Selebriti Popular Hollywood Suarakan Kebuluran Di Gaza




KEADAAN pembunuhan beramai-ramai di Gaza semakin buruk apabila sekatan bantuan berupa makanan dan ubat-ubatan terus dilakukan tentera zionis.
Menurut penasihat kanan program serantau Agensi Makanan Pertubuhan Bangsa Bersatu, Ross Smith, hanya 50 daripada 100 trak bantuan yang dipohon berjaya masuk membuatkan Gaza kini menuju ke arah kebuluran besar-besaran.
Jurucakap Pejabat Media Kerajaan Gaza pula mengeluarkan amaran bahawa lebih 40,000 bayi berusia bawah satu tahun berisiko tinggi untuk mati secara perlahan akibat kekurangan susu formula. Namun begitu, ramai artis Hollywood sudah mula celik dan menyuarakan tindakan kejam yang dilakukan terhadap penduduk Gaza.
OLIVIA RODRIGO
Bintang pop ini menyifatkan apa yang dilalui oleh penduduk Gaza sangat ngeri dan tidak boleh diterima sama sekali. Dalam sebuah hantaran di Instagram Story, Rodrigo menegaskan tidak ada satu orang kanak-kanak di dunia yang patut menghadapi situasi melampau seperti ini.
“Tiada kata-kata yang mampu menggambarkan kesedihan yang saya rasakan ketika menyaksikan tindakan yang dilakukan kepada orang tak berdosa di Palestin

“Para ibu, bapa dan anak-anak di Gaza sedang kebuluran, mengalami dehidrasi, dan dihalang daripada mendapat akses kepada penjagaan perubatan asas serta bantuan kemanusiaan.
“Tiada seorang kanak‑kanak pun, sama ada di Israel, Palestin atau mana‑mana tempat di dunia, perlu menanggung penderitaan seperti dilalui mereka. Ia amat mengerikan dan sama sekali tidak boleh diterima. Jika kita putus asa, kita sebenarnya sedang menyerah kalah terhadap nasib kemanusiaan yang kita kongsi bersama,” tulisnya.
BILLIE EILISH
Ini bukan kali pertama Billie bersuara mengenai situasi yang semakin menekan di Gaza. Sebelum ini, penyanyi itu mengecam cadangan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, mahu memindahkan 600,000 penduduk Gaza ke bandar yang sudah hancur di Rafah.

Kata Billie tindakan menteri itu disifatkan sangat menakutkan. Terbaharu, Billie berkongsi satu video ahli falsafah, Robinson Erhardt, yang mengupas mengenai kebuluran yang berlaku di Gaza menerusi sebuah program audio siar.
HAILEY BIEBER
Model terkenal yang juga isteri kepada penyanyi Justin Bieber ini juga tidak ketinggalan menggunakan platform media sosial mengenai krisis kemanusiaan. Bieber dilihat berkongsi sebuah berita daripada Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menggesa agar bantuan segera dibawa masuk ke Gaza.
“Kebuluran adalah realiti yang amat mengerikan bagi kanak‑kanak dan keluarga di Gaza. Bantuan skala besar mesti dibenarkan masuk dengan segera.

“Kekurangan nutrisi yang teruk lebih cepat merebak dalam kalangan kanak‑kanak berbanding bantuan yang sampai kepada mereka dan dunia sedang melihat itu terjadi,” tulisnya di kapsyen Instagram Story.
ARIANA GRANDE
Penyanyi, Ariana Grande, menyuarakan kebimbangannya terhadap apa yang dilalui penduduk di Gaza di Instagram Story. Menerusi hantaran yang dibuat, Grande secara terbuka menyokong kempen yang dilakukan badan bukan kerajaan, Red Line For Gaza yang menyeru agar akses bantuan diberikan segera.

“Kelaparan hingga menyebabkan kematian melampaui batas kemanusiaan. Israel sedang melangkaui batas itu di depan mata kita,” tulisnya.
PEDRO PASCAL
Pelakon Hollywood yang satu ini memang dari dahulu lantang menyuarakan isu kemanusiaan yang terjadi di Palestin. Bermula dengan menandatangani solidari menggesa gencatan senjata, mengutuk industri Hollywood yang berdiam diri tentang pembunuhan beramai-ramai di Gaza sehingga yang terkini berkempen agar bantuan dibenarkan masuk ke Palestin.

Dalam hantaran di Instagram, Pascal berkongsi poster mengatakan trak bantuan sudah bersedia, Israel hanya perlu membuka pintu membiarkan bantuan masuk. Dia turut mengajak orang ramai untuk menyumbang ke Badan Bukan Kerajaan seperti @doctorswithoutborders dan @wckitchen.




Source link


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://edisiviral.com/2025/08/10/selebriti-popular-hollywood-suarakan-kebuluran-di-gaza/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Atlet Tempatan Palestin Maut Akibat Kebuluran Di Gaza

Atlet Tempatan Palestin Maut Akibat Kebuluran Di Gaza

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 273 hits
AgensiSaif Hijazi 13 yang menghidap kekurangan zat makanan serius dan sebahagiannya lumpuh akibat serangan peluru terbaring di atas katil ketika gambarnya dirakam di Hospital al Shifa Gaza baru baru ini Gambar APGAZA Seorang remaja lelaki P...
Police Remind Gaza Rally Participants To Obey Law

Police Remind Gaza Rally Participants To Obey Law

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 268 hits
The Royal Malaysia Police has reminded organisers and participants of tomorrow s Malaysia Bangkit Untuk Gaza rally to comply fully with the law throughout the event In a statement today Dang Wangi police chief Sulizmie Affendy Sulaiman said...
Un Chief Calls Israeli Plan To Take Control Of Gaza City A Dangerous Escalation

Un Chief Calls Israeli Plan To Take Control Of Gaza City A Dangerous Escalation

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 257 hits
Israel s cabinet approved seizing Gaza City to expand its offensive drawing strong domestic and international criticism UN chief Antonio Guterres said the plan will result in the forced displacement of Palestinians WASHINGTON UN secretary g...
Tentera Israel Akan Menguasai Kota Gaza Netanyahu

Tentera Israel Akan Menguasai Kota Gaza Netanyahu

papar berkaitan - pada 8/8/2025 - jumlah : 337 hits
Kabinet keselamatan Israel telah meluluskan rancangan yang dicadangkan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu bagi membolehkan tentera menguasai Kota Gaza menurut kenyataan pejabatnya pada Jumaat Menurut kenyataan itu di bawah rancangan untuk m...
Angka Korban Di Gaza Hampiri 61 400 Orang

Angka Korban Di Gaza Hampiri 61 400 Orang

papar berkaitan - pada 10/8/2025 - jumlah : 212 hits
Angka Korban di Gaza Hampiri 61 400 Orang ANKARA 9 Ogos Sekurang kurangnya 61 369 terbunuh dalam perang genosid Israel di Semenanjung sejak Oktober 2023 menurut Kementerian Kesihatan pada Sabtu lapor Anadolu Ajansi Dalam kenyataan itu kemen...
Pelbagai Lapisan Masyarakat Sertai Himpunan Malaysia Bangkit Untuk Gaza Harian Metro 09 08 2025

Pelbagai Lapisan Masyarakat Sertai Himpunan Malaysia Bangkit Untuk Gaza Harian Metro 09 08 2025

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 962 hits
Kuala Lumpur Hujan lebat tidak menghalang kira kira 2 000 orang membanjiri Dataran Merdeka di sini setakat 6 petang hari ini bagi menghadiri Himpunan Perdana Nasional Malaysia Bangkit Untuk Gaza sekali gus membuktikan solidariti padu rakyat...
2 000 Attend Malaysia Bangkit Untuk Gaza Rally At Dataran Merdeka New Straits Times 09 08 2025

2 000 Attend Malaysia Bangkit Untuk Gaza Rally At Dataran Merdeka New Straits Times 09 08 2025

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 1056 hits
KUALA LUMPUR Despite heavy rain about 2 000 people gathered at Dataran Merdeka here today for the Malaysia Bangkit Untuk Gaza rally demonstrating strong Malaysian solidarity with the Palestinian cause The rally which began at 4pm brought to...
Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Police To Seek Remand Extension For Namewee Over Death Of Taiwanese Influencer Nurse Goddess

High Salary Job Ads Abroad May Be Drug Trafficking Traps

4 Cara Unlock Jaringan Hp Samsung Dari Luar Negeri Mudah Dan Dijamin Work

Lirik Lagu Jamilah Jamal Mirdad


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Drama Sumpah Ibuku

Gasbee Bawa Nafas Baharu Dalam Perkhidmatan Penghantaran Gas Memasak

Xau Usd Optimisme Diperbaharui Di Kalangan Pembeli

Ikhtisar 6 13 Di Antara Banjir Duka Dan Ketuhanan

Gold Stars Six Of Our Favorite Custom Bsa Motorcycles

Filem Malam Terlarang Sinopsis Barisan Pelakon