Selangor Tidak Beri Peruntukan Covid 19 Kepada Wakil Pembangkang



PETALING JAYA: Kerajaan Selangor tidak memberi peruntukan berkait Covid-19 kepada anggota pembangkang di negeri itu, sebaliknya menyalurkannya kepada penyelaras.

Menteri Besar Amirudin Shari hari ini berkata, langkah menyalurkan peruntukan bagi kerusi pembangkang di negeri itu kepada penyelaras adalah amalan biasa.

Ini berikutan penyebaran satu surat di media sosial yang menyebut 9 wakil rakyat daripada Umno, PAS dan PPBM, termasuk 2 yang dipecat daripada PKR bulan lepas, tidak akan mendapat peruntukan RM30,000 untuk perbelanjaan berkaitan Covid-19 secara langsung.

Bercakap kepada FMT Amirudin berkata, setiap kawasan pembangkang di Selangor diperuntukkan RM200,000 sebagai perbelanjaan setahun dan tidak pernah diberikan terus kepada Adun pembangkang.

“Wakil Adun pembangkang boleh menuntut wang dari Pejabat Daerah masing-masing untuk pembiayaan,” katanya.

Amiruddin berkata, surat yang menyatakan bahawa peruntukan RM30,000 tidak akan diberikan kepada Adun pembangkang secara langsung bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Beliau berkata, peruntukan bagi “pembelian langsung” sentiasa ada, tetapi baru-baru ini dinaikkan daripada RM20,000 kepada RM30,000 untuk semua 56 Adun berikutan wabak Covid-19.

Amiruddin berkata, surat yang tersebar itu adalah antara banyak surat yang dikeluarkan dan merupakan amalan standard (tidak memberi peruntukan langsung kepada wakil pembangkang).

Adun kerajaan akan mendapat lebih banyak peruntukan, manakala Adun pembangkang akan mendapat peruntukan yang lebih rendah.

“Ini telah lama diamalkan,”katanya.

Surat tular mengenai perbincangan antara menteri besar serta ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 22 Mac lalu memutuskan peruntukan RM30 ribu disalurkan secara terus kepada Pusat Khidmat Masyarakat semua Adun kecuali Adun Sungai Air Tawar, Sungai Panjang, Hulu Bernam, Sungai Burong, Gombak Setia, Bukit Antarabangsa, Semenyih, Sijangkang dan Selat Klang.

Amirudin berkata walaupun Adun pembangkang mendapat peruntukan yang lebih rendah, gabungan kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) menyalurkan peruntukan kepada “penyelaras” untuk melaksanakan program.

“Jadi pada hakikatnya, tiada siapa yang ditinggalkan, walaupun Adun mereka (pembangkang) tidak mendapat pembiayaan,” katanya.

Beliau berkata, memandangkan peralihan kuasa kerajaan persekutuan baru-baru ini kepada Perikatan Nasional, maka penyelaras bagi beberapa kawasan pembangkang baru belum ditentukan.

Amirudin berkata, beberapa Ahli Parlimen PH dipilih untuk mengendalikan peruntukan bagi kawasan pembangkang dalam masa yang sama.

Beliau berkata, peruntukan kepada kerusi Sijangkang akan dikendalikan oleh ahli Parlimen Kuala Langat Xavier Jayakumar; kerusi Gombak Setia dikendalikan oleh pejabat konstituensi Sungai Tua, iaitu kawasan Amirudin; Sungai Air Tawar (Adun Sabak Ahmad Mustain Othman); Bukit Antarabangsa (Adun Lembah Jaya, Haniza Mohamed Talha); dan Sungai Burong (Adun Permatang, Rozana Zainal Abidin).

Amirudin berkata, peruntukan bagi DUN Semenyih akan dikendalikan oleh Hasanuddin Mohd Yunus dan pembiayaan bagi DUN Selat Klang akan dikendalikan oleh ahli Parlimen Kapar Abdullah Sani Abdul Hamid.

Amirudin berkata, purata Adun kerajaan akan mendapat RM730,000 hingga RM800,000 setahun.

Sementara itu, Adun Sungai Panjang, Mohd Imran Tamrin berkata, langkah kerajaan negeri itu adalah “langkah mundur”.

Beliau juga mempersoalkan mengapa 4 Adun PPBM, iaitu Harumaini Omar, Mohd Shaid Rosli, Sallehudin Amiruddin dan Adhif Syan Abdullah diberi peruntukan langsung walaupun mereka ahli “pembangkang”.

Sebelum ini, 4 wakil PPBM berikrar untuk memberikan sokongan kepada kerajaan negeri Selangor di bawah PH.


MR :  PH kalau dia buat tak apa... semuanya betul


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/03/selangor-tidak-beri-peruntukan-covid-19.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sultan Selangor Titah Tabligh Berhimpun Di Masjid Sri Petaling Saring Covid 19

Sultan Selangor Titah Tabligh Berhimpun Di Masjid Sri Petaling Saring Covid 19

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 348 hits
SHAH ALAM 24 MAC Peserta program tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling Kuala Lumpur digesa tampil menjalani saringan kesihatan titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah kedegilan mereka dikhuatiri meny...
Mb Seru Duduk Rumah Jangkitan Baharu Covid 19 Malaysia Turun Selangor Naik

Mb Seru Duduk Rumah Jangkitan Baharu Covid 19 Malaysia Turun Selangor Naik

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 330 hits
SHAH ALAM 25 MAC Kes Covid 19 di Selangor meningkat walaupun taburan kes di negara ini menunjukkan penurunan semalam kata Dato Menteri Besar Dato Seri Amirudin Shari berkata daripada 106 kes baharu dicatatkan di seluruh negara sehingga 24 M...
Covid 19 59 Adun Perak Dapat Peruntukan Khas Rm20 000

Covid 19 59 Adun Perak Dapat Peruntukan Khas Rm20 000

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 321 hits
IPOH Kerajaan Perak mengumumkan peruntukan khas dalam bentuk wang tunai RM20 000 kepada kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri di negeri ini susulan Perintah Kawalan Pergerakan Peruntukan membabitkan jumlah keseluruhan RM1 18 juta akan diberika...
Peruntukan Mp Pembangkang Siapa Yang Sekat

Peruntukan Mp Pembangkang Siapa Yang Sekat

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 147 hits
SAYA rakamkan tahniah kepada Ahli Parlimen Subang Wong Chen yang secara jujur mengakui bahawa kerajaan Pakatan Harapan gagal merubah amalan menyekat peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang Sejak mengambil alih kerajaan selepas PRU14 seh...
K Jaan Dijangka Jumpa Adun Pembangkang S Gor Bincang Peruntukan

K Jaan Dijangka Jumpa Adun Pembangkang S Gor Bincang Peruntukan

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 159 hits
MALAYSIAKINISemua 13 Adun pembangkang dan bebas di Selangor dijangka bertemu menteri kanan Mohamed Azmin Ali di Putrajaya petang ini bagi membincangkan isu peruntukan untuk menangani wabak Covid 19 Satu sumber memberitahu Malaysiakini bahaw...
Terkini Jais Luluskan Peruntukan Khas Rm20 000 Dan Tubuh Pasukan Urus Jenazah Covid 19

Terkini Jais Luluskan Peruntukan Khas Rm20 000 Dan Tubuh Pasukan Urus Jenazah Covid 19

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 283 hits
Jabatan Agama Islam Selangor akan menyediakan peruntukan khas sehingga RM20 000 bagi pembelian kelengkapan pengurusan jenazah yang meninggal dunia akibat wabak Covid 19 Pengarahnya Mohd Shahzihan Ahmad berkata peruntukan itu bagi kegunaan 3...
Jumlah Kes Harian Covid 19 Di Selangor Turun Mb Pesan Terus Patuh Pkp

Jumlah Kes Harian Covid 19 Di Selangor Turun Mb Pesan Terus Patuh Pkp

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 360 hits
SHAH ALAM 27 MAC Jumlah kes baharu jangkitan Covid 19 di Selangor menurun agak ketara hari ini berbanding semalam yang merekodkan sebanyak 75 kes Walau kes baharu hanya 36 namun seorang lagi meninggal dunia menjadikan tiga kematian di neger...
Kes Covid 19 Di Selangor Turun Tiga Meninggal Dunia

Kes Covid 19 Di Selangor Turun Tiga Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 361 hits
SHAH ALAM 27 MAC Sebanyak 546 kes positif Covid 19 dilaporkan di Selangor menurun 35 berbanding semalam dengan tiga kematian kata Dato Menteri Besar Dato Seri Amirudin Shari bagaimanapun meminta rakyat sentiasa mematuhi arahan Perintah Kawa...
Rakyat Selangor Berdoa Henti Covid 19 30 Mac Dan 2 April

Rakyat Selangor Berdoa Henti Covid 19 30 Mac Dan 2 April

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 387 hits
SHAH ALAM 28 MAC Umat Islam di seluruh negeri ini diajak menyertai Rakyat Selangor Berdoa pada 30 Mac dan 2 April depan bagi memohon Allah mengangkat musibah wabak Covid 19 Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor berkata penganjurannya dibuat...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Raikan Kemeriahan Hari Raya Dengan Himpunan Unik Trio Carlo Rino


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet

Tauhu Bunga Untuk Sarapan Pagi

Lebai Risau Arak Dari Dadah Dadah Tak Haram Kah