Selepas 51 Tahun Skuad Munich 72 Jadi Sebutan Hanya Bila Ada Yang Pergi


 

Kepulangan Harun Jusoh ke Rahmatullah pada usia 75 tahun, Selasa minggu lalu bermakna seorang lagi bekas anggota skuad bola sepak kebangsaan ke Sukan Olimpik Munich 1972 meninggalkan kita. Lebih dahulu ialah jurulatih Jalil Che Din (1992), Ali Bakar (2003), Wong Choon Wah (2014), Othman Abdullah (2015), Wan Zawawi Yusof (2017), M Chandran (2019), Mohamad Bakar, Namat Abdullah, Salleh Ibrahim dan V Krishnasamy (2020).
“Seorang demi seorang tinggalkan kita, yang masih hidup beberapa kerat sahaja,” kata bekas pemain Bahwandi Hiralal kepada FMT pada 2020 merujuk kepada skuad asal 19 pemain yang turut membariskan Wong Kam Fook, Soh Chin Ann, Khoo Luan Khen, Hamzah Hussein, Shaharuddin Abdullah, Lim Fung Kee, Looi Loon Teik dan Rahim Abdullah.
Enam lagi anggota skuad yang menjuarai pusingan kelayakan dengan menundukkan Jepun 3-0, Korea Selatan 1-0, Taiwan 3-0 dan Filipina 5-0 di Seoul pada 1971 — Syed Ahmad Syed Abu Bakar, Dell Akbar Khan, Chan Kok Leong, Wong Hee Kok, V Kalimuthu dan Yap Eng Kock — tidak terpilih semula dalam skuad ke Munich itu. Mokhtar Dahari pula tidak disertakan kerana pengurus pasukan Harun Idris berpendapat bahawa usianya yang baru mencecah 19 tahun ketika itu terlalu muda untuk ditampilkan di pentas Olimpik.
Penyertaan Malaysia dalam Sukan Olimpik Munich kekal sebagai pencapaian tertinggi skuad bola sepak negara yang melayakkannya gelaran selaku antara gergasi Asia. Dua pasukan lain sebagai wakil Asia ialah Burma dan Iran. Tuan rumah Jerman Barat kendalian Jupp Derwall tersingkir seawal pusingan kedua dalam saingan bola sepak Olimpik yang menyaksikan Poland menang pingat emas selepas mengalahkan Hungary 2-1 dalam final pada 10 September 1972.
Dibandingkan dengan skuad kebangsaan yang layak ke Sukan Olimpik Moscow 1980 tapi akur dengan keputusan kerajaan memboikotnya kerana pencerobohan Soviet Union di Afghanistan, skuad 1972 itu dikatakan kurang mendapat pengiktirafan seperti yang pernah disuarakan beberapa pemainnya. Bahwandi, Fung Kee dan Rahim berasa seolah-olah mereka dan rakan sepasukan terlepas daripada tumpuan sepatutnya.
“Saya rasa agak malang apabila kami tidak mendapat pengiktirafan. Ketika itu rakyat begitu bersemangat kerana kita menang perlawanan dan layak ke sana. Saya tidak minta apa-apa kepada sesiapa pun, tiada siapa peduli tentang kami,” kata Bahwandi yang berpendapat memadai dengan menerbitkan buku kisah mereka, yang beraksi ketika tiada pemain bola sepak profesional di Malaysia.
Fung Kee, yang kecewa mereka tiada apa-apa status dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), mengungkapkan: “Kami bangga memakai jersi kebangsaan. Saya tidak berharap untuk dapat pengiktirafan sekarang, saya tak nampak apa gunanya minta diiktiraf. Dulu kami ada pas pemain, jadi kami boleh tonton perlawanan. Sekarang, kalau saya mahu tengok Malaysia bermain, apa yang perlu saya buat? Beli tiket?,” katanya.
Rahim pula berkata ketika pasukan kembali dari Munich, kisah mereka tidak ditonjolkan seperti pasukan 1980 dan selepas bersara daripada bola sepak, hanya beberapa anggota skuad 1972 itu diberi peluang untuk menjadi antara tenaga kejurulatihan pasukan kebangsaan.
“Ramai antara kami dilupakan. Standard bola sepak kita merosot sekarang, saya rasa pengalaman kami perlu dimanfaatkan seperti untuk mencari bakat baru. Kami masih mahu berkhidmat untuk negara, kami juga tidak perlu dibayar, kami akan melakukannya secara percuma, hanya babitkan kami,” katanya dalam satu temu bual tiga tahun lalu.
Sedih dan mengharukan apabila mengenangkan kejaguhan mereka lebih 50 tahun lalu membuat peminat bola sepak negara berasa bangga ketika mereka turun beraksi menentang Jerman Barat, Amerika Syarikat dan Maghribi dalam Kumpulan A, terutama perlawanan pembukaan dengan tuan rumah yang bersaksikan 60,000 penonton di Stadium Olimpik Munich pada 27 Ogos 1972. Skuad kebangsaan kesudahannya menduduki tempat ke-10 daripada 16 pasukan secara keseluruhan.
“Sasaran awal kami dalam babak pertama ialah cuba meraih seri dengan Jerman Barat tapi mereka tiba-tiba menukar pelan untuk cuba menyerang dalam babak kedua (sehingga dibolosi gol Ronald Worm, Juergen Kalb dan Rudolf Seliger),” kata penjaga gol Kam Fook mengingati perlawanan itu.
“Ia satu penghormatan besar untuk bermain dalam perlawanan pembukaan Sukan Olimpik. Tuan rumah memiliki Ottmar Hitzfeld and Uli Hoeness, nama-nama besar ketika itu. Kami beraksi baik dalam separuh pertama tapi gol pertama mereka selepas 56 minit meruntuhkan semangat kami untuk dibolosi dua gol lagi. Tapi hakikatnya kami berdepan lawan yang sangat kuat,” kata Chin Ann pula.
Skuad negara bangkit daripada kekalahan itu dengan menjadikan Amerika Syarikat sebagai mangsa dengan kemenangan 3-0 yang mengujakan di Ingolstadt hasil gol-gol Shaharuddin Abdullah, Salleh Ibrahim dan Wan Zawawi Wan Yusof sebagai anak Malaysia pertama membuat jaringan di peringkat Olimpik.
“Allahyarham Salleh seperti seorang pelari pecut dan sangat sesuai bermain di posisi sayap sama ada kiri atau kanan,” kata Rahim mengenai gol rakan sepasukannya pada minit ke-67 itu hasil larian pantas dari sebelah kanan sehingga tidak mampu dikejar oleh empat pemain AS sebelum meledakkan rembatan yang menewaskan penjaga gol Michael Ivanov.
Kemenangan itu menghidupkan kembali peluang Malaysia untuk ke pusingan kedua, dengan Maghribi menjadi halangan terakhir dalam perlawanan bersempena Hari Kebangsaan pada 31 Ogos. Hakikat bahawa Maghribi hanya mampu seri 0-0 dengan AS terdahulu membayangkan skuad negara berkedudukan baik untuk mara – sesuatu yang harus menyulitkan Jerman Barat daripada menjuarai Kumpulan.
Tapi, seperti dirumuskan oleh Lim, barisan negara diberi panduan yang salah oleh penasihat pasukan dari Jerman Dettmar Cramer hingga mengakibatkan kekalahan besar 0-6 kepada Maghribi dan sudah pun dibolosi lima gol selepas hanya 25 minit hingga memaksa Kam Fook dikeluarkan dan tempatnya di pintu gol diambil alih oleh Kam Fook.
“Cramer maklumkan Maghribi mengamalkan taktik kotor dan kasar. Arahannya supaya tidak bertindak balas jika diasak lawan melemahkan semangat dan kesungguhan kami untuk beraksi sepenuh hati kerana bimbang akan tercedera. Ia mungkin permainan psikologinya bagi menakut dan menjatuhkan moral pemain kebangsaan (supaya Jerman Barat dapat mara),” katanya.
Hamzah bagaimanapun menawarkan pandangan berlawanan dengan menyimpulkan Malaysia dibelasah 6-0 kerana perbezaan fizikal dan ketangkasan pemain lawan. Maghribi juga, tambahnya, menunjukkan kesungguhan luar biasa berbanding ketika seri dengan AS.
“Mereka memang main bersungguh-sungguh dan sangat laju sehinggakan belum sempat bola sampai ke kaki pemain Malaysia, mereka sudah merampasnya. Mereka umpama motosikal kelas 250cc, kita pula motosikal kelas 125cc saja. Kita memang bukan tandingan mereka yang mempunyai kemahiran tinggi. Sebab itulah dalam masa 25 minit, Malaysia sudah ditembusi lima kali. Daripada aspek kekuatan fizikal dan taktikal, pemain skuad dari benua Afrika itu jauh lebih baik,” katanya.
Sebilangan anggota skuad berkenaan akan menjadi tetamu dalam satu majlis Sports Flame di Hotel Concorde Kuala Lumpur pada 9 Dis ini — satu sambutan meraikan pemain-pemain hebat Malaysia dari tahun 60-an, 70-an dan awal 80-an. Acara itu, yang disokong oleh FMT, dianjurkan oleh empat wartawan sukan dari era itu, George Das, R Velu, Lazarus Rokk dan Fauzi Omar, yang telah menulis mengenai ikon sukan negara dalam pelbagai akhbar dan dalam mysportsflame.com.
Selain nama semua anggota skuad Olimpik ’72 itu tersenarai dalam Dewan Kemasyhuran Majlis Olimpik Malaysia (MOM), mungkin boleh dipertimbangkan juga cadangan Rahim agar mereka dikurniakan gelaran Datuk kerana hanya segelintir yang mengecapi tahap itu seperti yang diterima Chandran, Chin Ann, Mohamad dan Namat. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/10/selepas-51-tahun-skuad-munich-72-jadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
16 Tahun Menanti Cahaya Mata Bayi Kembar 4 Pergi Selamanya Selepas Sebulan Dilahirkan Undang Sebak Netizen

16 Tahun Menanti Cahaya Mata Bayi Kembar 4 Pergi Selamanya Selepas Sebulan Dilahirkan Undang Sebak Netizen

papar berkaitan - pada 26/10/2023 - jumlah : 193 hits
Selepas 16 tahun menunggu kehadiran cahayamata seorang bapa Fadi Khaled Al Baba dan isterinya Wafaa Abdul Khaliq Al Sweirki telah dikurniakan anak kembar empat Bagaimanapun sebulan setengah kemudian pasangan suami isteri ini diuji hebat Apa...
Selepas 11 Tahun So Jisub Kembali Dalam Drama Aksi Jenayah Netflix Plaza Wars

Selepas 11 Tahun So Jisub Kembali Dalam Drama Aksi Jenayah Netflix Plaza Wars

papar berkaitan - pada 27/10/2023 - jumlah : 165 hits
Netflix telah mengumumkan barisan pelakon yang bakal membintangi drama Plaza wars ARTIKEL BERKAITAN Drama Plaza Wars yang diadaptasikan oleh webtoon terkenal dengan tajuk yang sama mengisahkan tentang Gi jun yang kembali ke dunia jenayah se...
Sehari Selepas Sambut Birthday Kanak Kanak 12 Tahun Dicederakan Bapa Kandung

Sehari Selepas Sambut Birthday Kanak Kanak 12 Tahun Dicederakan Bapa Kandung

papar berkaitan - pada 30/10/2023 - jumlah : 245 hits
Kebiasaan sebagai seorang bapa dia tidak akan menyusahkan anak anak dan akan memikul tanggungjawab untuk memastikan anak anak sentiasa di dalam keadaan selamat dan serba serbi mencukupi Namun lain kisahnya apabila seorang kanak kanak lelaki...
Selepas 60 Tahun Penempatan Melayu Kampong Sg Baru Diusir

Selepas 60 Tahun Penempatan Melayu Kampong Sg Baru Diusir

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 178 hits
This is adapted from Murray Hunter Oct 19 eviction of Kg Sg Baru residents postponed until Oct 31 private developer purchasing properties for development under lawpurchasing for RM 400 500 psf market value RM 1 480 psf with strength of govt...
Saya Risau Daesung Bigbang Kembali Ke Bidang Hiburan Selepas 12 Tahun

Saya Risau Daesung Bigbang Kembali Ke Bidang Hiburan Selepas 12 Tahun

papar berkaitan - pada 19/10/2023 - jumlah : 152 hits
Dah lama kan tak dengar cerita tentang Dae sung ARTIKEL BERKAITAN Dae sung yang merupakan salah seorang dari ahli kumpulan lelaki lagenda Korea iaitu BIGBANG telah dipilih menjadi penerbit serta juri bagi rancangan hiburan berunsurkan Trot ...
Ayah Ni 16 Tahun Menanti Zuriat Namun Hanya Sebulan Dapat Bersama Kembar Empatnya Undang Pilu

Ayah Ni 16 Tahun Menanti Zuriat Namun Hanya Sebulan Dapat Bersama Kembar Empatnya Undang Pilu

papar berkaitan - pada 21/10/2023 - jumlah : 174 hits
Selepas 16 tahun menunggu kehadiran cahayamata seorang bapa Fadi Khaled Al Baba dan isterinya Wafaa Abdul Khaliq Al Sweirki telah dikurniakan anak kembar empat Bagaimanapun sebulan setengah kemudian pasangan suami isteri ini diuji hebat apa...
Akhirnya Wanita Ini Beranikan Diri Pulang Kampung Selepas 7 Tahun Rahsiakan Keislaman

Akhirnya Wanita Ini Beranikan Diri Pulang Kampung Selepas 7 Tahun Rahsiakan Keislaman

papar berkaitan - pada 27/10/2023 - jumlah : 149 hits
Tatkala mendengar perjalanan hidup seseorang yang baru memeluk agama Islam kita juga akan ikut terharu dan terjentik rasa sebak dalam diri Golongan muallaf ini digambarkan sebagai kain putih yang masih suci Namun hakikatnya proses itu tidak...
Program Plkn Tidak Akan Ganggu Pelajar Spm Hanya Sasar Golongan Belia 16 35 Tahun Menteri

Program Plkn Tidak Akan Ganggu Pelajar Spm Hanya Sasar Golongan Belia 16 35 Tahun Menteri

papar berkaitan - pada 2/11/2023 - jumlah : 120 hits
Hanya belia yang tamat peperiksaan SPM akan dipilih menjalani latihan asas ketenteraan di bawah Program Latihan Khidmat Negara yang dihidupkan semula kata Datuk Seri Mohamad Hasan Walaupun program itu disasarkan kepada golongan belia antara...
16 Finalis Hero Dewi Remaja 2023 Bergabung Selepas 38 Tahun

16 Finalis Hero Dewi Remaja 2023 Bergabung Selepas 38 Tahun

papar berkaitan - pada 1/11/2023 - jumlah : 320 hits
Buat pertama kali sepanjang 38 tahun penganjuran Dewi Remaja dan Hero Remaja pencarian ini bakal digabungkan menjadi satu dan dua pemenang bakal dinobatkan Kalau nak tunggu HERO REMAJA sahaja setahun kena tunggu kerana sebelum ini rancangan...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco