Selamat Tahun Baru 2025 Contoh Ucapan Kata Motivasi


Dalam masa beberapa hari lagi, kita akan berada dalam tahun baru iaitu tahun 2025 – Selamat Tahun Baru!
Apakah azam anda telah terlaksana pada tahun 2024?
Apa pun jawapannya, yang penting kita kekal positif dan bersemangat untuk tahun-tahun yang mendatang.
Berikut dikongsikan contoh ucapan yang boleh dikongsikan dengan rakan-rakan dan mungkin juga boleh menjadi pembakar semangat untuk diri sendiri dalam mengharungi tahun 2025 ini.
Contoh Ucapan Tahun Baru 2025 Semoga sentiasa di dalam lindungan Allah SWT serta lebih cemerlang dalam tahun 2025. Semoga segala aturan yang dirancang beroleh kejayaan serta keberkatan dari-Nya. Hidup ini terlalu singkat untuk bimbangkan tentang apa yang dikatakan dan difikirkan orang lain tentang diri kita. Ayuh, jalan terus! Mulakan tahun 2025 dengan ucapan Alhamdulillah… Semoga kita menjadi hambaNya yang bersyukur dan sentiasa berusaha memperbaiki diri. Salam 2025! Apa azam tahun ini? Beranilah bermimpi, tapi yang lebih penting, berani melakukan tindakan di balik impianmu. Selamat Tahun Baru 2025 – Semoga Allah kurniakan kita rezeki yang tidak disangka-sangka dan kegembiraan yang tidak pernah kita duga. Salam 2025… Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan! Bismillah… Walau 2024 penuh rintangan dan keperitan, teruskan perjuangan kita demi mencari redha Allah. Semoga 2025 memberi sinar pelangi dan cahaya bahagia. Salam Tahun Baru kepada semua, ayuh bersemangat untuk tahun 2025! “Jangan bersedih. Sesungguhnya pertolongan akan datang bersama kesabaran.” [HR. Ahmad) Semoga Tahun 2025 membawa seribu makna kepada kita… Ingatlah walau sebagaimana penat pun kita mengharungi tahun demi tahun, ingatlah firman Allah SWT : “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” [Al-Baqarah: 216] Jika kamu belajar dari kegagalan, maka kamu tidak akan pernah gagal. Salam 2025, semoga kita kekal positif dan terus bersemangat mencapai matlamat. Alhamdulillah, kita sudah melangkah ke tahun 2025. Ingatlah, bila hijrahmu kerana Allah, kamu akan terus melangkah walaupun sudah lelah! Poster Tahun Baru 2025





Renungan / Pesanan Untuk Melangkah Ke Tahun Baharu Berikut perkongsian Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah yang menarik untuk kita renungi bersama-sama sempena tahun baru:
24 CARA UNTUK BINA HIDUP YANG KITA IMPIKAN DI TAHUN 2025:
Mula dengan luangkan masa dengan orang yang tepat. Mula berlaku jujur dengan diri sendiri terhadap semua perkara. Mula jadikan kebahagiaan kamu sebagai keutamaan hidup. Mula belajar untuk berhadapan dengan masalah, bukan lari dari masalah. Mula rapat dengan orang yang membuat kesihatan mental dan fizikal kamu lebih mantap dari tahun ini. Mula jadi diri sendiri. Jangan ikut trend atau ikut budaya orang lain yang negatif. Mula belajar untuk lebih peka dan hidup dalam momen sekarang. Bukan momen yang lepas. Mula berfikir dengan baik dan jangan overthinking benda yang belum berlaku. Mula hargai semua pengalaman buruk dalam hidup kamu. Ambil hikmah dan pelajaran daripadanya. Mula berlaku adil dan baik terhadap diri sendiri. Mula nikmati apa yang kamu ada. Bukan bersedih akan hal yang kamu tiada. Mula bina kebahagiaanmu sendiri. Mula memberi idea dan laksanakan apa yang kamu impikan. Jangan idea tinggal idea semata-mata. Mula yakin bahawa kamu sudah berada di level yang lebih tinggi. Mula luaskan circle yang berkualiti. Cari mereka yang fikir tentang Allah dan Rasul-Nya, perjuangan dan masa hadapan. Mula beri peluang untuk orang yang kamu baru temui. Bagi manfaat tanpa mengharapkan apa juga balasan. Mula bersaing dengan diri sendiri. Persaingan sebenar adalah antara diri kamu hari ini dan diri kamu semalam. Bukan orang lain. Mula mencari hikmah atas apa juga perkara yang terjadi dalam hidup. Bukan menyalahkan takdir. Mula memaafkan diri sendiri dan orang lain. Mula membantu orang di sekeliling kamu. Mula mendengar dengan hati dan tapis dengan akal fikiran. Jangan terlalu kasihan dan bersimpati sehingga orang boleh memanipulasi kamu. Mula untuk pantau stress level kamu. Ambil masa berehat dari segi minda dan emosional. Rawat dengan solat taubat dan tahajud. Mula lihat kecantikan dalam tiap-tiap perkara kecil. Mula menerima bahawa kita sedang menuju kesempurnaan. Maka, apa juga yang dilihat tidak sempurna itu adalah langkah-langkah kecil menuju kesempurnaan mutlak.
Semoga 24 cara ini akan memberikan sinar baharu untuk kita di Tahun 2025 nanti. Satu tahun yang penuh manfaat dan pastinya banyak pintu pintu rezeki terbuka untuk kita semua.
Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Mulakan dengan Bismillah.
BACA JUGA:
30 Mutiara Kata Inspirasi, Hikmah & Panduan Hidup (Islamik) 70 Teka-Teki Lawak & Jawapan – Mesti Terhibur! Dapatkan Kalendar Islam 2025 (1446H – 1447H) / Islamic Wall Calendar 2025 serendah RM0.80 di SINI.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/selamat-tahun-baru-2025/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=selamat-tahun-baru-2025

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inspirasi Dekorasi Rumah Untuk Tahun Baru 2025

Inspirasi Dekorasi Rumah Untuk Tahun Baru 2025

papar berkaitan - pada 29/11/2024 - jumlah : 170 hits
Tahun Baru adalah masa terbaik untuk memberikan sentuhan baharu kepada rumah anda Dengan trend dekorasi atau hiasan yang berubah setiap tahun 2025 menjanjikan idea yang segar dan inovatif untuk mewujudkan suasana rumah yang lebih selesa mod...
Cuti Tahun Baru 2025 Ini 5 Negeri Yang Tidak Bercuti 1 Januari

Cuti Tahun Baru 2025 Ini 5 Negeri Yang Tidak Bercuti 1 Januari

papar berkaitan - pada 13/11/2024 - jumlah : 364 hits
Selamat Tahun Baru 2025 Tahun baru maka azam pun mestilah baharu agar hidup kita sentiasa mempunyai misi dan halatuju Semoga tahun tahun yang sudah lepas banyak mengajar kita tentang erti kehidupan dan mematangkan hidup kita Setiap kali dat...
Cara Kurangkan Berat Badan Sebelum Tahun Baru 2025

Cara Kurangkan Berat Badan Sebelum Tahun Baru 2025

papar berkaitan - pada 18/11/2024 - jumlah : 292 hits
Menjelang tahun baru ramai yang ingin tampil lebih sihat dan bertenaga Jika korang berazam untuk kurus mulakan sekarang cara kurangkan berat badan ini untuk hasil yang lebih konsisten dan selamat Kurus Sebelum Tahun Baru1 Tetapkan Matlamat ...
Tips Menyusun Azam Tahun Baru 2025

Tips Menyusun Azam Tahun Baru 2025

papar berkaitan - pada 29/11/2024 - jumlah : 189 hits
Tahun baru selalunya disambut dengan semangat baru dan keinginan untuk menjadi lebih baik Dengan tahun baru 2025 hampir tiba ini adalah masa yang sesuai untuk merancang dan mencipta azam yang boleh membantu kita mencapai matlamat yang diing...
Hiburan China Pilih Malaysia Sebagai Tuan Rumah Untuk Sambutan Tahun Baru Cina 2025

Hiburan China Pilih Malaysia Sebagai Tuan Rumah Untuk Sambutan Tahun Baru Cina 2025

papar berkaitan - pada 27/11/2024 - jumlah : 215 hits
Melalui hantaran di Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing Malaysia telah dipilih oleh China untuk dijadikan sebagai tuan rumah dalam acara Tahun Baru Cina yang pertama kali diadakan di luar negara pada 23 Januari Ad...
30 Ucapan Ulang Tahun Untuk Guru Yang Sopan Sampe Pake Bahasa Inggris

30 Ucapan Ulang Tahun Untuk Guru Yang Sopan Sampe Pake Bahasa Inggris

papar berkaitan - pada 22/11/2024 - jumlah : 129 hits
Jadi kamu mau membuat ucapan selamat ulang tahun untuk guru di sekolah Kamu udah tepat banget mampir di artikel ini Di tengah tengah dunia milenial yang serba cepat ini kadang kita suka lupa kalau guru guru itu adalah pahlawan tanpa tanda j...
Ucapan Sweet Jep Buat Sari Yanti Di Usia 40 Tahun

Ucapan Sweet Jep Buat Sari Yanti Di Usia 40 Tahun

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 145 hits
Pelawak dan penyampai radio Jep Sepahtu menarik perhatian ramai peminat di media social apabila memberi kata kata ucapan manis sempena ulang tahun kelahiran isteri tersayang pelakon Sari Yanti Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abi...
Buat Saya Jerit Ada Ahli Baru 16 Tahun Peminat Kritik Lirik Lagu Illit Selit Unsur Seksual

Buat Saya Jerit Ada Ahli Baru 16 Tahun Peminat Kritik Lirik Lagu Illit Selit Unsur Seksual

papar berkaitan - pada 27/11/2024 - jumlah : 215 hits
Baru baru ini ILLIT telah membuat kemunculan semula dengan album mini kedua mereka I ll Like You beserta judul lagu Cherish Artikel Berkaitan Dengan lagu itu yang mendapat sambutan kumpulan itu juga telah melancarkan muzik video untuk lagu ...
Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Happy Beday Sweetie

Crocodile Menace Intensifies As Sabah Rescue Team Battle Floods

Lirik Lagu Menunggu Giliran For Revenge Ft Elsa Japasal

Geng D U I T

High Eq For Entrepreneurial Success


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod One Cent Thief Season 2 Astro Sooka

Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir


Resipi Sos Steamboat Ala Sukiya Mudah Sedap

Membaca Sebagai Tonggak Pencapaian Dalam Kehidupan

Ahli Parlimen Ditahan Selepas Didakwa Lakukan Serangan Seksual

Empat Ditahan Dalangi 11 Kes Ragut

Majlis Ulama Umno Gesa Menteri Bukan Islam Lebih Berhati Hati

Dapat Sample Free Pampers Dewasa