Selayaknya Istilah Jadong Diberikan Penganalisis Ekonomi Kepada Najib


 AGENDA DAILY
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah melabelkan Datuk Seri Najib Razak sebagai penjenayah dan banduan, tetapi bebas bergerak ke mana sahaja disukai, termasuk ke Singapura.
Memang tepat apabila seorang penganalisis ekonomi menggunakan istilah ‘jadong’ terhadap Datuk Seri Najib Razak, ketika mengulas kempen pengeluaran one-off RM10,000 i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) oleh bekas Perdana Menteri itu.
Ini ternyata apabila Ahli Parlimen Pekan yang dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC) itu, terus menerus berkempen menggesa kerajaan supaya meluluskan pengeluaran berkenaan.
Menggunakan pendekatan yang kini dilihat lebih lembut terhadap kerajaan pimpinan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Najib mahukan kerajaan memberi pilihan kepada pencarum sama ada mahu mengeluarkan wang mereka atau tidak.
“… itupun wang mereka sendiri – bukan wang kerajaan,” kata Najib yang disifatkan oleh mentornya Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai banduan, tetapi bebas bergerak ke mana sahaja disukai, termasuk ke Singapura.
“Jadi, kita saran pengeluaran kali terakhir. One final time. Bukan banyak pun. Cuma naikkan i-Citra dari RM5k ke RM10k.”
Semalam, portal berita Malaysianow melaporkan penganalisis ekonomi Muhammed Abdul Khalid memetik perkataan ‘jadong’ – ungkapan pemikir Syed Hussein Alatas yang bermaksud jahat, bodoh dan sombong – ketika mengulas kempen Najib berhubung pengeluaran one-off itu.
Desakan dan kempen pengeluaran one-off RM10,000 skim i-Citra KWSP, khususnya oleh UMNO, menerima kecaman daripada ahli ekonomi, yang menganggap pencarum terpaksa bekerja lebih lama daripada tempoh persaraan.
Penganalisis dan ahli ekonomi mengecam kempen dan desakan pengeluaran itu susulan amaran KWSP bahawa rata-rata pencarum tidak mempunyai simpanan yang cukup bagi menghadapi usia tua.
Malah, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz baru-baru ini menyatakan pengeluaran KWSP bukanlah jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi rakyat, kerana ia bakal membebankan generasi masa depan.
Muhammed dilaporkan berkata situasi tersebut sudahpun dijangka memandangkan sebelum ini sudah ada pakar-pakar ekonomi yang memberikan amaran untuk tidak mengeluarkan wang KWSP bagi menangani kesan Covid-19.
“Jangan benarkan pengeluaran duit simpanan hari tua milik rakyat untuk membantu mereka yang terkesan dengan krisis. Ini bukan penyelesaian. Ini menambahkan masalah di masa hadapan,” katanya sambil menggelar gesaan Najib itu sebagai “jadong”.
Sebelum ini, Perdana Menteri berkata kerajaan tidak berhasrat meluluskan pengeluaran wang KWSP berjumlah RM10,000 biarpun ada permintaan agar ia dipertimbangkan bagi tujuan meringankan beban mangsa banjir yang terjejas.
Beliau berkata kerajaan juga tidak berhasrat meluluskan pengeluaran i-Citra bagi kali kedua setelah skim berkenaan berakhir bulan ini.
Perdana Menteri berkata keputusan itu dibuat kerana kerajaan telah memperuntukkan dana serta bantuan yang mencukupi kepada mangsa banjir yang terjejas di seluruh negara ketika ini.
Menurutnya, kerajaan bimbang dengan jumlah baki simpanan dalam akaun pencarum KWSP susulan dua kali pengeluaran menerusi i-Sinar dan i-Citra, akan ada yang berisiko menjadi miskin tegar selepas bersara.
Sikap keras kepala Najib yang menganggap hanya tindakan ketika beliau menjadi Perdana Menteri dahulu adalah betul, kini dilihat merendah-rendahkan kepemimpinan negara pada mata dunia.
Najib yang mengulas lanjut isu i-Citra itu semalam juga mencadangkan kerajaan Ismail Sabri mengambil beberapa langkah sebagaimana yang pernah beliau lakukan dahulu ketika menjadi Perdana Menteri.
“Selain cara-cara yang pernah saya sarankan pada masa dahulu seperti menaikkan semula kadar caruman majikan, struktur semula kadar dividen mengikut multi-tier dan memberi projek-projek lumayan pada KWSP sebagaimana kerajaan BN masa saya PM berbuat dengan syarikat lebuhraya PLUS, Kwasa Damansara dan Battersea UK, kita juga pernah berjaya menaikkan kadar bayaran BR1M dari sifar ke RM500 ke RM1,200 dan akhirnya janji RM2,000 dalam tempoh 6 tahun.
“Jadi, tidak mustahil pada masa depan sekiranya kita beri bayaran one-off special BR1M sebanyak RM2,500 setiap keluarga jika dibayar sebagai tunai ataupun RM5,000 jika keluarga tersebut bersetuju dimasukkan dalam akaun KWSP dan bukan secara tunai?,” kata Najib.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/selayaknya-istilah-jadong-diberikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
National Embarrassment Menteri Ekonomi Lantikan Mahathir Tidak Laku Najib Pula Yang Dipilih Negara China

National Embarrassment Menteri Ekonomi Lantikan Mahathir Tidak Laku Najib Pula Yang Dipilih Negara China

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 226 hits
Oleh Sirajuddin AhmnadAmat memalukan apabila sebuah forum ekonomi bertaraf dunia anjuran sebuah negara besar tidak menjemput Menteri Ekonomi negara Azmin Ali sebagai tunjang forum Sebaliknya Datuk Seri Najib Razak pula yang pengganjur pilih...
Najib S Epf Withdrawal Campaign Will See Many Forced To Work Longer Economists Warn

Najib S Epf Withdrawal Campaign Will See Many Forced To Work Longer Economists Warn

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 238 hits
Economists have panned the call by former prime minister Najib Razak for the government to allow more withdrawals from the Employees Provident Fund to help flood victims saying among others that this might see contributors forced to continu...
Here S Why Some Back More I Citra Epf Withdrawals Says Najib

Here S Why Some Back More I Citra Epf Withdrawals Says Najib

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 436 hits
Najib Razak says EPF must allow its members to make one final withdrawal of about RM5 000 to RM10 000 for their emergency needs PETALING JAYA Najib Razak has highlighted three reasons why some people support more i Citra EPF withdrawals eve...
Najib Tanya Kenapa Kes Rm700 Juta Zeti Uncle Lim Membisu

Najib Tanya Kenapa Kes Rm700 Juta Zeti Uncle Lim Membisu

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 236 hits
Oleh Sirajuddin AhmadSerangan demi serangan Lim Kit Siang lakukan terhadap Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Datuk Azam Baki Namun dalam serangan serangan itu terlihat betapa motif Uncle Lim Kit Siang bukan atas sebab mahukan keben...
Tuuu Diiaaaaa Mangsa Banjir Dapat Sehingga 61k Bantuan Najib Kata Mail Nak Bagi Kaya Ka Ya Ka Ya

Tuuu Diiaaaaa Mangsa Banjir Dapat Sehingga 61k Bantuan Najib Kata Mail Nak Bagi Kaya Ka Ya Ka Ya

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 228 hits
Selaras dengan pengumuman YAB PM semalam adalah inisiatif inisiatif Kerajaan khusus untuk meringankan beban mangsa banjir Secara keseluruhan mangsa banjir boleh menerima bantuan sehingga RM61 000 Terbaik Selaras dengan pengumuman YAB PM sem...
Awal Tahun Yang Kurang Menyenangkan Buat Najib Saya Tak Pernah Fitnah Dzul Kata Najib Ekoran Saman Bekas Menteri

Awal Tahun Yang Kurang Menyenangkan Buat Najib Saya Tak Pernah Fitnah Dzul Kata Najib Ekoran Saman Bekas Menteri

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 299 hits
January 3 2022 Najib Razak berkata Dr Dzulkefly Ahmad menyamannya kerana tidak berpuas hati dengan komen warganet PETALING JAYA Najib Razak menafikan beliau memfitnah Dr Dzulkefly Ahmad dalam catatannya di Facebook tahun lepas selepas bekas...
Isu Kwsp Zahid Najib Nak Selamat Diri Daripada Penjara Kata Mp Bangi

Isu Kwsp Zahid Najib Nak Selamat Diri Daripada Penjara Kata Mp Bangi

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 226 hits
AGENDA DAILY Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming berpendapat Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memainkan isu KWSP dalam usaha menyelamatkan diri daripada hukuman penjara Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming menyindir Presi...
Najib Sekolahkan Lim Kit Siang Tentang Kes Selektif

Najib Sekolahkan Lim Kit Siang Tentang Kes Selektif

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 280 hits
Oleh Sirajuddin AhmadTiada kejujuran politik langsung jika sesuatu isu dan kenyataan itu datang dari orang seperti Tun Mahathir dan Lim kit Siang Jika Tun Mahathir baru baru ini menyentuh tentang negara dengan kenyataan bahawa negara menuju...
Ex 1mdb Cfo Denies Suit Against Him Dropped So He Would Testify Against Najib

Ex 1mdb Cfo Denies Suit Against Him Dropped So He Would Testify Against Najib

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 257 hits
MDB TRIAL Azmi Tahir disagreed that a 1MDB linked against him was withdrawn in return for his testimony against Najib Abdul Razak The former 1MDB chief financial officer however agreed with the former premier prime minister s legal team tha...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean