Selepas 10 Bulan Berkuasa Ph Semakin Diubah Menjadi Bn 2 0



Shahbudin Husin25 March 2019



Sekurang-kurangnya dua isu pokok dikesan sedang menyelubungi kerajaan PH pimpinan Tun Mahathir Mohamad sekarang yang menyebabkan sokongan rakyat kian merudum hari demi hari.

Pertama, janji-janji manifesto yang gagal ditunaikan, malah sesetengahnya tiada iltizam tinggi daripada kerajaan sendiri untuk melaksanakannya.Kedua, hala tuju kerajaan yang tidak jelas serta tidak komited dalam agenda reformasi dan ekonomi yang pernah dlaung-laungkan kepada rakyat selama ini.Dalam semua keadaan itu, punca utamanya ialah Tun Mahathir yang seolah-olah sengaja membiarkannya keadaan itu berlaku dan dalam waktu yang sama seperti sedang berusaha menukar PH ininmenjadi BN 2.0.Lantaran itu apabila Khairy Jamaluddin memberi markah D kepada kerajaan selepas 10 bulan mengambil alih kuasa daripada BN, ia bukanlah sesuatu yang memeranjatkan.Sesetengah pihak, dengan menambah prestasi menteri-menteri yang dilihat mengecewakan, celaru serta tidak keruan, tanpa ragu-ragu ada yang sampai memberi markah F atau gagal kepada kerajaan.Ada pula yang merasakan tiada perbezaan langsung antara PH dengan BN yang pernah berkuasa selama 61 tahun sebelum ini.Semua janji perubahan yang pernah dilaung dan dibentangkan kepada rakyat hanya tinggal janji-janji kosong belaka.Tun Mahathir, dalam mengemudi kerajaan bersama kuasa dalam tangannya, sejak hari pertama mengangkat sumpah hinggalah tempoh 10 bulan ini, lebih memberi keutamaan kepada mengukuhkan kedudukannya berbanding menjaga perut dan poket rakyat.Kos sara hidup masih tinggi, harga barang kian meningkat, pendapatan rakyat tidak bertambah, peluang pekerjaan dan perniagaan tidak berkembang dan segala-galanya seperti tiada beza dengan sebelum ini.Reformasi atau perubahan dalam negara masih gagal dilaksanakan dan undang-undang drakonian yang dijanji untuk dihapuskan masih lagi tidak menampakkan sebarang kemajuan.Yang lebih diutamakannya hanyalah menyediakan platform untuk seramai mungkin Ahli Parlimen UMNO melompat menyertai Bersatu.Jika dengan sokongan PKR, DAP, Amanah, Bersatu serta Warisan pun beliau sudah berjaya menjadi Perdana bagi tempoh sementara waktu atau dalam jangka masa dua tahun sebelum menyerahkannya kepada Anwar Ibrahim sebagaimana perjanjian, untuk apa sebenarnya Tun Mahathir mahu membawa lagi Ahli Parlimen UMNO menyertai Bersatu?Apakah selepas dua tahun menjadi Perdana Menteri nanti dan ketika itu usianya sudah melebih 95 tahun, beliau masih mampu lagi secergas seperti hari ini?Selain itu, dengan Tun Mahathir berhasrat mengekalkan Pengerusi PAC dipegang oleh Ahli Parlimen kerajaan, Tun Mahathir jelas memperlihatkan keinginan untuk menunjukkan betapa “gedebenya” beliau mentadbir negara ini.Mujur masih ada beberapa pemimpin PH, terutamanya Nurul Izzah yang terus bersikap keras membantah pendirian Tun Mahathir itu sehingga beliau mula akur dan sedia mengembalikan jawatan Pengerusi PAC kepada pembangkang.Jika tidak dibantah dan struktur PAC terus kekal dipengerusikan oleh Bersatu, manakala timbalannya oleh DAP seperti sekarang, ini akan memperlihatkan PH jauh lebih buruk berbanding BN dahulu yang setidak-tidaknya memperuntukkan jawatan timbalan pengerusi kepada wakil pembangkang.Tetapi, itulah caranya Tun Mahathir menunjukkan kekuasaan dan “gedebenya” sebagai Perdana Mentero buat kali kedua ini.Untuk itu, sambil menyedari bahawa sokongan rakyat kepada kerajaan terus jatuh merosot, PH mesti sentiasa waspada serta berani bersuara dalam mempertahankan agenda reformasinya yang menjadi asas sokongan rakyat kepada perubahan dalam negara sejak 1998 lagi.Andainya Tun Mahathir berjaya menjadikan PH ini sebagai BN 2.0 melalui kemasukan semakin ramai bekas pemimpin UMNO danmenukar gaya pemerintahannya sepertimana beliau berkuasa selama 22 tahun sebelum ini, bukan saja agenda asal reformasi akan berkubur dengan sendirinya, yang lebih buruk ialah PH ini akhirnya hanya tinggal nama saja lagi.PH hanya mampu kekal berada di hati rakyat jika percaturan menukarnya menjadi BN 2.0 dapat dielakkan. (Shahbudindotcom 25/03/2019)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/03/selepas-10-bulan-berkuasa-ph-semakin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jasa Kerajaan Pakatan Harapan Kepada Rakyat Malaysia Selepas 10 Bulan Memerintah

Jasa Kerajaan Pakatan Harapan Kepada Rakyat Malaysia Selepas 10 Bulan Memerintah

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 766 hits
Malaysia Baru Selamatkan Malaysia Apa Yang Baru Dan Apa Yang Dah Selamat Dalam kempen PRU 14 untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib Razak puak2 Pakatan Harapan jadikan slogan Malaysia Baru dan Selamatkan Malay...
Siapa Sangka Selepas Kejadian Lalu Islam Semakin Diterima Di Sini John Fontain

Siapa Sangka Selepas Kejadian Lalu Islam Semakin Diterima Di Sini John Fontain

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 568 hits
Bertitik tolak daripada musibah besar yang melanda umat Islam di New Zealand tempoh hari siapa sangka terdapat berita yang begitu menggembirakan bagi perkembangan Islam Begitu ramai penduduk New Zealand yang memeluk Islam sedang aktiviti da...
Xiaomi Ingin Menjadi Penetap Trend Yang Menawarkan Jaminan18 Bulan Untuk Telefon Pintar

Xiaomi Ingin Menjadi Penetap Trend Yang Menawarkan Jaminan18 Bulan Untuk Telefon Pintar

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 265 hits
Sewaktu Xiaomi melancarkan sub jenama Redmi mereka bukan sahaja melancarkan Redmi Note 7 Tetapi mereka turut memulakan pemberian waranti dan jaminan 18 bulan pada siri Redmi ini Kebiasaannya waranti sesebuah peranti adalah 12 bulan atau sat...
Selepas 3 Tahun Menanti Juliana Evans Lafaz Syukur Umum Hamil 5 Bulan

Selepas 3 Tahun Menanti Juliana Evans Lafaz Syukur Umum Hamil 5 Bulan

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 406 hits
Selepas 3 tahun berkahwin dengan Tengku Shariffudin Shah Tengku Sulaiman Shah Al Hajj aktress popular Juliana Evans telah mengumumkan kepada peminat bahawa dia sedang hamil anak pertama Pengumuman tersebut telah dimaklumkan menerusi muat na...
Selepas 10 Bulan Memerintah Dah Berapa Rci Yang Ph Tubuhkan

Selepas 10 Bulan Memerintah Dah Berapa Rci Yang Ph Tubuhkan

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 265 hits
Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di Raja atau RCI adalah sebahagian dari 10 Janji 100 Hari Pakatan Harapan Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja 1MDB FELDA MARA dan Tabung Haji merupakan antara 10 Janji Janji yang akan di laksanakan oleh ke...
Kejayaan Kejayaan Besar Kerajaan Sepenggal Pakatan Harapan Selepas 10 Bulan Menjarah Dan Merompak Malaysia

Kejayaan Kejayaan Besar Kerajaan Sepenggal Pakatan Harapan Selepas 10 Bulan Menjarah Dan Merompak Malaysia

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 560 hits
PH 10 Bulan Memerintah JUAL ASET 1 IHH Health Dijual juga Murah Pada kroni Jepun 2 Menara Annexe TM1 TM2 dijual juga pada kroni 3 Menara Felcra dijual juga pada kroni 4 M1 Axiata dijual juga pada kroni Singapura 5 Legoland Dijual juga pada ...
Pra Bulan Madu Di Bayou Lagoon Park Resort Melaka

Pra Bulan Madu Di Bayou Lagoon Park Resort Melaka

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 594 hits
PRA BULAN MADU DI BAYOU LAGOON PARK RESORT MELAKA Aku bersyukur sangat dengan rezeki yang Allah SWT berikan pada aku Ya aku lalui hidup aku bukan seperti orang lain Serba serbi tak sempurna Kahwin pun koboi Sampai aku rasa aku ni antara man...
Pasport Jepun Singapura Dan Korea Selatan Paling Berkuasa Di Dunia 2019

Pasport Jepun Singapura Dan Korea Selatan Paling Berkuasa Di Dunia 2019

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 322 hits
Jepun Singapura dan Korea Selatan mempunyai pasport paling berkuasa di dunia pada tahun 2019 demikian pendedahan ranking terbaharu oleh firma penasihat Henley Partners menerusi Indeks Pasport Henley Menurut firma itu warga tiga negara berke...
Hina Nabi Lelaki Mualaf Di Jel Tujuh Bulan Denda Rm10 000

Hina Nabi Lelaki Mualaf Di Jel Tujuh Bulan Denda Rm10 000

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 298 hits
KUALA LUMPUR Perbuatan seorang lelaki mualaf yang menghina Islam dan Nabi Muhammad S A W di media sosial membawa padah apabila dia dihukum penjara tujuh bulan dan denda RM10 000 oleh Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi Hakim Hasbullah Ada...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities