Selalu Tanya Bila Ayah Pulang Tengok Anak Terus Sebak Isteri Mangsa Covid 19 Perlu Bantuan


Masih ingat mangsa Covid-19 yang meninggal 17 Mac lalu di Johor Bahru yang menjadi mangsa ke-2 korban wabak bahaya ini dan meninggalkan enam anak yang masih kecil.
Kini setelah sebulan pemergian arwah Mohammad Yusof Haron, 34, isterinya Noradilah Rani, 33, hilang sumber pendapatan untuk menyediakan keperluan anak-anak. Lagi-lagi dengan kehadiran Ramadan ia cukup dirasai.

Walaupun sebelum ini hidup dalam serba sederhana, suaminya sentiasa ada di sisi untuk menyediakan segala keperluan.
Bagaimanapun, pada 17 Mac lalu, selepas arwah suaminya dirawat selama seminggu di Hospital Permai, Johor Bharu, Allah ambil arwah. Difahamkan arwah disahkan positif pada 13 Mac dan punca jangkitan, dikatakan pernah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling.
Hanya tangisan enam anak yang masih kecil iaitu Muhammad Danish Sulaiman,11, Nurul Huda, 10, Nurul Aisyah Sakinah, 7, Muhammad Usman, 5 , Nurul Najwa Humairah, 3, dan Muhammmad Luqman, 8, bulan, mengiringi pemergian ayah dikasihi.
Hanya mampu sedekah Al-Fatihah dan berdoa diberi ketabahan
Noradilah berkata, sejak suami meninggal dunia, apa yang mampu dilakukan ialah menghadiahkan Al-Fatihah setiap hari untuk arwah dan berdoa diberikan ketabahan pada diri bagi membesarkan enam anaknya.
Beliau yang juga seorang suri rumah, berkata apabila arwah disahkan positif wabak berkenaan dirinya sedih dan putus harapan.
Enam anak arwah berusia 11 tahun hingga 8 bulan. “Ketika di hospital arwah sering menghubungi keluarga melalui panggilan video dan kali terakhir sebelum dipindahkan ke wad rawatan rapi beliau memaklum dirinya sihat dan penyakitnya itu boleh sembuh serta meminta ahli keluarga sentiasa mendoakannya.
“Ketika dimaklumkan arwah meninggal dunia fikiran saya kosong dan bagaikan patah sayap kerana kehilangan orang tersayang serta tempat bergantung,” katanya BH Online.
Noradilah berkata, lebih memilukan, empat anak turut disahkan positif wabak itu dan menerima rawatan serta kuarantin pada tarikh sama arwah dimasukkan ke hospital hingga 29 Mac di Hospital Permai.
Noradilah bersyukur kerana sewaktu menerima rawatan di hospital ditempatkan di wad yang sama bersama empat anak dan selepas 16 hari dirawat, disahkan negatif pendemik berkenaan.

Wang simpanan semakin kurang
Kongsi Noradilah, selepas kehilangan suami mereka sekeluarga berhadapan masalah kehidupan kerana arwah tiada pendapatan tetap dan hanya melakukan kerja kimpalan besi di bengkel sendiri secara kecil-kecilan.
“Fikiran saya buntu kerana tidak bekerja dan wang simpanan yang sedikit juga semakin habis digunakan bagi membeli keperluan harian.
“Anak kelima dan bongsu juga sering bertanyakan, bila ayah mereka akan pulang ke rumah kerana sangat rindu dan masih tidak memahami erti kematian.
“Kami sekeluarga tinggal menumpang di rumah ibu sejak berkahwin dan sepanjang tinggal bersama, keperluan hariannya juga kami tunaikan sebagai tanggungjawab seorang anak,” katanya.
Mahu belajar buat kek dan roti untuk sara anak-anak
Tambah Noradilah, dia  bercadang untuk belajar membuat kek dan roti supaya dapat menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dari rumah bagi menyara pendidikan anak dan keperluan harian.
“Walau apa pun terjadi, saya tidak berpisah dengan anak dan berazam memberi pendidikan sempurna kepada mereka, termasuk melaksanakan hasrat arwah untuk menghantar mereka belajar di madrasah sebagai hafiz dan hafizah serta menjadi insan berguna,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Kredit Gambar: FB Aiza Syafinaz Aiza
 
 
 
The post “Selalu Tanya Bila Ayah Pulang, Tengok Anak Terus Sebak.” Isteri Mangsa Covid-19 Perlu Bantuan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/selalu-tanya-bila-ayah-pulang-tengok-anak-terus-sebak-isteri-mangsa-covid-19-perlu-bantuan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sayunya Anak 3 Tahun Dah Negatif Mama Ayah Atuk Nenek Pula Positif Ujian Covid

Sayunya Anak 3 Tahun Dah Negatif Mama Ayah Atuk Nenek Pula Positif Ujian Covid

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 286 hits
Sebelum ini tular mengenai video seorang kanak kanak lelaki berusia 3 tahun yang menaiki ambulan selepas mempunyai simptom Covid 19 Bagaimanapun kanak kanak itu dibenarkan keuar hospital selepas ujian swab yang dilakukan mendapati anaknya n...
Hilang Tongga Keluarga Balu Amp 6 Anak Mangsa Covid 19 Tiada Punca Pendapatan

Hilang Tongga Keluarga Balu Amp 6 Anak Mangsa Covid 19 Tiada Punca Pendapatan

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 346 hits
Kes kematian mangsa Covid 19 yang menggemparkan Malaysia di awal penularan wabak tersebut datangnya daripada jemah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Sri Petaling Salah seorang mangsa Covid 19 yang juga merupakan kes kematian kedua di n...
Stay Strong Ayah Get Well Soon I Love You Video Ucapan Anak Anak Buat Ashraf Muslim Sebak Sambut Ramadan Di Wad

Stay Strong Ayah Get Well Soon I Love You Video Ucapan Anak Anak Buat Ashraf Muslim Sebak Sambut Ramadan Di Wad

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 653 hits
Sebelum ini Ashraf Muslim ada berkongsi di media sosial tentang dirinya yang disahkan positif Covid 19 dan sehingga kini dia masih dirawat di Hospital Sungai Buloh Memandangkan pada hari Jumaat 24 April umat Islam di Malaysia mula berpuasa ...
Viral Foto Petugas Covid 19 Peluk Anak Dibungkus Plastik Ayah Kangen Dek

Viral Foto Petugas Covid 19 Peluk Anak Dibungkus Plastik Ayah Kangen Dek

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 452 hits
Foto yang diduga seorang petugas garda depan COVID 19 di Malaysia peluk anak yang dibungkus plastik viral di media sosial Dalam foto tersebut tampak seorang pria memeluk anak kecil berbaju merah muda yang terbungkus plastik bening Diberitak...
Ashraf Muslim Positif Covid 19 Ungkap Rasa Rindu Pada Isteri Anak Anak Mohon Doakan Dirinya Dan Pesakit Lain Sembuh

Ashraf Muslim Positif Covid 19 Ungkap Rasa Rindu Pada Isteri Anak Anak Mohon Doakan Dirinya Dan Pesakit Lain Sembuh

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 548 hits
Selepas Pelakon Puteri Aishah disahkan positif Covid 19 kali ini seorang lagi pelakon Ashraf Muslim yang sama sama mengikuti penggambaran di luar negara juga turut disahkan positif virus tersebut Dalam perkongsian yang dibuat oleh Ashraf di...
Takut Bawa Pulang Covid 19 Tapi Tetap Keluar Jadi Ketua Keluarga Interim

Takut Bawa Pulang Covid 19 Tapi Tetap Keluar Jadi Ketua Keluarga Interim

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 430 hits
Takut Bawa Pulang COVID 19 Tapi Tetap Jadi Ketua Keluarga Interim Bosan duduk dirumah dan menunggu tu punca saya menjadi ketua keluarga interim dan rasanya bukan saya seorang jer kot Minggu lepas dah cakap dengan hubby yang saya nak ke pasa...
Bekas Ratu Cantik Jadi Doktor Rawat Covid 19 Turut Beri Bantuan Guna Duit Sendiri

Bekas Ratu Cantik Jadi Doktor Rawat Covid 19 Turut Beri Bantuan Guna Duit Sendiri

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 343 hits
Gelaran peserta Miss World Malaysia 2019 nbsp yang disandang oleh Dr Nisha Thayananthan sememangnya layak diterima berikutan baktinya ketika ini apabila menjadi salah seorang frontliner yang bertugas melawan Covid 19 di Hospital Putrajaya D...
Anak Tak Sihat Terus Suap Antibiotik Jangan Main Bagi Ikut Saranan Doktor

Anak Tak Sihat Terus Suap Antibiotik Jangan Main Bagi Ikut Saranan Doktor

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 443 hits
Ketika anak tidak sihat kita akan membawa mereka untuk mendapatkan rawatan di klinik Biasanya jika tiada sebarang jangkitan yang serius doktor tidak akan membekalkan antibiotik untuk si anak Antibiotik hanya dimulakan jika terdapat indikasi...
Covid 19 Bantuan Rm500 Untuk Veteran Atm Tak Berpencen

Covid 19 Bantuan Rm500 Untuk Veteran Atm Tak Berpencen

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 396 hits
Covid 19 Bantuan RM500 Untuk Veteran ATM Tak Berpencen Kerajaan turut mengumumkan bantuan khas kepada veteran ATM tak berpencen melalui Pakej Rangsangan Prihatin Rakyat Lebih Info akan kongsikan maklumat berkenaan Covid 19 Bantuan
Saka Bapak Kau

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Rating Cecah 66 Masih Tiada Naskhah Baru Mampu Pecah Rekod K Drama Lejen Ini

Pmx Bertemu Rakyat

Analogi Dan Bidasan Yang Baik Sangat

Resepi Nasi Daging Utara Air Asam Kerisik

Kenapa Ibu Bapa Patut Hantar Anak Anak Ke Tadika Lebih Awal

Kadar Kesuburan Negara Menurun Kkwpk Sedia Bantuan Galak Anak