Selepas 30 Tahun Baru Mereka Mahu Batalkan Status Islam Siapa Disebalik Semua Ini




Seratus tiga puluh tujuh Orang Asli daripada suku Bateq Mayah memohon mahkamah sivil membatalkan status Islam mereka berikutan penukaran agama beramai-ramai yang didakwa menyalahi undang-undang pada 30 tahun lalu

137 plaintif, melalui peguam daripada firma guaman Fahri Azzat & Co, memfailkan writ saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Sept tahun lepas

Tindakan sivil itu menamakan enam defendan iaitu Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), pengarah dan pegawainya, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Pahang (Muip), kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan

Menurut kenyataan tuntutan yang dilihat oleh Malaysiakini, mereka mendakwa penukaran agama yang salah dan haram itu dilakukan di rumah mereka di Kampung Benchah Kelubi, Merapoh, Kuala Liipis, Pahang, pada April 1993


‘Diseksa jika lari ke gunung’
Kertas kausa mendakwa bahawa 57 daripada plaintif telah bertukar agama semasa kejadian itu manakala baki plaintif adalah anak mereka, yang dilahirkan kemudian dan juga mempunyai perkataan Islam pada kad pengenalan mereka kerana keturunan

Plaintif mendakwa bahawa pada awal 1993, wakil Jakoa bukan sahaja telah meminta dua ketua kampung untuk memeluk agama Islam tetapi juga meminta penduduk kampung lain berbuat perkara yang sama

Mereka mendakwa apabila penduduk kampung enggan berbuat demikian, seorang pegawai Jakoa yang melawat kampung itu telah mengeluarkan beberapa ugutan untuk memastikan penukaran agama mereka

Antara ancaman itu ialah penduduk kampung tidak akan dibenarkan tinggal di kampung itu lagi, rumah dan tanaman mereka akan dimusnahkan, orang kampung akan dihalau dan diseksa jika mereka lari ke gunung.
Plaintif mendakwa bahawa penduduk kampung tidak dimaklumkan tentang implikasi undang-undang apabila memeluk Islam, iaitu mereka akan tertakluk kepada rangka kerja perundangan Islam Pahang dan anak yang dilahirkan kepada mereka secara automatik juga beragama Islam

Mereka mendakwa bahawa kemudiannya, pegawai Jakoa yang sama datang semula ke kampung itu bersama beberapa orang pegawai Muip, di mana pegawai-pegawai ini mengumpulkan penduduk kampung di kawasan lapang dan meminta mereka membaca “Kalimah Syahadah”

Plaintif mendakwa penduduk kampung sama ada membuat cubaan untuk mengulangi apa yang dikatakan oleh pegawai tersebut atau tidak mengulangi langsung apa yang dilafazkan oleh defendan berkenaan

Mereka juga berkata penduduk kampung tidak faham apa yang dimaksudkan dengan “Kalimah Syahadah” dan bagaimana kehidupan mereka akan berubah selepas memeluk Islam

Mereka mendakwa pegawai itu mengambil nama semua penduduk kampung sebelum beredar


Terus amal kepercayaan Bateq Mayah
Bagaimanapun, plaintif mendakwa walaupun mereka menganut atau mengamalkan Islam berikutan penukaran agama secara besar-besaran itu namun mereka terus mengamalkan kepercayaan budaya serta agama Bateq Mayah

Mereka mendakwa bahawa selepas tahun 2,000 apabila lebih ramai penduduk kampung belajar bercakap asas Bahasa Malaysia, mereka kemudian menyedari bahawa perkataan "Islam" tertera pada kad pengenalan mereka

Mereka berhujah bahawa Bateq Mayah, yang mengamalkan animisme, adalah kumpulan rentan yang bergantung kepada defendan untuk melindungi cara hidup mereka daripada pemodenan dan eksploitasi mengikut Akta Orang Asli 1954

"Pada tahun 1993, Defendan telah mengeksploitasi pengaruh mereka ke atas Orang-orang Asli di Kampung tersebut dan, dalam melanggari kewajipan mereka terhadap Orang-orang Asli di situ, mereka telah dengan secara salah, secara haram serta menggunakan paksaan, mengislamkan orang-orang asli tersebut

"Dengan berbuat sedemikian, mereka telah melanggar kewajipan mereka untuk melindungi dan memelihara kepercayaan budaya dan agama Orang-orang Asli tersebut,” kata plaintif

Mereka mendakwa bahawa sekitar 2004, mereka menghubungi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) untuk mendapatkan bantuan, yang kemudiannya menyediakan laporan 2013 bertajuk "Laporan Siasatan Kebangsaan terhadap Hak Tanah Orang Asal"

Bagaimanapun, mereka mendakwa isu penukaran agama secara besar-besaran tidak diketengahkan dalam laporan itu

Plaintif mendakwa penukaran agama beramai-ramai itu adalah menyalahi undang-undang dan melanggar Seksyen 101 Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam (Pahang) 1991 kerana penduduk kampung tidak mengucapkan Kalimah Syahadah dalam bahasa Arab yang boleh difahami secara munasabah, tidak mengetahui maksud frasa tersebut kerana buta huruf, dan tidak dilakukan dengan kerelaan atas kehendak bebas

Mereka memohon beberapa pengisytiharan mahkamah, antaranya bahawa plaintif bukan orang yang menganut agama Islam; bahawa mana-mana orang yang dilahirkan oleh plaintif selepas pemfailan saman ini bukanlah orang yang menganut agama Islam; dan bahawa plaintif mempunyai hak untuk mengamalkan dan mengaku kepercayaan rohani dan budaya mereka sendiri tanpa sebarang gangguan daripada defendan

Mereka juga menuntut ganti rugi am untuk dinilai oleh mahkamah serta ganti rugi teladan dan/atau ganti rugi teruk, faedah lima peratus ke atas jumlah penghakiman yang diberikan, kos dan apa-apa relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah

Lima daripada defendan telah memfailkan permohonan untuk membatalkan tuntutan mahkamah atas beberapa hujah, antaranya tindakan sivil difailkan 29 tahun selepas dakwaan penukaran agama secara besar-besaran, dan dengan itu difailkan di luar masa mengikut Seksyen 2 Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 dan Seksyen 6 Akta Had Masa 1953

Defendan lain Muip telah memfailkan permohonan untuk mempertikaikan bidang kuasa mahkamah sivil untuk mendengar kes itu kerana isu yang dibangkitkan dalam tindakan sivil itu terletak di bawah bidang kuasa mahkamah syariah negeri Pahang

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur telah menetapkan 17 April untuk pengurusan kes bagi permohonan plaintif untuk memindahkan tindakan sivil ke Mahkamah Tinggi di Kuantan

Jabatan Peguam Negara bertindak bagi pihak kerajaan persekutuan serta Jakoa, pengarah dan pegawainya. Penasihat undang-undang Pahang mewakili kerajaan negeri

Firma guaman Syahidah Sharul & Marsyara mewakili Muip

Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2023/03/selepas-30-tahun-baru-mereka-mahu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suke Tv Umum Program Baru Untuk Tahun 2023

Suke Tv Umum Program Baru Untuk Tahun 2023

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 220 hits
Suke TV Umum Program Baru Untuk Tahun 2023 Assalamualaikum semua Pernah tonton Suke TV tak Ha kalau korang pernah tengok Berita Latah tu la rancangan untuk Suke TV Kelakar kan Sis pun tertarik nak menonton Suke TV ni dari rancangan Berita L...
1 Ramadhan 1444 Selamat Berpuasa Untuk Semua Umat Islam

1 Ramadhan 1444 Selamat Berpuasa Untuk Semua Umat Islam

papar berkaitan - pada 24/3/2023 - jumlah : 185 hits
Assalamualaikum 1 RAMADHAN 1444Alhamdulillah bertemu kita di bulan Ramadhan Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa untuk semua yang membaca blog ini Saya juga memohon maaf atas segala kekhilafan yang telah saya lakukan sa...
Planet Baru 5000 Tahun Cahaya Dari Bumi

Planet Baru 5000 Tahun Cahaya Dari Bumi

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 147 hits
Satu pasukan antarabangsa terdiri daripada angkasawan profesional dan amatur mengumumkan penemuan sebuah planet baru yang diterangi dengan empat matahari penemuan fenomena pertama seumpamanya Planet yang terletak sejauh kira kira 5 000 tahu...
Hiburan Selena Gomez Malaysia Tular Muzik Video Ira Kazar Menyanyi Netizen Siasat Baru Rakam Tahun 2021

Hiburan Selena Gomez Malaysia Tular Muzik Video Ira Kazar Menyanyi Netizen Siasat Baru Rakam Tahun 2021

papar berkaitan - pada 23/3/2023 - jumlah : 370 hits
Tular sebuah video yang boleh dikatakan agak baru dimuat naik di YouTube di mana ia memaparkan isteri kedua Syamsul Yusof Ira Kazar menyanyikan lagu single terbitannya sendiri Lagu berjudul itu difahamkan telah diterbitkan di platform penst...
Kesimpulan Sami Hamdi Tentang Peraturan Baru Di Makkah Semasa Bulan Puasa Bawa Naratif Buruk Umat Islam

Kesimpulan Sami Hamdi Tentang Peraturan Baru Di Makkah Semasa Bulan Puasa Bawa Naratif Buruk Umat Islam

papar berkaitan - pada 15/3/2023 - jumlah : 165 hits
Baru baru ini tular di dalam aplikasi Whatsapp mengenai peraturan baru bulan Ramadan yang dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi Antara kandungan peraturan baru yang tular itu adalah tidak dibenarkan pembesar suara tidak dibenarkan siaran lan...
Waskita Precast Target Dapat Kontrak Baru Rp3 8 Miliar Tahun Ini

Waskita Precast Target Dapat Kontrak Baru Rp3 8 Miliar Tahun Ini

papar berkaitan - pada 28/3/2023 - jumlah : 190 hits
Direktur Keuangan dan Manajemen Risiko PT Waskita Beton Precast Asep Mudzakir mengatakan pihaknya optimis tahun 2023 menargetkan dengan nilai kontrak baru sebesar Rp 3 8 triliun atau tumbuh lebih dari 100 persen
Mereka Sebenarnya Im Jiyeon Lee Dohyun Dilapor Bercinta Ini Respon Agensi

Mereka Sebenarnya Im Jiyeon Lee Dohyun Dilapor Bercinta Ini Respon Agensi

papar berkaitan - pada 1/4/2023 - jumlah : 110 hits
Baru sahaja menjejaki bulan April namun industri hiburan Korea dikejutkan dengan berita romantik di antara pelakon The Glory iaitu Lee Do hyun dan Im Ji yeon ARTIKEL BERKAITAN Menurut Dispatch kedua pelakon ini mula berkenalan sejak di awal...
Kluster Mahkamah Cakna Cadang Kerajaan Fikirkan Inisiatif Baru Untuk Bantu Rakyat Kluster Ahli Sorga

Kluster Mahkamah Cakna Cadang Kerajaan Fikirkan Inisiatif Baru Untuk Bantu Rakyat Kluster Ahli Sorga

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 108 hits
KERAJAAN WAJAR PERTIMBANGKAN PAKEJ BANTUAN KHUSUS UNTUK KENAIKAN KOS SARA HIDUP1 Mutakhir ini wujud ura ura untuk kenaikan tarif elektrik Bagaimana pun kita tunggu keputusan Kerajaan dalam masa terdekat 2 Jika tarif elektrik dinaikkan ia ak...
8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda

Cara Memasarkan Homestay Anda

Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur

Nostalgia Bedak Sejuk



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Don T Wait For A Leak Proactive Planning For Oil Tank Replacement

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Orang Bukan Melayu Tak Boleh Terima Perikatan Nasional