Selangor Perlu Ada Pengurusan Sumber Air Berkesan Lee Lam Thye
Astro Awani

Tegas  Lam Thye, isu air perlu ditangani dengan berkesan selain meminta  masyarakat mengambil berat perkara berkenaan. -Gambar fail/BERNAMA KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor dicadang mengadakan pengurusan sumber air berkesan untuk mengelakkan isu pencemaran di negeri itu berulang
 Pengerusi  Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye berkata ia memerlukan  pendekatan holistik sumber air selain menyerahkan isu berkaitan sabotaj  air kepada pihak berkuasa
 "Saya  ada mengikuti perbahasan DUN Selangor, exco menyatakan secara terbuka  bahawa kemungkinan itu besar, gangguan air disebabkan oleh orang  tertentu yang mungkin ingin melakukan sabotaj dan sebagainya
 "Paling penting perkara seperti ini disiasat polis," katanya semasa sidang Skype di sini, pada Jumaat
 BACA: Belum ada keperluan bekalan air kitar semula - PakarBACA: Rawatan dialisis terjejas susulan gangguan bekalan air Prsiden  Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader sebelum ini  meminta kerajaan meminda undang-undang berkaitan pencemaran alam  sekitar bagi mengenakan hukuman berat terhadap pesalah yang melakukan  perbuatan itu, terutama yang berkaitan pembekalan air
 Jelasnya,  perbuatan mencemarkan alam sekitar dan bekalan air adalah sama seperti  melakukan kesalahan jenayah meracuni penduduk dan menyebabkan  ketidakselesaan kepada mereka yang terjejas
 Dalam  pada itu tegas Lam Thye, isu air perlu ditangani dengan berkesan selain  meminta masyarakat mengambil berat perkara berkenaan
 Pakar  sistem air yang juga Penolong Setiausaha Kehormat Sahabat Sungai  Malaysia, Mansor Abdul Ghani menegaskan, belum ada keperluan untuk  Malaysia mempunyai bekalan air kitar semula atau 'new water' seperti  yang dilakukan Singapura
 Sebaliknya, apa  yang diperlukan ketika ini ialah penambahbaikan sistem pengurusan  bekalan air bagi memastikan pengagihan air yang sekata
 Ia sekali gus dapat merungkai masalah air yang sering melanda, terutama di Lembah Klang
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/11/selangor-perlu-ada-pengurusan-sumber.html