Kesimpulan Sami Hamdi Tentang Peraturan Baru Di Makkah Semasa Bulan Puasa Bawa Naratif Buruk Umat Islam





Baru-baru ini tular di dalam aplikasi Whatsapp mengenai peraturan baru bulan Ramadan yang dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi. 

Antara kandungan peraturan baru yang tular itu adalah tidak dibenarkan pembesar suara, tidak dibenarkan siaran langsung Tarawih, tidak dibenarkan iktikaf tanpa pengenalan diri, solat Tarawih mesti dipendekan dan bermacam-macam lagi peraturan yang diperkatakan.





Penularan berita itu sudah pastinya mengejutkan semua pihak terutamanya Umat Islam. Namun begitu, seorang lelaki yang juga merupakan seorang penterjemah menafikan berita penularan itu dan menghuraikan kembali di sebalik terjemahan peraturan yang dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi.

“Telah tersebar dalam pelbagai media sosial tentang kononnya peraturan baru bulan Ramadan di Arab Saudi. Terutamanya versi Bahasa Melayu telah tersebar dalam group-group WhatsApp.


“Kita boleh nampak betapa misleadingnya kesimpulan Sami Hamdi dan betapa ia telah membawa satu naratif yang buruk kepada umat Islam.





“Di sini saya lampirkan terjemahan bagi peraturan baru yang dikeluarkan itu terutamanya buat para imam dan bilal,” tulisnya.

1. Memberikan komitmen penuh ketika bertugas. Tidak boleh untuk tidak hadir menjalankan tugas dalam bulan Ramadan al-Mubarak, melainkan kerana sangat terdesak dan mempunyai alasan yang boleh diterima setelah melantik seorang pengganti dalam tempoh ketidakhadiran. Pelantikan sementara ini perlulah disahkan oleh pihak cawangan kementerian di wilayah masing-masing, dan pengganti tersebut hendaklah berjanji tidak akan mengabaikan tanggungjawab. Tempoh ketidakhadiran tidak boleh melebihi kadar yang ditetapkan.


2. Mengikuti takwim Umm al-Qura dalam mengumandangkan azan, terutamanya azan Isyak, ia mestilah dikumandangkan pada waktu yang ditetapkan. Iqamat pula harus dikumandangkan selepas azan setelah tempoh waktu yang dimuktamadkan bagi setiap solat.


3. Mengambil kira hal ehwal org ramai ketika solat Terawih. Solat tahajud [terutamanya] pada 10 malam terakhir Ramadan mestilah selesai sebelum waktu Subuh dengan tempoh yang cukup supaya tidak menyusahkan para jemaah untuk bersahur.


4. Beriltizam dengan petunjuk Nabi dalam doa qunut ketika solat terawih serta tidak memanjang-manjangkannya. Berpada dengan doa-doa yang sahih daripada Nabi. Elakkan daripada bersajak ketika berdoa dan mengada-ada membaca doa secara tartil dan tarannum.


5. Pentingnya membaca beberapa kitab yang berfaedah buat para jemaah masjid, berdasarkan bahan bacaan yang diluluskan oleh pihak kementerian.


6. Mematuhi peraturan berkenaan dengan kawalan pemasangan kamera dalam masjid. Tidak menggunakannya untuk mengambil gambar imam dan makmum sewaktu solat didirikan dan tidak menyiarkannya dalam apa-apa bentuk media sekalipun.


7. Imam bertanggungjawab untuk memberikan kebenaran beriktikaf dan memastikan para jemaah tidak melanggar peraturan, tahu tentang maklumat para jemaah yang beriktikaf dan meminta bukti kelulusan dari penaja yang diluluskan (yang menaja aktiviti iktikaf) bagi bukan warga Saudi.


8. Tidak mengutip derma untuk aktiviti berbuka puasa dan aktiviti yang lain.


9. Aktiviti berbuka (jika ada) hendaklah dilakukan di kawasan yang ditetapkan di pekarangan masjid. Aktiviti ini adalah di bawah tanggungjawab imam dan bilal. Mereka yang bertanggungjawab dalam aktiviti berbuka ini hendaklah membersihkan tempat tersebut dengan segera setelah berbuka. Tidak boleh untuk membina bilik sementara atau mendirikan khemah atau yang seumpamanya untuk menjalankan aktiviti berbuka di dalamnya.


10. Imam dan bilal haruslah mengingatkan para jemaah agar tidak membawa anak-anak kecil kerana ini akan mengganggu para jemaah dan menghilangkan kekhusyukan mereka. Selesai terjemahan.





Beliau juga menegaskan tidak ada perkataan atau istilah yang menyebut peraturan baru seperti yang ditularkan.

“Tengoklah, tak ada pun istilah yang berkait dengan "no loudspeakers", "pemendekan solat terawih", "tidak boleh berbuka di Masjid al-Haram" dan sebagainya.


“Tak ada pon naratif kononnya dunia nak kiamat dari peraturan baru ni. Malah peraturan baru ini dikuatkuasakan khusus untuk para imam dan bilal yang bertugas demi menjaga kemaslahatan para jemaah.


“Kesian depa, depa bagi keluaq peraturan nak jaga jemaah, sekali depa kena hentam. Moga-moga  Allah ganjari kesabaran mereka dan membalas pihak yang mengeluarkan naratif buruk ni.


“Umat Islam pon, belajar la bahasa Arab. Supaya boleh akses sumber primer. Ni kering-kering  je kene bodohkan dengan si Sami tu,” tulisnya.


Sumber: Abdullah Izzat


source https://www.thereporter.my/2023/03/kesimpulan-sami-hamdi-tentang-peraturan.html

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kongsibro.blogspot.com/2023/03/kesimpulan-sami-hamdi-tentang-peraturan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Tips Senang Kurus Di Bulan Puasa Raya Badan Baru

5 Tips Senang Kurus Di Bulan Puasa Raya Badan Baru

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 392 hits
Tak lama lagi nak masuk bulan puasa mesti ramai yang tengah cari cara nak kuruskan badan Naktak kalau saya kongsikan tips senang dan Insyaallah berkesan Tak payah susah susah kira portion sekat makan dan pastinya tak payah masak lauk eat cl...
Muda Bantah Jais Larang Umat Islam Sertai Program Rumah Ibadat Lain

Muda Bantah Jais Larang Umat Islam Sertai Program Rumah Ibadat Lain

papar berkaitan - pada 18/3/2023 - jumlah : 168 hits
Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahmah tidak bersetuju dengan peraturan Jabatan Agama Islam Selangor melarang program melibatkan umat Islam di rumah ibadah agama lain Ahli Parlimen Muar itu berkata program dan usaha untuk menyemarakkan...
Niat Puasa Sunat Ayyamul Bidh Bulan Syaaban 1444h 2023 Dan Kelebihannya

Niat Puasa Sunat Ayyamul Bidh Bulan Syaaban 1444h 2023 Dan Kelebihannya

papar berkaitan - pada 6/3/2023 - jumlah : 291 hits
Bulan Syaaban salah satu bulan yang mempunyai kelebihan dan keistimewaannya kerana hampirnya dengan bulan Ramadan yang jelas mendapat kemuliaan daripada Allah SWT Malah pada pertengahan Bulan Syaaban antara malam dinantikan oleh umat Islam ...
Selangor Larang Program Libat Umat Islam Di Rumah Ibadat Agama Lain

Selangor Larang Program Libat Umat Islam Di Rumah Ibadat Agama Lain

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 394 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Kerajaan Selangor melarang penganjuran program melibatkan umat Islam di rumah ibadat agama lain di negeri itu Exco Hal Ehwal Agama Islam Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Zawawi Mughni berkata wujud badan buka...
Tak Wajar Umat Islam Terlibat Filem Bercanggah Akidah

Tak Wajar Umat Islam Terlibat Filem Bercanggah Akidah

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 138 hits
MalaysiakiniMajlis Ulama Umno memandang serius normalisasi pembikinan dan penerbitan filem filem yang menyentuh sensitiviti agama khususnya akidah dan syariat Islam oleh rakyat Malaysia yang ditayangkan melalui platform internet Malah Setia...
Ini Kegagalan Kamu Semasa Menjadi Pm Selama 33 Bulan

Ini Kegagalan Kamu Semasa Menjadi Pm Selama 33 Bulan

papar berkaitan - pada 12/3/2023 - jumlah : 153 hits
1 BERJAYA MENGURANG SIMPANAN RAKYAT KWSP2 KABINET YANG PALING RAMAI DALAM DUNIA TERMASUK DUTA YANG MAKAN GAJI BUTA DAN TAK PERNAH BAWA MASUK PELABUR 3 DUIT JATUH DAN PELABUR LUAR LARI DARI NEGARA4 DUNIA TAK PERNAH IKTIRAF PIMPINAN NEGARA KE...
Baru 4 Bulan Kerajaan Anwar Dilihat Sudah Pincang Dan Lemah

Baru 4 Bulan Kerajaan Anwar Dilihat Sudah Pincang Dan Lemah

papar berkaitan - pada 18/3/2023 - jumlah : 410 hits
Desas desus peralihan kerajaan timbul sudah tentu kerana kelemahan kerajaan itu sendiri Ketika Anwar berikrar memerangi rasuah pembangkang juga melihat kepimpinan anwar juga berhadapan dengan korup moral seperti perlantikan kroni perlantika...
Senarai Lagu Melayu Baru Bulan Mac 2023

Senarai Lagu Melayu Baru Bulan Mac 2023

papar berkaitan - pada 6/3/2023 - jumlah : 242 hits
Senarai Lagu Melayu Baru Bulan Mac 2023 Seperti biasa sebelum aku kongsikan senarai lagu melayu baru yang di released pada bulan Mac 2023 kita akan recap sedikit tentang lagu melayu yang best pada bulan sebelumnya Februari 2023 Ada beberapa...
Umno Perlukan Naratif Baru Dan Relevan Politik Khidmat Bakti Sudah Ketinggalan Zaman

Umno Perlukan Naratif Baru Dan Relevan Politik Khidmat Bakti Sudah Ketinggalan Zaman

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 214 hits
Sebagai ahli UMNO aku syorkan supaya bantuan yg nak diberikan ini apatah lagi jika ia datang dari kantung UMNO sendiri maka ia wajar diberikan khusus kepada ahli2 UMNO yg terjejas yg menjadi mangsa banjir kali ini Wang milik UMNO ini adalah...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba