Selangor Raih 118 Tan Tuaian Pertama Jagung Bijirin


 
Exco Infrastruktur dan Pertanian Izham Hashim, berkata pihaknya bercadang memperluas tanaman itu selain melihat potensi tanah di sekitar Selangor atau di negeri lain. (Gambar Bernama)TANJUNG SEPAT: Kerajaan Selangor menerusi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) telah menuai 118 tan hasil pertama projek jagung bijirin berkualiti tinggi dilancarkan negeri itu tahun lalu.
Exco Infrastruktur dan Pertanian Izham Hashim, berkata tuaian melibatkan kawasan seluas 16.9 hektar daripada keseluruhan 121 hektar itu adalah bagi fasa pertama dan dijangka hasil tersebut terus meningkat.
“Julung kali dalam sejarah Selangor tanam jagung bijirin di tanah gambut dan inilah hasil daripada Pelan Transformasi Agro Selangor dengan kerjasama PKPS, telah meletakkan penanaman ini sebagai agenda penting kerana menjadi bahan utama dalam makanan ayam.
“Justeru, untuk tuaian fasa pertama ini sebanyak 118 tan hasil diperoleh dengan kos kira-kira RM970 setiap tan, berbanding harga import RM1,200 per tan (tidak termasuk pengangkutan),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Tuaian Pertama Jagung Bijirin Komersial PKPS.
Beliau berkata, Malaysia mengimport kira-kira empat juta tan jagung setahun daripada negara luar, justeru, inisiatif tersebut dilihat mampu mengurangkan kebergantungan kepada import selain memberi impak positif rantaian bekalan makanan seperti menurunkan harga jualan ayam khususnya yang dijual PKPS.
Izham berkata, pihaknya menerusi PKPS bercadang memperluaskan tanaman itu dan akan melihat potensi tanah yang ada di sekitar Selangor atau di negeri lain.
“Tanaman ini mempunyai permintaan tinggi, jagung masih di pokok pun sudah ada permintaan, selain itu, harga jualannya turut tinggi dan boleh memberi keuntungan yang berbaloi,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS, Mohamad Khairil Mohamad Razi, berkata pihaknya menjangkakan fasa penanam kedua jagung bijirin tersebut akan bermula pada Mac depan.
“Pelaksanaan projek yang menelan belanja sebanyak RM4 juta ini merangkumi empat fasa utama iaitu fasa pembersihan dan pembinaan infrastruktur, fasa penanaman, penjagaan, dan pembesaran pokok serta akhir sekali fasa tuaian dalam tempoh 100 hingga 115 hari bagi setiap kitaran.
“Selain itu, PKPS turut mengalu-alukan kerjasama strategik dengan mana-mana pihak berminat menceburi penanaman jagung bijirin. Kita beriltizam untuk menambah lagi pengeluaran jagung bijirin khususnya di Selangor dan menawarkan kepakaran teknikal sedia ada untuk kerjasama secara komersial,” katanya.
Menurutnya, PKPS akan membuka pusat pengumpulan jagung bijirin bagi menempatkan mesin pengeringan dan penguraian selain tempat penyimpanan yang mampu menampung kapasiti kira-kira 200 tan jagung.
Ditanya mengenai Jelajah Jualan Ehsan Rahmah (JER) 2024, beliau berkata pihaknya menyasarkan nilai jualan pada tahun ini sebanyak RM60 juta, termasuk subsidi RM10 juta ditawarkan kerajaan negeri. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/01/selangor-raih-118-tan-tuaian-pertama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Macc Raids Tan Sri S House In Rm4 5bil Graft Probe

Macc Raids Tan Sri S House In Rm4 5bil Graft Probe

papar berkaitan - pada 20/1/2024 - jumlah : 279 hits
PETALING JAYA The Malaysian Anti Corruption Commission raided a Tan Sri s residence in connection with a corruption case involving procurement and management of the government s fleet of vehicles worth RM4 5bil Along with raiding the reside...
41 Tan Metrik Beras Bernilai Rm131 568 Disita Kpkm

41 Tan Metrik Beras Bernilai Rm131 568 Disita Kpkm

papar berkaitan - pada 25/1/2024 - jumlah : 152 hits
Pasukan Penguat Kuasa Kawalselia Padi dan Beras telah menyita 41 tan metrik beras pelbagai gred yang bernilai RM131 568 di sebuah premis pada Selasa Menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan KPB telah melaksanakan satu pemeriks
Bangunan Kedua Tertinggi Dunia Ini 8 Benda Seram Disebalik Pembinaan Menara Merdeka 118

Bangunan Kedua Tertinggi Dunia Ini 8 Benda Seram Disebalik Pembinaan Menara Merdeka 118

papar berkaitan - pada 18/1/2024 - jumlah : 177 hits
Di Malaysia terdapat banyak mercu tanda yang menjadi kebanggaan negara seperti Menara KLCC Jambatan Pulau Pinang dan Bangunan Sultan Abdul Samad Sebagai tambahan terkini rakyat Malaysia sekali lagi berbangga apabila Menara Merdeka 118 Setel...
Kediaman Ahli Perniagaan Bergelar Tan Sri Diserbu Sprm

Kediaman Ahli Perniagaan Bergelar Tan Sri Diserbu Sprm

papar berkaitan - pada 20/1/2024 - jumlah : 246 hits
HarapandailySuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyerbu kediaman seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri pagi tadi bagi siasatan berhubung dakwaan rasuah perolehan membekal dan mengurus flit kenderaan kerajaan Malaysia Turut diserbu be...
Angkara Sarjan Tan Peniaga Runcit Lesap Hampir Rm1 Juta

Angkara Sarjan Tan Peniaga Runcit Lesap Hampir Rm1 Juta

papar berkaitan - pada 11/1/2024 - jumlah : 309 hits
BernamaALOR GAJAH Seorang peniaga kedai runcit kerugian RM922 300 87 akibat diperdaya sindiket penipuan panggilan telefon atau phone scam yang menyamar sebagai polis bulan lalu Ketua Polis Alor Gajah Arshad Abu berkata mangsa yang merupakan...
Lakonan Filem Pertama Jaehyun Nct Muncul Sebagai Peramal Kematian Dalam You Will Die In 6 Hours

Lakonan Filem Pertama Jaehyun Nct Muncul Sebagai Peramal Kematian Dalam You Will Die In 6 Hours

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 249 hits
Jae hyun NCT akan melakukan kemunculan sulungnya di layar perak sebagai pelakon di dalam filem thriller ARTIKEL BERKAITAN Filem You Will Die In 6 Hours merupakan filem yang diadaptasikan oleh novel misteri Jepun dengan tajuk yang sama Cerit...
Bukan Taknak Terima Tapi Gyeongseong Creature Raih Reaksi Negatif Park Seojoon Beri Respon

Bukan Taknak Terima Tapi Gyeongseong Creature Raih Reaksi Negatif Park Seojoon Beri Respon

papar berkaitan - pada 11/1/2024 - jumlah : 178 hits
Semua orang pastinya akan mempunyai pendapat sendiri terhadap sesuatu perkara kan ARTIKEL BERKAITAN Begitu juga dengan beberapa penonton yang kurang gemar dengan drama Gyeongseong Creature dan mendakwa bahawa plot siri berkenaan adalah memb...
Syihan Hazmi Kita Perlu Raih Mata Berdepan Jordan

Syihan Hazmi Kita Perlu Raih Mata Berdepan Jordan

papar berkaitan - pada 12/1/2024 - jumlah : 237 hits
Syihan Hazmi berpendapat skuad Harimau Malaya perlu meraih mata berdepan Jordan dalam perlawanan pertama kumpulan E Piala Asia 2023 8220 Alhamdulillah dari hari pertama kami tiba mental pemain sangat baik dan fokus untuk aksi pertama Saya h...
Anwar Kena Jawab 1mdb Gugur Saman Terhadap Riza Aktivis

Understanding Sentiment Analysis In Natural Language Processing

Panduan Lengkap Persiapan Menyambut Bulan Ramadan

Putrajaya International Convention Centre

Malaysia Iran Agree To Strengthen Bilateral Ties

7 Lelaki Didakwa Bunuh Tanam Rakan Dalam Kolah

Your Tanks Neil Woodman Practical Fishkeeping

Makan Masakan Thai Di Arked Niaga Padang Besar Perlis


echo '';
Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bukan Sekadar Lafaz Musim 2 Slot Akasia TV3

Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Kehebatan Tamadun Bangsa Afrika Kuno Yang Di Lupakan

Kl Steamboat Grill Menyajikan Pakej Berbuka Puasa Sepanjang Ramadan 2025

338 Postmodern Monologue Home By Giant Design

Ipic Case Anwar Responsible If Najib S Dnaa Turns Into Full Acquittal

Do You Want Urban Malays To Remain Poor Anwar Challenges Urban Renewal Critics

Woman Delivers Baby Safely After Escaping Landslide