Selangor Fruit Valley Lokasi Santai Seisi Keluarga


Selangor Fruit Valley (SFV) Lokasi Santai Seisi Keluarga | Baru-baru ni saya berpeluang mengikut rombongan FAM trip ke Selangor Fruit Valley (SFV) anjuran Tourism Malaysia. SFV merupakan sebuah ladang tropika seluas 946 hektar yang dihiasi panorama indah pokok buah-buahan dan tanaman sayur-sayuran terletak di Bestari Jaya, Selangor


SFV diwujudkan pada tahun 2003 bagi menyahut hasrat Kerajaan Negeri Selangor untuk memodenkan sektor pertanian selaras dengan visi dan misi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).





Selangor Fruit Valley bukan sahaja menempatkan pokok tanaman seperti durian, jambu batu, rambutan, pulasan, nangka, mangga, ciku  juga terdapat sayur-sayuran hijau,  pokok herba, pokok kelapa pandan, nenas dan terdapat juga taman rusa, taman arnab dan lebah kelulut.


Tak perlu risau kalau ke sini kerana pengunjung tidak perlu berpenat dengan berjalan kaki kerana terdapt trem yang akan membawa anda menikmati pemandangan dan membuat beberapa pitstop ke lokasi yang cukup menarik seisi keluarga


Tram
Trem khas disediakan bagi pengunjung yang melawat ke sini bagi menikmati pemandangan ladang. Kenderaan itu melalui denai sepanjang 10 kilometer, membolehkan pengunjung melihat sendiri pelbagai jenis tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran



Banyak tempat menarik di Selangor yang boleh dilawati

Taman Rusa

Persinggahan kami pertama di Taman Rusa. Ingatkan hanya ada pokok buah-buahan dan tanaman di Selangor Fruit Valley ni, rupanya ada juga rusa yang diternak di sini. Peluang memberi makan rusa dengan kacang panjang yang disediakan tu cukup membuat kami semua teruja.

Taman Arnab

Pastinya bukan kanak-kanak teruja bila sampai ke persinggahan kedua kami ni, iaitu Taman Arnab yang membenarkan para pengunjung memegang dan bermain dengan arnab. Pengunjung juga boleh bergambar dengan anak-anak arnab. Pastinya bukan kanak-kanak sahaja yang teruja, mak-mak pun tak akan lepaskan peluang.


Di bahagian atas yang menempatkan arnab, pengunjung juga boleh menaiki menara tinjau yang menempatkan beberapa sarang lebah kelulut.


Telur Itik Masin
Di kawasan ternakan itik, pengunjung juga dapat melihat dan mencuba belajar cara membuat telur masin cara tradisional.


Ladang Jambu

Kami turut diberi peluang memetik buah jambu batu dengan sendiri. Memang cukup teruja dengan  pokok-pokok jambu pun sangat rendah dan sampai rambang mata.
Di SFV ini bukan saja menghimpunkan pelbagai jenis tanaman, ia turut dijadikan lokasi agro-pelancongan serta hab sekuriti makanan negeri Selangor.


Rumah Kampung

Persinggahan terakhir kami adalah di Rumah Kampung, sebuah rumah kampung yang dibina dengan seni tradisional Melayu dan disini kami disajikan dengan buah-buahan serta air kelapa pandan serta berpeluang menikmati buah ‘nangcem’, atau cempedak nangka yang digoreng. Rasa buahnya seperti cempedak tetapi ulasnya lebih besar dan sedap


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS, Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi berkata  buah istimewa yang dikenali sebagai “buah nangcem” eksklusif hanya di SFV.
“Ia merupakan kacukan nangka (saiznya lebih besar seperti nangka) dan cempedak (isinya lembut, berlemak dan aroma yang unik seperti cempedak) yang telah dihasilkan melalui proses penyelidikan dan pembangunan secara komprehensif oleh pihak SFV sendiri,”

Laman Herba
Laman herba di sini menempatkan pelbagai jenis tumbuhan herba seperti daun kaduk, pokok janda kaya, ulam-ulaman dan paling menarik disini terdapat pokok buah mentega yang cukup rare.


Saya pernah merasa buah mentega ni sewaktu zaman kanak-kanak dimana buahnya akan di kesat ke rumput bagi membuang bulu-bulu tajam dikulitnya sebelum dipotong dan dimakan isinya. Buah mentega ni mempunyai bau seperti mentega.


Ecobridge Courtyard 
Ecobridge Courtyard merupakan ruang bersantai dalam keindahan tanaman menjalar serta lanskap yang menarik. Disini juga terdapat sebuah ‘Café’ untuk para pengunjung berehat dan menempatkan pejabat operasi Selangor Fruit Valley.


Maskot Bumblebee dari siri filem Transformers turut berada di sini bagi menceriakan pengunjung kanak-kanak ke Selangor Fruit Valley.


Di sini juga terdapat Pavilion Carambola yang merupakan ruang tinjau 3 tingkat. Tingkat paling atas merupakan ruang tinjau utama kepada pengunjung yang dapat memperlihatkan hampir keseluruhan Selangor Fruit Valley. Ia juga dilengkapi dengan sebuah Dewan Seminar yang mampu memuatkan 30 orang pada satu-satu masa.


Pengunjung juga tidak perlu risau kerana terdapat sebuah surau dan 2 bilik rehat di tingkat 2 dan sebuah Lab Bio-Tech dibahagian bawah


Cukup menarik!


Selain dari itu terbaharu, SFV turut memberi peluang orang ramai untuk berbasikal di trek kawasan ladang sejauh enam kilometer selain beberapa aktiviti yang akan bermula tidak lama lagi iaitu sukan lasak seperti All-Terrain Vehicle (ATV), aktiviti memancing dan aktiviti sukan air


SFV merupakan destinasi pelancongan yang menarik untuk dikunjungi oleh pelancong domestik dan seisi keluarga kerana ia menawarkan pelbagai aktiviti menarik dengan pakej harga yang berpatutan.


SFV dibuka setiap hari Isnin hingga Khamis bermula jam 9 pagi sehingga 4 petang dan ditutup pada hari Jumaat


Harga tiket:

Dewasa: RM15Kanak-kanak dan warga emas: RM10Dewasa (Bukan Warganegara): RM30Kanak-kanak (Bukan Warganegara): RM25


Sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi:
Talian Selangor Fruits Valley (8.30 pagi hingga 5 petang) 
016-688 0792 / 012-343 2971
Emel: [email protected]




Di sini bukan buah-buahan sahaja menjadi tumpuan, malah terdapat aktiviti menarik lain seperti mengunjungi taman rusa, petting zoo di taman arnab dan variasi aktiviti tambahan lain antaranya persembahan kebudayaan yang kini giat diadakan pada setiap bulan.










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2022/03/selangor-fruit-valley-sfv-lokasi-santai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sumber Dari Telegram Semuga Disiasat Secara Adil Bagi Pihak Keluarga Mangsa

Sumber Dari Telegram Semuga Disiasat Secara Adil Bagi Pihak Keluarga Mangsa

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 171 hits
ROSLIN AHMADSumber Dari telegram Semuga disiasat secara Adil bagi pihak keluarga mangsa Baby Syifaa dijerut bukan terjerut Menurut siasatan polis Pengasuh mengatakan Baby Syifaa terjerut buai selepas diberikan susu sekitar jam 12 30 tengah ...
Permohonan Rayuan Bkm Bantuan Keluarga Malaysia

Permohonan Rayuan Bkm Bantuan Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 178 hits
PERMOHONAN RAYUAN BKM Bantuan Keluarga Malaysia Jika anda telah membuat dan keputusan permohonan BKM anda gagal bagaimanakah cara untuk buat permohonan rayuan BKM KENAPA ANDA GAGAL TIDAK LULUS BKM Jika anda telah membuat semakan status BKM ...
Skim Insurans Keluarga Malaysia Bakal Manfaatkan 268 000 Keluarga Miskin Kata Pm

Skim Insurans Keluarga Malaysia Bakal Manfaatkan 268 000 Keluarga Miskin Kata Pm

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 186 hits
Ismail Sabri Yaakob berkata melalui perlindungan itu KIR yang meninggal dunia disebabkan kematian biasa keluarga akan mendapat manfaat RM10 000 keilatan kekal RM10 000 sementara yang meninggal dunia akibat kemalangan sebanyak RM20 000 KANGA...
Setahun Yang Memeritkan Terpisah Dek Keluarga Kembar Viral Bersatu Kembali

Setahun Yang Memeritkan Terpisah Dek Keluarga Kembar Viral Bersatu Kembali

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 189 hits
Tidak dinafikan jika dinamakan adik beradik berg4duh atau menjauh berapa lama sekalipun mesti akan bertemu jua kembali kerana bak kata pepatah air yang dicincing tidak akan putus Begitulah jua hubungan adik beradik yang takkan terputus wala...
Wajah Cemas Keluarga Menanti Kabar Penumpang China Eastern Airlines

Wajah Cemas Keluarga Menanti Kabar Penumpang China Eastern Airlines

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 159 hits
Wajah Cemas Keluarga Menanti Kabar Penumpang China Eastern Airlines Pesawat China Eastern Airlines yang membawa 132 orang itu jatuh di daerah pegunungan Guangxi Tidak ada penumpang selamat ditemukan saat pencarian korban jatuhnya pesawat Ch...
Kerajaan Sedia Pelan Insurans Keluarga Miskin Hilang Pendapatan

Kerajaan Sedia Pelan Insurans Keluarga Miskin Hilang Pendapatan

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 161 hits
Kerajaan sedia pelan insurans keluarga miskin hilang pendapatan Rakyat miskin yang kehilangan punca pendapatan akibat kematian Ketua Isi Rumah bakal dilindungi melalui Pelan Perlindungan Insurans kepada Isi Rumah Miskin yang akan dilaksanak...
Potret Chef Arnold Bareng Keluarga Di Australia Anaknya Ganteng Dan Menggemaskan

Potret Chef Arnold Bareng Keluarga Di Australia Anaknya Ganteng Dan Menggemaskan

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 200 hits
Chef Arnold Poernomo telah memutuskan untuk pindah ke Australia bersama istri dan anaknya Diketahui bahwa keluarga Chef Arnold memang sudah lama menetap di Australia Mereka bahkan memiliki bisnis kuliner di sana Nah intip yuk potret keluarg...
Cara Daftar Rumah Residensi Wilayah Keluarga Malaysia

Cara Daftar Rumah Residensi Wilayah Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 204 hits
CARA DAFTAR RUMAH RESIDENSI WILAYAH KELUARGA MALAYSIA Kementerian Wilayah Persekutuan ada menyediakan bantuan perumahan di bawah program Rumah Residensi Wilayah SASARAN PROGRAM RUMAH RESIDEN WILAYAH Projek perumahan ini menyasarkan golongan...
Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Will Artificial Intelligence Disappoint


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Lucabet18

Pin Up 306 Casino R Smi Kazino Sayt Pinup Onlay

Pokok Limau Bali Sunkist Berbuah Lebat

Kencana Lore 2

Salah Faham Mengenai Fruktosa

Managing Motivating Remote Teams