Angka Korban Di Gaza Hampiri 61 400 Orang


Angka Korban di Gaza Hampiri 61,400 Orang
ANKARA, 9 Ogos (Bernama-Anadolu) — Sekurang-kurangnya 61,369 rakyat Palestin terbunuh dalam perang genosid Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober 2023, menurut Kementerian Kesihatan pada Sabtu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Dalam kenyataan itu, kementerian memaklumkan bahawa 39 mayat dibawa ke hospital dalam tempoh 24 jam lalu, manakala 491 orang cedera, menjadikan jumlah keseluruhan kecederaan akibat serangan Israel meningkat kepada 152,850 orang.
“Ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan-jalan kerana pasukan penyelamat tidak dapat sampai kepada mereka,” menurut kenyataan itu lagi.
Kementerian turut memaklumkan bahawa 21 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 341 cedera ketika cuba mendapatkan bantuan kemanusiaan dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah rakyat Palestin yang terbunuh ketika mendapatkan bantuan meningkat kepada 1,743 orang, dengan lebih 12,590 lagi cedera sejak 27 Mei.
Selain itu, 11 orang termasuk kanak-kanak dilaporkan maut dalam tempoh 24 jam lalu akibat kebuluran dan kekurangan zat makanan.
Angka itu menjadikan jumlah korban akibat kebuluran meningkat kepada 212 orang, termasuk 98 kanak-kanak, ketika krisis kemanusiaan di wilayah berkenaan semakin meruncing.
Tentera Israel menyambung semula serangan ke atas Semenanjung Gaza pada 18 Mac lalu dan sejak itu membunuh 9,862 orang serta mencederakan 40,809 yang lain, sekali gus memungkiri perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan yang berkuat kuasa pada Januari.
Pada November lalu, Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya Yoav Gallant atas jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.
Israel juga berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa berhubung perang di wilayah itu.
— BERNAMA-ANADOLU
The post Angka Korban di Gaza Hampiri 61,400 Orang appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/10/angka-korban-di-gaza-hampiri-61400-orang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Israel Akan Buka Semula Sebahagian Perdagangan Sektor Swasta Ke Gaza

Israel Akan Buka Semula Sebahagian Perdagangan Sektor Swasta Ke Gaza

papar berkaitan - pada 5/8/2025 - jumlah : 187 hits
Israel Akan Buka Semula Sebahagian Perdagangan Sektor Swasta Ke Gaza Israel akan mula membuka semula perdagangan sektor swasta ke Gaza secara terhad dalam usaha mengurangkan kebergantungan wilayah itu terhadap bantuan kemanusiaan menurut ke...
Dunia Tersentak Lihat Keganasan Zionis Israel Dengan Imej Holocaust Terus Berulang Di Gaza

Dunia Tersentak Lihat Keganasan Zionis Israel Dengan Imej Holocaust Terus Berulang Di Gaza

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 262 hits
HarapandailyGambar timbunan jasad tidak bernyawa rakyat Palestin yang kelaparan dan dibunuh Zionis Israel dilihat mengulangi holocaust semasa Perang Dunia Kedua Itu antara reaksi warga dunia melihatkan paparan puluhan mayat rakyat Palestin ...
Atlet Tempatan Palestin Maut Akibat Kebuluran Di Gaza

Atlet Tempatan Palestin Maut Akibat Kebuluran Di Gaza

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 227 hits
AgensiSaif Hijazi 13 yang menghidap kekurangan zat makanan serius dan sebahagiannya lumpuh akibat serangan peluru terbaring di atas katil ketika gambarnya dirakam di Hospital al Shifa Gaza baru baru ini Gambar APGAZA Seorang remaja lelaki P...
Presiden Iran Hubungi Anwar Hargai Ketegasan Malaysia Pertahan Gaza

Presiden Iran Hubungi Anwar Hargai Ketegasan Malaysia Pertahan Gaza

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 268 hits
SITI NUR ZAWANIAugust 6 2025Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima panggilan telefon daripada Presiden Iran Masoud Pezeshkian yang menzahirkan penghargaan terhadap pendirian tegas Malaysia dalam isu Gaza Perdana Menteri berkata Iran men...
Tentera Israel Akan Menguasai Kota Gaza Netanyahu

Tentera Israel Akan Menguasai Kota Gaza Netanyahu

papar berkaitan - pada 8/8/2025 - jumlah : 287 hits
Kabinet keselamatan Israel telah meluluskan rancangan yang dicadangkan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu bagi membolehkan tentera menguasai Kota Gaza menurut kenyataan pejabatnya pada Jumaat Menurut kenyataan itu di bawah rancangan untuk m...
Ladang Pertanian Di Gaza Binasa Teruk

Ladang Pertanian Di Gaza Binasa Teruk

papar berkaitan - pada 8/8/2025 - jumlah : 172 hits
Lebih 88 peratus kawasan di wilayah itu telah musnah sepenuhnya akibat kempen pengeboman yang dilancarkan Zionis selama 22 bulan Foto AFP GENTING GAZA Hanya 1 5 peratus kawasan pertanian di Genting Gaza bersamaan kurang 2 3 kilometer perseg...
Cuepacs Calls For Safety Audit On Schools After Boy Falls Into Sewer Pit

Jemput Trump Waktu Terbaik Bincang Isu Negara Bergolak Tegaskan Pendirian Malaysia Fahmi

Selepas Setahun Terima Kasih Allah Beego Kongsi Foto Bersama Linda Hashim Amp Anak Anak

Gsf Akan Masuk Zon Kuning Risiko Dipintas Tinggi

Fam Kini Menunggu Keputusan Penghakiman Fifa Sebelum Kemuka Rayuan

Football Legend Dollah Salleh Joins Leaders In Questioning Fifa S Sanctions Against Fam

Kinabatangan Makes Its Mark As Malaysia S Latest Unesco Biosphere Reserve

Top Reasons Online Casino Malaysia Has Become A Preferred Choice For Gamblers


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mee Udang Ladang Nira Nipah Napiah

Jangan Terlalu Berkira

Konsert Lagenda Nada Murni 2025

Hwc Coffee X Bape Bila Kopi Jadi Gaya Hidup Bukan Sekadar Minuman

Antara Lapar Malam Dan Menjaga Diri

Sharee Lopes Permainan Chord