Selamat Guna Telefon Bimbit Ketika Ribut Petir


KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) — Tahukah anda bahawa penggunaan telefon bimbit ketika ribut petir sebenarnya selamat jika dibandingkan dengan penggunaan telefon yang disambung dengan kabel telefon dalam sesebuah bangunan.
Ini kerana telefon yang disambung dengan kabel telefon mampu bertindak sebagai konduktor cas elektrik serta memungkinkannya disambar petir, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, (MetMalaysia) Jailan Simon.
“Namun begitu kebarangkalian telefon bimbit disambar kilat juga boleh berlaku sekiranya telefon bimbit sedang dicas dengan wayar pengecas (ada plak) dan digunakan semasa kejadian ribut petir,” katanya kepada Bernama dalam temuramah, baru-baru ini.
Musim monsun yang sedang melanda negara kini menjadi kerisauan kepada penggunaan telefon bimbit semasa ribut petir yang dikatakan boleh membawa maut.
Berdasarkan kajian MetMalaysia, terdapat kira-kira 16 juta ribut petir berlaku setiap tahun di seluruh dunia dan situasi di Malaysia, bagi tempoh 10 tahun iaitu antara 2008 hingga Ogos 2019, sebanyak 132 kes kematian direkodkan akibat terkena panahan kilat.
Daripada jumlah itu, pantai barat Malaysia merekodkan kematian tertinggi dengan 89 mangsa, diikuti Pantai Timur 22 mangsa dan Sabah dan Sarawak sebanyak 21 mangsa.
BAGAIMANA KILAT TERJADI Jailan berkata kilat merupakan fenomena semulajadi berlaku terutama di kawasan tropika seperti Malaysia namun ia lebih kerap berlaku semasa tempoh peralihan monsun iaitu April-Mei dan Oktober-November.
Fenomena alam tersebut terjadi apabila proses nyahcas elektrik di ruang atmosfera berlaku dan ketika ini, jumlah tenaga yang amat besar dibebaskan serta suhunya mampu mencapai suhu 30,000 darjah Celsius, cukup panas untuk mencairkan pasir silika, katanya.
“Kilat turut memanaskan udara sekitarnya yang mencecah kira-kira suhu 10,000 darjah Celsius secara serta-merta, iaitu hampir dua kali ganda suhu permukaan matahari. Haba tersebut menghasilkan gelombang kejutan yang mengeluarkan bunyi, dikenali sebagai guruh.
“Proses kejadian kilat berlaku dengan sangat pantas menyebabkan pembentukan libasan kilat yang tidak dapat dikesan oleh mata kasar.
“Kilat lazimnya terjadi di daratan pada waktu petang dan senja manakala pada waktu malam ia kerap terjadi di lautan,” jelas beliau lagi.
MITOS KILAT TIDAK SAMBAR DI TEMPAT YANG SAMA Umum mempercayai bahawa kilat tidak akan menyambar tempat yang sama lebih daripada sekali.
Bagaimanapun, Jailan berkata hakikatnya kilat boleh menyambar di mana-mana lokasi lebih daripada sekali.
Keadaan ini boleh berlaku secara kebetulan memandangkan terdapat berjuta ribut petir berlaku setiap tahun, tambahnya.
“Selain itu, antara ciri-ciri suatu kawasan yang cenderung disambar kilat adalah disebabkan faktor ketinggian (objek yang tinggi lebih cenderung dipanah) serta aktiviti yang dijalankan ketika ribut petir berlaku,” katanya.
Jailan menjelaskan mangsa yang disambar kilat boleh mengakibatkan kecederaan parah sehingga membawa maut serta mengalami kelecuran tahap ketiga yang melampaui lapisan bawah kulit termasuk lemak, otot, tulang dan saraf.
“Kilat yang menyambar seseorang mampu menjana voltan elektrik yang amat tinggi sehingga mencecah 120,000 volt, lebih daripada mencukupi untuk menyebabkan kejadian jantung manusia terhenti (cardiac arrest).
“Sehubungan itu, orang ramai dinasihati agar sentiasa merujuk ramalan dan amaran cuaca sebelum menjalankan aktiviti luar terutamanya sewaktu tempoh peralihan monsun dengan ribut petir sering berlaku pada waktu petang dan senja,” katanya.
MANFAAT KILAT TERHADAP ALAM SEKITAR Meskipun berbahaya kepada manusia, Jailan berkata, kilat bermanfaat kepada persekitaran dan fenomena semulajadi ini penting untuk bumi mencapai keseimbangan elektrik kerana bumi akan menerima cas elektrik setiap kali berlaku ribut petir.
Permukaan bumi dan atmosfera boleh mengalirkan elektrik dengan baik melalui nyahcas negatif di permukaan bumi dengan cas positif di atmosfera. Justeru, elektron dari permukaan bumi sentiasa mengalir ke atmosfera, katanya.
“Sekiranya kilat dari ribut petir tidak berlaku, ketidakseimbangan cas elektrik antara bumi dengan atmosfera bumi boleh terjadi.
“Selain itu, kilat juga menghasilkan sejenis bahan kimia yang membantu pembentukan lapisan ozon. Seperti mana diketahui, lapisan ozon sangat penting untuk melindungi bumi daripada sinaran ultraungu yang kuat akibat dari sinaran matahari,” katanya.
Selain risiko terhadap manusia, panahan kilat turut mampu mencetuskan kebakaran hutan secara semulajadi pada skala yang besar terutamanya semasa musim kering, ujarnya lagi.
CARA-CARA ELAK DISAMBAR PETIR Pensyarah Pusat Elektromagnet dan Penyelidikan Perlindungan Kilat (CELP) Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia Profesor Ir Dr Mohd Zainal Abidin Ab Kadir berkata antara langkah keselamatan yang boleh diambil ketika ribut petir ialah dengan menjauhi wayar telefon, komputer, peralatan serta objek yang boleh mengalirkan arus elektrik seperti paip tembaga dan paip yang diperbuat dari besi.
“Ketika seseorang berada di kawasan terbuka, segera masuk ke dalam bangunan atau kereta yang berhampiran dan elak daripada berteduh di bawah pokok.
“Jika dalam keadaan terdesak dan tiada tempat berlindung, langkah terakhir bagi mengurangkan risiko dipanah petir adalah duduk dalam keadaan mencangkung ke tanah dengan meletakkan tangan di lutut serta kepala diletakkan di celah kedua-dua lutut,” jelasnya.
Beliau yang juga profesor lantikan strategik Institut Kejuruteraan Teknologi Tenaga Nasional, Universiti Tenaga Nasional berkata posisi sedemikian mampu membantu menjadikan badan seseorang sekecil mungkin dan meminimumkan sentuhan dengan tanah.
BANTU MANGSA DISAMBAR PETIR Mohd Zainal berkata sekiranya berdepan dengan mangsa yang disambar petir, usah bimbang untuk menghulurkan bantuan kerana mangsa tidak menyimpan cas elektrik di badannya.
“Hubungi talian kecemasan dan laporkan kepada pihak berkuasa dan hospital. Kebiasaannya jantung mangsa akan terhenti secara tiba-tiba dan ketika ini, rawatan kecemasan penting bagi menyelamatkan mangsa.
“Berikan rawatan resusitasi kardiopulmonari (CPR) sekiranya tahu dan tutup kulit yang melecur dengan kain bersih, pastikan tidak membalut kulit melecur tersebut,” katanya.
Sekiranya mangsa sedar tetapi mengalami gejala kejutan, baringkan mangsa dalam keadaan kepala lebih rendah daripada tubuh dan kaki, tambahnya.
Yang pasti, seseorang seharusnya terlebih dahulu memastikan keselamatan diri sendiri dan tiada risiko disambar petir sebelum menyelamatkan mangsa, katanya.
Sumber: Bernama
The post Selamat Guna Telefon Bimbit Ketika Ribut Petir appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/12/09/selamat-guna-telefon-bimbit-ketika-ribut-petir/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Telefon Bimbit Kuno Berusia 800 Tahun

Telefon Bimbit Kuno Berusia 800 Tahun

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 574 hits
Vienna Penemuan objek pelik tidak ubah seperti telefon bimbit kuno oleh pakar arkeologi menjadi viral di Internet menyebabkan ramai membuat spekulasi bahawa ia membuktikan mengembara merentas masa sesuatu yang boleh berlaku Antara spekulasi...
Padah Kerap Guna Telefon Sambil Baring Mengiring Tulang Belakang Wanita Ini Membengkok

Padah Kerap Guna Telefon Sambil Baring Mengiring Tulang Belakang Wanita Ini Membengkok

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 504 hits
Pasti ramai di luar sana yang menghabiskan banyak masa terluang dengan bermain telefon Lebih lebih lagi ketika sedang berbaring dan mengiring Kadang kadang sehingga berjam jam masa dihabiskan begitu sahaja hanya dengan bermain telefon Kesel...
Syukur Anak Masih Selamat Dalam Car Seat Kereta Berpusing Remuk Ketika Kemalangan

Syukur Anak Masih Selamat Dalam Car Seat Kereta Berpusing Remuk Ketika Kemalangan

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 520 hits
Sejak kerajaan mengeluarkan kenyataan bakal mewajibkan penggunaan car seat dalam kenderaan ada ibu bapa bersetuju dan tak kurang juga yang merungut atas beberapa faktor Memang ajal maut dah ditetapkan tetapi penggunaan car seat ini boleh di...
5 Hal Yang Rentan Membuat Ibu Muda Menjadi Galau Ketika Mengurus Anak

5 Hal Yang Rentan Membuat Ibu Muda Menjadi Galau Ketika Mengurus Anak

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 321 hits
Banyak ibu muda yang galau melihat postingan ibu ibu millennial lain yang pola mengasuh anak pola keuangannya berbeda Belum lagi kritikan yang biasanya dilontarkan oleh orang tua mertua dan suami kini dilontarkan juga oleh tetangga dan oran...
Hukum Mengucapkan Alhamdulillah Sesudah Bersin Ketika Khutbah Jumaat

Hukum Mengucapkan Alhamdulillah Sesudah Bersin Ketika Khutbah Jumaat

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 295 hits
SOALAN Apakah hukumnya jika seseorang itu bersin semasa khutbah Jumaat lalu dia mengucapkan alhamdulillah sesudahnya Adakah ia termasuk sebagai perkara yang lagha dalam khutbah Jumaat JAWAPAN Berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ...
Pemain Bola Tampar Susukan Anak Ketika Rehat Separuh Masa Pertama

Pemain Bola Tampar Susukan Anak Ketika Rehat Separuh Masa Pertama

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 1277 hits
Foto seorang pemain bola tampar sedang menyusu anaknya ketika berehat pada separuh masa pertama yang tular di laman sosial mendapat pelbagai reaksi dari netizen Lalventluangi pemain bola tampar dari pasukan pasukan Tuikum di Mizoram India b...
5 Cara Melegakan Tenggorokan Ketika Mengalami Batuk Yang Mengganggu Di Malam Hari

5 Cara Melegakan Tenggorokan Ketika Mengalami Batuk Yang Mengganggu Di Malam Hari

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 187 hits
Batuk kering merupakan sebuah hal yang sangat mengganggu dan bisa menimbulkan ganjalan dan rasa tak nyaman pada tenggorokan Batuk ini sangat tak nyaman karena tak bisa menghilangkan lendir atau iritan lain dari tenggorokan atau saluran nasa...
Azmin Tidak Pernah Ke Penjara Ketika Gelombang Reformasi

Azmin Tidak Pernah Ke Penjara Ketika Gelombang Reformasi

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 380 hits
Dalam ucapan berapi apinya di Hotel Renaissance petang semalam Azmin Ali berkata beliau lebih dulu melalui pengalaman masuk penjara berbanding Presiden PKR Anwar Ibrahim Katanya beliau masuk penjara pada 16 September 1998 iaitu sebelum Anwa...
Pasangan Kekasih Dibunuh Ditanam Hidup Hidup Ketika Memadu Kasih Dalam Hutan

Pasangan Kekasih Dibunuh Ditanam Hidup Hidup Ketika Memadu Kasih Dalam Hutan

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 382 hits
Satu pasangan kekasih dilaporkan telah dibunuh dengan kejam ketika mereka sedang berasmara di dalam kereta Pasangan itu telah diserang ketika bersama dan ditembak sebelum dikuburkan hidup hidup Motif kejadian itu adalah bertujuan untuk menc...
Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Budak Akmal Ni Agak Bangang Sikit Maaf Cakap Jujur

Masjid 99 Kubah Asmaul Husna Makassar Sulawesi

Christmas From The Manger To The Margins

Walimatul Urus Majlis Bertaut Kaseh Uzair Izzati

Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Road To Upkk 2024