Selancar Tiga Juara Anugerah Keceriaan Kampung Felda 2018



ROMPIN - Titisan air mata kegembiraan dan pelukan tahniah 'mengiringi' lebih 20 wakil penduduk Felda Selancar 3 di sini, apabila mereka dinobatkan sebagai juara Anugerah Keceriaan Kampung Felda (AKKF) 2018 hari ini.

Lebih manis, anugerah itu disampaikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sambutan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan 2019 yang diadakan di kampung halaman mereka hari ini dengan disaksikan ribuan peneroka.

Mereka, yang diketuai Pengurus Raduan Rozali, 50, menerima wang tunai RM1 juta, sijil dan piala iringan, yang mana menurut beliau penduduk sudah sepakat supaya diagihkan RM1,000 kepada semua 365 keluarga dan tujuh kakitangan tanah rancangan itu.

"Baki wang kemenangan akan digunakan untuk membina rumah inap desa yang diberi nama rumah inap desa AKKF mengambil kira nama anugerah selain dijadikan modal untuk mengusahakan ternakan lembu untuk generasi kedua.

"Kami berhasrat meningkatkan ekonomi sampingan warga Felda Selancar 3 dengan pembinaan rumah inap desa ini kerana buat masa ini peneroka lebih tertumpu kepada tanaman sawit dan ternakan lembu," katanya semasa ditemui Bernama di sini.

Pertandingan itu, yang menjadi tumpuan peneroka setiap tahun dinilai menerusi 10 komponen utama antaranya rumah peneroka, kualiti komuniti, jalan utama, pengurusan ladang, projek ekonomi, aktiviti badan peneroka dan generasi baharu, susun atur dan keceriaan kawasan perniagaan serta pelancongan.

Raduan berkata, mereka membelanjakan kira-kira RM70,000 untuk meningkatkan keceriaan persekitaran Felda bagi tujuan pertandingan itu, termasuk dengan membina sebuah taman rekreasi di situ.



"Kita bermula secara berperingkat dan sedikit demi sedikit bermula 2016 dengan menumpukan kepada aspek kebersihan terlebih dahulu sebelum beralih kepada keceriaan kawasan kampung.

"Apabila peneroka sudah mula menerima dan bersemangat dalam proses mengindahkan kawasan kampung, barulah kita memasuki pertandingan AKKF ini buat kali pertama pada 2017, namun pada masa itu rezeki tidak berpihak kepada kami," katanya.


Bagi Ketua Penerokawati Felda Selancar 3, Hendon Arshad, 59, kejayaan itu bukan kejayaan mereka di tanah rancangan itu semata-mata tetapi adalah kejayaan negeri kerana difahamkan ini kali pertama tanah rancangan di Pahang merangkul anugerah itu.

Hendon berkata, pihaknya juga mewajibkan gotong-royong bulanan secara besar-besaran selain mengekalkan kebersihan dan keceriaan kawasan setiap dua minggu yang disifatkan membantu meningkatkan perpaduan antara penduduk.

"Bagi blok rancangan pula, kita mewajibkan gotong-royong dilakukan setiap minggu oleh anggota blok… seronok dan bersemangat untuk mencantikkan kampung bila dengar maklum balas anak semasa pulang ke kampung dan pujian orang luar yang melawat," katanyaa. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/07/felda-selancar-3-juara-anugerah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Remaja Lelaki Lemas Dipercayai Terjatuh Ke Dalam Sungai Di Felda Selancar 3

Remaja Lelaki Lemas Dipercayai Terjatuh Ke Dalam Sungai Di Felda Selancar 3

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 349 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Seorang Remaja Lelaki Di Temukan Lemas Di Felda Selancar 3

Seorang Remaja Lelaki Di Temukan Lemas Di Felda Selancar 3

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 247 hits
KUANTAN Seorang remaja lelaki ditemukan lemas di sungai Felda Selancar 3 di Muadzam Shah Rompin dekat sini pada 7 petang tadi Ketua Polis Daerah Rompin DSP Zainal Omar Mahamud berkata mangsa Mohd Saiful Amri Salahudin 13 ditemukan hampir du...
Betul Tu Lagi 10 Tahun Peneroka Felda Merempat I Hasyim

Betul Tu Lagi 10 Tahun Peneroka Felda Merempat I Hasyim

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 332 hits
Kalau Rancangan Dr Mahathir Berjaya Lagi 10 Tahun Peneroka Felda Akan MerempatPosted by SnapShot at Tenguk pada video klip atas nie ada kawan yang cakap tak patut pakcik tu buat Dr Mahathir macam tunggul kayu kat atas pentas tu Tapi bila ad...
Jangan Nafi Peneroka Felda Berang

Jangan Nafi Peneroka Felda Berang

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 187 hits
Apa yang berlaku pada sambutan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Padang Awam Felda Selancar 3 Rompin Pahang pada 7 Julai lalu Selain ucapan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Menteri Hal Ehwal Ekonomi Dato Se...
Peneroka Felda Boikot Tun M

Peneroka Felda Boikot Tun M

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 253 hits
Zahida Zarik Khan KUALA LUMPUR Peneroka Felda boikot Tun M Itu gambaran diberi beberapa pemimpin UMNO ekoran tular video sebahagian peneroka keluar beramai ramai semasa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Insiden itu berlaku semasa Perd...
Cadangan Mencantumkan Ladang Felda Menjadi Estet Besar Apakah Kesannya Dari Segi Perundangan Hartanah

Cadangan Mencantumkan Ladang Felda Menjadi Estet Besar Apakah Kesannya Dari Segi Perundangan Hartanah

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 219 hits
CADANGAN MENCANTUMKAN LADANG FELDA MENJADI ESTET BESAR APAKAH KESANNYA DARI SEGI PERUNDANGAN HARTANAH 1 Baru baru ini Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan merancang mencantumkan tanah peneroka FELDA sebagai satu entiti p...
Dari Akademi Felda United Zakwan Zamri Kembali Bina Impian Bola Sepak Bersama Thai Selangor Fc

Dari Akademi Felda United Zakwan Zamri Kembali Bina Impian Bola Sepak Bersama Thai Selangor Fc

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 250 hits
Setiap impian pasti memerlukan langkah pertama untuk melakukannya Dan untuk mengecapi kejayaan dalam apa bidang pun ia memerlukan pengorbanan kerja keras dan fokus demi memastikan sasaran itu mampu dicapai Sesetengah orang diberikan platfor...
Felda Semua Sudah Celaru Shahrir Samad

Felda Semua Sudah Celaru Shahrir Samad

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 244 hits
Pengumuman Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru baru ini mengenai rancangan kerajaan untuk mencantumkan ladang ladang Felda menjadi estet besar kelapa sawit atau getah bersama tanaman selingan mendapat pelbagai reaksi ada yang posit...
Watak Kampung Tidak Sesuai Untuk Saya Maria Farida

Watak Kampung Tidak Sesuai Untuk Saya Maria Farida

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 366 hits
Pelakon Datin Seri Maria Farida berharap ditawarkan watak yang lebih versatile dan bukan watak kampungan yang langsung tidak sesuai dengan perwatakannya Kacukan Melayu Filipina Ramai yang bertanya saya kacukan apa sebenarnya saya Melayu fil...
Jalan Penghubung Bandar Utama Di Pahang Perlu Dinaiktaraf

Terengganu Fc Umum Harga Tiket Agarbomb Performance Cup 2024

3 Pelampau Khawarij Ditahan

Lost Opportunities In Labuan

Ocrevus Transforming Multiple Sclerosis Treatment Landscape In Malaysia

Hada Labo Hydrating Water Gel

Cops Fire 5 Shots During 70km Car Chase Near Baling

I Was Never Arrested Merely Barred From Overseas Travel Ex Src Director



10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kuih Muah Tonton

10 Filem Indonesia Terbaru Best 2023 2024 Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Terbaru Best Di Platform Online Netflix Malaysia 2024 Mesti Tonton


Rm1 500 Pay And No Retirement Plan Why Teachers In Pas Linked Kindergarten Pasti Are Disgruntled

A Tale Of Two Leaders

Artis Cahaya Manis Music Duruk Ngabang Chord

Yoursay Time And Patience Running Out For Anwar

Put Targeted Subsidy Plan In Place Quickly To Combat Diesel Smuggling Govt Urged

Zii Jia Won T Join National Team For Thomas Cup Training