Selamat Hari Jadi Abah


 Assalamualaikum wbt
...
Ibu.. ku ingat dahulu
Menyisir rambutku
Kemas selalu
Abah.. menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu
Hingga dewasa

Hari ini, hari jadi abah. Kalau arwah abah ada lagi, usianya sudah mencecah 91 tahun. Abah bertemu jodoh dengan ibu di usia 42 tahun dan ibu masa tu dah 32 tahun. Sk masih ingat lagi, masa Sk dan adik (tak ingat Cik Ani atau Cikwa) mengikut abah ke Pejabat Pos Batu 5, kami ditegur kawan abah, "Cucu ke?" Hurmmm.. macam tulah kalau ada anak kecil di usia emas, pulak tu abah memang dah sakit sejak Sk belum sekolah rendah lagi. Tapi, jangan tak tahu, tiap hari abah dukung dan berjalan kaki hantar Sk  ke sekolah tadika. Sehinggalah satu hari tu, abah datang jumpa Sk dekat depan pagar sekolah sambil jinjit bakul mengandungi termos dan barang-barang lain. Abah pesan, nanti balik, jalan sendiri, sebab abah nak pergi hospital 😭 Petang tu, abah tak balik, rupanya abah tak beritahu yang dia kena tahan wad akibat sakit jantung.
Walaupun tidak sihat, demi meneruskan kelangsungan hidup, abah bekerja sebagai pemandu bas sekolah. Kemudian abah menjadi pemandu teksi. Abah tidak lagi boleh bekerja semasa Sk berada dalam Tingkatan 1. Sejak itu, ibu mengambil alih tugas abah mencari rezeki untuk keluarga. Abah meninggal masa Sk  berumur 18 tahun dan adik bongsu, Cik Ani darjah 4.
Al-Fatihah kuhadiahkan di hari jadi abah, Ibrahim bin Mohd Yasin.
Oh, abah berkongsi tarikh lahir dengan Mak Lang, kakak ibu. Kini keduanya telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Mak Lang kembali ke rahmatullah pada 20 Disember 2020.
Al-Fatihah kuhadiahkan di hari jadi, Mak Lang, Saleha binti Epit.
Pada tarikh ini juga, Nenek Umboi, mak ibu, meninggal dunia.
Al-Fatihah buat nendaku, Nawiyah binti Ahmad.
...
Dalam Al Quran, sebagai sesama Muslim dianjurkan mengirimkan doa untuk orang yang sudah meninggal. Hal ini tertuang dalam firman Allah SWT lewat surat Al Hasyr ayat 10 yang berbunyi;


وَالَّذِيْنَ جَاۤءُوْ مِنْۢ بَعْدِهِمْ يَقُوْلُوْنَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِاِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالْاِيْمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِنَا غِلًّا لِّلَّذِيْنَ اٰمَنُوْا رَبَّنَآ اِنَّكَ رَءُوْفٌ رَّحِيْمٌ ࣖ - ١٠


Ertinya:
"Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa, 'Ya Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau tanamkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami, sungguh, Engkau Maha Penyantun, Maha Penyayang." Sumber




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2022/10/selamat-hari-jadi-abah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Koleksi Ucapan Dan Pantun Popular Selamat Hari Jadi

Senarai Koleksi Ucapan Dan Pantun Popular Selamat Hari Jadi

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 495 hits
Adakah ada tarikh Hari Jadi rakan keluarga dan insan tersayang anda tidak lama lagi Apa kata anda sediakan ucapan ucapan atau bagi sahaja pantun terbaik sempena menyambut hari kelahiran mereka Walaupun mungkin kita berjauhan dan tidak dapat...
Selamat Hari Lahir Kembar

Selamat Hari Lahir Kembar

papar berkaitan - pada 24/9/2022 - jumlah : 317 hits
Kelmarin genap lapan tahun umur anak kembar MY Kelahiran mereka lapan tahun lalu mengejutkan seluruh keluarga kami Dalam adik beradik MY dan suami Inilah kelahiran kembar yang pertama Teruja sungguh atok nenek serta pakcik makciknya Kami sa...
Tahniah Namgoong Min Jin Ahreum Selamat Berkahwin Hari Ini

Tahniah Namgoong Min Jin Ahreum Selamat Berkahwin Hari Ini

papar berkaitan - pada 8/10/2022 - jumlah : 259 hits
Tahniah Pasangan Namgoong Min dan Jin Ah reum telah pun selamat diijabkabulkan ARTIKEL BERKAITAN Hari ini pada 7 Oktober telah berlangsungnya majlis perkahwinan pelakon popular Korea Selatan iaitu Namgoong Min bersama cinta hatinya Jin Ah r...
Daging Masak Merah Di Hari Sabtu

Daging Masak Merah Di Hari Sabtu

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 241 hits
Assalamualaikum wbtADUHAI dah tak tahulah pukul berapa nak keluar rumah untuk ke pejabat sekarang Pagi ni Sk keluar pukul 6 50 pagi tapi punch card 8 01 Dah merah Rasa punch card Sk tak akan merah kalau tak kena tahan dengan polis trafik ya...
Nasa Akan Menghentam Asteroid Dengan Kapal Angkasa Selaju 22 Ribu Km J Hari Ini

Nasa Akan Menghentam Asteroid Dengan Kapal Angkasa Selaju 22 Ribu Km J Hari Ini

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 146 hits
Selepas dilancarkan pada 24 November 2021 lalu kapal angkasa NASA yang dikenali sebagai Double Asteroid Redirection Test atau singkatannya DART akan menghentam asteroid Dimorphos kurang 7 jam dari sekarang Hentaman DART itu a
Jatuh Air Mata Nabil Kejutan Menjadi Nabil Terharu Hasrat Sambut Hari Jadi Bersama Anak Yatim Tercapai

Jatuh Air Mata Nabil Kejutan Menjadi Nabil Terharu Hasrat Sambut Hari Jadi Bersama Anak Yatim Tercapai

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 162 hits
Pelawak dan pengacara Nabil Ahmad terharu apabila menerima kejutan daripada penyampai radio 3 Pagi Di Era sempena hari ulang tahun kelahirannya Nabil mengalirkan ari mata kegembiraan apabila hari jadinya yang ke 39 tahun dibawa menyambut be...
Pas Kekal Main Dua Kolam Sehingga Hari Pengundian

Pas Kekal Main Dua Kolam Sehingga Hari Pengundian

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 182 hits
Di sebalik hubungan Bersatu dengan Pas yang dilaporkan sedang diselubungi awan mendung sejak kebelakangan ini Hadi Awang malam tadi mengadakan pertemuan dengan Mahiaddin Md Yasin Dalam pertemuan itu Presiden Pas ditemani Menteri Besar Teren...
Studio Tiba2 Berasap Nabil Panik Kena Prank Hari Jadi Di Meletop Ketika Live

Studio Tiba2 Berasap Nabil Panik Kena Prank Hari Jadi Di Meletop Ketika Live

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 178 hits
Pengacara program Meletop dan Gegar Vaganza Ahmad Nabil Ahmad baru sahaja menyambut hari ulang tahun kelahirannya pada 26 September Dia yang genap usia 39 tahun telah menyambut hari lahirnya bersama anak anak yatim semalam ternyata sangat b...
2 Hari Sesat Dalam Hutan Kanak Kanak Lelaki 3 Tahun Ditemui Lesu Hipotermia

2 Hari Sesat Dalam Hutan Kanak Kanak Lelaki 3 Tahun Ditemui Lesu Hipotermia

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 187 hits
Sesetengah ibu ayah gemar membawa anak anak untuk melakukan aktiviti luar seperti hiking dan sebagainya Salah satu kebaikan aktiviti begini adalah anak anak dapat diperkenalkan dengan alam sekitar Artikel Menarik Biarpun begitu aspek kesela...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi