Pengantin Baru Nikah 2 Minggu Maut Rempuh Kereta
Pengantin Baru Nikah 2 Minggu Maut Rempuh Kereta. Siapa dapat menduga pemergian seseorang itu buat selamanya. Pengantin perempuan ini terpaksa reda dan terima takdir pemergian suami buat selamanya akibat terlibat dalam kemalangan. Mereka baru saja melangsungkan perkahwinan kira-kira dua minggu lalu.
Kemalangan melibatkan sebuah motorsikal yang ditunggang mangsa merempuh sebuah kereta Proton Wira dari arah bertentangan di Pekan Slim River.
Sedang mencucuh rokok
Mangsa Muhammad Ihsan Omar merupakan kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bertugas sebagai pembaca meter itu dipercayai sedang mencucuh rokok sambil menunggang motosikal sebelum hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.
Motorsikal yang ditunggang mangsa telah telah melanggar sebuah kereta Proton Wira di Jalan Lama Slim Village-Slim River. Mangsa juga dikatakan baru sahaja dua minggu mendirikan rumah tangga dan maut di lokasi kejadian.
Motorsikal remuk
Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof, pemandu kereta Proton Wira yang dalam perjalanan dari arah bertentangan iaitu dari Taman Slim Jaya 2 ke pekan Slim River, tidak sempat mengelak lalu melanggar motosikal mangsa.
Malah, kemalangan itu telah menyebabkan motosikal mangsa remuk di bahagian depan manakala kereta pula remuk bahagian kiri hadapannya.
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan mayatnya dihantar ke Hospital Slim River.
Kejadian turut menyebabkan seorang wanita berusia 53 tahun yang duduk di kerusi penumpang hadapan kereta, cedera di bahagian muka, manakala pemandunya seorang warga Indonesia berusia 43 tahun tidak mengalami kecederaan.
Mangsa hilang kawalan
Siasatan awal yang dijalankan mendapati kemalangan berlaku ketika sebuah kereta jenis Honda dipandu seorang suri rumah bersama rakannya dari arah Taman Slim Jaya 2 menghala ke Pekan Slim River .
Apabila sampai di tempat kejadian pemandu kereta berkenaan terlihat mangsa yang menunggang motosikal hilang kawalan lalu memasuki laluannya dan mengakibatkan berlakunya perlanggaran di bahagian hadapan kiri kereta tersebut.
Artikel Lain
Cinta sampai syurga.. Biarlah Tak Sempurna Macam Dulu, Tapi Umi Akan Sempurnakan Hidup Abi.. Tabahnya Hati Isteri Ini!
Cinta sampai syurga.. Biarlah Tak Sempurna Macam Dulu, Tapi Umi Akan Sempurnakan Hidup Abi.. Tabahnya Hati Isteri Ini! Cinta sampai syurga, kedengarannya cukup indah jika kita suami isteri dianugerahkan sebegitu.
Namun asam garam kehidupan, cinta juga perlukan pengorbanan dan kesetiaan. Andai diuji dengan keadaan getir seperti yang dilalui oleh Puan Siti Rohayu ini, masihkan lagi ada yang setabahnya berbakti pada suami tanpa mengira lelah dan letih?
Ayuh kita soroti kisah Puan Siti Rohayu ini yang juga membahasakan dirinya umy di akaun fbnya.
Tahun lepas umy hilang segala2,duit simpanan,kereta 2biji,barang emas dan sebagainya,demi menyelamatkan orang yang umy sayang & cinta iaitu suami umy,syurga umy…
walaupun sekarang ni dengan mata kasar aby nampak sihat,umy tahu waktu ini yang paling sukar bt kami,umy harap umy mampu bersabar untuk sedikit masa lagi,umy sentiasa ingatkan diri dan ank2 jangan ambik hati sbb aby tengah sakit.. ujian datang bertalu2,sikit umy xpernah mengeluh,sbb umy tahu tanda Allah sayang dan dia nak kami dekat kepadanya,bila umy redha umy bangkit & umy teruskan hidup,Allah permudahkan segala2nya.
Hari ini umy mampu tersenyum,berkat usaha umy sendri,satu persatu umy dapat balik ape yang umy telah hilang dulu,sekarang umy hanya nantikan suami umy kembali normal seperti dulu,umy akan menjaga aby sampai bila2…sampai nafas yang terakhir
Posting dari seorang isteri yang ikhlas dan tabah, cukup menyentuh hati nurani setiap wanita bergelar isteri.
Terdahulu, Siti Rohayu telah diuji apabila suaminya terlibat dengan kemalangan setahun yang lalu. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.
Ingat Semua
Kembali ingat semua bila fb tb balik ape yang berlaku tahun lepas,masih segar dalam ingatan umy berdiri didepan pintu setiap hari menunggu tiba saatnya wktu melawat dekat icu,hanya jasad aby terbujur kaku..macam mimpi sekarang aby masih bernyawa,masih umy ingat doktor kata aby xdapat diselamatkan,doktor kata aby dh 50-50,doktor kata redha dan lepaskan sbb itu yang terbaik,dikala jantung aby berhenti,begitulah umy juga tapi umy kuat,kuat pertahankan ape milik umy,cuba merintih merayu pd Allah,supaya diberi peluang lagi bersama suami & ank2.mcm mimpi umy dpt berbakti pada aby.
Dlm hspital lagi umy cuba bt semua benda,umy xnak nurse yang bt sbb umy takut ni je peluang yang ada,umy cuba bt sebaik mungkin,takut inilah peluang terakhir yang Allah nak beri,ape umy lakukan seikhlas hati,umy xkan menyesal ape pun yang berlaku kelak sbb umy sudah jalankan tggjwb sebaik mungkin.
Cinta Suci
Begitulah sucinya cinta seorang isteri, sentiasa ada disisi suami walau apa jua keadaannya. Semoga Puan Siti Rohayu kekal tabah harungi dugaan ini.
Dan ini pula adalah perkembangan terkini suaminya yang dikongsikan pada awal November lalu.
semoga selamat sampai pulau pinang.. aby kena admit wad dekat sana, baby sado umy ni.. sampai bila2 umy akan jaga aby, biarlah aby tidak sempurna mcm dulu tp umy tetap akan sempurnakan hidup aby.. cinta sampai syurga
Sumber : Siti Rohayu Via Keluaraga.my
The post Pengantin Baru Nikah 2 Minggu Maut Rempuh Kereta appeared first on .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/pengantin-baru-nikah-2-minggu-maut-rempuh-kereta/