Selain Pertingkat Suntikan Vaksin Ph Ulangi Tuntutan Perlunya Suntikan Fiskal Rm45 Bilion Untuk Rakyat


 
Majlis Presiden Pakatan Harapan mengambil maklum respon rakyat termasuk pakar pelbagai bidang terhadap pengumuman Kerajaan bahawa beberapa kelonggaran akan diberi kepada mereka yang telah menerima dua dos vaksin di negeri-negeri mengikut fasa tertentu Pelan Pemulihan Negara.
Kelonggaran ini adalah pengakuan kegagalan Kerajaan Perikatan Nasional melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Darurat untuk mengekang penularan wabak COVID-19 yang membunuh lebih 11,162 rakyat Malaysia dengan 1.3 juta jangkitan sehingga 10 Ogos 2021.
Walaupun ramai yang mungkin berasa lega adanya kelonggaran-kelonggaran ini, namun peringatan dari pakar kesihatan awam berkenaan sistem kesihatan awam di negeri-negeri tersebut wajib dipandang serius.
Ini termasuklah menambah peruntukan bagi rawatan COVID-19 khususnya meningkatkan jumlah katil ICU, pemekat oksigen (oxygen concentrator), menjalankan saringan ujian secara awam mengikut syor Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu “Find, Test, Trace, Isolate and Support plus vaccination” (FTTIS+V) serta lain-lain keperluan di negeri-negeri Fasa 2 sebagai langkah bersiap sedia sekiranya berlaku gelombang COVID-19 yang baharu.
Majlis Presiden juga menekankan bahawa jumlah vaksin dos pertama di negeri-negeri wajib dipertingkat segera sebelum Hari Merdeka pada 31 Ogos, terutama di Sabah yang merupakan negeri-negeri berisiko tinggi dalam jangkitan dan mempunyai peratus jumlah dos pertama paling rendah dalam negara.
Memandangkan penerima dua dos vaksin masih berisiko menjadi pembawa virus COVID-19, tidak boleh diketepikan kemungkinan gelombang baharu di negeri-negeri Fasa 2.
Memandangkan virus COVID-19 boleh tersebar sebagai titisan (droplet) atau aerosol, kami berpandangan SOP pengudaraan tempat-tempat kerja termasuk hotel dan restoran mesti dikemaskini dan dikuatkuasa dengan lebih tegas.
Insentif seperti geran, subsidi upah, utiliti dan sewa serta rebat cukai perlu diberi kepada syarikat-syarikat tersebut untuk menambah baik atau memperoleh peralatan seperti penapis udara berefisiensi tinggi (HEPA filter).
Kerajaan juga harus membantu premis-premis termasuk hotel, inap desa (homestay), dan restoran yang akan menerima pelanggan yang sudah menerima dua dos vaksin juga perlu memastikan kesemua pekerja mereka telah menerima sekurang-kurangnya vaksin dos pertama.
Pakatan Harapan mengulangi pendirian bahawa Kerajaan perlu memberi suntikan fiskal tambahan secara langsung yang lebih besar, iaitu sekurang-kurangnya RM45 bilion untuk pekerja, perniagaan dan kesihatan demi menyelamatkan nyawa dan mata pencarian, serta membantu pemulihan sektor-sektor yang telah sangat terkesan akibat PKP atau ‘total lockdown’ sejak 1 Jun 2021.
Tanpa suntikan tambahan RM45 bilion ini, jemputan untuk hanya seorang wakil Pakatan Harapan ke dalam Majlis Pemulihan Negara adalah tidak bermakna dan ditolak kerana ia bagai “melepaskan batuk di tangga” (“window-dressing”) untuk mengesahkan dasar ekonomi dan pandemik COVID-19 oleh Kerajaan Perikatan Nasional yang telah gagal.
Anwar Ibrahim
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
Mohamad Sabu
Parti Amanah Negara (AMANAH)
YB Lim Guan Eng
Parti Tindakan Demokratik (DAP)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/08/selain-pertingkat-suntikan-vaksin-ph.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Terima Suntikan Dose Ke 2 Vaksin Pfizer

Pengalaman Terima Suntikan Dose Ke 2 Vaksin Pfizer

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 349 hits
Camni rupanya rasa 2nddose Adoiii berpinar rasa Dengan kepala berdenyut rasa nak tumbang perut tak selesa tekak loya terasa nak muntah Hidung tak selesa last sekali cari penadol jugaklah kita Pengalaman terima suntikan dose ke 2 Vaksin Pfiz...
Jangan Bimbang Saya Sudah Tempah 87 Juta Dos Vaksin Untuk Rakyat Muhyiddin

Jangan Bimbang Saya Sudah Tempah 87 Juta Dos Vaksin Untuk Rakyat Muhyiddin

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 171 hits
AGENDA DAILY Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Wilayah Tan Sri Annuar Musa berbual dengan penduduk ketika melawat Pusat Pemberian Vaksin Bergerak di Projek Perumahan Rakyat Sri Johor Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur Gamba...
Vaksin Lebih 7 7 Juta Penduduk Malaysia Lengkapkan Suntikan Kedua

Vaksin Lebih 7 7 Juta Penduduk Malaysia Lengkapkan Suntikan Kedua

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 262 hits
AGENDA DAILY Jumlah pemberian vaksin Covid 19 dalam tempoh 24 jam semalam meningkat semula kepada 494 214 dos berbanding 483 368 dos yang diberikan pada Selasa Daripada jumlah pemberian vaksin semalam 230 053 membabitkan dos pertama manakal...
Kuterima Suntikan Pertama Vaksin Masuk Ke Dalam Badan

Kuterima Suntikan Pertama Vaksin Masuk Ke Dalam Badan

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 341 hits
Kuterima Suntikan Pertama Vaksin Masuk Ke Dalam Badan Alhamdulillah Setelah diswab kini badanku bersatu dengan cecair vaksin Coronavac pengeluarnya Sinovac Alhamdulillah Company aku dah susun siap siap schedule masa dan tempat untuk divaksi...
Kejar Suntikan Dosis 3 Untuk Nakes Dinkes Kabupaten Tangerang Kekurangan Vaksin

Kejar Suntikan Dosis 3 Untuk Nakes Dinkes Kabupaten Tangerang Kekurangan Vaksin

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 181 hits
Dinas Kesehatan Kabupaten Tangerang masih kekurangan stok vaksin dosis 3 yang diperuntukkan bagi 11 200 tenaga kesehatan Saat ini mereka baru mendapatkan 9 282 dosis
Video Jadi Sukarelawan Di Ppv Wany Hasrita Kendalikan Suntikan Vaksin

Video Jadi Sukarelawan Di Ppv Wany Hasrita Kendalikan Suntikan Vaksin

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 429 hits
Ramai selebriti Malaysia yang berk0ngsi video mereka menjadi sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin termasuklah penyanyi Wany Hasrita TuIar baru baru ini sebuah video di TikTok di mana Wany memberikan sunt kan vaksin yang secara kebetulan in...
Hiburan Dilarang Merakam Video Ketika Suntikan Vaksin Shiha Zikir Persoal Adab Petugas Kesihatan Di Ppv

Hiburan Dilarang Merakam Video Ketika Suntikan Vaksin Shiha Zikir Persoal Adab Petugas Kesihatan Di Ppv

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 218 hits
Gara gara dilarang mengambil video sepanjang proses suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin penyanyi Shiha Zikir meluahkan rasa berang dan turut mempersoalkan adab petugas kesihatan yang bertugas ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementPerkara ter...
Hanya 17 6 Rakyat Sabah Terima Vaksin 2 Dos Lengkap

Hanya 17 6 Rakyat Sabah Terima Vaksin 2 Dos Lengkap

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 325 hits
Jurucakap perkembangan harian Covid 19 Sabah Datuk Masidi Manjun Hanya 17 6 sahaja daripada jumlah penduduk dewasa di Sabah yang direkodkan sudah melengkapkan suntikan vaksin dua dos lengkap setakat semalam Jurucakap perkembangan harian Cov...
Rakyat Bidas Pm Beri Kelonggaran Kepada Individu Terima Vaksin Lengkap

Rakyat Bidas Pm Beri Kelonggaran Kepada Individu Terima Vaksin Lengkap

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 289 hits
August 9 2021Orang ramai dilihat membidas keputusan kerajaan memberikan kelonggaran kepada individu vaksinasi lengkap kerana dibimbangi mengundang risiko peningkatan bilangan kes positif harian Covid 19 Antara kemudahan yang diberikan ialah...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Akta Baru Ini Tak Sasar Mana Mana Kaum Dan Masih Dalam Peringkat Kajian Sebagai