Selalu Macam Ni Dah Berapa Kali Cakap Mama Cuba Ye Elak Ayat Ni


Selalu orang cakap kalau kita mahu sesuatu itu melekat di hati dan ingatan anak, kita perlu ulang banyak kali, barulah anak ingat, barulah anak buat. Saya dah letih berleter, kadang-kadang sampai naik angin hilang sabar tetapi anak tidak buat juga. Tidak disuruh, tidak dibuat.”
KENAPA KITA BERLETER?
*Ada yang berleter kerana kita juga dileteri suatu masa dahulu. Itu sudah menjadi budaya dan amalan keibubapaan dalam keluarga.
*Ada yang berleter sebab tidak tahu cara lain untuk menyampaikan apa yang terbuku di hati.
*Ada yang berleter untuk memberi arahan kepada anak yang tidak mahu patuh.
*Ada yang ingin menunjukkan kuasa dan otoriti walaupun berleter itu seringkalinya masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
*Ada yang berleter sebab rasa panik, kaget dan bersalah dengan diri sendiri. Untuk menutup kegusaran itu maka leteran digunakan.
*Ada yang takut anak mengulangi kesilapan yang pernah kita lakukan maka cara yang terbaik adalah berleter untuk menutup rasa tidak selamat yang dirasakan.
Kebanyakannya berleter kerana itu adalah cara yang paling cepat dan mudah untuk ‘memaksa’ anak menurut kata tanpa perlu banyak usaha dan perancangan.

Adakah leteran berkesan untuk jangkamasa panjang?
Selalunya tidak. Ia hanya berkesan ketika saat itu saja. Perangai yang sama akan diulangi. Anak akan menunggu leteran sekali lagi. Selagi tidak dileteri, selagi itulah perbuatan yang sama diulang.
Perbuatan diulang, berleter lagi. Berleter lagi, perbuatan diulang.
Ia menjadi satu kitaran yang tidak sudah, tidak efektif dan tidak produktif.
Leteran akhirnya menjadi irama dan lagu yang hanya membuai dan mendodoikan tanpa kesan pada anak.
KENAPAKAH LETERAN TIDAK BERKESAN?
Leteran adalah proses mencari silap bukannya proses memperbetulkan kesilapan. Ia hanya memfokuskan pada apa yang buruk dan apa yang salah pada anak sahaja. Pernahkah dalam leteran itu kita selitkan perkara yang positif yang dilakukan anak? Tidak bukan? Ataupun jarang-jarang sekali.
Selalunya kita hanya semburkan apa yang negatif sahaja seolah-olah tiada langsung yang baik pada anak. Selalunya kita guna istilah yang ekstrim.
“Kamu tidak pernah….”
“Selalu macam ni…”
”Dah berapa kali dah…” semua yang ekstrim negatif sahaja dan langsung tidak ada yang positif.
Anak akan berhenti mencuba untuk berubah dan menjadi baik kerana usaha kecil mereka tidak ada nilainya di mata ibubapa di kala berleter.
Kaedah yang lebih efektif untuk membentuk tingkah laku yang baik adalah bukannya mencari silap tetapi mencari kebaikan. Semakin banyak kebaikan yang kita cari, semakin banyaklah kebaikan yang akan kita lihat dalam diri anak. Ini adalah kitaran positif yang efektif.
Dalam leteran itu juga kita berkemungkinan membuat andaian yang tidak betul dan tuduhan yang melulu tanpa memeriksa terlebih dahulu apa sebenarnya yang menyebabkan sesuatu tingkah laku itu. Ini juga amat mengecewakan anak yang dileteri.
Mungkin harapan kita terlalu tinggi dan anak tidak dapat mencapainya dengan mudah.
Mungkin persekitaran tidak kondusif untuk fizikal anak melakukan apa yang diharapkan.
Mungkin anak tidak faham arahan yang disampaikan kerana cara komunikasi kita tidak kena dengan anak.
Jika inilah sebabnya, maka tidak hairanlah leteran kita masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tuduhan dan andaian tidak akan terkesan di hati. Ia hanya menyakitkan hati.

APA YANG PERLU DIBUAT SELAIN BERLETER?
Jika kita inginkan kerjasama yang berpanjangan, kita perlukan perancangan. Tidak ada penyelesaian segera dalam proses keibubapaan. Semuanya memerlukan usaha, pertimbangan yang teliti dan kesabaran yang tinggi.
Buat perancangan dengan anak. Jemput anak untuk sama-sama menyelesaikan masalah secara diplomasi. Anak-anak harus diajar kesan dan akibat perbuatan mereka ke atas dirinya, keluarga dan orang sekeliling. Tidak perlu tunggu sehingga anak remaja untuk membincangkannya. Anak kecil juga faham jika kita menggunakan bahasa yang mudah mereka fahami.
Adakan peraturan dalam rumah. Sentiasa berbincang tentang peraturan yang ada. Jika anak tidak ikut peraturan ada kesan dan akibatnya. Ini juga harus dibincangkan dari awal bersama-sama dengan anak bukannya dibuat secara rawak apabila anak melakukan kesilapan.
Kita harus berusaha menjadi ibubapa proaktif yang bersedia sebaik mungkin dengan segala kemungkinan dan bukannya menjadi reaktif dengan leteran dan hukuman yang tidak efektif untuk mendidik.
Pastikan sistem pendidikan di rumah adalah yang terbaik untuk anak menjadi seorang manusia.
Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)
 

Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama! Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
 
The post “Selalu Macam Ni..Dah Berapa Kali Cakap..” Mama Cuba Ye Elak Ayat Ni! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/selalu-macam-ni-dah-berapa-kali-cakap-mama-cuba-ye-elak-ayat-ni/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rambut Ibu Selalu Gugur Cuba Guna Syampu Baby Campur Sekali Bunga Cengkih

Rambut Ibu Selalu Gugur Cuba Guna Syampu Baby Campur Sekali Bunga Cengkih

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 171 hits
Masalah rambut gugur antara yang sangat dirisaukan oleh semua orang Keadaan ini lagi ketara bagi ibu selepas bersalin Keadaan ini dianggap proses normal yang berlaku kerana tahap oestrogen yang menurun dalam badan wanita selepas melahirkan ...
Anak Buat Perangai Ibu Ayah Jadi Kusut Cuba Check Mungkin Perkara Ini Yang Berlaku Kena Selalu Alert

Anak Buat Perangai Ibu Ayah Jadi Kusut Cuba Check Mungkin Perkara Ini Yang Berlaku Kena Selalu Alert

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 220 hits
Bila anak buat perangai mungkin ada yang sering tertanya tanya apa yang tak kena Sebenarnya cuba audit hubungan dengan si kecil itu sendiri Sudah cukup atau tidak perhatian yang diberikan untuk mereka Biasanya anak anak bila buat perangai k...
Bayi 6 Bulan Makan Berapa Kali Sehari Ini Panduannya

Bayi 6 Bulan Makan Berapa Kali Sehari Ini Panduannya

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 191 hits
Bayi 6 bulan makan berapa kali sehari ya Itu pastinya antara persoalan bermain di minda para ibu apabila memikirkan mengenai aspek pemakanan si manja Dalam perkongsian artikel ini ada jawapannya Bayi 6 bulan makan berapa kali sehari Bayi ta...
Baca Ayat Ini 7 Kali Setiap Kali Selesai Solat Fardhu

Baca Ayat Ini 7 Kali Setiap Kali Selesai Solat Fardhu

papar berkaitan - pada 3/4/2022 - jumlah : 191 hits
BACA AYAT INI 7 KALI SETIAP KALI SELESAI SOLAT FARDHU Baca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu dengan izin Allah 1 Jika dia seorang yang lemah maka akan menjadi kuat2 Jika dia seorang yang hina maka akan menjadi seoran...
Kita Cuba Elakkan Dari Penyakit Ain Neelofa Tertekan Peminat Selalu Desak Upload Gambar Anak Sulungnya

Kita Cuba Elakkan Dari Penyakit Ain Neelofa Tertekan Peminat Selalu Desak Upload Gambar Anak Sulungnya

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 216 hits
Kita cuba elakkan dari penyakit ain Neelofa tertekan peminat selalu desak upload gambar anak sulungnyaSejak dilahirkan pada 10 Februari lalu sehingga kini pasangan Neelofa dan Haris Ismail masih belum mendedahkan wajah anak sulung mereka Mu...
Pertama Kali Cuba Masala Milk Tea Nepal

Pertama Kali Cuba Masala Milk Tea Nepal

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 175 hits
Excited sebenarnya tau nak cuba souvenir dari Nepal pemberian anak buah Excited nak rasa tapi selera tu baru datang sebab sakit gigi baru elok Bila dah datang deria rasa dan berselera tu jangan ditangguh Eloklah disegerakan buat masala milk...
Potret Mama Rieta Dijailin Rayyanza Ekspresi Sang Cucu Bikin Gemas

Potret Mama Rieta Dijailin Rayyanza Ekspresi Sang Cucu Bikin Gemas

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 164 hits
Kehidupan Rieta Amilia atau Mama Rieta seolah tak pernah lepas dari perhatian publik Apalagi setelah kehadiran cucu keempatnya Rayyanza Mama Rieta kini makin bahagia menjadi nenek dari empat orang cucu Mama Rieta banyak menghabiskan waktu b...
Lirik Mama Bonita Beby Acha Farez Adnan

Lirik Mama Bonita Beby Acha Farez Adnan

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 424 hits
aku mahu tanya kau ada kereta tak ada keretalemah aku mahu tanya apa ada rumah hanya rumah sewalemahjangan kau pandang kuwalau tak berhartatapi kan bahagiapercuma ku tak mahuda da da dapertama kali ku kenal diaresahnya hati tidur tak lenain...
Bila Stres Kulit Jadi Kusam Tak Fresh Jangan Biarkan Ini Yang Mama Patut Buat

Bila Stres Kulit Jadi Kusam Tak Fresh Jangan Biarkan Ini Yang Mama Patut Buat

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 153 hits
Nak bercerita tentang journey kehamilan membuatkan saya teringat momen ketika mengandung anak saya Wan Dini Tihani tiga tahun yang lepas Saya merasa bertuah kerana terpilih dari komuniti Pa Ma Moms To Be untuk berkongsi tentang kisah saya T...
Importance Of Domain Valuation

Bazaar Wangsa Maju Draws Attention With Its Impressive Length

Study Warns Climate Change Will Lead To More City Fires

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

Selamat Tinggal 0176076730

The New Evs From Bmw Will Outperform All Others On Range

6 Ciri Ciri Yang Dicari Lelaki Daripada Seorang Wanita

Nippon Sushi Dan Myviets Melancarkan Menu Istimewa Sempena Ramadan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Udang Lemon

Sampul Raya Yang Cantik Menarik

Perkara Perkara Yang Perlu Dikurangkan Apabila Usia Mencecah 50an

Betamek Berhad Melancarkan Pusat Penyelidikan Dan Pembangunan Rnd

Lirik Lagu Hari Lebaran Siti Nordiana

Saat Hilang Tong Gas Mu