Selamat Tahun Baru 2020 Allah Is The Best Planner
As Salam,Alhamdulillah.Dah hari ke-10 kita pada bulan Januari tahun 2020.Time semua orang berebut-rebut nak update status kat media sosial dan juga stories dengan ucapan selamat tahun baru, saya hanya sekadar memerhati dan scroll akaun media sosial saya laju-laju.haha.Nak update status pun tak berapa nak ada mood.Bukan tak happy, tapi saya kelelahan menghadiri mesyuarat di sekolah setiap hari sejak 26 Disember sehingga 31 Disember.
Inilah yang saya terkesan.Jika tahun baru tidak datang sekalipun, waktu dan hari akan terus berputar dan tiada bezanya tahun lepas dan tahun ini.Kita hanyalah HambaNya di persada masa.HANYA HAMBA.BUKAN TUAN
Tambah dengan menguruskan hal persekolahan anak-anak.Teringat perkongsian Ustaz Maza di Instagramnya, katanya tahun baru hanyalah sekadar angka.Saya pula, sejak usia mak-mak orang ni, tahun baru bukan lagi benda yang saya excited nak tunggu melainkan perasaan takut-takut kalau dah sampai masa ALLAH ambil nyawa
Tahun baru bagi saya ialah motivasi untuk memperbaiki diri dan amalan sebab bila bermula tahun baru, umur semakin sedikit.huhu.Marilah kita sama-sama tengok balik. mana yang boleh kita perbaiki atau pertingkatkan.InshaAllah, Allah akan menolong hambaNya yang mahu mengubah nasib dirinya.Marilah kita berdoa dan berharap supaya Allah tidak tinggalkan kita walau dalam sekelip mata.( Doanya seperti di bawah, pun saya kongsi dari Ustaz Maza ).
Perkongsian Ustaz MAZA Kita tidak boleh mengubah masa, tetapi kita boleh menjadi masa itu berkat dengan doa dan usaha-usaha yang ikhlas dan baik. Untuk merentasi kehidupan dan belantara masa, banyak perkara yang kita tidak dapat duga. Kita mungkin merancang dengan perancangan yang hebat, tapi siapa yang dapat menjamin ia akan terjadi seperti yang dirancangkan. Kepada Allah jua kita bergantung. Berapa banyak rancangan buruk orang kepada kita, Allah tukar ia menjadi keuntungan dan kebaikan. Betapa banyak rancangan yang hebat, Allah tukar ia menjadi kerdil. Dunia ini bukan kita sahaja yang hidup. Berbagai rupa dugaan dan kerenah manusia yang lain. .
Saya yang dhaif ini sejak sekian lamanya amat tersentuh dengan doa Nabi s.a.w yang saya sentiasa ulanginya:
يا حَيُّ يا قيّومُ ، بِرَحْمَتِكَ أسْتَغِيثُ ، أصْلِحْ لِي شَأنِي كُلَّهُ ، وَلا تَكِلْنِي إلى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ “Ya Haiyyu, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata” (Riwayat al-Nasai, dinilai sahih). .
Sebagai seorang hamba pendosa lagi daif yang menyedari betapa hidup memerlukan perlindungan Allah, doa inilah yang sering menjadi teman di sepanjang waktu. Di setiap kesempatan yang mulia, saya lafazkannya. Saya kira saudara pembaca juga demikian.
Menjelang tahun baharu, moga Allah memberkati umur kita dan membantu segala urusan kita. Kita tidak boleh menongkah masa. Kita tidak boleh menghalang putaran masa. Kita tidak boleh menghentikan masa. Kita tidak boleh keluar dari sistem masa. Kita tidak boleh mengembalikan masa. Namun kita boleh memohon kepada Allah agar masa kita diberkati.
Tahun Baru Adalah Motivasi Untuk Perbaiki DiriSebenarnya minggu akhir sebelum sesi persekolahan bermula, saya dikhabarkan akan mengajar silibus yang bukan pernah saya ajar sejak dua tahun ini.Saya pula selepas menghadiri kursus semakan Matematik KSSR 2017, sudah bersedia dengan pelbagai persediaan dan rancangan untuk pengajaran bagi tahun baru
Hari pertama persekolahan di sekolah saya-semuanya nampak baru dan ceria-
Namun saya merancang, pastinya rancangan Allah lebih baik.Awalnya, saya menolak dan kecewa apabila dimaklumkan akan mengajar Matematik bagi kelas DLP ( Dual Language Programme).Selain perlu mendalami silibus yang saya belum pernah tahu, saya juga kena sediakan diri untuk mengajar in English Learning.Bertabahlah!Sehinggakan KP dan rakan yang buat jadual pun risau kalau saya tak okey dengan jadual baru tersebut.huhu
Selepas meluahkan perasaan saya kepada En Suami dan berbincang dengannya, saya akhirnya terima berita itu dan melepaskan semua perasaan marah, kecewa, sedih dan terkilan.Saya pilih untuk redho sahaja.Saya positifkan diri dan fikiran.Sabarlah.Allah sedang aturkan yang lebih baik untuk saya.
Kumpulan murid tahun 1 kelas DLP yang bakal menjadi anak-anak kecil saya nanti.Termasuklah anak bongsu saya yang akan memanggil ibunya bukan lagi mama tapi Teacher.haha
Akhirnya, pada suatu malam, usai saya solat, Allah ilhamkan kepada saya dan ianya memberi jawapan kenapa Allah rancang yang begitu untuk saya.Syukur.Kini, selepas dua minggu persekolahan, saya benar-benar gembira dan "sangat berterima kasih" kepada rakan sekerja yang "menolak" untuk menerima tugas mengajar kelas DLP untuk matematik ini
Kadang-kadang bila kita ambil kepentingan untuk diri kita atau perasaan kita dan mengabaikan kepentingan orang lain, kita lupa Allah ada untuk menjaga kepentingan orang lain dan perasaan orang lain
Bersama rakan guru di sekolah-Bila dah redho-semuanya jadi mudah, gembira dan lebih semangat untuk mengajar.Now call me Teacher hokey
Apabila rakan saya yang buat jadual guru bertanya,mungkin ingin menyedapkan hati saya, jika ada guru baru yang masuk, dia akan adjust jadual saya, saya pula menegahnya dan memberitahu bahawa saya tak mahu tukar lagi.Saya nak terus ajar kelas DLP.Gitu sekali.haha.Saya sudah mendapat hikmah yang banyak dengan apa yang berlaku.Alhamdulillah
Begitulah.Saya belajar untuk mematangkan diri.Atas segala yang berlaku dalam hidup kita, walaupun nampak asbabnya seperti orang itu atau orang ini, hakikatnya Allah yang aturkan ianya terjadi.
Akhir sekali, saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada readers blog ini yang sudi memberi komen atau singgah di blog ini bagi mendapatkan apa sahaja info yang dingini.Semoga yang terbaik untuk kalian di tahun baru, dan ingatlah usah terpedaya dengan masa yang kita ada.Ia hanya akan tinggal sebagai angka dan tidak memberi makna jika ia berlalu dengan sia-sia
Manfaatkan setiap masa dan kesempatan yang ada untuk lebih banyak memberi kebaikan, memudahkan dan mengembirakan insan lain!-
My Notes :Allah Is The Best Planner-
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://cikmatahariku.blogspot.com/2020/01/selamat-tahun-baru-2020-allah-is-best.html