Ahli Dewan Undangan Negeri Machap Onn Hafiz Angkat Sumpah Mb Johor Ke 19


 

JOHOR BAHRU – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar ke-19 susulan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Sabtu lepas.
Beliau yang bersongkok, berbaju Melayu Teluk Belanga berwarna hitam serta lengkap bersampin mengangkat sumpah di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Balai Mengadap Istana Bukit Serene di sini.
Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Pengerusi BN Johor Datuk Hasni Mohammad.
Istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar Johor itu dimuat naik di laman sosial Facebook Sultan Ibrahim yang turut memaparkan 16 keping gambar upacara berkenaan.

Pada PRN Johor ke-15, Onn Hafiz, 43, memenangi pertandingan empat penjuru menewaskan Azlisham Azahar daripada Perikatan Nasional (PN), R Sangaran (Parti Ikatan Demokratik Malaysia) dan Datuk Dr Sharuddin Md Salleh (Parti Pejuang Tanah Air) dengan majoriti 6,543.
Beliau yang merupakan cicit kepada pengasas dan Presiden UMNO Allahyarham Datuk Onn Jaafar, pernah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan pada 6 Mac 2020 sehingga DUN dibubarkan pada 22 Jan lepas.
Memiiki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan daripada University of Hertfordshire, United Kingdom, beliau juga pernah menjadi Setiausaha Politik Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada 2013 hingga 2018.
Onn Hafiz dilantik meskipun sebelum ini BN mencadangkan bekas Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad sebagai calon bagi mengisi jawatan itu jika BN memenangi PRN Johor.
Semalam, Hasni yang juga Pengerusi BN Johor mencadangkan supaya pucuk pimpinan parti itu memilih orang muda untuk memimpin Johor, setelah melihat sokongan dan kedudukan orang muda yang penting dalam pembangunan negeri.
Hasni dilantik sebagai Menteri Besar ke-18 pada 28 Feb 2020.
Hasni merupakan Menteri Besar yang ketiga dilantik selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018 selepas Allahyarham Datuk Osman Sapian dan Datuk Dr Sahruddin Jamal.
BN memenangi PRN Johor dengan memperoleh lebih dua pertiga majoriti, memenangi 40 kerusi daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.
Terdahulu, kenderaan rasmi membawa Sultan Ibrahim dilihat tiba di Istana Bukit Serene kira-kira 2.50 petang.
Pengamal media mula berkumpul di luar istana berkenaan seawal 12 tengah hari walaupun dalam cuaca hujan lebat selepas mendapat maklumat berhubung istiadat angkat sumpah itu. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/03/ahli-dewan-undangan-negeri-adun-machap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Onn Hafiz Angkat Sumpah Sebagai Mb Johor

Onn Hafiz Angkat Sumpah Sebagai Mb Johor

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 195 hits
MalaysiakiniAhli Dewan Undangan Negeri Machap Onn Hafiz Ghazi mengangkat sumpah sebagai menteri besar Johor yang baru Majlis angkat sumpah nenteri besar Johor ke 19 itu diadakan di Istana Bukit Serene Johor Bahru Onn Hafiz 44 ialah cicit ke...
Datuk Onn Hafiz Ghazi Cicit Dato Onn Jaafar Mengangkat Sumpah Sebagai Menteri Besar Johor Yang Baharu

Datuk Onn Hafiz Ghazi Cicit Dato Onn Jaafar Mengangkat Sumpah Sebagai Menteri Besar Johor Yang Baharu

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 287 hits
Datuk Onn Hafiz Ghazi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang baharu Istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar Johor itu berlangsung di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang ...
Selangor Akan Usul Tambah Kerusi Dewan Undangan Negeri

Selangor Akan Usul Tambah Kerusi Dewan Undangan Negeri

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 200 hits
hmetro comDATUK Seri Amirudin Shari ketika menjawab soalan berkaitan bantuan banjir dan jaringan capaian 5G FOTO BernamaShah Alam Selangor berhasrat mengusulkan penambahan kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor berikutan jumlah pengundi di b...
The Real Reason Why Hasni Mohammad Lost His Johor Mb Post To Onn Hafiz

The Real Reason Why Hasni Mohammad Lost His Johor Mb Post To Onn Hafiz

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 301 hits
Bangsar Thu 17 March Re Onn Hafiz Ghazi the new Menteri Besar of Johor I wish people would stop talking about how young he is Because 43 is NOT young Najib Razak was 23 in 1976 when he was made deputy minister and became the Menteri Besar o...
Saya Sudah Mengundi Dalam Pru Dewan Negeri Johor Ke 15

Saya Sudah Mengundi Dalam Pru Dewan Negeri Johor Ke 15

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 330 hits
Saya Sudah Mengundi dalam PRU Dewan Negeri Johor ke 15 Alhamdulillahhh Settle mengundi untuk PRU Dewan Negeri Johor ke 15 Nak simpan gambar jari dicelup inai ink je Haha Moga yang terbaik buatmu negeri Johor dan Malaysiaku Dulu kali pertama...
Onn Hafiz Is New Johor Mb

Onn Hafiz Is New Johor Mb

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 222 hits
Onn Hafiz Ghazi is to be sworn in as Johor s 19th menteri besar today three days after Barisan Nasional swept to a commanding win in the state elections Onn Hafiz the grandson of former prime minister Hussein Onn will be sworn in by the Sul...
Pemilihan Onn Hafiz Selaras Undang Undang Tubuh Johor

Pemilihan Onn Hafiz Selaras Undang Undang Tubuh Johor

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 196 hits
Pemilihan Onn Hafiz Ghazi sebagai menteri besar Johor adalah selaras dengan undang undang tubuh negeri yang mana ia di bawah peranan sultan di sebuah negeri kata pengamal undang undang Mohd Khairul Azam Abdul Aziz Bagaimanapun peguam itu be...
Majlis Angkat Sumpah Mb Johor Baharu Dijangka Petang Ini

Majlis Angkat Sumpah Mb Johor Baharu Dijangka Petang Ini

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 196 hits
Majlis Angkat Sumpah MB Johor Baharu Dijangka Petang Ini JOHOR BAHRU Siapa Menteri Besar Johor ke 19 dijangka terjawab petang ini Ia berikutan persediaan majlis angkat sumpah dikatakan sedang berjalan dan dijangka diadakan antara jam 2 atau...
Budi Bicara Sultan Ibrahim Melantik Onn Hafiz Sebagai Menteri Besar Johor

Budi Bicara Sultan Ibrahim Melantik Onn Hafiz Sebagai Menteri Besar Johor

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 328 hits
Datuk Onn Hafiz Ghazi adalah Menteri Besar Johor ke 19 Beliau mengangkat sumpah di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar kira kira jam 3 petang tadi Onn Hafiz adalah cicit kepada Pengasas dan Presiden UMNO Allahyarham Datuk Onn Jaafa...
Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide

Kesan Buruk Disebabkan Ikan Tilapia Hitam

Hiburan Tular Video Wanita Halau Jemaah Lelaki Dari Surau Ahli Jawatankuasa Tampil Beri Penjelasan Si Perakam Bukan Ajk

Ets Diselenggara Secara Berkala

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes

Yasser Atak Wanie Sidik Teruna Dara Idaman Chord

Lynas Rare Earths Production S Role In Global Order


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anak Sulung Daddy Rasa Macam Daddy Dah Tak Sayang Dia Lagi Luahan Anak Fizo Omar Raih Perhatian Netizen

Bayi Lelaki Dijumpai Tepi Jalan Berhampiran Masjid

Menerima Dan Menggunakan Dana Politik Untuk Tujuan Politik Bukan Kesalahan

Wekongsi Perlindungan Perubatan Rm1 Juta Sebulan Bawah Rm50 Sahaja

Pelancaran Aji Ya Sup Gourmet Segera Halal Pertama Malaysia Di Soup Erlicious Party

Aisha Retno Tak Adil Chord