Takut Bawa Pulang Covid 19 Tapi Tetap Keluar Jadi Ketua Keluarga Interim


Takut Bawa Pulang COVID-19 Tapi Tetap Jadi Ketua Keluarga Interim  | Bosan duduk dirumah dan menunggu tu punca saya menjadi ketua keluarga interim dan rasanya bukan saya seorang jer kot. Minggu lepas dah cakap dengan hubby yang saya nak ke pasaraya Hero tapi dia tanya balik nak beli apa lagi? kan I dah beli barang dua hari lepas? ehh..sambil tersengih tu cakap kat dia..I nak beli daun pudina, tembikai susu untuk buat jus baru dengan aiskrim Paddle Pop Melon Slice tu dan KY nak buat bahan untuk kek dan beberapa pesanan dari Cik Meya jugak. Fuhh mujur dia benarkan tapi waktu bersiap tu jenuh la dia suruh pakai face mask, bawa hand sanitizer dan siap bagi ingatan suruh social distancing la pastu guna sanitizer bila dah angkat barang la...bla bla bla

Takut Bawa Pulang COVID-19 Tapi Tetap Keluar Jadi Ketua Keluarga Interim Akhirnya dengan jayanya pergi ke Pasaraya Hero di Wangsa Maju walau sebenarnya takut pun ada jugak sebab kita sedia maklum tentang COVID-19 ni jadi cuak pun sama banyak tapi bila fikirkan balik kita tawakkal jer la.  
Bukan kurang pun barangan yang dibeli hubby tu tapi kekadang tu terlebih sebab en hubby memang tak perlu list cuma bagitau nak itu ini atau mungkin mesej tambahan takut dia terlupa tapi bila dia balik tu ehh barangan yang tidak dipesan pun dibeli. Dah dia sendiri tahu barang yang dia beli tu memang kegunaan tu yang dia beli. Jangan complaint ya..kita redha dan simpan walau stok tu bertambah pastu kita marah dia sebab dia penyebab kita tak kurus-kurus..haha
Jangan pandang mudah dan sesukat hati keluar membeli tapi kena pastikan kebersihan diri dan keluarga dan jika kebiasaannya bila sampai dari pasaraya anak-anak akan sambut barangan yang dibeli dari tangan tapi sejak COVID-19 melanda, kami ambil langkah di luar dari kebiasaan

Barangan yang dibeli saya atau suami yang mengambil tugasan membeli tu akan bawa terus ke dapur

Terus masuk ke bilik air untuk membersihkan diri dan pakaian, topeng muka yang dipakai ditanggalkan dan dicuci dengan sabun kemudian barulah topeng tu dibuang.  Bukan apa kalau kita terus buang topeng muka tu takut nanti ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil dan menjualnya semula.Tidak menyentuh suis ataupun sebarang barangan dalam rumah sebelum membersihkan diriSarung tangan yang dipakai semasa memegang troli tu akan di buang sebelum memasuki kereta.Sekiranya ada ruang di hadapan rumah untuk mandi, sebaiknya mandi diluar terutama bagi kaum lelaki seperti yang disarankan dalam artikel hello doktor untuk mengelakkan sebarang penyebaran kuman atau bakteria yang tidak kelihatan pada permukaan. Pencegahan itu lebih baik


Jom tengok macam mana saya sediakan minuman Paddle Pop Melon  Lime Fizzy yang cukup menyegarkan sesuai untuk diminum waktu panas macam hari ni. Bahan dan cara membuatnya : 200gm tembikai susu, 3 gm daun pudina, 80 gm air gula, 30 gm jus limau/lemon, 200 gm kuib ais dan 2 batang Paddle Pop Melon Slice.  Kesemua bahan dikisar dan dimasukkan kedalam gelas dan minum. Mudah kan!
Sila patuh Arahan PKP dan duduk dirumah untuk kekal selamatTambahan PKP ke 3 dah berkuatkuasa dan pasti arahan ni menyebabkan tekanan buat semua orang tapi diharap kita semua bersabar dan bawa bertenang. Memang ramai yang tengah berkira-kira nak sambut Ramadan dan Hari Raya bersama keluarga di kampung tapi kita perlu fikirkan kesihatan kita dan keluarga dan tentu kita tidak mahu menjadi penyebab wabak ini berterusan malahan boleh menyebabkan kematian orang tersayang

Korang kena pastikan kebersihan rumah berada pada tahap yang terbaik, jaga aspek kebersihan diri dengan kerap mencuci tangan dengan sabun untuk pastikan diri dan keluarga kekal sihat. 
Kalau perlu membeli keperluan asas, sentiasa menjaga jarak sosial dengan individu di sekeliling anda. Ingat 1 meter, okay

Selain menjaga kebersihan rumah, pastikan semua permukaan ruang kediaman yang kerap disentuh seperti pemegang pintu, telefon dan alat kawalan peralatan elektronik bebas kuman 
Penyelidik telah mengetahui virus COVID-19 berupaya untuk hidup pada permukaan bukan hanya untuk tempoh 24 jam, bahkan sehingga 2 atau 3 hari. Jadi proses mencuci kemudian membasmi adalah perlu untuk dilakukan

Pertama sekali, bersihkan permukaan terlebih dahulu. Buang segala kekotoran atau debu. Lakukannya dengan lap permukaan barangan rumah menggunakan air bersabun atau semburan pencuci dan kain lap.Kemudian gunakan semburan atau bahan disinfeksi bersesuaian. Cara terpantas dan mudah adalah dengan menggunakan kain lap atau semburan dengan disinfeksi.Amalkan cara pencucian ini sebagai rutin untuk membantu mencegah penularan COVID-19 kepada anda dan juga setiap isi rumah.
Kalau kita tiada bahan pembasmi, kita boleh gunakan sabun atau sebarang bahan pencuci yang ada

Jangan risau kalau kita tak berjaya mendapatkan bahan pembasmi di pasaraya kerana kita boleh membuat sendiri dengan resepi yang mudah seperti yang  dicadangkan oleh pihak Pusat Kawalan Dan Pencegahan Penyakit (CDC) dengan menggunakan bahan peluntur. 
Cara untuk menghasilkan semburan pembasmi menggunakan bahan peluntur:
4 sudu teh bahan peluntur1 liter airCampurkan bahan-bahan dalam 1 botol semburan, goncang sehingga sebati. 
Untuk menggunakannya, semburkan pada sebarang permukaan dan biarkan untuk selama 10 minit sebelum lap menggunakan kain basah yang bersih

Pastikan bahan peluntur tidak digunakan secara berlebihan dan elakkan daripada mencampurkan bahan peluntur dengan sebarang produk pencuci lain. 
Jika ia berlaku, ini mungkin akan menyebabkan kerosakan pada permukaan barangan di rumah

Jadikan ini pilihan terakhir jika tidak dapat mencari sebarang produk pembasmi di pasaran. 
Sekiranya menggunakan peluntur, sila pakai sarung tangan dan membuka tingkap bagi membantu pengudaraan di dalam rumah. Sentiasa berwaspada, okay

Paling penting untuk ingatan dan rutin yang perlu kita lakukan iaitu pastikan kita dan ahli keluarga kerap mencuci tangan menggunakan sabun. Jangan lupa untuk menggosok celahan jari. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2020/04/takut-bawa-pulang-covid-19-tapi-tetap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Bawa Pulang Pelajar Di Mesir Bukan Langkah Terbaik Albab

Covid 19 Bawa Pulang Pelajar Di Mesir Bukan Langkah Terbaik Albab

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 370 hits
KUALA TERENGGANU 14 April Pertubuhan Alumni Lepasan Blok Asia Barat menegaskan beberapa pertimbangan perlu diteliti pelbagai pihak terutama ibu bapa sebelum mengambil keputusan membawa pulang pelajar pelajar Malaysia di Kaherah Mesir Penger...
Covid 19 Abdul Hadi Bantu Bawa Pulang Rakyat Terkandas

Covid 19 Abdul Hadi Bantu Bawa Pulang Rakyat Terkandas

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 318 hits
Provided by Berita Harian Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein melakukan pertemuan dengan Presiden PAS dan Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Wisma Putra hari ini Foto BERNAMAbhnews bh com myKUALA LUMPUR Pelantikan ...
Covid 19 Tolong Bawa Kami Pulang Atau Kami Semua Dipenjarakan

Covid 19 Tolong Bawa Kami Pulang Atau Kami Semua Dipenjarakan

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 244 hits
Sekumpulan jemaah tabligh yang ketika ini berada di India merayu kepada kerajaan Malaysia supaya segera membawa mereka pulang ke tanah air Salah seorang daripada jemaah berkenaan yang dikenali sebagai Ibnu Hussin berkata beliau bersama enam...
Kesal Ditolak Pulang Keluarga Karena Takut Corona Pria Di Blora Nekat Minum Deterjen

Kesal Ditolak Pulang Keluarga Karena Takut Corona Pria Di Blora Nekat Minum Deterjen

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 243 hits
Seorang pria berusia 37 tahun nekat melakukan percobaan bunuh diri dengan minum air deterjen karena ditolak pulang oleh keluarganya sendiri di Kecamatan Cepu Kabupaten Blora Jawa Tengah Pihak keluarga takut yang bersangkutan membawa virus c...
Covid 19 Merebak Ke As Lebih Awal Tapi Gagal Dikesan

Covid 19 Merebak Ke As Lebih Awal Tapi Gagal Dikesan

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 305 hits
Pekerja berpakaian keselamatan di tanah perkuburan Municipal Cemetery No 13 di Tijuana California menyembur cecair nyah kuman pada keranda sebelum mengebumikan mayat mangsa COVID 19 yang tidak dituntut Foto AFPSAN FRANCISCO Bedah siasat dua...
Nadya Syahera Terkenang Melancong Ke Luar Negara Bawa 2 Anak Kecil Pohon Doa Hapus Wabak Covid 19 Sebelum Hari Raya

Nadya Syahera Terkenang Melancong Ke Luar Negara Bawa 2 Anak Kecil Pohon Doa Hapus Wabak Covid 19 Sebelum Hari Raya

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 598 hits
Menularnya wabak pandemik Covid 19 sejak awal tahun ini memberikan kesan yang cukup hebat buat industri pelancongan khususnya Manakan tidak banyak aktiviti seperti melancong ke luar negara terpaksa dibatalkan Malah pelancong dari luar negar...
Modus Jaga Keluarga Eks Napi Bebas Asimilasi Bawa Kabur 2 Ponsel Pasien

Modus Jaga Keluarga Eks Napi Bebas Asimilasi Bawa Kabur 2 Ponsel Pasien

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 229 hits
Situasi sepi karena sudah larut malam dimanfaatkan pelaku menjalankan aksinya Dia berkeliling di kamar kamar pasien untuk mencari mangsa
Covid 19 Kpt Akan Kaji Mekanisme Bawa Pelajar Ipt Pulang

Covid 19 Kpt Akan Kaji Mekanisme Bawa Pelajar Ipt Pulang

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 325 hits
KUALA LUMPUR Kementerian Pengajian Tinggi akan meneliti kaedah terbaik untuk menghantar pelajar Institut Pengajian Tinggi yang berada di kampus untuk pulang ke rumah masing masing Menteri KPT Datuk Noraini Ahmad berkata perkara itu akan di ...
Covid 19 2 074 Keluarga Di Rhu Rendang Terima Bantuan Barangan Dapur

Covid 19 2 074 Keluarga Di Rhu Rendang Terima Bantuan Barangan Dapur

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 359 hits
Oleh Aslam WiraMARANG 10 April Sebanyak 2 074 keluarga keluarga berpendapatan rendah di Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang telah menerima sumbangan berupa barangan keperluan dapur yang mula diagihkan pada awal Perintah Kawalan PergerakanAgih...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord