Hina Nabi Lelaki Mualaf Di Jel Tujuh Bulan Denda Rm10 000



KUALA LUMPUR – Perbuatan seorang lelaki mualaf yang menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W di media sosial membawa padah apabila dia dihukum penjara tujuh bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi. 

Hakim Hasbullah Adam menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Yazid Kong Abdullah, 52, selepas tertuduh masih mengekalkan pengakuan bersalah pada tarikh jatuh hukum yang ditetapkan hari ini.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh hukuman penjara itu bermula dari tertuduh ditangkap pada 5 Mac lalu. Sekiranya tertuduh gagal membayar jumlah denda itu dia boleh dipenjara lagi selama dua bulan.

Dalam penghakimannya sebelum hukuman dijatuhkan, Hasbullah berkata, kesalahan yang dilakukan tertuduh serius kerana menghina agama Islam yang merupakan agama Persekutuan termasuk perbuatan tertuduh itu mencabar undang-undang tertinggi dalam negara. 

Mengikut pertuduhan, Mohamad Yazid didakwa menghantar komunikasi jelik dengan niat menyakitkan hati melalui aplikasi Facebook dengan profil nama ‘Yazid Kong’, yang seterus­nya dibaca oleh pengguna Facebook lain, Mohd. Syafiq pada 1 Mac lalu.

Kesalahan itu dilakukan pada 8.21 malam, di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Jalan Taman Melati  di sini pada 24 Februari lalu.

Hantaran itu kemudian dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Menara KPJ, di sini, pukul 8.30 malam pada 3 Mac lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan jika sabit kesalahan.   #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/03/hina-nabi-lelaki-mualaf-di-jel-tujuh.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Yazid Kong Abdullah Dipenjara 7 Bulan Denda Rm10 000 Kerana Hina Agama Islam

Yazid Kong Abdullah Dipenjara 7 Bulan Denda Rm10 000 Kerana Hina Agama Islam

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 542 hits
Mohamad Yazid Kong Abdullah dijatuhkan hukuman penjara tujuh bulan dan denda RM10 000 oleh oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini kerana menghina Nabi Muhammad dan Islam dengan memuat nik kenyatan jelik di Facebook pada 24 Februai lalu ...
Informasi 10 000 Himpunan Hina Nabi Ngo Serah Memo Pada Sultan

Informasi 10 000 Himpunan Hina Nabi Ngo Serah Memo Pada Sultan

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 401 hits
ALOR SETAR Kira kira 10 000 peserta dari setiap lapisan umur bersama sama menyertai himpunan aman menyerahkan memorandum Bantahan Penghinaan Terhadap Nabi Muhammad SAW kepada KDYMM Sultan Kedah di Istana Anak Bukit malam tadi Perhimpunan ya...
3 000 Rakyat Melaka Bersolidariti Bantah Hina Nabi

3 000 Rakyat Melaka Bersolidariti Bantah Hina Nabi

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 551 hits
LEBIH 3 000 umat Islam di negeri ini membentuk lautan manusia bagi menzahirkan solidariti pada Perhimpunan Ummah Melaka Bantah Penghinaan Nabi Muhammad SAW di Dataran Pusat Transformasi Bandar Jalan Tan Chay Yan Melaka malam tadi Perhimpuna...
Hina Islam Nabi Individu Dipenjara 10 Tahun 10 Bulan

Hina Islam Nabi Individu Dipenjara 10 Tahun 10 Bulan

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 351 hits
Diterbitkan Hari ini 10 22 pagiPolis Diraja Malaysia telah menfailkan pertuduhan terhadap empat pemilik akaun media sosial kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad dengan seorang daripada mereka telah dijatuhi hukuman penjara Ketua Polis Neg...
Hina Nabi Lagi 3 000 Bantah Di Melaka Pula

Hina Nabi Lagi 3 000 Bantah Di Melaka Pula

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 328 hits
LEBIH 3 000 umat Islam berkumpul secara aman membantah penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW di Dataran UTC Melaka malam semalam MELAKA 3 Mac Lebih 3 000 umat Islam turun beramai ramai pada per himpunan aman membantah penghinaan ke atas Nab...
Rahasia Sukses Anin Modal Rp 500 000 Yang Kini Raup Omzet Rp 500 Juta Bulan

Rahasia Sukses Anin Modal Rp 500 000 Yang Kini Raup Omzet Rp 500 Juta Bulan

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 366 hits
Anin menceritakan awal mulanya membuka usaha adalah dari kebiasaannya membuatkan sarapan untuk sang suami di pagi hari Kala itu Anin sering memiliki sisa salmon bekas memasak Makanan Pendamping ASI untuk anaknya yang saat ini sudah berusia ...
Mujahid Kerajaan Ph Bertindak Cepat Dakwa Pihak Hina Nabi

Mujahid Kerajaan Ph Bertindak Cepat Dakwa Pihak Hina Nabi

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 609 hits
PARIT BUNTAR Kerajaan Pakatan Harapan sentiasa bertindak tegas dan akan mengambil tindakan pantas terhadap mana mana individu atau pihak yang menghina agama serta kaum Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mengambil...
Hina Nabi Mujahid Anggap Himpunan Bantahan Oleh Pemuda Umno Pas Ibarat Menunggang Agama

Hina Nabi Mujahid Anggap Himpunan Bantahan Oleh Pemuda Umno Pas Ibarat Menunggang Agama

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 465 hits
https i2 wp com pakdin my wp content uploads 2019 03 20190301 mujahid tunggang agama jpg fit 600 2C400 ssl 1Guna agama untuk mengatakan saman AES adalah patuh syariah tak apa Itu bukan menunggang Agama berbanding menentang Penghina Nabi yan...
Informasi Hina Nabi Solat Hajat Lepas Solat Jumaat Siap

Informasi Hina Nabi Solat Hajat Lepas Solat Jumaat Siap

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 751 hits
Hina Nabi Semua masjid surau di Terengganu adakan solat hajat esok KUALA TERENGGANU 28 Feb Semua masjid diminta mengadakan solat hajat secara serentak di seluruh negeri ini sejurus selesai solat Jumaat esok Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mo...
Jasa Layanan Pengurusan Sertifikat Halal Untuk Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Murtabak Kulit Popia

Cara Hidup Suami Isteri Di Akhir Zaman Dengan Tenang Dan Diredhai Allah

Minuman Jambu Air Power Ni Memang Refresh Tak Terkata Sesuai Sangat Untuk Cuaca Panas

Renaming Port Dickson A Historical Identity That Should Not Be Erased

Petrol Bahas Diparlimen Atau Warung Ngopi Kampung

Bully Victim Began Drawing Strange Monsters Cut Herself Says Mother The Vibes 23 09 2025

Health Ministry Targets Vape E Cigarette Ban By Mid 2026


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Syarikat Design Printing Malaysia Custom Packaging Marketing Event Material

Storytelling Is Key To Marketing

Roti Pandan Garlic

Saya Tidak Mahu Filem Komedi Ammar Ahyan Luah Hasrat Mahu Jadi Pelakon Aksi Jadikan Sharnaaz Ahmad Sebagai Inspirasi

Sekutu Trump Akan Menguasai Tiktok Versi As

Lebai Pas Adun Adun Sungai Ramal Mohon Maaf Tanpa Syarat Pada Ahli Parlimen Dap