
Di hari-hari terakhir sebelum kami viralkan tentang Asian, sempat kami mengambil foto kelakuan Asian semasa di pindahkan di bilik mating Momot. Kami ada sifat kasihan pada Asian kerana di tempatkan dalam sangkar 3 layer walaupun ianya nampak selesa tetapi memandangkan Asian adalah baka maincoone, kami buat keputusan pindahkan di tempat yang lagi selesa. Selepas di pindahkan, Asian terus 'explorer' tempat baru seakan-akan Asian suka cuma kami faham perasaan Asian yang terlalu rindukan pemilik.
Lega selepas kami post artikel viral, kami terus hantar email kepada pemilik, dengan memasang aplikasi tracker, akhirnya pemilik membaca email yang di sertakan artikel berkenaan beliau yang tengah di viralkan. Hari ini, 04 Disember 2018, pemilik telah menghubungi kami untuk mengambil kembali Asian. Syukur, Alhamdulillah, akhirnya usaha kami berjaya dan terima kasih kepada Allah yang telah membuka hati pemilik untuk mengambil kembali Asian. Jadi kami kongsikan foto kenangan Asian bersama dengan kami.
Allah bagi akal untuk kita berfikir secara waras, jangan jadikan haiwan peliharaan sebagai alat dan mangsa keadaan untuk kita lepas tanggungjawab pada orang lain. Asian masih memerlukan pemiliknya. Jadikan Asian ini sebahagian dari keluarga anda. Asian tidak berakal, ianya adalah seekor haiwan yang bernyawa dan juga berkongsi hidup dengan kita sebagai manusia. Nasihat dan doa kami, jadilah manusia yang mempunyai sifat kemanusiaan yang penuh dengan tanggungjawab. Jagalah Asian sebaik-baiknya, ianya adalah satu amanat. Ingat! Kucing adalah haiwan peliharaan Rasulullah|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |