Selebriti Selebriti Terkenal Yang Meninggal Sebelum Tamat Penggambaran


Pada 30 November lalu, dunia dikejutkan dengan kematian bintang "Fast and Furious", Paul Walker, 40, selepas kereta yang dipandu temannya, Roger Rodas mengalami kemalangan dan terbakar dalam perjalanan pulang dari acara kebajikan yang dihadiri mereka di Valencia, California.


Tragedi itu juga berlaku di saat Walker masih bercuti buat seketika dari sesi penggambaran filem ketujuh francais "Fast & Furious" yang sudah pun menyelesaikan separuh daripada penggambaran, menyebabkan produksi filem tersebut yang diarahkan oleh James Wan ("Insidious", "The Conjuring") terpaksa dihentikan buat seketika sebagai menghormati pemergian Walker, sekaligus mencari jalan penyelesaiannya.

Tapi ini bukan kali pertama sesebuah produksi terhenti seketika disebabkan pemergian bintangnya. Antara yang lainnya termasuk:

"The Imaginarium of Dr. Parnassus" (2009)

Ketika Heath Ledger menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 22 Januari 2008 akibat overdos pil preskripsi, dia sudah pun menamatkan penggambaran filem "The Dark Knight" tapi masih dalam penggambaran untuk filem "The Imaginarium of Doctor Parnassus" arahan Terry Gilliam.

Untuk menyelamatkan produksi, beberapa rakan pelakon Ledger, Johnny Depp, Jude Law dan Colin Farrell bersetuju untuk menghabiskannya untuk Ledger.

Mujur filem itu merupakan sebuah filem fantasi, dan kehadiran ketiga-tiga pelakon itu dipersembahkan sebagai transformasi wataknya, Tony setiap kali dia mengembara ke alam mimpi.

"Shrek" (1998)

Sebelum Mike Myers diberikan tanggungjawab membuat lakon suara sebagai karakter titular animasi Shrek, peranan tersebut dipegang oleh bintang komedi "Saturday Night Live", Chris Farley. Malah dia sudah pun merakam dialog untuk sebahagian besar animasi berkenaan.

Namun begitu, Farley, 33, meninggal dunia selepas overdos dadah pada Disember 1997, dan rakannya Mike Meyers mengambil alih tugas tersebut.

"Dark Blood" (2012)

Abang kepada pelakon Joaquin Phoenix dan bintang kegilaan ramai wanita, River Phoenix, meninggal dunia akibat kegagalan jantung yang disebabkan oleh penyalahgunaan dadah pada tahun 1993. Kejadian tersebut berlaku di luar kelab milik Johnny Depp, Viper Room di Los Angeles.

Phoenix juga sebenarnya berada di LA untuk menamatkan penggambaran lokasi dalam filemnya, "Dark Blood" yang diarahkan oleh George Sluizer.

Disebabkan kematiannya, filem tersebut tergantung begitu sahaja selama 19 tahun, sehinggalah Sluizer membuat keputusan untuk menayangkannya buat kali pertama pada tahun 2012 di Festival Filem Netherlands.

"The Crow" (1994)

Brandon Lee mengalami nasib yang sama seperti bapanya, Bruce Lee apabila dia meninggal dunia sebelum waktunya.

Pada 31 Mac 1993, bintang berusia 28 tahun itu meninggal dunia di set penggambaran filem "The Crow" apabila sepucuk pistol rekaan kru prop yang sepatutnya tidak menyebabkan kecederaan benar-benar berfungsi dan mengenai abdomen Lee. Dia meninggal di tempat kejadian.

Selepas kematiannya, pihak produksi menggunakan beberapa pelakon lagak ngeri dan efek khas bagi menyelesaikan babak-babak Lee yang masih berbaki. Kematian itu pula diputuskan sebagai 'kemalangan tidak sengaja'.

"Giant" (1956)

Berbeza dengan kematian para pelakon lain, James Dean sudah pun menamatkan penggambaran untuk filem "Giant" sebelum kemalangan yang meragut nyawanya pada tahun 1995 berlaku. Hanya proses suntingan suara sahaja yang masih belum diselesaikan.

Namun begitu, pelakon Nick Adams telah diupah untuk menjadi suara latar bagi watak Dean, disebabkan ada babak yang memerlukan wataknya Jett Rink bercakap dalam keadaan mabuk.

Dikatakan Dean minum dengan banyak agar benar-benar mabuk untuk melakonkan babak itu, dan akhirnya menyebabkan buah butir ucapan itu tidak dapat didengari!

"Brainstorm" (1982)

Kematian pelakon jelita Natalie Wood merupakan satu misteri apabila mayatnya ditemui di dalam air tidak lama selepas dia dilaporkan menghilangkan diri dari bot yang dinaikinya bersama suaminya, Robert Wagner, bintang gandingannya Christopher Walken dan kapten bot, Denis Davem.

Ketika kejadian tersebut berlaku pada 29 November 1981, Wood sebenarnya sedang bercuti seketika dari penggambaran filemnya, "Brainstorm" di mana dia melakonkan watak seorang saintis.

Pengarah filem tersebut, Douglas Trumball terpaksa menggunakan bantuan pelakon ganti untuk babak-babak yang tidak sempat Wood habiskan.

"Gladiator" (2000)

Ketika dia bercuti seketika dari penggambaran filem "Gladiator" arahan Ridley Scott, pelakon veteran Oliver Reed, 61, meninggal dunia akibat serangan jantung.

Untuk menyelesaikan beberapa babak Reed sebagai si bekas hamba abdi bernama Proximus yang menjadi pelatih kepada watak Maximus (lakonan Russell Crowe), Scott telah menggunakan efek CGI.

"Twilight Zone: The Movie" (1983)

Seperti Brandon Lee, pelakon "Combat!", Vic Morrow juga meninggal dunia akibat kemalangan di lokasi penggambaran.

Pada Julai 1982, dia dan dua pelakon kanak-kanak, Myca Dinh Le dan Renee Shin yang berada dalam pelukannya meninggal dunia ketika sedang melakonkan babak yang membabitkan helikopter.

Menurut laporan media, kemalangan tersebut berlaku apabila berlakunya letupan piroteknik yang menyebabkan helikopter tersebut jatuh terhempas ke arah mereka.

Babak tersebut terpaksa dikeluarkan dari filem.

BACA INI JUGA: Top 10 Peperangan Yang Bermula Dengan Pembohongan Amerika Syarikat

-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2014/01/selebriti-selebriti-terkenal-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahasiswi Kedokteran Undip Diduga Menyuntikan Obat Penenang Ke Tubuhnya Sebelum Ditemukan Meninggal

Mahasiswi Kedokteran Undip Diduga Menyuntikan Obat Penenang Ke Tubuhnya Sebelum Ditemukan Meninggal

papar berkaitan - pada 15/8/2024 - jumlah : 158 hits
Korban diduga meninggal dunia karena obat penenang Obat penenang itu disebut disuntikkan sendiri oleh korban ke tubuhnya
Kadang Kadang Allah Cabut Nyawa Kita Nidza Afhan Repost Video Tentang Ajal 3 Hari Sebelum Meninggal

Kadang Kadang Allah Cabut Nyawa Kita Nidza Afhan Repost Video Tentang Ajal 3 Hari Sebelum Meninggal

papar berkaitan - pada 15/8/2024 - jumlah : 206 hits
Selepas khabar berita sedih mengenai mayat Allahyarham Nizda Afhan dijumpai di kawasan jambatan Sungai Klang tular platform media sosial arwah kini menjadi perhatian ramai 8216 Repost 8217 video tentang ajal Difahamkan tindakan Afham mengul...
Pelakon Suara Pokemon Terkenal Meninggal Dunia

Pelakon Suara Pokemon Terkenal Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 15/8/2024 - jumlah : 140 hits
Rachael Lillis pelakon suara Amerika yang terkenal dengan wataknya sebagai Misty dan Jessie dalam siri animasi Pok mon telah meninggal dunia pada usia 46 tahun pada 10 Ogos 2024 Beliau dilaporkan meninggal dunia akibat kanser payudara satu ...
Sky Mirror Kuala Selangor Waktu Operasi Harga Tiket Tips Sebelum Pergi

Sky Mirror Kuala Selangor Waktu Operasi Harga Tiket Tips Sebelum Pergi

papar berkaitan - pada 18/8/2024 - jumlah : 265 hits
Sekiranya anda mencari destinasi menarik yang tidak jauh daripada Kuala Lumpur anda boleh pertimbangkan untuk berkunjung ke Sky Mirror Kuala Selangor Destinasi popular ini seringkali menjadi destinasi pilihan bagi pengunjung yang ingin mera...
Beza Guna Sebelum Dengan Baik Sebelum Untuk Tarikh Luput Barang Makanan Info Perlu Kita Tahu

Beza Guna Sebelum Dengan Baik Sebelum Untuk Tarikh Luput Barang Makanan Info Perlu Kita Tahu

papar berkaitan - pada 19/8/2024 - jumlah : 165 hits
Waktu beli barang makanan kita sentiasa akan lihat tarikh luputnya Biasanya asalkan belum sampai tarikh yang tertera kita akan yakin untuk membeli Tapi perasan tak perkataan Guna Sebelum atau Use By dan juga Baik Sebelum atau Best Before ya...
Anwar Hubungi Individu Penting Sebelum Ke India

Anwar Hubungi Individu Penting Sebelum Ke India

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 172 hits
Sebelum berlepas ke India saya sempat menghubungi Presiden Iran Dr Masoud Pezeshkian dan Dr Basem Naim ahli Biro Politik Hamas lewat petang semalam Bicara kami menyentuh beberapa usaha penting terkait usaha untuk merealisasikan gencatan sen...
Pen Nsula House By Studio Fabricio Rodrigues A Serene Lakeside Sanctuary In Piracaia

Monitor All Projects To Ensure Timely Completion Pm

Adventure Travel To The Amazon Forest A Journey Into The Heart Of Nature

Digital Double Meanings What Garden Gummies Say About Today S Social Media Culture

Comic Art Festival Kuala Lumpur 9

71 Peratus Rakyat Austria Sanggup Boikot Barangan As Tinjauan

Drama Dari Rahim Yang Sama

Masih Mood Raya Dengan Kuah Kacang Dan Rendang Daging


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kelebihan Bismillah 5 Dan Kaedah Merawat

Skrip Automasi Pembersihan Google Drive Perjalanan Penuh Cabaran Dan Pembelajaran

Plnt Co Cyberjaya Birthday Plant Pilihan Hati

Kable Unifi Terputus

Sekuriti Berjaya Menggagalkan Cubaan Seludup Siswi Ke Asrama Lelaki Apabila Mengesyaki Ada Sesuatu Dalam Beg

Resort Ni Cantik Tepi Pantai Design Pun Estetik