Menteri Kesihatan Perlu Beri Penjelasan Calon Bn Pengkalan Chepa Guna Sijil Palsu


agendaily.com09/11/2022Calon Pengkalan Chepa, Mohd Hafiezulniezam Mohd Hasdin.
Seorang calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding di kerusi Parlimen Pengkalan Chepa didakwa tidak habis belajar dalam jurusan perubatan tetapi masih menggunakan gelaran ‘doktor’ dalam resume pencalonannya.

Calon BN tersebut, Mohd Hafiezulniezam Mohd Hasdin didakwa belum lulus pengajian dalam bidang perubatan kedoktoran dan sijil ijazah yang dimilikinya adalah palsu, menurut maklum balas daripada pihak Universitas Gadjah Mada (UGM).



Aktivis politik, Liyana Marzuki yang mula-mula membuat pendedahan berhubung isu tersebut hari ini memuat naik e-mel yang diterimanya daripada pihak universiti tersebut selepas membuat pertanyaan.

“Saya dengan ini mengemukakan bukti daripada pihak Universiti Gajah Mada menjawab email rasmi yang dibuat oleh pihak saya,” kata Liyana dalam hantaran Facebooknya.

Menurut Liyana lagi, calon BN tersebut juga bukan alumni UGM, sijil Ijazah yang diviralkan juga adalah palsu dan surat itu juga mengatakan beliau tidak tamat pengajian.


“Ia mengatakan Calon BN ini bukan merupakan alumni UGM, sijil Ijazah yang diviralkan juga adalah palsu. Surat itu juga mengatakan beliau tidak tamat pengajian.

“Saya juga telah menyemak kembali database Kementerian Pendidikan Tinggi Indonesia, ia juga merekodkan calon ini belum lulus pengajian,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Liyana juga menggesa calon ini agar berterus terang kepada rakyat dalam masa 24 jam atau berdepan tindakan undang-undang ekoran penipuan dilakukannya.

“Sekiranya tiada kenyataan dan bukti daripada beliau dalam tempoh masa tersebut, saya akan meneruskan melalui laporan polis dan peguam saya akan mengambil tindakan selajutnya untuk menyaman beliau.

“Saya selalu percaya, ‘the power in people is greater than the people in power’.

“Bangkit anak bangsaku, jangan dibiarkan pemimpin sebegini menang pilihanraya dan memerintah kita,” katanya.

Semalam, melalui dada akhbar arus perdana, calon BN Pengkalan Chepa itu menjawab dakwaan terhadap dirinya dengan mengatakan pihak Universiti telah mengesahkan sijil pelajaran beliau adalah sah.

Namun, Mohd Hafiezulniezam tidak pula memberi sebarang bukti bagi menunjukkan kesahihan sijil dimilikinya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/11/menteri-kesihatan-perlu-beri-penjelasan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Universitas Gadjah Mada Kemukakan Bukti Calon Bn Pengkalan Chepa Sah Belum Lulus Pengajian Ijazah Palsu

Universitas Gadjah Mada Kemukakan Bukti Calon Bn Pengkalan Chepa Sah Belum Lulus Pengajian Ijazah Palsu

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 192 hits
NASUHA RAHMANUniversitas Gadjah Mada telah mengemukakan bukti bahawa calon BN Pengkalan Chepa Mohd Hafiezulniezam Mohd Hasdin belum lulus pengajian dalam bidang perubatan kedoktoran dan sijil ijazah yang dimiliki beliau adalah palsu Renteta...
Zahid Hamidi Calonkan Doktor Palsu Di Pengkalan Chepa

Zahid Hamidi Calonkan Doktor Palsu Di Pengkalan Chepa

papar berkaitan - pada 7/11/2022 - jumlah : 198 hits
Nampak sangat Zahid tergesa gesa Calon BN Pengkalan Chepa didakwa doktor palsu tak habis belajarNASUHA RAHMANCalon BN bagi Parlimen Pengkalan Chepa didakwa memiliki kedoktoran palsu apabila disemak di dalam databased Malaysia Medical Counci...
Selepas 24 Jam Pengumuman Calon Bn Di Buat Oleh Menteri Besar Pahang

Selepas 24 Jam Pengumuman Calon Bn Di Buat Oleh Menteri Besar Pahang

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 318 hits
KUANTAN Selepas 24 jam Pengerusi BN Pahang Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail mengumumkan nama calon untuk 41 daripada 42 kerusi DUN yang akan bertanding dalam PRU15 sehingga petang ini calon untuk kerusi DUN Cheka belum dimaklumkan kepada media...
Semua Calon Parti Bertanding Di Pru15 Perlu Diberi Ruang Secukupnya Dalam Pelaporan Media Menteri Komunikasi

Semua Calon Parti Bertanding Di Pru15 Perlu Diberi Ruang Secukupnya Dalam Pelaporan Media Menteri Komunikasi

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 181 hits
Semua calon parti bertanding di PRU15 perlu diberi ruang secukupnya dalam pelaporan media Menteri KomunikasiCalon calon parti bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke 15 diberi ruang yang secukupnya dalam pelaporan media kerajaan dan swasta Me...
Bila Ismail Mahiaddin Nak Isytihar Harta Kata Anwar Di Depan Ribuan Manusia Di Pengkalan Chepa

Bila Ismail Mahiaddin Nak Isytihar Harta Kata Anwar Di Depan Ribuan Manusia Di Pengkalan Chepa

papar berkaitan - pada 12/11/2022 - jumlah : 221 hits
BORHAN AHMADCalon Perdana Menteri dari Barisan Nasional dan Perikatan Nasional diajak untuk sama sama membuat pengisytiharan harta masing masing menjelang hari mengundi pilihan raya ke 15 ini Datuk Seri Anwar Ibrahim calon PM dari Pakatan H...
Pencetus Idea Bendera Putih Kak Jah Kini Trending Di Pengkalan Chepa

Pencetus Idea Bendera Putih Kak Jah Kini Trending Di Pengkalan Chepa

papar berkaitan - pada 11/11/2022 - jumlah : 293 hits
DR SHAHNOR BASRIKetika sempadan negara telah dibuka selepas mengalami Perintah Kawalan Pergerakan yang agak lama dan paling lama didunia penulis telah menghadiri satu persidangan di Ankara Turki Seorang pesert yang juga Profesor Sains Kemas...
Muhyiddin Isytihar Tuan Ibrahim Akan Jadi Calon Menteri Besar Pn Di Pahang

Muhyiddin Isytihar Tuan Ibrahim Akan Jadi Calon Menteri Besar Pn Di Pahang

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 295 hits
PENDANG Langkah Perikatan Nasional meletakkan Timbalan Presiden PAS Dato Sri Tuan Ibrahim Tuan Man bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Pahang menunjukkan keseriusan gabungan itu mahu mentadbir negeri berkenaan Malah Pengerusi PN Tan ...
Calon Pn Maran Guna Lambang Bn Untuk Kelirukan Pengundi Spr Perlu Bertindak

Calon Pn Maran Guna Lambang Bn Untuk Kelirukan Pengundi Spr Perlu Bertindak

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 169 hits
nbsp MARAN Ramai pihak di bandar ini keliru dengan pemasangan kain rentang calon Perikatan Nasional bagi kerusi Parlimen Maran pada PRU 15 Dato Sri Ismail Muttalib yang masih menggunakan lambang Barisan Nasional Rata rata melihat situasi in
Akujanji Calon Palsu Setpol Shamsul Anuar Lapor Polis

Akujanji Calon Palsu Setpol Shamsul Anuar Lapor Polis

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 244 hits
freemalaysiatoday com November 3 2022 3 26 PMSemalam Shamsul Anuar Nasarah berkata akujanji calon PRU15 yang mengikrarkan sokongan kepada Ahmad Zahid Hamidi termasuk sebagai perdana menteri adalah palsu KUALA LUMPUR Setiausaha politik kepad...
Nurul Izzah Admits Hajj Trip With Hubby Is Self Funded After Backstabbing By Own Pkr Member

Meet The Malaysian Couple On The Forbes 30 Under 30 Asia 2025 List

Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Daqmie Korbankanlah Chord

Wedding Favors On A Budget Custom Keepsakes That Look Luxe

Filem Martabat Misi Berdarah

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Death Thought Legacy

Ke Segar Amat Lane Bersama Anak Anak Buah

Resipi Sayur Lemak Putih Kelantan Menu Kampung Sedap Pancing Selera

June 10 2025

Ameera Khan Saya Bukan Melayu Tapi Masih Nikmati Keistimewaan Melayu

Empty Page Lupakanku Chord