Selepas 9 Malam Anak Mula Meragam Tolong Alert Bukan Saja Saja Menangis


Anak yang meragam selepas pukul 9 malam BUKANLAH anak yang bermasalah atau masalah sesiapa sahaja di sekeliling anak.
Yang SALAH adalah IBU BAPA yang tidak tidurkan anak awal, yang tidak menyediakan jadual rutin anak, yang membiarkan anak berjaga tanpa perlu, yang membiarkan anak bersama gajet dan tv sesuka hati, yang permisif dan yang mengheret anak keluar tidak kira waktu.
Anak sepatutnya tidur awal supaya mendapat rehat dan tidur yang cukup. Orang tua yang tidak cukup rehat dan tidak cukup tidur pun akan bertindak tidak rasional, apatah lagi anak kecil yang sememangnya tidak boleh berfikir dengan rasional. Hormatilah perkembangan dan keperluan anak.

Dalam satu kajian menunjukkan 41.5% kanak-kanak di Malaysia tidak dapat tidur yang mencukupi. Tidur merupakan keperluan yang amat penting dan paling asas dalam perkembangan kanak-kanak.
Berdasarkan Maslow’s Hieraki tidur termasuk di dalam salah satu keperluan fisiologi yang paling penting untuk dipenuhi dengan baik.
Tidur bukan sahaja keperluan yang sangat penting bagi kanak-kanak tetapi bagi semua lapisan umur. Tetapi bagi kanak-kanak masa tidur mereka lebih panjang kerana mereka sedang dalam fasa membesar dan berkembang. Keperluan tidur yang tidak dijaga dengan baik akan memberi impak negative daripada sudut akademik dan juga sikap dan perangai mereka.

Berikut merupakan masa/jam tidur yang diperlukan bagi kanak-kanak:-
Umur 2 bulan ke bawah :12 – 18 jam
Umur 3 bulan – 1 tahun : 14 – 15 jam
Umur 1-3 tahun : 12 – 14 jam
Umur 3-5 tahun : 11 – 13 jam
Umur 5-12 tahun: 10 – 11 jam
Umur 12-18 tahun: 8.5 – 9.5 jam
Apa yang akan berlaku sekiranya kanak-kanak tidak cukup tidur?
Tidur yang tidak mencukupi akan menyebabkan kanak-kanak tidak dapat memberi tumpuan di dalam kelas dan ketika guru mengajar. Fokus mereka lebih tertumpu kepada usaha untuk tidak tertidur di dalam kelas.
Kesan yang lebih buruk terhadap kanak-kanak yang tidak cukup tidur adalah prefrontal cortex tidak dapat berfungsi dengan baik.
Prefrontal cortex merupakan sebahagian daripada otak depan yang berfungsi untuk membuat perancangan, berfikir secara luar kotak dan juga menganalisa.
Jadi kanak-kanak akan rasa terbeban ketika berhadapan dengan situasi untuk menyelesaikan masalah atau tidak menjumpai jawapan yang betul.
Fungsi prefrontal cortex yang menurun disebabkan tidak cukup tidur turut memberi kesan kepada interaksi sosial mereka.
Kekurangan fungsi ini akan menyebabkan kanak-kanak lebih pentingkan diri sendiri, kurang empati dan berdepan dengan kesukaran untuk menyelesaikan masalah.
Bagaimana Tidur Itu Mampu Membantu Otak Kanak-Kanak?
Tidur dapat membantu proses pembelajaran Kanak-kanak memerlukan tidur yang berkualiti dan cukup bagi menguatkan ingatan terhadap informasi yang baru mereka terima dan tidur juga membantu informasi itu difahami dan dapat dihubung kait antara satu informasi dengan infromasi yang lain.
Lagi banyak perkara dan maklumat yang diterima mereka, lagi banyak tidur yang diperlukan. Mengajar mereka perkara baru ketika mereka dalam keadaan umpama mencurah air ke daun keladi.
Tidur Membantu Pembelajaran Kemahiran Motor yang Baru. Berdasarkan jurnal Memory stabilization and enhancement following music practice, apabila anak anda belajar kemahiran motor yang baru seperti memukul bola hoki, bermain gitar atau menari.
Tidur akan membantu otak menghantar memori jangka pendek(Short term memory) perkara yang di pelajarinya ke ‘cortex motor’.
Jadi bila diulang kembali kemahiran motor tersebut, mereka mampu lakukannya dengan lebih pantas dan lebih tepat.
Tidur Mampu Mendorong Otak Lebih Kreatif Ada satu istilah yang di panggil Hypnagogia. Hypnagogia merupakan situasi di mana seseorang itu antara Sedar dan Tidur. Di fasa ini, kita akan jumpa cara yang kreatif untuk menyelesaikan masalah ketika siang hari. Ini kerana otak menyusun dan menstrukturkan semula memori dan kesannya meningkatkan kreativiti
Tidur Membersihkan Toksik Di Dalam Otak Otak memerlukan tenaga untuk berfungsi. Hasil daripada itu menghasilkan sejenis toksik yang perlu disingkirkan melalui ‘glymphatic system’. Toksik ini perlukan di singkirkan kerana ada kajian menunjukkan toksik ini antara sebab berlakunya penyakit Alzherimer.
‘Glymphatic System’ berfungsi sepanjang masa tetapi lebih aktif ketika waktu tidur. Jadi untuk memastikan proses pembersihan berjalan dengan optimum kanak-kanak perlukan tidur yang cukup.

Tidur Menguatkan Ingatan Ketika tidur short-term memories akan ditukar kepada long-term memories. Ketika tidur otak akan memaparkan semula memori pada hari itu dalam proses yang penting untuk menguatkan ingatan.
Berdasarkan Sleep Deprivation dan False Memories tidak cukup tidur pada kanak-kanak bukan sahaja menyebabkan otak mereka gagal untuk menukar ‘short-term memories’ kepada ‘long-term memories’. Malah memori tersebut akan bercampur aduk antara daripada situasi yang lain dan mewujudkan false memories.
KESIMPULAN
Sebagai penjaga kepada kanak-kanak sama ada ibu-bapa atau guru, memastikan mereka mendapat tidur yang cukup sangat penting demi memastikan otak mereka dapat berfungsi dengan baik.
Kasihani mereka, mereka terlalu muda untuk ditekan dan dipaksa di luar kemampuan mereka.
Pastikan kanak-kanak mendapat keperluan asas mereka dengan optimum, demi memastikan kesan dan impak yang lebih hebat.
Sumber: Noor Afidah Abu Bakar (Parent Connect Consultancy) & rootofscience

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
 
The post Selepas 9 Malam Anak Mula Meragam, Tolong Alert! Bukan Saja-Saja Menangis appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/selepas-9-malam-anak-mula-meragam-tolong-alert-bukan-saja-saja-menangis/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mainan Sekali Dengan Jajan Racun Otak Anak Dalam Diam Ibu Ayah Tolong Alert

Mainan Sekali Dengan Jajan Racun Otak Anak Dalam Diam Ibu Ayah Tolong Alert

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 223 hits
Sejak kebelakangan ini banyak mainan kecil yang diselitkan dalam makanan ringan anak anak Ini bertujuan untuk bagi anda rasa gembira apabila membukanya Namun ibu bapa harus ambil peranan dalam hal ini terutama apa yang anak makan dan dapat ...
Paling Dirindu Shuib Hanya Mampu Peluk Anak Menangis Di Pusara Ibu

Paling Dirindu Shuib Hanya Mampu Peluk Anak Menangis Di Pusara Ibu

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 206 hits
Rindu pada yang tiada adalah rindu yang paling sakit Walaupun luaran nampak kuat dalam hati hanya Allah yang tahu Situasi ini juga dilalui oleh ahli keluarga arwah Siti Sarah View this post on Instagram Walaupun pemergian Allahyarham Siti S...
Anak Meragam Sepanjang Jalan Sampai Muka Pucat Tapi Tindakan Bapanya Mendapat Pujian

Anak Meragam Sepanjang Jalan Sampai Muka Pucat Tapi Tindakan Bapanya Mendapat Pujian

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 154 hits
AGAM anak kecil yang kuat menangis sememangnya menjadi dugaan buat pasangan yang baru berkahwin Begitulah yang dialami suami isteri ini apabila terpaksa memasang buaian untuk menidurkan anak mereka di dalam kereta yang sedang bergerak Video...
Tya Arifin Terkejvt Anak Bongsu Tak Kenal Datuk Nenek Selepas 2 Tahun Tak Balik Indonesia

Tya Arifin Terkejvt Anak Bongsu Tak Kenal Datuk Nenek Selepas 2 Tahun Tak Balik Indonesia

papar berkaitan - pada 6/2/2022 - jumlah : 267 hits
Pelakon dan usahawan Tya Arifin menzahirkan rasa gembira apabila hajatnya untuk pulang ke kampung halaman di Palembang Indonesia kini tercapai selepas lebih dua tahun tidak bersua muka dengan ahli keluarganya Bawa anak anakTya memutuskan un...
Fasha Sandha Tak Tahan Seb4k Tengok Scene Anak Jiran Pelvk Jemyma Selepas Tamat Tempoh Kuarantin Di Rumah

Fasha Sandha Tak Tahan Seb4k Tengok Scene Anak Jiran Pelvk Jemyma Selepas Tamat Tempoh Kuarantin Di Rumah

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 152 hits
Sebagai ibu pelakon Fasha Sandha meluahkan rasa seb4k sebaik sahaja melihat hubungan persahabatan yang terjalin di antara anak anak jiran dengan anaknya Ujar Fasha anak anaknya sangat bertuah kerana memiliki rakan rakan yang sangat baik dan...
Cari Duit Saja Tak Cukup Anak Perlukan Ayah Bantu Jadi Dewasa

Cari Duit Saja Tak Cukup Anak Perlukan Ayah Bantu Jadi Dewasa

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 180 hits
Kita merasakan dengan bekerja bersungguh sungguh untuk segala keperluan anak sudah mencukupi untuk anak hidup selesa Hakikatnya anak perlukan kasih sayang bukan hanya ibu tetapi sepenuh bimbingan dari lelaki bergelar ayah Bukan hanya seoran...
Tips Bawa Anak Jalan Jalan Selepas Covid 19

Tips Bawa Anak Jalan Jalan Selepas Covid 19

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 230 hits
Alhamdulillah selepas pelbagai cabaran dan dugaan 2019 2020 2021 kini 2022 anak anak kembali untuk meneruskan perjuangan mereka dan meneruskan kehidupan seperti sediakala Walaupun ada perubahan gaya hidup tetapi fokus dan tujuan utama adala...
Anak Kerap Menangis Aeril Wawa Tukar Nama Anak Ke 4 Pada Muhammad Fahri

Anak Kerap Menangis Aeril Wawa Tukar Nama Anak Ke 4 Pada Muhammad Fahri

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 177 hits
Pada 30 November 2021 pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal telah menimang cahaya mata keempat dan memilih nama Jibril Ibtisam buat bayi lelaki mereka Menangis sampai dua jam Bagaimanapun nama Jibril Ibtisam dikatakan tidak serasi...
Air Mata Mengalir Setiap Kali Sentuh Anak Bayi Meragam Terus Senyap Lepas Letak Sebelah Ibu Yg Masih K0ma

Air Mata Mengalir Setiap Kali Sentuh Anak Bayi Meragam Terus Senyap Lepas Letak Sebelah Ibu Yg Masih K0ma

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 252 hits
Bagi mereka yang mengikuti kisah m4ngsa keganas4n rumah tangga Jahidah Nordin pasti mengetahui bahawa wanita itu sudah melahirkan bayi sulungnya secara pembedahan bulan lalu
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran