Selamat Ulangtahun Pertama Buat Meat Cartel Ttdi
Hi Korang,
Minggu lepas yang panjang kak lily berkesempatan ke restoran Meat Cartel cawangan TTDI yang terletak di Jalan Aminuddin Baki.
Seriously kak lily memang tak perasan pun dengan kewujudannya kerana lokasinya di bahagian belakang rumah-rumah kedai di sini. tapi bagi mereka yang menetap disini, ianya merupakan lokasi yang amat strategik berdekatan dengan kawasan perumahan
Cantik tempatnya.
Dekorasi didalam restoran memang sangat cantik, kemas dan selesa. Sesuai jika hadir ke sini untuk menikmati hidangan bersama rakan dan keluarga. Begitu juga jika hendak diadakan sebarang acara, lokasinya memang sesuai dan terbaik
Biarpun Meat Cartel memperkenalkan hidangan Gaya Texas namun sentuhan hidangannya mempunyai citarasa tempatan. Menggunakan konsep salai pada suhu yang rendah dan lama menjadikan hasil hidangannya begitu unik dan punyai rasa serta aroma yang begitu autentik
Meat Cartel Sdn Bhd telah berada dalam industri F&B sejak tahun 2017. Pada awalnya ianya bermula sebagai perniagaan dari rumah (home-based business). Bersama visi untuk memperkenalkan BBQ Salai gaya Texas asli kepada masyarakat di Malaysia. Dan kini Meat Cartel telah mempunyai 13 cawangan di seluruh Malaysia seperti di Lembah Klang, Kuala Lumpur, Melaka dan Putrajaya. Meat Cartel juga membuat perancangan untuk membuka cawangan mereka di kawasan Pantai Timur dan Utara
Antara menu yang menjadi permintaan pelanggan dari Meat Cartel seperti Beef Brisket, Beef Short Ribs dan Lamb Shoulder. Bayangkan penyediaan hidangan potongan daging ini akan diasap pada suhu rendah dan untuk tempoh yang lama. Di mana kebiasaannya mengambil masa dari 12 hingga 14 jam lamanya. Nah! Kaedah ini menghasilkan daging yang cukup lembut dan berperisa. Memang kita akan dapat merasai sendiri tekstur daging yang berjus, cukup rasa dan lembut sangat
Promosi Hidangan Makanan Tengahari Di Meat Cartel TTDI
Meat Cartel TTDI juga sedang mengadakan promosi hidangan tengahari. Pelbagai menu yang ditawarkan antaranya seperti Pasta Masak Lomak Smoked Brisket, Nasi Masak Lomak Smoked Brisket, Smoked Brisket Rice, BBQ Quarter Chicken Rice dan beberapa menu istimewa yang lain
Pasta Masak Lomak Smoked Brisket
Memang puas hati, Meat Cartel antara restoran masakan barat yang menawarkan hidangan premium membuatkan setiap sen yang dikeluarkan memang tidak rugi
Tempat Cantik Untuk BerOOTD Dan Disediakan Pelbagai Fasiliti
Banyak port menarik yang boleh kita bergambar dan berOOTD.
Cahaya yang terang dengan dekorasi yang yang cukup artistik membuatkan kita tidak mahu melepaskan peluang bergambar kenangan
Di Meat Cartel TTDI, selain daripada kemudahan fasiliti tandas, turut disediakan ruang solat bagi kemudahan pelanggan yang datang
Boleh berkunjung restoran Meat Cartel samada untuk dine in atau tapau dibawa balik rumah. Dan sekiranya jika tidak berkesempatan boleh juga membuat pesanan menerusi Food Panda mahupun Grab
Jom kite ke :-
Meat Cartel TTDINo.127, Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail,60000 Kuala Lumpur.
Check it out social media Meat Cartel yer
Instagram Link : https://www.instagram.com/meatcartel.ttdi/?hl=en
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ciklilyputih.com/2022/06/selamat-ulangtahun-pertama-buat-meat.html