Selepas 24 Jam Pengumuman Calon Bn Di Buat Oleh Menteri Besar Pahang


KUANTAN - Selepas 24 jam Pengerusi BN Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail mengumumkan nama calon untuk 41 daripada 42 kerusi DUN yang akan bertanding dalam PRU15, sehingga petang ini, calon untuk kerusi DUN Cheka belum dimaklumkan kepada media. 
Pengumuman calon pagi semalam di Kuantan juga bermula dengan sedikit drama apabila wakil MIC ‘dinasihatkan’ untuk tidak hadir dan diarahkan ke ibu negara bagi menghadiri mesyuarat bersama pimpinan MIC Pusat. 
Namun, calon untuk kerusi DUN Sabai daripada MIC, V Arumugam yang juga Pengerusi MIC Pahang muncul lewat petang semalam bagi menerima watikah daripada Wan Rosdy. 
Difahamkan, calon untuk kerusi DUN Cheka terpaksa ditukar di saat akhir selepas Perikatan Nasional (PN) mengumumkan Timbalan Presiden PAS, Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man akan bertanding di situ. 
Pada PRU14, kerusi DUN Cheka ditandingi dan dimenangi calon daripada MCA, Lee Ah Wong dengan majoriti 202 undi, menewaskan calon PAS dan PKR. 
Norolazali digugurkan
Selain kerusi DUN Cheka, turut menjadi perhatian ialah kerusi DUN Guai selepas penyandangnya, Dato' Sri Norolazali Sulaiman digugurkan. 
Norolazali adalah Exco Kerajaan Pahang dan sudah menjadi ADUN kawasan itu sejak tahun 2008.
Dia digantikan oleh Ketua Wanita UMNO Bera, Sabariah Saidan yang dikatakan lebih rapat dengan Ketua UMNO Bera yang juga Perdana Menteri sementara ketika ini, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 
Semua exco kerajaan Pahang yang lain terus dicalonkan BN Pahang walaupun ada antaranya sudah bertapak lebih lima penggal di kerusi disandang mereka. 
Antara exco yang terus dipertaruhkan BN Pahang ialah Dato' Sri Mohd Soffi Razak (sejak 1999-Benta), Dato' Sri Mohd Johari Hussain (sejak 2008-Tioman), Dato' Sri Abdul Aziz Mat Kiram (2007-Batu Talam), Dato' Sri Abdul Rahim Muda (satu penggal- Lepar), Dato' Sri Nazri Ngah (satu penggal- Pulau Tawar) dan Dato' Sri Mohammad Fakharuddin Mohd Ariff (sejak 2013- Bebar) 
Dua lagi exco Pahang, Dato' Sri Mohd Sharkar Shamsudin dan Dato' Sri Shahaniza Shamsuddin diberi peluang bertanding di kerusi parlimen Temerloh dan Maran. 
Mohd Sharkar meninggalkan kerusi DUN Lanchang yang dimenanginya sejak tahun 1999, manakala Shahaniza pun melepaskan DUN Kuala Sentul disandangnya bermula tahun 2008. 
Namun, pencalonan Shahaniza di Maran mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan penyokong kepada penyandang kerusi itu, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib. 
Ismail adalah bekas Ketua UMNO Bahagian Maran sebelum tewas di tangan Shahaniza dalam pemilihan peringkat bahagian pada 2018. 
Walaupun tidak memegang jawatan dalam UMNO Maran, Ismail yang sudah menjadi ahli parlimen sejak tahun 2004 dan pernah dilantik Timbalan Menteri Sumber Manusia dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Dia juga masih mempunyai pengaruh yang besar di kawasan Maran. 
Bekas exco Pahang, Shafik Fauzan Sharif sekali lagi dipilih untuk mempertahankan kerusi DUN Inderapura yang dimenanginya sejak tahun 2004. 
Pencalonan anak Najib, Mohd Nizar di DUN Peramu Jaya pula dilihat sebagai usaha awal untuk meneruskan kesinambungan legasi keluarga Razak Hussein dalam arena politik di Pahang. 
Mohd Nizar ketika ditemui semalam bagaimanapun berharap pengundi tidak memilihnya atas dasar dia mempunyai pertalian darah dengan bekas perdana menteri keenam itu. 
“Mungkin ia sedikit mempengaruhi, tetapi selebihnya saya harap mereka (pengundi) boleh menilai perkhidmatan yang saya lakukan sejak beberapa tahun lalu di kawasan Pekan,” katanya. 
Kerusi rebutan Umno-MCA
Kerusi Parlimen Kuantan, Indera Mahkota dan Raub sebelum ini menjadi rebutan antara Umno dan MCA. 
Naib Pengerusi MCA, Ti Lian Ker pada Selasa memaklumkan parti itu mendapat kerusi parlimen Indera Mahkota, Raub dan Bentong dalam PRU15. 
Ti sebelum ini dilihat ingin mencuba nasib di parlimen Kuantan, namun mengalah selepas Umno diberikan tugas bertanding di kerusi itu. 
Setiausaha akhbar menteri besar Pahang, Mohd Fadzli Mohamad Kamal pula dicalonkan di Dong selepas penyandangnya, Shahiruddin Ab Moin membuat keputusan untuk bersara. 
Shahiruddin menyandang kerusi itu sejak tahun 1995 dan pernah dilantik sebagai exco Pahang. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/11/selepas-24-jam-pengumuman-calon-bn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Isytihar Tuan Ibrahim Akan Jadi Calon Menteri Besar Pn Di Pahang

Muhyiddin Isytihar Tuan Ibrahim Akan Jadi Calon Menteri Besar Pn Di Pahang

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 323 hits
PENDANG Langkah Perikatan Nasional meletakkan Timbalan Presiden PAS Dato Sri Tuan Ibrahim Tuan Man bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Pahang menunjukkan keseriusan gabungan itu mahu mentadbir negeri berkenaan Malah Pengerusi PN Tan ...
Pengumuman Calon Oleh Anwar Selesaikan Soksek Soksek Dalaman Pkr Dan Amanah

Pengumuman Calon Oleh Anwar Selesaikan Soksek Soksek Dalaman Pkr Dan Amanah

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 348 hits
Pengumuman calon PKR oleh Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi menyelesaikan perselisihan pendapat di kalangan penyokong PKR dan AMANAH selama ini Di dalam PKR Anwar memuktamadkan bahawa PKR tidak menerima pengkhian...
Annuar Sahkan Tak Dijemput Ke Majlis Pengumuman Calon Bn Malam Ini

Annuar Sahkan Tak Dijemput Ke Majlis Pengumuman Calon Bn Malam Ini

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 247 hits
agendaily com1 11 2022Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa Tan Sri Annuar Musa mengesahkan tidak menerima jemputan ke majlis pengumuman calon Barisan Nasional yang dijadualkan berlangsung malam ini di WTC Kuala Lumpur Penya...
Langsung Pengumuman Calon Muda I 29 Oktober 2022

Langsung Pengumuman Calon Muda I 29 Oktober 2022

papar berkaitan - pada 30/10/2022 - jumlah : 275 hits
Pengarah Pilihan Raya MUDA Amira Aisya berbesar hati untuk mengumumkan calon bagi menghadapi PRU15 di Pejabat Parti MUDA Kebangsaan MalaysiaMemilih Undi100peratus SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation...
Menteri Kesihatan Perlu Beri Penjelasan Calon Bn Pengkalan Chepa Guna Sijil Palsu

Menteri Kesihatan Perlu Beri Penjelasan Calon Bn Pengkalan Chepa Guna Sijil Palsu

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 239 hits
agendaily com09 11 2022Calon Pengkalan Chepa Mohd Hafiezulniezam Mohd Hasdin Seorang calon Barisan Nasional yang bertanding di kerusi Parlimen Pengkalan Chepa didakwa tidak habis belajar dalam jurusan perubatan tetapi masih menggunakan gela...
Langsung Majlis Pengumuman Calon Pru15 Perikatan Nasional 1 November 2022

Langsung Majlis Pengumuman Calon Pru15 Perikatan Nasional 1 November 2022

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 448 hits
Majlis pengumuman calon PRU15 Perikatan Nasional di Dewan 9 Level 3 MITEC Jalan Dutamas 2 Kuala Lumpur MalaysiaMemilih Undi100peratus SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani s
Parti Bersatu Latar Belakang Majlis Pimpinan Tertinggi Pengumuman Rasmi Calon Pru15

Parti Bersatu Latar Belakang Majlis Pimpinan Tertinggi Pengumuman Rasmi Calon Pru15

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 355 hits
Sempena Pilihan Raya Umum ke 15 Parti BERSATU juga akan mengumumkan senarai calon yang akan bertanding Ikuti perkongsian kami untuk ketahui maklumat terkini serta informasi mengenai Parti BERSATU Latar Belakang Parti Pribumi Bersatu Malaysi...
Nelayan Ditemui Terapung 6 Jam Dalam Peti Sejuk Selepas Bot Karam

Nelayan Ditemui Terapung 6 Jam Dalam Peti Sejuk Selepas Bot Karam

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 210 hits
Nelayan Ditemui Terapung 6 Jam Dalam Peti Sejuk Selepas Bot Karam Seorang nelayan ditemui terapung di dalam sebuah peti sejuk selepas berada di dalamnya selama enam jam akibat bot karam di luar pantai wilayah Krabi Thailand Ahad lalu lapor ...
Selepas Anwar Takut Lawan Anak Murid Kit Siang Gesa Ph Sokong Tawfik Jadi Calon

Selepas Anwar Takut Lawan Anak Murid Kit Siang Gesa Ph Sokong Tawfik Jadi Calon

papar berkaitan - pada 24/10/2022 - jumlah : 269 hits
agendaily com24 10 2022Lim Kit Siang menyokong Dr Mohamed Tawfik Tun Dr Ismail untuk bertanding di kerusi Bagan Datuk Hasrat pengasas bersama Gerak Independent Dr Mohamed Tawfik Tun Dr Ismail untuk bertanding di kerusi Bagan Datuk mendapat ...
Murtabak Kulit Popia

Minuman Jambu Air Power Ni Memang Refresh Tak Terkata Sesuai Sangat Untuk Cuaca Panas

Renaming Port Dickson A Historical Identity That Should Not Be Erased

Petrol Bahas Diparlimen Atau Warung Ngopi Kampung

Bully Victim Began Drawing Strange Monsters Cut Herself Says Mother The Vibes 23 09 2025

Health Ministry Targets Vape E Cigarette Ban By Mid 2026

Yen Melemah Selepas Komen Pengerusi Fed Powell

Bertemu Ketua Pengawas Zaman Sekolah Menengah Dahulu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jasa Penyewaan Cold Storage Pontianak Solusi Efektif Bagi Pemilik Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Syarikat Design Printing Malaysia Custom Packaging Marketing Event Material

Storytelling Is Key To Marketing

Roti Pandan Garlic

Saya Tidak Mahu Filem Komedi Ammar Ahyan Luah Hasrat Mahu Jadi Pelakon Aksi Jadikan Sharnaaz Ahmad Sebagai Inspirasi

Sekutu Trump Akan Menguasai Tiktok Versi As