Rambut Ibu Selalu Gugur Cuba Guna Syampu Baby Campur Sekali Bunga Cengkih
Masalah rambut gugur antara yang sangat dirisaukan oleh semua orang. Keadaan ini lagi ketara bagi ibu selepas bersalin. Keadaan ini dianggap proses normal yang berlaku kerana tahap oestrogen yang menurun dalam badan wanita selepas melahirkan anak.
Terdapat beberapa tip yang dikongsikan oleh Pakar Dermatologi, Dr. Hafsah Sazali melalui perkongsiannya di Mstar sebelum ini.
1. Elakkan jenis syampu perapi yang intensif, sebaliknya boleh cuba menggunakan perapi dihujung rambut sahaja berbanding menyapu di seluruh kepala kerana ia boleh menyebabkan rambut jadi ‘berat’ nampak lebih nipis.
2. Bagi yang memiliki fine hair, terdapat perapi rambut yang sesuai selain syampu yang memberi volume bagi membolehkan rambut kelihatan lebih tebal.
3. Mengubah penggayaan rambut. Boleh tanya dengan hair stylist anda tentang fesyen rambut sesuai untuk rambut nipis.
4. Memotong rambut pendek juga boleh mengelakkan rambut terus gugur dan juga lebih mudah diuruskan.
5. Keguguran rambut boleh terjadi selama beberapa bulan selepas bersalin. Selalunya ia akan pulih seperti biasa dalam masa setahun.
Sekiranya masalah tersebut tidak beransur baik, sebaiknya bertemu doktor kerana boleh jadi terdapat faktor-faktor lain yang boleh menyumbang kepada rambut menipis seperti kekurangan zat besi.
Sementara itu, menerusi perkongsian di akaun TikTok Ain Anggun, petua mengurangkan keguguran rambutnya sangat simple tetapi berkesan untuk dirinya. Caranya hanyalah dengan menggunakan syampu Johnson Baby dan bunga cengkih saja.
@ain_anggun assalamualaikum shbt ttk..kongsi petua #tiktokmalaysia ♬ bunyi asal – user Siti Nur affiyah
Bunga cengkih bantu masalah rambut gugur
Sebelum ini mungkin kita anggap bunga cengkih hanya boleh digunakan dalam masakan serta digunakan untuk mengurangkan gejala Covid. Namun kegunaan lainnya juga dapat membantu mengurangkan masalah rambut seperti rambut berminyak, gugur dan kelumumur.
Bunga cengkih ini hanya perlu dimasukkan ke dalam syampu berkenaan dan pakailah seperti biasa.
Menerusi ruangan komen, rata-rata warga TikTok mengatakan cara ini memang sangat elok untuk mengurangkan masalah rambut gugur dan modalnya pun tak mahal.
Kredit: Ain Anggun
ARTIKEL MENARIK [Dr Jelaskan Ini Sebabnya Anak Suka Tarik Telinga & Meragam Ketika Tumbuh Gigi]
LAGI YANG MENARIK [Basuh Beras Jangan Kosong. Ibu Selitlah Doa Ini Untuk Anak, Besar Manfaatnya!]
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
The post Rambut Ibu Selalu Gugur, Cuba Guna Syampu Baby Campur Sekali Bunga Cengkih appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/rambut-ibu-selalu-gugur-cuba-guna-syampu-baby-campur-sekali-bunga-cengkih/