Selar Terbuka Ismail Sabri Nur Jazlan Wajar Dikenakan Tindakan Disiplin



Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh
Timbalan Pengerusi Umno Negeri Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed, menyelar Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dengan menyifatkan beliau sebagai Perdana Menteri Umno yang bercelaru, menjadi ‘tebusan’ pihak tertentu dan paling lemah dalam sejarah negara.
Alasan yang pemimpin Umno Negeri gunakan ini ialah kerana Ismail Sabri dikatakan lambat membuat keputusan mengenai kedudukan seorang Menteri Kabinet, Datuk Zuraida Kamaruddin, yang telah keluar dari Bersatu untuk menyertai PBM pada 26 Mei lalu.
Maka ramailah yang bertanya wajarkah selaran terbuka begini dibuat terhadap seorang Perdana Menteri yang juga merupakan Naib Presiden terkanan Umno, parti yang pihak penyelar beliau menjadi ahli dan pemimpinnya, dan apakah motif selaran ini dibuat.
Jika dilihat kepada Perlembagaan Umno jelas disebut dalam Fasal 20.8 bahawa semua ahli UMNO hendaklah Patuh dan menghormati keputusan-keputusan parti; Memelihara nama baik dan maruah parti; dan Senantiasa menunjukkan tatalaku yang sopan lagi tertib.
Pasti saja ada yang akan mengingati peristiwa Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Lokman Adam, dipecat daripada Umno oleh MKT Umno pada 7 Februari 2020 atas tindakan beliau menyelar secara terbuka Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi.
Tidak dinafikan bahawa tindakan pemimpin Umno menyelar secara terbuka mana-mana pemimpin tertingginya merupakan satu perlanggaran disiplin parti yang boleh menjejaskan nama baik parti dan boleh menyebabkan pelakunya dikenakan tindakan disiplin.
Tindakan begini samalah dengan perbuatan menembak kaki sendiri di saat kita sedang bertarung, tidak dapat tidak ia pasti akan melemahkan keutuhan Umno dan akan dipergunakan oleh parti lain untuk menghilangkan keyakinan rakyat kepada Umno.
Apatah lagi bila pemimpin tertinggi yang diselar itu adalah pemimpin yang telah dipersetujui secara sebulat suara oleh MKT Umno pada 14 April lalu untuk dijadikan sebagai ‘poster boy’ dan calon Perdana Menteri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15).
Menyentuh mengenai motif selaran secara terbuka ini dibuat, tidak dapat tidak pastilah ia akan dikaitkan dengan rekod penyelar ini yang beberapa kali menghentam pemimpin Umno yang tidak begitu bersetuju supaya PRU 15 dilangsungkan secepat mungkin.
Oleh itu, cubaan untuk menggambarkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Umno yang bercelaru, menjadi ‘tebusan’ pihak tertentu dan paling lemah dalam sejarah negara ini perlulah dilihat dalam konteks PRU 15 mahu dilangsungkan secepat mungkin.
Ada yang berpendapat penyelar inilah sebenarnya yang bercelaru, menjadi ‘tebusan’ pihak tertentu dan paling lemah kerana pelbagai kenyataan beliau amat tidak konsisten selain ditolak pengundi sendiri bila kalah dengan majoriti lebih 28,000 undi dalam PRU 14.
Apa keperluan beliau mahu PRU 15 dilangsungkan secepat mungkin bila beliau sendiri telah mengumumkan tidak akan bertanding dalam PRU 15 kerana beliau menyebut beliau sudah tahu apa keputusannya jika beliau bertanding dan mahu mengelak dari menanggung malu.
Beliau malah turut menyebut kita perlu akui antara faktor BN menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah peratusan keluar mengundi yang rendah, namun jika peratusan keluar melebihi 70 peratus belum tentu kita boleh menang khususnya dalam PRU.
Sepatutnya mana-mana pemimpin yang berkeyakinan rendah begini harus mengundurkan diri dari memimpin parti baik di peringkat bahagian apatah lagi di peringkat negeri bagi memberi ruang kepada pemimpin yang lebih muda dan lebih berkeupayaan untuk memimpin.
Mendesak PRU 15 dilangsungkan secepat mungkin dalam keadaan di mana pemimpin yang membuat desakan itu sendiri tidak mempunyai keyakinan bahawa Umno akan menang adalah umpama tindakan ‘kamikaze’ sedangkan ‘membunuh diri’ adalah dilarang oleh agama.
Dalam konteks inilah maka kenyataan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan, pada 14 Jun lalu bahawa masa terbaik untuk PRU15 diadakan adalah sebaik sahaja Bajet 2023 dibentangkan Oktober ini menunjukkan beliau adalah pemimpin yang realistik.
Mohamad Hasan tidak diketahui sebagai pemimpin yang suka beretorik atau menggunakan bahasa yang bombastik, sebaliknya, seperti yang beliau tegaskan dalam ucapan perasmian Konvensyen BN pada 1 Jun lalu, PRU-15 ini mesti disandarkan kepada data.
Berbalik kepada persoalan benarkah Ismail Sabri merupakan Perdana Menteri Umno yang bercelaru, menjadi ‘tebusan’ pihak tertentu dan paling lemah dalam sejarah negara ini, amat tidak wajar isu ini ditimbulkan kerana bukti menunjukkan perkara di sebaliknya.
Soal pembuatan keputusan mengenai kedudukan Zuraida dalam Kabinet bukanlah satu isu kerana, satunya, ia langsung tidak menyentuh kedudukan Umno, dan keduanya, kerana Zuraida sendiri, walaupun sudah berpindah parti, belum meletakkan jawatan.
Pihak yang menyelar Ismail Sabri perlu ingat Perkara 43 (5) Perlembagaan Persekutuan menyebut Menteri-Menteri hendaklah memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong… tetapi mana-mana Menteri boleh meletakkan jawatannya.
Bila Menteri belum meletakkan jawatannya manakala parti yang diwakili oleh Menteri itu juga tidak pernah membuat sebarang permintaan rasmi supaya Menteri itu digantikan dengan wakil rakyat lain maka tidak berbangkit keperluan untuk Ismail Sabri membuat keputusan.
Untuk membandingkan Ismail Sabri dengan Perdana Menteri Umno lain yang menjadi Perdana Menteri dalam keadaan mereka merupakan Presiden Umno manakala Umno dan BN pula menguasai 2/3 majoriti kerusi Parlimen adalah satu perkara yang zalim.
Sebaliknya, pengukuran ke atas kelemahan dan kekuatan Ismail Sabri hendaklah dilihat dalam konteks kejayaan beliau menjadi Perdana Menteri dalam keadaan beliau bukan merupakan Presiden Umno manakala Umno dan BN pula sebenarnya kalah dalam PRU 14.
Kejayaan beliau melakukan banyak perkara sebagai Perdana Menteri Umno dalam suasana Umno tidak memegang kuasa secara mutlak, termasuk memulihkan negara dari pandemik COVID-19 dan melaksanakan begitu banyak transformasi, adalah menakjubkan.
Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh adalah Profesor Emeritus di Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/06/24/selar-terbuka-ismail-sabri-nur-jazlan-wajar-dikenakan-tindakan-disiplin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nur Jazlan Kritik Ismail Sabri Sebagai Pm Terlemah Umno

Nur Jazlan Kritik Ismail Sabri Sebagai Pm Terlemah Umno

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 188 hits
agendaily com22 06 2022Datuk Nur Jazlan Mohamed mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Lambat dalam membuat keputusan berhubung kedudukan Datuk Zuraida Kamaruddin dalam Kabinet menyebabkan Datuk Nur Jazlan Mohamed mengkri...
Kecam Poster Boy Umno Nur Jazlan Langgar Disiplin Parti

Kecam Poster Boy Umno Nur Jazlan Langgar Disiplin Parti

papar berkaitan - pada 26/6/2022 - jumlah : 160 hits
Hakikat yang barangkali tidak disedari atau sengaja diabaikan oleh ramai orang UMNO ialah Ismail Sabri Yaakob sebenarnya telah pun diputuskan sebagai poster boy BN untuk menghadapi PRU15 akan datang Pemilihannya diputuskan secara sebulat su...
Jangan Susahkan Ismail Sabri Tiada Ruang Untuk Zuraida Kekal Lagi Jadi Menteri

Jangan Susahkan Ismail Sabri Tiada Ruang Untuk Zuraida Kekal Lagi Jadi Menteri

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 129 hits
Menjelang pertemuannya dengan Perdana Menteri pada minggu ini bagi membincangkan perletakan jawatannya sebagai menteri Zuraida Kamaruddin dalam masa yang sama berharap kedudukannya akan kekal dalam kabinet Kata Menteri Perusahaan Perladanga...
Ismail Sabri Dah Mula Tunjuk Berani Kluster Mahkamah Sila Duduk Diam Diam Diri

Ismail Sabri Dah Mula Tunjuk Berani Kluster Mahkamah Sila Duduk Diam Diam Diri

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 152 hits
Beberapa hari lalu saya telah menulis menyarankan perlunya Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menunjukkan keberanian dengan seberapa segera bagi menghentikan polemik berkaitan tarikh PRU15 daripada terus berpanjangan Ini kerana selagi pole...
Mohon Mencadangkan Ismail Sabri Jangan Sesekali Bubar Parlimen Selagi Tak Jadi Presiden Umno

Mohon Mencadangkan Ismail Sabri Jangan Sesekali Bubar Parlimen Selagi Tak Jadi Presiden Umno

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 366 hits
Hari ini Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bercakap lagi buat kesekian kalinya mengenai tarikh PRU15 Katanya walaupun tarikh paling lewat untuk diadakan PRU15 ialah Julai 2023 tetapi ia mungkin diadakan lebih awal daripada itu Walaupun ta...
Sebab Apa Tak Buat Undi Tak Percaya Terhadap Ismail Sabri

Sebab Apa Tak Buat Undi Tak Percaya Terhadap Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 147 hits
Shahrir Samad berkata hanya satu dua kerat orang Umno saja yang tidak mahu PRU15 tergempar diadakan Kalau macam itu sebab apa tak buat undi tidak percaya terhadap Ismail Sabri Yaakob
Ismail Sabri At National Stadium To Support Malaysia Against Bangladesh

Ismail Sabri At National Stadium To Support Malaysia Against Bangladesh

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 272 hits
Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turned up at the National Stadium in Bukit Jalil tonight to support the Harimau Malaya squad in their final Group E match against Bangladesh in the 2023 Asian Cup Qualifiers Bernama picKUALA LUM...
Ahli Umno Kena Sokong Ismail Sabri

Ahli Umno Kena Sokong Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 225 hits
Tak malu ke orang parti kita sendiri cuba melemahkan PM daripada parti kita yang hanya ada 38 kerusi Ahli UMNO wajar menyokong kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Perdana Menteri apabila berjaya memimpin negar...
Ismail Sabri Perlu Jadi Berani Tamatkan Polemik Tarikh Pru Dengan Segera

Ismail Sabri Perlu Jadi Berani Tamatkan Polemik Tarikh Pru Dengan Segera

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 125 hits
Ribut ribut mengenai sama ada PRU15 perlu diawalkan atau tunggu sehingga tempoh tamat penggal Parlimen sedia ada ini berakhir masih lagi menjadi perdebatan yang berpanjangan serta tiada kesudahan Yang peliknya bukan saja parti parti dalam k...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities