Ada Pihak Tak Senang Kita Selesai Isu Air Kata Mb Selangor


 
Menteri besar Amirudin Shari berkata tindakan atau hukuman dalam RUU LUAS (Pindaan) 2020 belum boleh diguna pakai bagi menyelesaikan insiden pencemaran bau hari iniSHAH ALAM: Menteri besar Amirudin Shari menyifatkan insiden pencemaran bau di Sungai Selangor hari ini ibarat ada pihak “tidak senang” dengan usaha kerajaan negeri menyelesaikan isu sering berlaku itu.
Beliau mengesyaki pihak tidak bertanggungjawab itu juga sudah mengetahui trend pemeriksaan yang dilakukan pegawai penguatkuasa menyebabkan perbuatan mencemar sungai dipercayai dilakukan di luar waktu tugas pasukan terlibat.
“Lokasi insiden pencemaran air hari ini dipercayai berlaku depan sedikit dari Sungai Gong, Rawang. Maknanya orang yang buang (cecair pelarut) itu sama ada sengaja atau tidak, dia seolah-olah tahu (di mana) kawasan yang kita sering mengambil sampel air.
“Sejak henti tugas 4 loji rawatan air (LRA) tengah hari tadi, petugas kita sedang berusaha gigih memastikan pencemaran tersebut dapat dikawal dan saya dimaklumkan setakat 5 petang, pencemaran bau sudah berkurang kepada 2 TON,” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.
Amirudin berkata, insiden pencemaran bau di Sungai Selangor juga dianggap sebagai cabaran kepada kerajaan negeri yang baharu meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) (Pindaan) 2020 pada sidang DUN semalam.
Katanya, walaupun tindakan atau hukuman dalam RUU LUAS (Pindaan) 2020 belum boleh diguna pakai bagi menyelesaikan insiden pencemaran bau hari ini, masih terdapat akta lain untuk dikenakan terhadap pihak tidak bertanggungjawab itu, antaranya Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Mengulas lanjut RUU LUAS (Pindaan) 2020, Amirudin berkata ia akan diwarta selepas ditandatangani Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah atau sebulan dari tempoh kelulusan DUN.
Antara pindaan dalam RUU itu ialah memasukkan kesalahan pencemaran air disebabkan bau dan rasa sebagai kesalahan, menaikkan jumlah denda kepada minimum RM200,000 sehingga RM1 juta, menjadikan hukuman penjara sebagai mandatori, memberi kuasa kepada pengarah atau penguatkuasa untuk menyita tanpa waran, pencemar air harus membayar kepada LUAS kos pembersihan pencemaran, dan memperuntukkan kuasa kepada LUAS bagi menawarkan ganjaran kepada pemberi maklumat.
Empat LRA iaitu Sungai Selangor Fasa (SSP) 1, 2, 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas tengah hari tadi akibat pencemaran bau menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual mulai 6 petang.
Gangguan bekalan air itu melibatkan 1,139,008 akaun pengguna di Lembah Klang merangkumi 1,279 kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2020/11/ada-pihak-tak-senang-kita-selesai-isu.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mu

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ada Pihak Sengaja Cemarkan Air Untuk Jatuhkan Imej Kerajaan Negeri Selangor Mb

Ada Pihak Sengaja Cemarkan Air Untuk Jatuhkan Imej Kerajaan Negeri Selangor Mb

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 258 hits
Kerajaan Negeri Selangor menyifatkan insiden pencemaran air sehingga menyebabkan gangguan bekalan air kepada penduduk di Lembah Klang sengaja dilakukan pihak tertentu bagi memburuk burukkan imej pentadbiran negeri itu Menteri Besar Selangor...
Dr Mahathir Kata Kenyataannya Tentang Isu Di Perancis Diputar Belit Media

Dr Mahathir Kata Kenyataannya Tentang Isu Di Perancis Diputar Belit Media

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 429 hits
Pandangannya berkenaan keadaan di Perancis telah diberi gambaran yang salah dengan tujuan menunjukkan dirinya sebagai menggalakkan keganasan menurut bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad Mahathir berkata perenggan ke 12 kenyataannya dib...
Isu Bantahan Selesai Agihan Bakul Makanan Di Taman Semarak

Isu Bantahan Selesai Agihan Bakul Makanan Di Taman Semarak

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 269 hits
Sebahagian penduduk Taman Semarak Tawau mengadakan bantahan aman Khamis lalu merayu pihak berkuasa memberi kelonggaran berkaitan SOP PKPD yang dilaksanakan pada 26 Oktober hingga 8 November di kawasan itu Foto fail NSTP TAWAU Isu dibangkitk...
Nasa Jumpa Air Di Bulan Orang Selangor Pula Bikin Riuh Sampai Dapat Perhatian Saintis Usa

Nasa Jumpa Air Di Bulan Orang Selangor Pula Bikin Riuh Sampai Dapat Perhatian Saintis Usa

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 360 hits
Hebat isu air di Selangor ni sampai dapat tarik perhatian negara luar Selalunya kita akan membayangkan Bukan itu berupa kering tandus dan berdebu Tapi tahukah anda sebenarnya ia telah disangkal 11 tahun lepas apabila data yang dikumpul robo...
Video Parodi Mengenai Air Selangor Harith Iskander Akui Tiada Niat Hentam

Video Parodi Mengenai Air Selangor Harith Iskander Akui Tiada Niat Hentam

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 318 hits
Pelawak pengacara dan pelakon Harith Iskander baru baru ini telah menghasilkan video lagu parodi mengenai masalah gangguan bekalan air di Selangor dan Kuala Lumpur yang dimuat naik di laman Instagram miliknya semalam source
Mb Beri Jaminan Selesai Isu Miskin Tegar

Mb Beri Jaminan Selesai Isu Miskin Tegar

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 221 hits
Ahmad Razif Abdul Rahman MARANG Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman memberi jaminan kerajaan negeri akan dapat menyelesaikan isu miskin tegar yang dihadapi lebih 400 rakyat di negeri ini menjelang hujung tahun ini A...
Gangguan Air Mungkin Ada Kaitan Usaha Rampas Negeri Mb Selangor Harus Ditukar Segera

Gangguan Air Mungkin Ada Kaitan Usaha Rampas Negeri Mb Selangor Harus Ditukar Segera

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 223 hits
Berlakunya gangguan air yang kerap dan berulang di Selangor sejak kebelakangan tidak harus dilihat sebagai sesuatu yang biasa Dalam tempoh dua bulan terakhir ini di mana berlaku tiga kali gangguan ia adalah sesuatu yang cukup luar biasa seb...
Masalah Gangguan Air Dan Rakyat Selangor Tidak Dapat Dipisahkan

Masalah Gangguan Air Dan Rakyat Selangor Tidak Dapat Dipisahkan

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 364 hits
Gangguan bekalan air mentah tidak berjadual di Lembah Klang yang akan bermula malam ini bukanlah pertama kali berlaku di selangor malah Warga penduduk Selangor sudah menjadi muak dengan insiden sebegini serta jawapan yang akan diberikan ole...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities