Selebriti Dijadikan Kambing Hitam Sindiket Macau Scam Untuk Cuci Wang Haram


SELEBRITI dijadikan kambing hitam oleh sindiket Macau Scam untuk cuci wang haram mereka?
Bagaimana pula alasan tidak tahu sumber daripada mana wang itu diperoleh? Adakah ia boleh diterima atau sekadar wayang?
Ikuti wawancara Timbalan Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia DR ROZAIDI RAZALI bersama wartawan NOR 'ASYIKIN MAT HAYIN bagi mengupas isu ini.
Datang bawa duit berjuta-juta, takkan kita tidak curiga daripada mana dia dapat wang?
Semestinya ia akan menimbulkan rasa curiga. Saya juga pasti berasa perkara yang sama (curiga) daripada mana wang itu diperoleh.
Mungkin desakan hidup menyebabkan individu mengambil inisiatif untuk berniaga demi menambah pendapatan.
Pada masa sama, mungkin mereka sukar membuat pinjaman di institusi kewangan seterusnya ambil jalan mudah terima bantuan pinjaman kewangan daripada pihak luar.
Penerima pinjaman bukan tiada wang, tetapi menganggap pemberi pinjaman ini sebagai 'pelabur' walaupun tidak mengetahui sumber sebenar wang itu.
Bagi saya, sindiket Macau Scam yang berleluasa di Malaysia didalangi pihak luar menggunakan orang tengah sebagai 'keldai wang'.

Menggunakan 'keldai wang', penjenayah boleh menjadikan mangsa sebagai pengantara untuk memindahkan wang haram.
Dengan cara ini, identiti penjenayah disembunyikan daripada mangsa penipuan dan pihak berkuasa.
Sukar untuk menjejak penjenayah kerana mereka tidak menggunakan akaun dengan nama sendiri.
Dalang sindiket pula mengeluarkan wang ini untuk proses cuci wang dengan menjalankan pelbagai perniagaan bagi mengaburi pihak berkuasa.
Pihak tertentu termasuk selebriti sanggup jadi kambing hitam dengan menjadi tukang cuci wang semata-mata mahu cepat kaya?
Ramai mahu kaya, tetapi perlu menerusi cara yang betul tanpa melanggar undang-undang.
Sindiket Macau Scam mungkin memilih selebriti, lebih-lebih lagi dalam kalangan yang memiliki bilangan pengikut ramai dalam media sosial kerana ia sangat membantu meningkatkan potensi perniagaan.
Ini berdasarkan analisis yang saya lakukan mengikut perkembangan situasi semasa.
Pada pandangan saya, segelintir pihak termasuk selebriti mungkin berhasrat mahu berniaga, tetapi tidak mempunyai modal mencukupi.
Keadaan ini membuka ruang kepada ahli sindiket untuk memanipulasi hasrat mereka dengan menyuntik modal bagi memulakan perniagaan.
Pada saya, mereka mungkin melihat situasi ini sebagai situasi menang-menang dan bukan soal kambing hitam kerana tiada siapa yang mahu dijadikan sebagai kambing hitam.
Bagaimana sistem cuci wang ini berfungsi?
Secara umumnya, cuci wang bermaksud membersih atau menyembunyikan sumber wang sebenar yang tidak halal dengan cara memperlihatkan wang ini seperti berasal daripada sumber yang sah.
Pada hakikatnya, perniagaan ini dilakukan secara tidak sah dan salah di sisi undang- undang dan saya berpendapat kegiatan ini langsung tidak bermoral.
Proses pengubahan wang haram dibahagikan kepada tiga peringkat.
Pertama ialah placement apabila sindiket akan mencari ruang untuk memasukkan wang ini ke dalam sistem ekonomi secara menyamar.
Pada peringkat ini, sekiranya ahli sindiket tidak bijak, mereka akan mempamerkan jumlah harta dan wang tunai dimiliki kepada umum.
Ini akan membawa keraguan kepada pihak berkuasa. Seperti membabitkan video yang tular di media sosial.
Peringkat kedua iaitu layering, wang haram itu sudah memasuki 'pintu' ekonomi secara sah.
Di sini mereka akan memasuki dunia perniagaan yang dijalankan oleh rakan kongsi atau pihak yang menjalankan perniagaan terbabit.
Ini juga dikenali sebagai structuring. Ia peringkat paling kompleks dan biasanya membabitkan pergerakan wang antarabangsa.
Sindiket akan menggunakan pelbagai akaun bank dan melantik golongan tertentu seperti selebriti dan peguam bagi menguruskan 'perniagaan' mereka menerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti yayasan.
Sindiket tidak risau jika sedikit rugi dalam perniagaan memandangkan ia bersumberkan wang haram.
Contoh, dapat RM100 juta, selepas 'cuci' tinggal RM80 juta, ia sudah memadai.
Di peringkat akhir iaitu integration apabila wang sudah masuk ke dalam sistem kewangan yang sah. Mereka gunakan wang ini untuk membeli aset seperti hartanah dan kenderaan mewah.
Cara ini untuk menarik lebih ramai pengikut yang ingin menjadi kaya seperti mereka dan memiliki perniagaan seumpamanya.
Ini adalah konsep pemasaran yang betul, tetapi sebenarnya mengaburi pengikut mereka.
Idea pengubahan wang haram boleh dikatakan ketara apabila sindiket akan mencari peluang urus niaga yang mempunyai tahap tunai tinggi.
Antara pelaburan perniagaan sindiket ini ialah restoran, kasino, pusat pencucian pakaian dan resort.
Kita boleh lihat, ada perniagaan yang mampu bertahan walaupun tiada sambutan. Kita tak dapat pastikan status perniagaan ini selagi pihak berkuasa tidak menjalankan siasatan.
Duit yang dicuci ke dalam sistem kewangan ini dikira berjaya apabila pencuci tadi dapat melakukan ia seolah-olah pendapatan yang sah.
Pada peringkat ini, sukar untuk membezakan yang mana kekayaan sah atau sebaliknya.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) dan Pusat Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) pasti ada kepakaran untuk menumpaskan sindiket seumpama ini.
Di Malaysia, ia pasti ada kaitan dengan penjenayah. Bagaimana pula kaitannya dengan segelintir individu dalam kalangan pihak berkuasa?
Ia berlaku apabila segelintir individu dalam kalangan pihak berkuasa tidak berintegriti dan menyalahgunakan kuasa melindungi sindiket bagi mendapatkan habuan.
Integriti adalah satu perkara yang amat penting dan perlu diberi perhatian dalam semua sektor malah kejujuran dalam melaksanakan tanggungjawab serta amanah tidak boleh dikompromi.
Bagaimana mahu mengenal pasti kriteria pemberi modal ini 'sah' atau 'tidak sah'?
Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah membuat semakan sama ada syarikat atau individu yang ingin memberi modal mempunyai latar belakang kewangan yang tidak mencurigakan.
Pastikan syarikat atau individu itu memiliki lesen Akuan Syarikat Peminjam atau latar belakang kewangan yang kukuh.
Semua maklumat ini boleh diperoleh daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia (BNM).
Sumber: Harian Metro


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sehinggit.blogspot.com/2020/10/selebriti-dijadikan-kambing-hitam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Macau Scam Cuci Wang Haram Tinggal Rm80j Pun Sudah Memadai

Macau Scam Cuci Wang Haram Tinggal Rm80j Pun Sudah Memadai

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 626 hits
SELEBRITI dijadikan kambing hitam oleh sindiket Macau Scam untuk cuci wang haram mereka Bagaimana pula alasan tidak tahu sumber daripada mana wang itu diperoleh Adakah ia boleh diterima atau sekadar wayang Ikuti wawancara Timbalan Presiden ...
Macau Scam Cuci Wang Haram Artis Manakah Akan Digari Masuk Penjara

Macau Scam Cuci Wang Haram Artis Manakah Akan Digari Masuk Penjara

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 454 hits
Siapa yang makan cili pasti rasa pedas demikian kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Seri Azam Baki mengenai pihak yang bakal ditangkap gara gara Macau Scam serta aktiviti mencuci duit haram yang turut melibat...
Dua Pegawai Pdrm Ditahan Sprm Pengubahan Wang Haram Macau Scam

Dua Pegawai Pdrm Ditahan Sprm Pengubahan Wang Haram Macau Scam

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 499 hits
Polis Diraja Malaysia mengesahkan dua pegawainya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia baru baru ini Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata setakat ini SPRM tidak memaklumkan punca penahanan pegawai...
Datuk Seri Suspek Utama Sindiket Pengubahan Wang Haram Panjat Pagar Lari Dari Sprm

Datuk Seri Suspek Utama Sindiket Pengubahan Wang Haram Panjat Pagar Lari Dari Sprm

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 932 hits
Baru sahaja dibebaskan kelmarin suspek utama kes sindiket pengubahan wang haram bergelar Datuk Seri dilaporkan telah melarikan diri Difahamkan lelaki itu sepatutnya ditahan polis untuk membantu siasatan kes perjudian online Tetapi suspek be...
Seorang Guru Tanggung Kerugian Rm791 000 Akibat Di Perdaya Oleh Sindiket Macau Scam

Seorang Guru Tanggung Kerugian Rm791 000 Akibat Di Perdaya Oleh Sindiket Macau Scam

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 301 hits
KUALA TERENGGANU Seorang guru menanggung kerugian sebanyak RM791 000 dipercayai menjadi mangsa sindiket penipuan Macau Scam sejak akhir tahun lalu Mangsa berusia 51 tahun itu menyedari dia ditipu apabila akaun bank miliknya hanya berbaki RM...
Jumpa Wang Tunai Rm2 5 Juta Hasil Pelacuran Macau Scam

Jumpa Wang Tunai Rm2 5 Juta Hasil Pelacuran Macau Scam

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 394 hits
JUMPA WANG TUNAI RM2 5 JUTA HASIL PELACURAN MACAU SCAM KUALA LUMPUR Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman merampas wang tunai berjumlah RM2 5 juta dalam serbuan ke atas sebuah kediaman di Cheras di sini malam tadi Wang tunai berkenaan yang di...
Polis Dedah Identiti Suspek Utama Sindiket Macau Scam Yang Lari Panjat Pagar Sprm

Polis Dedah Identiti Suspek Utama Sindiket Macau Scam Yang Lari Panjat Pagar Sprm

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 894 hits
Suspek bergelar Datuk Seri yang melarikan diri dengan memanjat pagar belakang bangunan SPRM Putrajaya baru baru ini kini diburu polis Suspek terbabit dikenali sebagai Goh Leong Yeong berusia 32 tahun dan menetap di Blok 25B2 5 8 Miharja Con...
Sindiket Macau Scam Kini Guna Nama Pos Laju Pula

Sindiket Macau Scam Kini Guna Nama Pos Laju Pula

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 331 hits
SUARA MERDEKA KEGIATAN sindiket macau scam seperti tidak berpenghujung selepas menyamar sebagai pegawai di pelbagai agensi kerajaan kini mereka mengaku sebagai Pos Laju pula Itu antara taktik mereka cuba memperdaya mangsa dengan menggunakan...
Guru Rugi Rm1 13 Juta Ditipu Pegawai Polis Sindiket Macau Scam

Guru Rugi Rm1 13 Juta Ditipu Pegawai Polis Sindiket Macau Scam

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 397 hits
Malang tidak berbau Seorang wanita yang berkhidmat sebagai guru menjadi mangsa penipuan pegawai polis sindiket Macau Scam dan mengalami kerugian lebih RM1 13 juta Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata mangsa ...
Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Utilizing Crowdfunding For Business



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Reaching Out

Iddah Wanita Kematian Suami

Berebut Kasih

Tinggi Protein Dan Mikronutrien Ini Manfaat Ikan Susu Untuk Kesihatan

Upiak Hari Raya Duit Tak Ada Chord

Nadia Rosli Hati Yang Tercemar Chord