Selamat Tinggal Kerjaya Blogger Sepenuh Masa Aku Pilih Untuk Berhenti



Beberapa tahun ini… kehidupan sebagai blogger sepenuh masa semakin memenatkan.
Aku cuba untuk bertahan dalam menulis, tapi hasilnya… tiada.

Belajar dan belajar, namun aku tetap tidak dapat mengejar “silibus” algoritma yang sentiasa berubah.
Cuba beralih ke media sosial, tapi social media anxiety semakin membimbangkan.

Terlalu banyak perkara negatif yang aku baca dan lihat di media sosial, terasa seperti ia memakan diri sendiri sedikit demi sedikit.

Aku mula rasa overwhelm dengan tekanan.
Badan terasa penat, fikiran lagi penat.
Burnout. Passion menulis hilang.

Blog yang dulu jadi sumber kegembiraan… kini terasa hambar.
Apa yang hendak aku luahkan dalam penulisan tidak lagi sama seperti dulu.
Hati rasa kosong.

Keputusan Paling Berat: BerhentiAkhirnya aku buat keputusan untuk berhenti.
Hilangkan identiti, demi mencari diri yang telah lama hilang.

Bukan mudah.
2015 aku mula berblog.
2019 aku mula jadi blogger sepenuh masa.
2023… 2024… 2025… bertahan bukan perkara mudah.
Masa, tenaga, wang — semuanya aku laburkan.
Ibarat membina rumah… bila siap, pilihan yang ada cuma merobohkannya.


Terlalu sakit untuk melihat konten lama.
Sebab itu aku padam.
Lupakan SEO.
Lupakan algoritma… walau untuk seketika.

Aku lepaskan apa yang aku ingin lepaskan.
Aku lepaskan kerjaya sebagai “Blogger Sepenuh Masa”.
Aku mula menulis semula, tapi kali ini untuk diri aku sahaja.

Memilih Untuk Tidak BekerjaKeputusan ini bukan keputusan kecil.
Ia bermaksud aku akan berhenti menjana pendapatan.
Aku akan jadi seorang isteri dan suri rumah biasa yang hanya menulis blog sebagai hobi.

Aku tahu, mungkin bagi orang lain keputusan ini pentingkan diri — tidak lagi dapat menyumbang kepada keluarga selepas berkahwin.

Tapi aku cuma mahu rehat.
Aku mahu kembali kenal siapa diri aku tanpa tekanan kerja.

Adakah aku akan buat kerja lain?
Mungkin ya… mungkin juga tidak.
Buat masa ini, aku cuma mahu berhenti.


Ujian Selepas KeputusanBeberapa bulan selepas keputusan itu, kami diuji.
Suami tidak dapat bekerja untuk beberapa minggu.
Simpanan kami hanya cukup-cukup makan.
Namun, aku bersyukur Allah masih beri kesempatan untuk kami bersama.
Kalau tidak… mungkin aku sudah bergelar balu.

Sepanjang hampir tiga minggu itu, aku dan suami banyak berfikir tentang kehidupan.
Tentang masa depan.
Tentang keputusan-keputusan yang telah kami buat.

Dan aku…
Aku fikir sama ada keputusan berhenti ini betul atau tidak.

Jawapannya…Ya.
Aku rasa aku buat keputusan yang betul.
Bukan kerana aku tak mahu berusaha,
Tapi kerana aku sudah terlalu lama bertahan hingga hampir hilang diri.
Aku pilih untuk jaga kesihatan mental dan jiwa aku


Akhir kata, aku titipkan doa…
Semoga Allah sentiasa melimpahkan rezeki yang halal, luas, dan berkat untuk keluarga kecil kami.
Semoga kami diberi kesihatan yang baik, hati yang sentiasa tenang, dan rumah tangga yang penuh kasih sayang.
Semoga perkahwinan ini dipelihara hingga ke akhir hayat, sentiasa dikuatkan dalam apa jua ujian, dan dipenuhi dengan rasa syukur setiap hari.
Dan semoga kami berdua terus menjadi pasangan yang saling menguatkan, saling memahami, dan saling mencintai — dunia dan akhirat.
— siinuruldotcom


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.siinurul.com/2025/08/selamat-tinggal-kerjaya-blogger-sepenuh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selamat Tinggal Jepun Ada Rezeki Kami Pasti Kembali

Selamat Tinggal Jepun Ada Rezeki Kami Pasti Kembali

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 166 hits
CATATAN KE JEPUN HARI KEENAM ISNIN 9 DISEMBER 2024 Sambungan entri terdahulu Hari terakhir di Tokyo kami mendaftar keluar hotel seawal pukul 7 30 pagi Suasana di luar sudah pun cerah matahari terbit pada pukul 6 40 pagi Udara sejuk dengan s...
Masa Depan Bitcoin Boleh Diramal Bitcoin Dicirikan Oleh Volatiliti Rendah Dalam Perdagangan Yang Suram

Masa Depan Bitcoin Boleh Diramal Bitcoin Dicirikan Oleh Volatiliti Rendah Dalam Perdagangan Yang Suram

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 183 hits
Menurut sesetengah penganalisis kripto masa depan mata wang kripto pertama di dunia kelihatan boleh diramal dan pada tahap tertentu membosankan Pakar percaya bahawa penggunaan Bitcoin dalam dana dagangan bursa tidak semestinya memberikan se...
Saya Memang Garang Arrora Salwa Tegas Demi Masa Depan Anak Tiri

Saya Memang Garang Arrora Salwa Tegas Demi Masa Depan Anak Tiri

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 119 hits
Bergelar ibu tiri bukanlah satu peranan yang mudah Sering kali dipandang serong malah ada yang cepat melabel tanpa mengenal hati budi Namun bagi penyanyi dan pengacara terkenal Arrora Salwa cabaran sebagai ibu tiri dihadapi dengan hati yang...
Jay Idzes Pilih Sassuolo Babak Baru Karier Sang Kapten Venezia

Jay Idzes Pilih Sassuolo Babak Baru Karier Sang Kapten Venezia

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 86 hits
Ikuti analisis dan berita bola terkini dari Eksklusif di LigaKampung com Ligakampung com Bandung Karier Jay Idzes di Italia memasuki lembaran baru Bek tengah kelahiran Belanda yang membela Timnas Indonesia itu resmi meninggalkan Venezia unt...
Sultan Pahang Titah Agar Wakil Rakyat Utamakan Kesejahteraan Rakyat Usah Berpolitik Sepanjang Masa

Sultan Pahang Titah Agar Wakil Rakyat Utamakan Kesejahteraan Rakyat Usah Berpolitik Sepanjang Masa

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 136 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menitahkan wakil rakyat di negeri itu supaya tidak terlalu sibuk dengan urusan politik sepanjang masa sebaliknya perlu lebih rajin turun padang menjenguk rakyat di...
Nak Ambil Epidural Ke Tak Masa Bersalin Panduan Untuk Mama Buat Keputusan

Nak Ambil Epidural Ke Tak Masa Bersalin Panduan Untuk Mama Buat Keputusan

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 100 hits
Nak ambil epidural ke tak Ini persoalan yang sering bermain di fikiran bakal ibu apabila menghampiri waktu bersalin Ada yang kata ia sangat membantu kurangkan sakit ada juga yang risau tentang kesan sampingan Sebenarnya keputusan ambil atau...
Masa Ko Jadi Kerajaan Ko Soh Rakyat Keluar Kwsp

Masa Ko Jadi Kerajaan Ko Soh Rakyat Keluar Kwsp

papar berkaitan - pada 5/8/2025 - jumlah : 137 hits
Ada dua benda saya nak komen 1 Hamzah bising kononnya apa erti KDNK berkembang kalau 61 rakyat tak ada cukup simpanan Ko cakap bab simpanan tapi masa ko merintah ko dgn bangga bagi rakyat keluarkan habis duit simpanan KWSP 2 Hamzah kata ken...
Kronologi Lengkap Zara Qairina Dari Awal Kes Hingga Hari Penggalian Kubur Semula

Dap Youth Slams Hypocrite Akmal Over Flag Gaffe Uproar

Salah Kritik Penghormatan Uefa Kepada Pele Palestin Beritahu Kami Bagaimana Dia Meninggal Dunia

Pertama Kali Beli Pokok On Line

Siti Kasim Rampant Torture Cases Tragic Death At Boarding Religious Schools Not Reflective Of Islam

No Holds Barred A Bareknuckle Harley Shovelhead From South Africa

Jenazah Zara Qairina Tiba Di Hqe Bedah Siasat Pagi Ini

Yong Tau Foo Dqalisha Steamboat Grill Sedap Dan Berbaloi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tanda Anda Kurang Tidur

Jpj Kelantan Sita 13 Kereta Mewah Bernilai Hampir Rm5 Juta

Terlepas Syiling Shiba Inu Dan Pepe Ai Mengenalpasti Syiling Meme Seterusnya Melompat 100x Selepas Shib Dan Pepe

Terengganu Lelaki 79 Tahun Direman Disyaki Bakar Rumah Isteri Kedua

Funny18 Top 56 By Lucienne Pg Funny18a Com Funny18 Web Pgslot 25 25

Meekin365 18 August Meekin365 Top 27 By Huey