Selamat Pengantin Baru Officemate
Bismillahhirahmannirrahim...
As Salam and greetings to dear readers.
Selamat Pengantin Baru 'Officemate'Selamat pengantin baru buat Shara dan Akmal. Ha... kalau readers nak tahu dedua ni officemate Mrs. A tau. Dedua sama tempat kerja dengan Mrs. A ngeh! ngeh! ngeh! Cumanya yang Shara sama 'Wing A' dengan Mrs. A sementara Akmal pula Wing satu lagi a.k.a 'Wing B'.
Nak dijadikan cerita parents Akmal ni ada kena-mengenalah pulok dengan m.i.l so time parents Akmal ni datang menjemput parents in-law Mrs. A terkeluarlah pula cerita tentang tempat kerja anak menantu masing-masing hah! ha haiii... Time tu jugak m.i.l telefon Mrs. A sambil tanya kenal tak Akmal tu. Mrs. A kata kenal-kenal cenggitu je, kalau selisih kat office senyum-senyum tak berborak pun. Tapi kalau Shara tu kenalah dah dapat kad pun dari Shara tu mak mertua ku. Hehehe...kisahnya pusing-pusing situ jugak kata m.i.l.
Walaupun Mrs. A personally dapat jemputan daripada Shara kendurinya hari Sabtu tapi we all pergi jemputan rumah Makcik Minah iaitu rumah Akmal yang hari Ahad tu. Hari Sabtu tak dapat datang cos Mrs. A balik kampung ambil Aryssa. Tak kisahlah yang mana satukan janji dapat memenuhi undangan.
Mrs. A sekeluarga datang lambat time we all sampai m.i.l dan konvoi adik-beradik Mr. A dah balik dah. Punyalah tak ingat nak snap-snap seketul gambar ni je yang ada macam Mrs. A datang sorang je kan ngeh! ngeh! ngeh!
Selamat Pengantin Baru 'Officemate' Akmal x SharaAlhamdulillah sangat meriah dan rare majlis kenduri kahwin di rumah Makcik Minah ni semua tetamu makan berhidang di khemah yang luas dan panjang tak perlu beratur-atur nak ambil makanan. Food pun sedap air pun mewah. Terbaik!
Tahniah dan selamat pengantin baru buat Shara dan Akmal. Mrs. A doakan semoga kekal berbahagia hingga ke Jannah.
Okay itu sahaja nak share kisah Selamat Pengantin Baru 'Officemate'.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mrsablogstori.blogspot.com/2018/12/selamat-pengantin-baru-officemate.html