Macau Scam Cuci Wang Haram Tinggal Rm80j Pun Sudah Memadai







SELEBRITI dijadikan kambing hitam oleh sindiket Macau Scam untuk cuci wang haram mereka?

Bagaimana pula alasan tidak tahu sumber daripada mana wang itu diperoleh? Adakah ia boleh diterima atau sekadar wayang?

Ikuti wawancara Timbalan Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia DR ROZAIDI RAZALI bersama wartawan NOR 'ASYIKIN MAT HAYIN bagi mengupas isu ini.

Datang bawa duit berjuta-juta, takkan kita tidak curiga daripada mana dia dapat wang?

Semestinya ia akan menimbulkan rasa curiga. Saya juga pasti berasa perkara yang sama (curiga) daripada mana wang itu diperoleh.

Mungkin desakan hidup menyebabkan individu mengambil inisiatif untuk berniaga demi menambah pendapatan.

Pada masa sama, mungkin mereka sukar membuat pinjaman di institusi kewangan seterusnya ambil jalan mudah terima bantuan pinjaman kewangan daripada pihak luar.

Penerima pinjaman bukan tiada wang, tetapi menganggap pemberi pinjaman ini sebagai 'pelabur' walaupun tidak mengetahui sumber sebenar wang itu.

Bagi saya, sindiket Macau Scam yang berleluasa di Malaysia didalangi pihak luar menggunakan orang tengah sebagai 'keldai wang'.

Menggunakan 'keldai wang', penjenayah boleh menjadikan mangsa sebagai pengantara untuk memindahkan wang haram.

Dengan cara ini, identiti penjenayah disembunyikan daripada mangsa penipuan dan pihak berkuasa.

Sukar untuk menjejak penjenayah kerana mereka tidak menggunakan akaun dengan nama sendiri.

Dalang sindiket pula mengeluarkan wang ini untuk proses cuci wang dengan menjalankan pelbagai perniagaan bagi mengaburi pihak berkuasa.

Pihak tertentu termasuk selebriti sanggup jadi kambing hitam dengan menjadi tukang cuci wang semata-mata mahu cepat kaya?

Ramai mahu kaya, tetapi perlu menerusi cara yang betul tanpa melanggar undang-undang.

Sindiket Macau Scam mungkin memilih selebriti, lebih-lebih lagi dalam kalangan yang memiliki bilangan pengikut ramai dalam media sosial kerana ia sangat membantu meningkatkan potensi perniagaan.

Ini berdasarkan analisis yang saya lakukan mengikut perkembangan situasi semasa.

Pada pandangan saya, segelintir pihak termasuk selebriti mungkin berhasrat mahu berniaga, tetapi tidak mempunyai modal mencukupi.

Keadaan ini membuka ruang kepada ahli sindiket untuk memanipulasi hasrat mereka dengan menyuntik modal bagi memulakan perniagaan.
Pada saya, mereka mungkin melihat situasi ini sebagai situasi menang-menang dan bukan soal kambing hitam kerana tiada siapa yang mahu dijadikan sebagai kambing hitam.

Bagaimana sistem cuci wang ini berfungsi?

Secara umumnya, cuci wang bermaksud membersih atau menyembunyikan sumber wang sebenar yang tidak halal dengan cara memperlihatkan wang ini seperti berasal daripada sumber yang sah.

Pada hakikatnya, perniagaan ini dilakukan secara tidak sah dan salah di sisi undang- undang dan saya berpendapat kegiatan ini langsung tidak bermoral.

Proses pengubahan wang haram dibahagikan kepada tiga peringkat.

Pertama ialah placement apabila sindiket akan mencari ruang untuk memasukkan wang ini ke dalam sistem ekonomi secara menyamar.

Pada peringkat ini, sekiranya ahli sindiket tidak bijak, mereka akan mempamerkan jumlah harta dan wang tunai dimiliki kepada umum.

Ini akan membawa keraguan kepada pihak berkuasa. Seperti membabitkan video yang tular di media sosial.

Peringkat kedua iaitu layering, wang haram itu sudah memasuki 'pintu' ekonomi secara sah.

Di sini mereka akan memasuki dunia perniagaan yang dijalankan oleh rakan kongsi atau pihak yang menjalankan perniagaan terbabit.

Ini juga dikenali sebagai structuring. Ia peringkat paling kompleks dan biasanya membabitkan pergerakan wang antarabangsa.

Sindiket akan menggunakan pelbagai akaun bank dan melantik golongan tertentu seperti selebriti dan peguam bagi menguruskan 'perniagaan' mereka menerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti yayasan.

Sindiket tidak risau jika sedikit rugi dalam perniagaan memandangkan ia bersumberkan wang haram.

Contoh, dapat RM100 juta, selepas 'cuci' tinggal RM80 juta, ia sudah memadai.

Di peringkat akhir iaitu integration apabila wang sudah masuk ke dalam sistem kewangan yang sah. Mereka gunakan wang ini untuk membeli aset seperti hartanah dan kenderaan mewah.

Cara ini untuk menarik lebih ramai pengikut yang ingin menjadi kaya seperti mereka dan memiliki perniagaan seumpamanya.

Ini adalah konsep pemasaran yang betul, tetapi sebenarnya mengaburi pengikut mereka.

Idea pengubahan wang haram boleh dikatakan ketara apabila sindiket akan mencari peluang urus niaga yang mempunyai tahap tunai tinggi.

Antara pelaburan perniagaan sindiket ini ialah restoran, kasino, pusat pencucian pakaian dan resort.

Kita boleh lihat, ada perniagaan yang mampu bertahan walaupun tiada sambutan. Kita tak dapat pastikan status perniagaan ini selagi pihak berkuasa tidak menjalankan siasatan.

Duit yang dicuci ke dalam sistem kewangan ini dikira berjaya apabila pencuci tadi dapat melakukan ia seolah-olah pendapatan yang sah.

Pada peringkat ini, sukar untuk membezakan yang mana kekayaan sah atau sebaliknya.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) dan Pusat Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) pasti ada kepakaran untuk menumpaskan sindiket seumpama ini.

Di Malaysia, ia pasti ada kaitan dengan penjenayah. Bagaimana pula kaitannya dengan segelintir individu dalam kalangan pihak berkuasa?

Ia berlaku apabila segelintir individu dalam kalangan pihak berkuasa tidak berintegriti dan menyalahgunakan kuasa melindungi sindiket bagi mendapatkan habuan.

Integriti adalah satu perkara yang amat penting dan perlu diberi perhatian dalam semua sektor malah kejujuran dalam melaksanakan tanggungjawab serta amanah tidak boleh dikompromi.

Bagaimana mahu mengenal pasti kriteria pemberi modal ini 'sah' atau 'tidak sah'?

Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah membuat semakan sama ada syarikat atau individu yang ingin memberi modal mempunyai latar belakang kewangan yang tidak mencurigakan.


Pastikan syarikat atau individu itu memiliki lesen Akuan Syarikat Peminjam atau latar belakang kewangan yang kukuh.

Semua maklumat ini boleh diperoleh daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia (BNM).




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2020/10/macau-scam-cuci-wang-haram-tinggal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Macau Scam Cuci Wang Haram Artis Manakah Akan Digari Masuk Penjara

Macau Scam Cuci Wang Haram Artis Manakah Akan Digari Masuk Penjara

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 515 hits
Siapa yang makan cili pasti rasa pedas demikian kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Seri Azam Baki mengenai pihak yang bakal ditangkap gara gara Macau Scam serta aktiviti mencuci duit haram yang turut melibat...
Selebriti Dijadikan Kambing Hitam Sindiket Macau Scam Untuk Cuci Wang Haram

Selebriti Dijadikan Kambing Hitam Sindiket Macau Scam Untuk Cuci Wang Haram

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 565 hits
SELEBRITI dijadikan kambing hitam oleh sindiket Macau Scam untuk cuci wang haram mereka Bagaimana pula alasan tidak tahu sumber daripada mana wang itu diperoleh Adakah ia boleh diterima atau sekadar wayang Ikuti wawancara Timbalan Presiden ...
Dua Pegawai Pdrm Ditahan Sprm Pengubahan Wang Haram Macau Scam

Dua Pegawai Pdrm Ditahan Sprm Pengubahan Wang Haram Macau Scam

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 547 hits
Polis Diraja Malaysia mengesahkan dua pegawainya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia baru baru ini Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata setakat ini SPRM tidak memaklumkan punca penahanan pegawai...
Macau Scam 2 Pegawai Kanan Jabatan Siasatan Jenayah Ditahan Sprm

Macau Scam 2 Pegawai Kanan Jabatan Siasatan Jenayah Ditahan Sprm

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 558 hits
Lagi perkembangan terkini kes Sindiket Macau Scam yang didalangi warga tempatan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan dua pegawai kanan dari Jabatan Siasatan Jenayah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasua...
Sprm Temui Rm100 000 Di Rumah Pegawai Kanan Jsj 21 Gambar Kenderaan Mewah Ahli Sindiket Macau Scam Didedahkan

Sprm Temui Rm100 000 Di Rumah Pegawai Kanan Jsj 21 Gambar Kenderaan Mewah Ahli Sindiket Macau Scam Didedahkan

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 619 hits
Pemeriksaan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di rumah salah seorang pegawai kanan Jabatan Siasatan Jenayah yang ditahan semalam menemui wang tunai sebanyak RM100 000 Wang tunai itu dipercayai mempunyai kaitan denga...
Macau Scam Dikutuk Najib Bani Melayu Ok Pula

Macau Scam Dikutuk Najib Bani Melayu Ok Pula

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 398 hits
Ipohmali Tengok ramai Bani Melayu dok kutuk Ketua Macau Scam hat kena tangkap baru baru ni Sebar gambar Siap kata habis duit orang melayu Duit pencen orang depa tipu Bagi aku bagus lah kalau bani melayu sedar tangkap Macau Scam ni Sebab men...
Mengenali Macau Scam Dan Melihat Kerugian Ditanggung Mangsa 2020

Mengenali Macau Scam Dan Melihat Kerugian Ditanggung Mangsa 2020

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 479 hits
Baru baru ini hangat diperkatakan mengenai sindiket penipuan Macau atau lebih popular dikenali sebagai Macau Scam terutamanya selepas SPRM dilaporkan menahan beberapa warga tempatan yang disyaki terlibat dengan kumpulan penipu terbabit Wala...
Puluhan Kereta Mewah Macau Scam Dirampas Dikaitkan Dengan Shuib Sepahtu

Puluhan Kereta Mewah Macau Scam Dirampas Dikaitkan Dengan Shuib Sepahtu

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 1444 hits
on BEBERAPA hari lalu negara dikejutkan dengan berita mengenai seorang selebriti tempatan Shuib Sepahtu dipanggil oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan pengubahan wang haram didalangi sindikit Macau Scam B...
Macau Scam Kereta Shuib Kena Sita

Macau Scam Kereta Shuib Kena Sita

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 557 hits
Shuib Sepahtu KUALA LUMPUR Beberapa keping foto kenderaan mewah dipercayai milik pelawak dan penyampai radio Shuib kini tular media sosial kerana dipercayai disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Spekulasi itu dibuat oleh netizen ker...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti