diluluskan, kata beberapa penganalisis politik.
Mereka berkata, parti-parti dalam PH kini bergolak berhubung kepimpinan pengerusi gabungan itu, Anwar Ibrahim dan pada masa sama, PN pimpinan Muhyiddin Yassin kelihatan lebih kukuh selepas penubuhan majlis presiden baru-baru ini.
“Buat masa ini, PH masih buntu dan gagal mematikan spekulasi perbezaan pandangan antara tiga parti. Blok PN kelihatan makin merapatkan jurang perbezaan tetapi PH makin hari makin melebar perbezaan antara mereka,” kata Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisommudin Baka.
Kritikan terhadap ahli Parlimen Port Dickson daripada dalam PH meningkat selepas PN berjaya meluluskan Belanjawan 2021 minggu lalu kerana Anwar sebelum ini mengatakan mempunyai sokongan “kukuh dan meyakinkan” untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin.
Beberapa hari selepas Belanjawan 2021 diluluskan, PN menubuhkan majlis presiden yang dianggotai presiden parti-parti yang menyokong gabungan itu seperti Bersatu, Umno, PAS, MCA, SUPP, PBS, PBB, PRS, PBRS, SAPP, PDP, MIC dan Star.
Dalam satu kenyataan bersama minggu lalu, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengatakan PH tidak perlu lagi membuang masa mengharapkan sokongan ahli-ahli Parlimen Umno untuk menumbangkan kerajaan PN.
Sebaliknya mereka mahu PH bekerjasama dengan parti-parti pembangkang lain seperti Pejuang yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad dan Warisan pimpinan Mohd Shafie Apdal, sesuatu yang sudah pasti akan ditentang PKR kerana kedua-dua parti ini tidak menyokong Anwar untuk menjadi perdana menteri.
Shamsul Amri Baharuddin dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, PKR tidak mempunyai agenda khusus yang ingin dipacu secara bersama melalui PH kecuali mengangkat Anwar sebagai perdana menteri.
“Sekiranya ada agenda lain yang boleh mengganggu gugat seperti Mohd Shafie Apdal boleh jadi calon perdana menteri, ini semua akan mengganggu Anwar.
“Jadi, mereka tidak akan bersetuju. Mereka mesti mendapat satu persetujuan iaitu mengangkat Anwar, satu sahaja calon perdana menteri,” katanya.
Sebelum ini Lim yang juga bekas menteri kewangan pernah mencadangkan agar Shafie menjadi calon perdana menteri alternatif kepada PH, menyebabkan kemarahan Naib Presiden PKR Nurul Izzah yang juga merupakan anak kepada Anwar.
Parti dalam PH berpecah disebabkan Anwar
Kamarul Zaman Yusoff dari Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, walaupun dikritik pemimpin utama Amanah dan DAP, Anwar masih mempunyai penyokong kuat dalam kedua-dua parti itu.
“Masih ada juga pengikut setia Anwar dalam kalangan pimpinan DAP dan Amanah seperti Ronnie Liu dan Mujahid Yusof Rawa.
“Keadaan ini mungkin akan menyaksikan berlakunya pertembungan dalaman dalam parti DAP dan Amanah itu sendiri,” katanya.
Hisommudin berkata, pergolakan turut berlaku dalam PKR selepas sayap Pemudanya mengkritik pendekatan politik Anwar.
“Insiden beberapa pimpinan sayap Pemuda PKR mengkritik kepimpinan Anwar selaku presiden membuktikan wujud ketidakpuasan hati terhadap gaya kepimpinan dalam PKR dan juga PH.
“Suara ini merupakan hanya bucu dari bongkahan ais, malahan wujud suara kritis tetapi hanya diluahkan di media sosial atau platform tidak rasmi parti,” katanya.
Katanya, pergolakan menjadi semakin parah selepas Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang agak popular dalam parti itu menyerang Anwar secara terbuka.
“Rafizi Ramli tampil dengan satu perspektif lain. Anwar dibantu oleh strategis opurtunis yang gagal memberi nasihat yang baik kepadanya
Sila sambung bacaan anda di SINI
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2020/12/selepas-belanjawan-gagal-ditolak-ph.html