Pra Bulan Madu Di Bayou Lagoon Park Resort Melaka
PRA BULAN MADU DI BAYOU LAGOON PARK RESORT MELAKA - Aku bersyukur sangat dengan rezeki yang Allah SWT berikan pada aku. Ya, aku lalui hidup aku bukan seperti orang lain. Serba serbi tak sempurna. Kahwin pun koboi. Sampai aku rasa aku ni antara manusia yang malang di dunia
Tapi Allah SWT pujuk aku. DIA berikan sedikit rezeki, untuk aku lebih bersyukur. Aku sendiri tak sangka haritu aku dapat baucer bercuti 2 hari 1 malam di Melaka. Melaka adalah tempat tuan suami ajak aku honeymoon. Yes, selama kahwin, sekalipun kami tak pernah honeymoon atau pergi jauh dari KL/Selangor ni
Aku dapat baucer sebab aku berniaga perfume secara konsisten. Alhamdulillah sangat. Walaupun 2 hari 1 malam, itu dah cukup bermakna buat aku. well, nak lama-lama pun susah kan
Mula-mula aku berbelah bahagi juga tapi tuan suami ajak aku pergi. Aku risau sebab tuan suami tak pernah drive jauh-jauh. Nak jadi cerita, akhirnya aku akur dengan permintaan suami. 24 Februari kami gerak dari Rawang ke Melaka.
Bahagian hall, not bad juga kan?
Lebih kurang pukul 2 petang kami sampai, checkin pukul 3 petang. Parking alhamdulillah, ada parking OKU belah dalam. Bersyukur sangat
Lepas checkin, terus naik ke bilik. Lif dia seram sikit. Sebab lif lama dan usang kot. Punyalah slow, bila tutup macam laju sangat. Aku nyaris tersepit dekat pintu lif :( sobssss. Sampai bilik, aku blank kejap, sebab ada macam tembok sikit. Aku fikir macam mana nak bawa tuan suami masuk. Alhamdulillah dipermudahkan
Oleh kerana kami tak makan dari tengahari, tuan suami ajak makan ikan bakar di sebelah petang. Dia kata, makan asam pedas tu biasa, kalau datang Melaka, WAJIB makan ikan bakar. Aku pun okay je. Dah lapar kan? Setakat mekdi kepci semua tu biasa je
So kami makan dekat Hub Nelayan Medan Ikan Bakar Segar Hj Musa. Kami berdua yang paling awal masa tu. Aku saja ajak tuan suami datang awal sebab malas nak berebut. Yelah, dah laa weekend, comfirm lepas maghrib nanti penuh.
Ini antara senarai harga dan jenis makanan laut yang ada diHub Nelayan Medan Ikan Bakar Segar Hj Musa.
Makanan laut memang fresh sangat,boleh rambang mata
Pemandangan sekitar Hub Nelayan Medan Ikan Bakar Segar Hj Musa.
Sementara menunggu makanan, bolehlah pesan satar dengan otak-otak. Part ni aku frust sikit, sebab satar dengan otak-otak sejuk dan tak berapa masak. Sedap memang dah sedap tapi rasa sejuk macam baru keluar dari peti ais. Sedih tau
Antara yang kami makan, 3 pinggan nasi + ikan pari bakar sambal + scallop sambal + sotong goreng tepung dan kangkung goreng belacan. So far puas hati makan dekat sini. Aduhhh tetiba rindu pula. Aku memang suka makan ikar pari bakar sambal. Cicah pula sambal kicap perah limau, perghhh ~
Total semua ni dalam RM100++ , aku dengan tuan suami budget dalam RM200
Alhamdulillah. Dah settle makan, kami pusing-pusing kejap. Entah dekat manapun tak tahu. Lepas tu aku dah senak plus sebu, ajak tuan suami balik bilik. Orang sakit buah pinggang macam aku memang kalau makan overdose, perut tu sebu je
Esoknya dah checkout. Lepas breakfast, terus packing barang. Kelam kabut sebab first time kan holiday berdua je dengan tuan suami. Haha ! Jakun sikit aku akui . Ahhh biarlah, mana ada first time tu semua pandai nak manage semua.
Haaa dah lepas checkout tu, aku dah blur nak pergi mana. Memang tak prepare apapun. Aku kalau nak kemana-mana, kena make sure tuan suami senang. Dia kan naik wheelchair? So aku ajak tuan suami ke A Famosa je. Nak bergambar konon.
Tapi kejadian sakit hati lagi bila tempat parkir OKU telah diambil oleh van kurier. Lama tunggu tapi dia buat tak endah. Maka aku ajak je la tuan suami blah~
Aku teringin nak minum Avocado juice. Aku curious rasa dia macam mana. So aku beli. Lalu aku sedikit menyesal. Macam tak kena pula dekat tekak aku. haha ! Hmm... kenapa bila taip ni aku jadi terliur pulak? Ehhh pelik sudah......
Bukanlah tak sedap langsung cuma tekak aku tak dapat nak terima sangat. Boleh je nak minum sebenarnya. Takdelah pelik ajaib pun rasa avokado ni. Cuma tak semua orang kot boleh terima avokado dalam kehidupan diorang.
Lepas tu blank lagi nak pergi mana. Nak dekat 2 jam pusing sana sini, akhirnya kami decide lepak tengok laut kat Pantai Klebang. Sambil lepak tu, kita berangan je la each other, aci kan? Dah la monopod tripod tak bawa. Photographer takde, so pandai-pandai sendiri lah. Hahahaha
Cantik juga sebenarnya bergambar kat sini. Cuma kena pandai cari angle. Aku dengan tuan suami masing-masing pun tak pandai. Ikut suka je pun bergambar
Lepas dari pra bulan madu dekat Melaka haritu, tuan suami dah mula ketagih nak ajak aku bercuti. Tapi, dia baru mula kerja. Aku harap sangat kerja yang baru ni kekal dan dibayar gaji, insyaAllah. Doakan kami berdua sentiasa dilimpahi rezeki, dan doa yang baik buat kalian juga
The writer,Tunsha Ayunie
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.aunitalib.com/2019/03/pra-bulan-madu-di-bayou-lagoon-park-resort-melaka.html